Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan


 


POSTED BY AMIR WRLR





Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif





Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak penyertaan pertama parti Pas dalam politik di Tanah Melayu, kita sering mendengar ucapan yang keluar dari mulut pimpinan mereka bahawa memilih atau mengundi Pas nescaya Islam akan didaulatkan dan akan selamatlah umat Melayu di Malaysia ini.

Pas selalu menyakinkan para pengikutnya dan orang ramai bahawa apabila mereka dapat mengambil alih Putrajaya maka umat Islam dan orang Melayu tidak lagi perlu risau akan keterancaman mereka dari orang-orang selain Melayu dan Islam akan kembali berdaulat.
Apa yang dibanggakan dengan Pas?
Ditakdirkan oleh Allah swt Pas telah berjaya ke Putrajaya setelah bertungkus lumus menyokong usaha-usaha pembentukan sebuah kerajaan yang diwujudkan bukan atas dasar kemenangan dalam pilihan raya umum, tetapi atas dasar “keinganan berkuasa” dan tanpa mempedulikan soal maruah serta rasa malu.
Pas bersetuju menjadi pemerintah bersama-sama kumpulan pengkhianat KEADILAN dan Bersatu. Hampir satu Malaysia tahu bahawa Perdana Menteri sekarang yang mengetuai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pernah berkata Pas adalah ‘Parti Ajaran Sesat’ dan Pas sedikitpun tanpa rasa malu bersama dengan Perdana Menteri tersebut.





Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif




Sesungguhnya apa yang berlaku pada hari ini apabila Pas telah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan Perikatan Nasional walaupun secara tebuk atap, tidak ada suatu perkara yang benar-benar boleh dibanggakan dengan perjuangan Pas dalam usaha mendaulatkan Islam.

Malah sebagai pemerintah yang telah menyokong ‘Kerajaan Melayu Islam’ kononnya, Pas telah membiarkan Islam diperlekehkan tanpa pembelaan tegas. Beberapa isu dan situasi yang telah berlaku membuktikan Pas bukanlah pejuang Islam yang tulen dan ikhlas.
Kekerapan cabutan judi bertambah
Pertama, apabila pentadbiran PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi persetujuan menambah jumlah kekerapan cabutan khas judi dari 8 kali setahun (yang ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini) kepada 22 kali setahun, Dewan Pemuda Pas hanya berani menzahirkan rasa kebimbangan terhadap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan PN tersebut.
Apa yang jelas kehadiran Pas dalam kerajaan PN sedikit pun tidak memungkinkan penambahan kekerapan 22 kali cabutan khas judi tersebut ditarik balik malah terpaksa merelakan sahaja ia berlaku.
Adalah diyakini bahawa para ulamak dan ustaz sama ada di dalam dan di luar Pas cukup arif bahawa judi adalah antara perkara yang dilarang dan dibenci dalam Islam. Seorang penceramah agama tersohor Terengganu, Ustaz Azhar Idris pernah menyebut tentang perkara judi ini dalam kuliah-kuliahnya. Menurut Ustaz Azhar, judi boleh membawa kepada kerosakan masyarakat dan membenihkan lebih banyak masalah sosial.
Usaha mendaulatkan Islam dengan mengawal perjudian dari lebih membarah bukan sahaja gagal ditangani Pas malah pemimpin parti yang mendakwa sentiasa mendaulatkan Islam itu tidak berani bertegas untuk Islam demi menjaga “kerusi dan kuasa”.
Untuk rekod, cabutan khas judi Magnum, Sport Toto, Da Ma Cai sebanyak 22 kali setahun tetap diteruskan mulai Januari 2021 dan Pas gagal mempertahankan kemungkaran “lebih besar” tersebut dari berlaku.
Pas pejam mata pertandingan ratu cantik?
Kedua, ketika timbul isu pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 pada awal Januari 2021 lepas yang turut disertai oleh wanita Islam, pentadbiran PN yang disertai oleh Pas tidak menghalang apatah lagi mengarahkan pembatalan pertandingan ratu cantik tersebut. Umat Islam di Malaysia sebahagian besarnya sedia maklum akan adanya fatwa tentang larangan pertandingan ratu cantik dan perkara yang berkaitan dengannya.
Fatwa yang diwarta pada 11 Mei 1995 di Selangor jelas menyebut ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’. Begitu juga fatwa yang diwartakan di Wilayah Persekutuan pada 8 Februari 1996 yang menyatakan ‘Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik’.
Kehebatan Pas dalam isu ini hanyalah sekadar memberi laluan kepada mantan Ketua Pemudanya yang kini dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) untuk menyuarakan bantahan kepada penganjur! Beliau bukannya menyuarakan bantahan kepada kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pertandingan tersebut tetapi sekadar menyatakan bantahan kepada penganjur pertandingan sahaja.
Sebagai seorang pemuda hebat yang dulunya sangat vokal dalam “mempertahankan” Islam bersama partinya, itu sahajalah “kemampuan” beliau sekarang dalam menangani isu pertandingan ratu cantik tersebut.
Apakah fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri sebelum ini “tidak mempunyai nilai dan tidak berbaloi” untuk dipertahankan oleh pimpinan ulamak Pas atau ustaz-ustaz Pas dengan tegas dan bersungguh-sungguh? Apakah kelunakan dan keselesaan mereka terhadap “kuasa pemerintahan” yang Allah pinjamkan kepada mereka menjadikan diri mereka "sejuk" dalam mendaulatkan dan mempertahankan Islam?
Mereka sepertinya jauh sekali untuk bersungguh-sungguh, tegas, lantang seperti sebelum mereka berkuasa? Dengan segala macam himpunan bantahan itu dan bantahan ini sebelumnya, tetapi kali ini apabila setelah berkuasa tidak menggunakan kuasa itu untuk mencegahnya.
RUU 355 tinggal sejarah?
Ketiga, pembentangan kali kedua Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau lebih terkenal dengan singkatan RUU355, sebagaimana Pindaan Usul yang dikemukan pertama kali oleh Ahli Parlimen Marang dari Pas pada 24 November 2016 dulu, sehingga ke hari ini masih belum berlaku. Selepas setahun kerajaan persekutuan PN dokongan Pas bersama 2 buah parti utama “Orang Melayu-Islam”, usaha ke arah pembentangan RUU355 tidak menampakkan sebarang kemajuan yang jelas.
Bila diajukan soalan, Menteri Agama kerajaan PN hanya mampu berharap ianya dapat dibentangkan sebelum beliau meninggal dunia. Manakala Timbalan Menteri Agama dari Pas menyatakan ia perlu mengikut tertib tertentu dan banyak prosedur sebelum dibentangkan. Kata Timbalan Menteri Agama lagi proses tersebut termasuklah mengadakan perbincangan dengan semua negeri, kemudian dibawa ke Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam, seterusnya dibawa kepada Majlis Raja-Raja, selepas itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum pembentangan di Parlimen. Ia sepertinya “sungguh susah dan lama lagi”.
Ketika ditanya soalan kepada Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini oleh wakil Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom berhubung tempoh masa pembentangan kali kedua RUU355 tersebut, Timbalan Menteri Agama yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri hanya mampu berkata “kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak..dan cadangan ini (RUU355) memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh..” tanpa berani dan bersedia untuk memaklumkan masa sebenar atau jangka masa ianya akan dibentangkan.
Ini dengan jelas menunjukkan bahawa penyertaan Pas dalam kerajaan persekutuan PN tidak menjadikan mereka lebih ke hadapan dan lebih berkuasa membawa RUU355 ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.
Islam sekali lagi tidak mampu didaulatkan melalui kuasa politik dan pemerintahan yang dimiliki Pas ketika ini. Pas terpaksa berhadapan dengan Umno dan Bersatu jika ingin menyegera dan merealisasikan perkara ini.
Walaupun ketiga-tiga Pas-Umno-Bersatu adalah ‘Kerajaan Melayu Islam’ tetapi lakonan politik mereka khususnya dalam perkara RUU355 suatu hari akan memakan diri mereka sendiri.
Mengenang kembali kesungguhan luar biasa Pas yang menganjur dan mengumpulkan 50,000 orang di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017 termasuklah Timbalan Presiden Pas sendiri yang menjadi Pengerusi Sekretariat perhimpunan tersebut, berbanding dengan “kesungguhan” 3 orang pimpinan tertinggi Pas (termasuk Timbalan Presiden Pas sendiri) yang menjadi Menteri Kabinet ketika ini, perbezaan itu amat ketara.
Dengan tiada satu pun kertas kabinet berhubung RUU355 diusahakan oleh mereka bertiga sejak setahun lepas, kita mula meragui dan persoalkan komitmen serta motif mereka sebenarnya. Mereka dengan jelas hanya menagih undi untuk habuan yang sedang dikecapi ketika ini. Yang jelas, lain dimulut, lain yang dibuat.
Jika dulu Pasberkobar-kobar inginkan RUU355 ini disegerakan, sekarang semua berubah.
Berapa segerakah Pas ingin RUU355 dibentangkan? Apakah RUU355 akan dibentang dalam tempoh selepas setahun ini? Atau tahun depan? Atau tahun depan selepas tahun depan? Atau selepas tumbangnya PN dalam PRU15? Atau tumbang lebih awal. Wallahualam. Yang pasti sekarang ini tiada komitmen sahih tentang masa. Atau benarkah Kerajaan PN telah kehilangan majoriti yang ketara?
Islam tidak didaulatkan
Rumusan yang boleh diutarakan di sini wajar didahului dengan satu soalan mudah : Apakah Islam telah didaulatkan sewajarnya dalam tempoh setahun Pas menyertai dan menjadi Kerajaan Persekutan bersama Umno dan Bersatu? Sudah pasti tidak!
Rupanya mendaulatkan Islam itu bukannya dengan menumpang bahtera nasionalisme Umno dan bahtera ketuanan Bersatu.
Sesudah segala perlekehan terhadap Islam (seperti tambah judi, izin ratu cantik, janji RUU355 belum tertunai) yang terus berlaku walaupun di bawah pemerintahan bersama Pas, iaitu sebuah parti yang mengaku mendaulatkan Islam, barulah diketahui bahawa mendaulatkan Islam itu sesekali bukan dengan menumpang jawatan menteri dan habuan GLC.
Mendaulatkan Islam itu sebenarnya hanya berlaku dengan keikhlasan dan ketakwaan hambaNya terhadap Allah, serta amat takut akan pembalasan dan pengadilan-Nya yang Maha Adil.
Apa yang nyata sekarang, memilih Pas bukanlah jaminan bahawa Islam didaulatkan!
__________________________________________________________________________________





Penulis merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/undi-pas-tidak-jamin-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 192 hits
My comments Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud Pas Nauzubillah Hadi kata rasuah adalah mengambil harta secara sukarela Nauzubillah Hadi tidak tahu menahu ajaran ayat al Quran Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jal...
Pemimpin Sayap Bukan Islam Pas Letak Semua Jawatan Lepas Keahlian

Pemimpin Sayap Bukan Islam Pas Letak Semua Jawatan Lepas Keahlian

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 237 hits
FMT ReportersAntara jawatan lain dilepaskan S Barathidasan termasuk urusetia DHPP Pusat ketua DHPP Wilayah Persekutuan dan pengarah pilihan raya DHPP Pusat PETALING JAYA Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat S Barathidasan melepaska...
Pas Sebenarnya Tak Sayang Orang Islam

Pas Sebenarnya Tak Sayang Orang Islam

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 164 hits
Oleh Zholkarnain al Abyadhi Bekas orang kuat DHPP kata dia keluar DHPP sebab Pas tak mesra bukan Islam Ini bukan kami yang kata tapi orang bukan Islam sendiri yang kata Kalau kami yang kata nanti orang Pas kata memanglah kamu kata begitu se...
Perjuangan Pas Hanya Sekadar Candu Politik

Perjuangan Pas Hanya Sekadar Candu Politik

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 285 hits
Dan sejarah tercipta lagi apabila empat buah negara Arab mengiktiraf Israel hanya dalam tempoh lapan bulan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri Empat negara itu i...
Hotlink Menawarkan Data Tambahan Percuma 118gb Dengan Pembelian Beberapa Pas Data Terpilih

Hotlink Menawarkan Data Tambahan Percuma 118gb Dengan Pembelian Beberapa Pas Data Terpilih

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 363 hits
Hotlink kini hadir dengan promosi khusus untuk pengguna prabayar bersempena dengan Tahun Baru Cina Melalui pakej Hotlink MU kini mereka menawarkan data percuma sehingga 118GB dengan pembelian beberapa pas data terpilih melalui aplikasi Hotl...
Kenyataan Bodoh Pimpinan Pas Buat Netizen Serang Parti Tersebut

Kenyataan Bodoh Pimpinan Pas Buat Netizen Serang Parti Tersebut

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 226 hits
ANTARA YANG BODOH IALAH LEBAI TAR SENIK NIK ABDUH NIK AMAR DAN JUGA PIMPINAN LAIN TERMASUK JUGA IDRIS AHMAD DAN AT TAKIRI PANJANG KALAU NAK SENARAI PEROSAK DALAM PAS NI BOB KELANANGKOH KOH KOH cuba pok lebai list kan apakah kejayaan PAS mam...
Pemuda Pas Kerah Buat Laporan Polis Terhadap Salahuddin Ayub

Pemuda Pas Kerah Buat Laporan Polis Terhadap Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA DATELINEDewan Pemuda Pas Malaysia mengerah anak buahnya agar membuat laporan polis ke atas bekas ketua mereka Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana tidak membuat laporan ketika ditawarkan sogokan percutian mewah oleh kartel daging Menu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian