Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting


Umrah DIY – Panduan Lengkap & Tips Penting
Menunaikan ibadah umrah adalah impian yang diidamkan oleh ramai umat Islam. Namun, kos pakej umrah yang semakin meningkat sering menjadi penghalang utama.
Lebih merisaukan, kes penipuan berkaitan pakej umrah yang kerap berlaku membuatkan ramai jemaah berasa ragu ketika memilih ejen umrah.
Sebenarnya, selain menggunakan khidmat agensi pelancongan, anda juga boleh menunaikan umrah secara DIY (Do-It-Yourself).
Kaedah ini bukan sahaja memberi lebih kebebasan dalam menyusun jadual perjalanan malah boleh menjimatkan kos.
Nak tahu lebih lanjut mengenai umrah DIY? Jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 2025 (KHUP3) – Tarikh / Jadual Acara
Apa Itu Umrah DIY? Umrah DIY bermaksud anda merancang sendiri perjalanan umrah tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan. 
Anda sendiri yang membeli tiket penerbangan, mengurus visa, memilih hotel, mengatur pengangkutan di Arab Saudi dan jadual perjalanan umrah anda. 
Pendek kata, anda kena urus semuanya sendiri dari A ke Z. 
Siapa yang Sesuai Buat Umrah DIY? 1. Individu yang pernah pergi umrah
Umrah DIY sesuai untuk individu yang pernah buat umrah sebelum ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada tentang prosedur serta lokasi di Makkah dan Madinah, ia lebih mudah. Atau, sekurang-kurangnya kena ada seorang yang pernah pergi umrah, ikut bersama. 
2. Individu yang mahir merancang 
Sekiranya anda boleh merancang dan mampu mengurus segala aspek perjalanan umrah dengan baik, anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan Umrah DIY. 
Ini termasuk kebolehan untuk menguruskan tempahan penerbangan, penginapan, pengangkutan dan menyusun jadual aktiviti serta ibadah. Kemahiran merancang ini penting untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan anda dapat memaksimumkan masa di Tanah Suci.
3. Individu yang mahukan fleksibiliti dan jimatkan kos
Umrah DIY sesuai untuk mereka yang menginginkan kebebasan dalam menentukan jadual dan aktiviti sendiri.  Anda boleh memilih bila hendak melakukan tawaf, sa’i, atau berziarah ke tempat-tempat bersejarah mengikut kesesuaian diri. 
Fleksibiliti ini juga membolehkan anda memilih penginapan dan pengangkutan yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Walau bagaimanapun, ia memerlukan usaha dan masa untuk membuat perbandingan harga dan mencari tawaran terbaik. Kuncinya, RAJIN!!
Langkah-Langkah Merancang Umrah DIY Menunaikan umrah secara DIY (Do-It-Yourself) memerlukan perancangan yang teliti agar perjalanan umrah anda berjalan lancar dan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Berikut adalah langkah-langkah penting dalam merancang umrah DIY:
1.  Persediaan Awal Sebelum memulakan rancangan Umrah DIY, pastikan anda membuat persediaan berikut:
1.1 Dokumen Penting Passport: Sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh masuk ke Arab Saudi. Visa Umrah: Anda boleh memohon visa melalui sistem e-Visa Saudi di laman web rasmi Visit Saudi atau melalui ejen visa yang diiktiraf. Kosnya dianggarkan RM300-RM500. Sediakan gambar latarbelakang hitam puith.  Sijil Vaksin: Pastikan anda mempunyai bukti vaksinasi lengkap terutamanya vaksin yang diwajibkan ambil seperti Meningococcal. Semak laman sesawang rasmi Kementerian Haji Saudi  untuk sebarang perubahan dan update terkini. Insurans perjalanan: Sebagai persediaan dan untuk melindungi diri anda daripada sebarang risiko di luar negara. Jangan lupa semak polisi insurans dan pastikan ia meliputi aktiviti umrah kerana sesetengah polisi mungkin ada pengecualian. 1.2 Kesihatan dan Stamina Pemeriksaan Kesihatan  Sebelum berangkat menunaikan umrah, pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan optimum agar dapat menjalani ibadah dengan lancar.
Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital bagi memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit serius. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, dapatkan nasihat doktor dan pastikan ubat-ubatan dibawa mencukupi.
Vaksinasi Wajib Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Meningococcal (ACWY) bagi mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit. Ada juga vaksin tambahan yang disarankan seperti influenza dan pneumokokus untuk perlindungan lebih baik.
Latihan Stamina Umrah memerlukan anda banyak bergerak dan berjalan kaki. Jadi, tingkatkan stamina anda dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari, menaiki tangga, atau senaman regangan beberapa bulan sebelum bertolak. 
2. Tempah Tiket Penerbangan Langkah seterusnya ialah cari dan beli tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah seawal mungkin untuk mendapatkan harga terbaik. Anda boleh gunakan laman seperti Skyscanner, Google Flights  atau Trip.com untuk bandingkan harga.
>> KLIA ke Jeddah/Madinah: Masa penerbangan biasanya sekitar 8-9 jam bergantung pada syarikat penerbangan dan laluan yang diambil. 
TIPS:   
Tempah tiket 3-6 bulan awal untuk dapatkan tiket murah umrah dari Malaysia.  Pilih penerbangan terus jika mampu untuk menjimatkan masa. Jika transit, pastikan masa menunggu tidak terlalu lama. 3. Tempah Penginapan di Makkah dan Madinah Penginapan di Makkah dan Madinah biasanya akan memerlukan kos yang sangat besar dalam Umrah DIY. Jadi pastikan anda buat carian dan tempah seawal yang mungkin. 
Anda boleh tempah hotel melalui platform seperti Booking.com, Agoda atau platform carian yang lain. Sebaiknya pilih hotel yang dekat dengan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah untuk memudahkan urusan ibadah.
TIPS:   
Pastikan anda menyemak ulasan pengguna sebelum membuat tempahan. Manfaatkan polisi “free cancellation” bagi memudahkan anda membuat pembatalan sekiranya menjumpai hotel dengan kos yang lebih baik. Jika bajet anda terhad, sebaiknya anda pilih hotel yang sedikit jauh tetapi menyediakan perkhidmatan shuttle ke masjid. Bagi perempuan, untuk hotel di Madinah, sebaiknya pilih hotel yang berdekatan dengan pintu 338 jadi tidak jauh untuk berpusing. Contohnya, Hotel Golden Tulip Al Zahabi, Grand Flaza Badr Al Maqam dan sebagainya.  Sumber: Facebook Group Umrah 4. Pengangkutan di Arab Saudi Setibanya di Arab Saudi, anda perlu rancang pengangkutan yang ingin digunakan. Nak naik apa dari lapangan terbang ke hotel, dari Makkah ke Madinah, dari hotel ke mana-mana yang ingin dituju. 
TIPS:  Muat turun aplikasi Uber/Careem dan pastikan telefon anda ada data roaming atau beli SIM tempatan di lapangan terbang.
4.1 Dari Lapangan Terbang ke Hotel Lapangan terbang utama yang biasa digunakan oleh jemaah umrah dari Malaysia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (JED) di Jeddah untuk ke Makkah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz (MED) di Madinah. 
Antara pilihan pengangkutan yang tersedia:
1. Teksi atau aplikasi ride-sharing seperti Careem
>> Cara Tempah: Ambil teksi di kawasan khusus lapangan terbang atau gunakan aplikasi seperti Careem atau Uber. Pastikan teksi ada meter atau bersepakat tentang harga sebelum memulakan perjalanan.
2. Perkhidmatan Shuttle Lapangan Terbang
>> Cara Tempah: Melalui kaunter di lapangan terbang atau anda boleh tempah melalui hotel anda.
3. Bas Awam (SAPTCO)
>> Cara Tempah: Beli tiket di stesen bas atau melalui laman web SAPTCO.
4. Kereta Sewa/Chartered Car
>> Cara Tempah: Cari no telefon syarikat/individu yang menyediakan perkhidmatan ini.
4.2 Dari Makkah ke Madinah (atau Sebaliknya) 1. Kereta Api Haramain Express
>> Cara Tempah: Tempah melalui laman web rasmi Haramain Railway atau aplikasi seperti Nusuk. Masa perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. 
2. Bas SAPTCO
>> Cara Tempah: Beli tiket di stesen bas atau melalui laman web SAPTCO. Masa perjalanan lebih kurang 6-8 jam. 
4.3 Dari Hotel ke Mana-Mana di Sekitar Bandar/Stesen Keretapi Untuk bergerak di sekitar Makkah (contohnya ke Masjidil Haram) atau Madinah (contohnya ke Masjid Nabawi), berikut adalah pilihan pengangkutan yang anda boleh pilih:
1. Teksi atau aplikasi ride-sharing seperti Careem
>> Cara Tempah: Ambil teksi di kawasan khusus lapangan terbang atau gunakan aplikasi seperti Careem atau Uber. Pastikan teksi ada meter atau bersepakat tentang harga sebelum memulakan perjalanan.
2. Perkhidmatan Shuttle Hotel
>> Cara Tempah: Tanya pihak hotel jika mereka sediakan shuttle ke masjid pada waktu tertentu. Biasanya percuma sahaja.
3. Berjalan Kaki
5. Persediaan Ibadah Umrah Sendiri Fahami rukun umrah dan perkara-perkara yang berkaitan.  Buat senarai barang yang wajib dibawa seperti pakaian ihram. Anda boleh rujuk: https://theumrahlist.com   Draf itinerari sepanjang umrah. Muat turun aplikasi penting seperti aplikasi Nusuk, Uber/Careem, HHR Train (Keretapi Haramain)
Aplikasi Nusuk
Aplikasi Nusuk merupakan platform digital yang penting untuk jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah atau Haji. 
Ia direka khusus untuk membantu jemaah dari seluruh dunia merancang dan melaksanakan ibadah mereka dengan lebih mudah. 
Fungsi Utama Aplikasi Nusuk Aplikasi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi:
1. Pendaftaran Permit Umrah dan Haji
Jemaah boleh memohon permit untuk melaksanakan Umrah atau Haji secara langsung melalui aplikasi, memastikan proses kelulusan lebih cepat dan sistematik.
2. Pemesanan Pakej Umrah
Nusuk membolehkan pengguna memilih pakej Umrah yang merangkumi penginapan, pengangkutan, dan perkhidmatan tambahan seperti lawatan ke tempat suci.
3. Permit Masuk Raudhah
Untuk melawat Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah, jemaah perlu mendapatkan permit melalui Nusuk. Aplikasi ini menyediakan slot masa tertentu untuk kemasukan ke Raudhah.
4. Pengurusan Pakej Haji
Bagi ibadah Haji, Nusuk menawarkan pendaftaran pakej lengkap yang meliputi pembayaran, penginapan, pengangkutan dan jadual perjalanan.
5. Panduan Ibadah
Aplikasi ini turut menyediakan maklumat berguna seperti langkah-langkah melaksanakan Umrah dan Haji, doa-doa yang berkaitan serta panduan praktikal untuk jemaah.
6. Integrasi dengan Perkhidmatan Lain
Nusuk dihubungkan dengan pangkalan data kerajaan untuk pengesahan identiti, memastikan keselamatan dan pematuhan peraturan.
TIPS: 
Sentiasa semak slot untuk masuk Raudhah sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum. Jangan bagi orang lain pakai/tengok nusuk anda untuk elak ia disalahgunakan. Info & Tips Tambahan Umrah DIY 1. Air Zamzam Anda boleh membeli air Zamzam di lapangan terbang (airport), khususnya di departure level. Setelah sampai di kawasan ini, cari pintu B2. 
Selepas keluar dari pintu B2, belok ke kanan, dan anda akan menemui tempat penjualan air Zamzam. Lokasi ini biasanya mudah dikenali, tetapi jika anda tersesat, jangan segan untuk bertanya kepada petugas di lapangan terbang.
Setiap orang dibenarkan bawa 1 galon sahaja.
2. Mutawif Umrah Mutawif adalah individu yang membantu jemaah melaksanakan ibadah umrah dengan lancar. Tapi kalau anda pergi umrah DIY memang tak ada mutawif. 
Jadi caranya, anda boleh mencari mutawif melalui rekomendasi daripada kawan atau keluarga yang pernah berumrah atau group umrah di media sosial seperti Facebook atau WhatsApp. 
Pastikan anda memilih mutawif yang dipercayai dan mempunyai reputasi baik. Semak ulasan atau tanya pengalaman orang lain sebelum membuat keputusan.
3. Sim Card Untuk kemudahan komunikasi, anda boleh membeli sim kad tempatan di Arab Saudi. Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti STC, Zain, dan Mobily menawarkan pakej khas untuk pelawat dan jemaah umrah. Anda boleh membelinya di lapangan terbang atau di kedai-kedai telekomunikasi. 
4. Makanan & Minuman Sebaiknya tempah hotel sekali dengan sarapan. Untuk makan tengah hari dan makan malam, anda boleh beli di mana-mana kedai makan berhampiran. Anda boleh bawa makanan yang mudah dimakan dari Malaysia seperti sambal bilis dan sebagainya. 
5. Pengangkutan Rancang pengangkutan yang hendak digunakan sebaiknya lebih-lebih lagi jika anda perlu menempahnya seperti bas, atau kereta api. Jangan sesekali naik kereta/teksi sapu. Gunakan aplikasi untuk membuat tempahan agar anda tidak ditipu.
Kelebihan & Kelemahan/Risiko Umrah DIY Sebelum membuat keputusan untuk pergi umrah secara DIY, adalah penting untuk memahami kelebihan dan kelemahan kaedah ini serta risiko-risikonya. 
Kelebihan Umrah DIY 1. Penjimatan Kos
Umrah DIY membolehkan anda mengurus sendiri perbelanjaan, termasuk tiket penerbangan, penginapan, dan pengangkutan. Ini boleh menjimatkan kos berbanding pakej umrah melalui agensi. 
2. Kebebasan Menyusun Jadual
Anda boleh menentukan tarikh perjalanan, tempoh tinggal  serta aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci tanpa terikat dengan jadual ketat agensi pelancongan.
3. Pilihan Penginapan Mengikut Bajet
Anda boleh memilih hotel atau penginapan mengikut keselesaan dan bajet sendiri sama ada yang berdekatan Masjidil Haram atau lebih jauh dengan kadar lebih murah.
4. Pengalaman Lebih Personal
Dengan umrah DIY, anda boleh menikmati pengalaman ibadah yang lebih tenang dan mendalam tanpa perlu mengikuti rombongan yang besar.
5. Fleksibiliti dalam Pemilihan Penerbangan
Anda boleh memilih penerbangan yang lebih murah atau yang mempunyai transit yang lebih selesa, bergantung kepada keperluan dan bajet anda.
Kelemahan/Risiko Umrah DIY 1. Pengurusan Sendiri yang Lebih Rumit
Anda perlu mengurus semua aspek perjalanan seperti visa, tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan dan keperluan lain tanpa bantuan pihak ketiga, yang mungkin sukar bagi jemaah kali pertama.
2. Cabaran Bahasa & Navigasi
Tanpa pemandu pelancong atau mutawif, jemaah perlu bergantung kepada pengetahuan sendiri untuk berkomunikasi dan mencari lokasi penting di Makkah dan Madinah.
3. Tiada Bantuan Kecemasan daripada Agensi
Jika berlaku sebarang kecemasan seperti kehilangan pasport, masalah kesihatan, atau kesukaran mendapatkan pengangkutan, jemaah perlu menyelesaikannya sendiri tanpa bantuan ejen pelancongan.
4. Kurang Panduan dalam Ibadah
Bagi mereka yang kurang berpengalaman, ketiadaan mutawif boleh menyukarkan pemahaman tentang tata cara ibadah umrah yang betul, terutama dalam perkara berkaitan rukun dan sunat umrah.
5. Tempat Penginapan Dibatalkan
Ini antara risiko yang paling ditakuti. Jadi pastikan anda buat tempahan awal, tempah di platform yang boleh dipercayai dan terus hubungi hotel untuk memberitahu tarikh dan masa anda tiba bagi membuat konfirmasi.
Perjalanan umrah DIY memerlukan perancangan yang teliti supaya perjalanan berjalan lancar. Anda perlu melakukan banyak carian, bacaan dan mendengar nasihat/pengalaman orang lain yang sudah pernah melaluinya.
BACA JUGA: Semakan Syarikat Pengendali Umrah & Pakej Berdaftar – MOTAC


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/umrah-diy/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umrah-diy

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Pelajar Tingkatan 1

Panduan Lengkap Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Pelajar Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 169 hits
Panduan Lengkap Penggunaan Kalkulator Saintifik untuk Pelajar Tingkatan 1Kalkulator saintifik adalah alat penting bagi pelajar Tingkatan 1 terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains Dengan memahami fungsi asas kalkulator ini pelaj...
Str Portal Rasmi 2025 Panduan Lengkap Untuk Pengguna

Str Portal Rasmi 2025 Panduan Lengkap Untuk Pengguna

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 209 hits
Apa Itu STR Portal Rasmi 2025 Hai semua pengguna internet yang budiman Pernahkah anda mendengar tentang Sumbangan Tunai Rahmah Jika belum jangan risau anda berada di tempat yang betul STR ini adalah seperti wang ehsan daripada Kerajaan Mala...
Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 199 hits
PANDUAN LENGKAP PERSIAPAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN Pejam celik pejam celik dah tak lama dah kita bakal masuk ke bulan Ramadan Alhamdulillah dengan izin Allah kan Macam mana dengan persiapan korang menyambut bulan Ramadan tu nanti Macam dah l...
Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 179 hits
Kotak magnetik semakin di kalangan perniagaan yang ingin meningkatkan imej jenama dan memberikan pengalaman pembungkusan yang mewah kepada pelanggan mereka Ia bukan sahaja berfungsi melindungi produk malah ia juga memainkan peranan penting ...
Tips Menjadi Menantu Yang Disayangi Ibu Mertua

Tips Menjadi Menantu Yang Disayangi Ibu Mertua

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 119 hits
Menjadi menantu yang disayangi oleh ibu mertua adalah impian setiap orang yang baru melangkah ke alam perkahwinan Hubungan yang harmonis dengan ibu mertua bukan sahaja akan memberi kebahagiaan dalam kehidupan perkahwinan tetapi juga dapat m...
Tips Memilih Paket Internet Yang Hemat Energi Untuk Bisnis Anda

Tips Memilih Paket Internet Yang Hemat Energi Untuk Bisnis Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 159 hits
Paket internet hemat adalah solusi bagi bisnis yang ingin tetap produktif tanpa membebani konsumsi listrik yang berlebihan Dalam dunia bisnis modern akses internet yang efisien sangat penting untuk menunjang berbagai aktivitas operasional m...
Hannahavenhome Tips Menabung Perlahan Untuk Move On Dengan Baik

Hannahavenhome Tips Menabung Perlahan Untuk Move On Dengan Baik

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 150 hits
Masih tak boleh move on Okay la boleh slow slow menabung untuk dining chair pulak Harap tercapai la sebelum raya Aaminn doakan okay Link wallpaper https s shopee com my 5fZgjOKovh Copy paste di google dulu tak pon type je satu satu di googl...
Petua Tips Halau Cicak

Petua Tips Halau Cicak

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 175 hits
Cicak Setelah Cik Shima berpindah ke Hutan Kampung masalah utama Cik Shima adalah dengan si cicak yang terlalu banyak Maklumlah Cik shima beli rumah yang di tinggal hampir dua tahun Persekitaran pulak masih lagi semak samun Setahun juga amb...
Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum dan hai semua Kalau korang tengah baca ni besar kemungkinan korang baru je dapat panggilan temuduga kerja kerajaan kan TAHNIAH Satu langkah besar dah berjaya tinggal nak lepas temuduga je lagi Tapi macam biasa bila fikir pas...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik