Umur Para Sahabat Rasulullah S A W Ketika Memeluk Islam


1. CERITAKAN pada anak-anak kita bahawa kebanyakan sahabat Nabi memeluk Islam ketika usia muda. Mereka dikurniakan hidayah pada zaman belia dan remaja.



Fenomena ini menjelaskan kepada kita akan keutamaan mendidik generasi muda tentang Islam kerana mereka yang akan membimbing negara ini kelak.2. Menurut al-Imam Ibn Hajar, Saidina Abu Bakar dilahirkan 2 tahun 6 bulan selepas tahun gajah. Andai Rasulullah dilahirkan pada Tahun Gajah, ini bererti, usia Abu Bakar muda 2 tahun 6 bulan daripada Rasulullah.Dalam erti kata yang lain, ketika memeluk Islam, usia beliau sekitar 37 tahun. (Ibn Hajar, al-Isabah; Fath al-Bari)3. Menurut al-Imam al-Sayuti, Saidina Umar ibn al-Khattab pula lahir 13 tahun setelah daripada Tahun Gajah. Ini bererti, ketika Rasulullah pertama kali menerima wahyu, umur Umar sekitar 27 tahun.Menurut Ibn Ishaq, beliau memeluk Islam pada tahun kelima atau keenam kenabian iaitu sekitar usianya 32/33 tahun. (a-Sayuti, Tarikh al-Khulafa; Ibn Ishaq, Sirah Nabawiyyah)4. Saidina Uthman pula dikatakan muda enam tahun dari Rasulullah. Menurut al-Imam Ibn Kathir, Saidina Uthman memeluk Islam pada tahun Nabi diangkat menjadi Rasul ketika usianya 34 tahun. Beliau menerima Islam melalui dakwah Abu Bakar.Abu Bakarlah yang berdakwah kepada Uthman sehingga beliau memeluk Islam. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah)5. Perbahasan mengenai tarikh kelahiran Saidina Ali mengalami sedikit kesukaran disebabkan kebanjiran sumber termasuklah dari syiah. Sumber yang popular menyatakan Ali lahir 28 atau 30 tahun selepas tahun gajah.Ini bererti beliau berusia sekitar 8 atau 10 tahun ketika Rasulullah diangkat menjadi Rasul. Dan menurut Ibn Kathir, sekitar usia 8 atau 10 tahun inilah Saidina Ali memeluk Islam. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah)6. Menurut al-Imam al-Zahabi, Saidina al-Zubair ibn al-Awwam memeluk Islam ketika berusia 16 tahun. Beliau digelar sebagai Hawari Rasulullah (pembantu agama ini) serta orang yang pertama menghunuskan pedang di jalan Allah. (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala)7. Secara umumnya, tahun kelahiran Talhah ibn Ubaidillah tidak disebutkan secara spesifik oleh penulis Sirah. Namun berdasarkan perkiraan Ibn al-Mubarrad tentang tarikh kematian Talhah serta tempoh usianya, umur Talhah dianggarkan sekitar 26 tahun ketika Rasulullah diangkat menjadi Nabi. (Ibn al-Mubarrad)Menurut Ibn Ishaq, Talhah adalah diantara 8 orang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau digelar sebagai “Syahid Yang Hidup” kerana keteguhan mempertahankan Rasulullah di saat genting dalam Perang Uhud.8. Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah pula dilahirkan sekitar tahun 583/584 masihi iaitu 40 tahun sebelum Hijrah. Ini bererti beliau berumur sekitar 26/27 tahun ketika Rasulullah diangkat menjadi Nabi.Menurut Ibn Hisham, beliau adalah di antara yang terawal memeluk Islam dikalangan lapan orang yang pertama. Rasulullah memberikan beliau gelaran Amin al-Ummah iaitu orang kepercayaan ummah ini (pemegang kunci amanah, orang paling amanah).9. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, Saidina Sa’d ibn Abu Waqas memeluk Islam ketika berusia 19 tahun. Ibn al-Mubarrad pula menghitungnya sebagai dikalangan 7 sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau terkenal sebagai sahabat yang pernah melepaskan anak panah (tentera pemanah) dalam sejarah Islam.10. Saidina Abdul Rahman ibn Auf pula memeluk Islam ketika berusia 30 tahun. Beliau dilahirkan sepuluh tahun selepas Tahun Gajah, bererti beliau berusaha 10 tahun lebih muda dari Rasulullah. Menurut Ibn Ishaq, beliau antara 8 orang sahabat yang terawal memeluk Islam. Terkenal dengan kehebatannya dalam perniagaan.11. Saidina Said ibn Zaid adalah termasuk dalam kalangan 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Biarpun beliau tidak popular seperti yang lain, beliau adalah di antara yang terawal memeluk Islam. Menurut Ibn al-Mubarrad, Said berusia sekitar 13 tahun sewaktu keislamannya. Said dan isterinya (Fatimah al-Khattab, adik Saidina Umar) dikatakan di antara punca Saidina Umar memeluk Islam.12. Perhatikan bagaimana 10 sahabat yang dijanjikan syurga ini semuanya memeluk Islam dalam usia yang muda. Tumpukan usaha dakwah kepada anak-anak muda serta dedahkan mereka dengan bimbingan Islam. Jangan sampai pemikiran sesat seperti Liberal meresapi dan merosakkan pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.Semoga Allah membimbing kita.Dr Ahmad Sanusi Azmi

Musim PKP jangan dibiarkan sangat anak-anak lebih kenal Kapten Marvel berbanding para sabahat nabi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/umur-para-sahabat-rasulullah-sa-w.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Usaha Dakwah Dengan Manhaj Para Sahabat Nabi Saw Ni Boleh Wujud Semula

Macam Mana Usaha Dakwah Dengan Manhaj Para Sahabat Nabi Saw Ni Boleh Wujud Semula

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 357 hits
MACAM MANA USAHA DAKWAH DENGAN MANHAJ PARA SAHABAT NABI SAW NI BOLEH WUJUD SEMULA Di dalam suatu majlis di India seorang wanita tua mengumpulkan wanita wanita lain dan memberi fikir Ketika itu masih Zaman penjajahan Inggeris Katanya Wahai s...
Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah Saw

Kisah Wabak Justinian Yang Meragut Nyawa Sahabat Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 386 hits
Dalam lipatan sejarah manusia tidak sah jika tamadun tamadun manusia diuji dengan pelbagai cabaran dari peperangan hinggalah penularan wabak penyakit dan antara penularan wabak paling berbahaya dalam sejarah ialah Black Death Flu Sepanyol W...
Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 381 hits
MALAYSIA DATELINE Bercanggah dengan imej kerajaan Perikatan Nasional yang dicanang menyatukan umat Melayu Islam sebuah syarikat pengeluar minuman keras boleh pula dibenarkan beroperasi semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan Satu...
Dakwa Rasulullah Rasis Terkait Hadith 10 Sahabat Dijamin Syurga Dari Keturunan Quraisy

Dakwa Rasulullah Rasis Terkait Hadith 10 Sahabat Dijamin Syurga Dari Keturunan Quraisy

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 406 hits
SOALAN Kita sedia maklum adanya janji Nabi SAW kepada 10 orang para sahabat bahawa mereka akan masuk ke dalam syurga Soalan saya setahu saya kesemua 10 orang sahabat ini berasal dari keturunan Quraisy Adakah Nabi SAW bersikap rasis bila men...
Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 444 hits
Dua lelaki dari Sungai Siput Perak begitu terkesan teruk akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memilih untuk dipenjarakan selama 3 bulan kerana tidak mampu membayar denda selepas mereka ditangkap bersama kerana melanggar perintah ...
5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 523 hits
Kini seluruh dunia termasuk Malaysia sedang dilanda musibah wabak seperti COVID 19 ini Jadi disini dikongsikan 5 doa yang boleh diamalkan ketika berlaku musibah ketika ini Ketika post ini ditulis di Malaysia khususnya kes positif COVID 19 y...
5 Mitos Yang Muncul Ketika Virus Corona Merebak Dan Klarifikasi Dari Who

5 Mitos Yang Muncul Ketika Virus Corona Merebak Dan Klarifikasi Dari Who

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 234 hits
Selama kasus corona merebak banyak informasi yang membingungkan masyarakat Banjir informasi yang terjadi dimanfaatkan sebagian oknum untuk membuat mitos mitos tertentu dan berita hoax
Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 358 hits
DAY 7 Aku diarahkan bertukar unit Hah Kena tukar Tapi kenapa mesti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni Dalam keadaan WFH ni apa yang boleh aku buat Susah hati dah ni Dalam dok fikir pasal arahan tu telefon aku berbunyi Eh Takkan aku...
Tersusun Dengan Jarak Penghantar Makanan Disediakan Kerusi Ketika Tunggu Makanan Siap

Tersusun Dengan Jarak Penghantar Makanan Disediakan Kerusi Ketika Tunggu Makanan Siap

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 400 hits
Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid 19 di seluruh dunia WHO telah menggesa orang ramai supaya melakukan penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini Langkah tersebut perlu dibuat bagi mengurangkan ris...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej