Umno Tuduh Umno


Bukan sesuatu yang pelik dalam politik apabila syak wasangka timbul dan tuduhan dilemparkan. Khususnya pada musim pilihan raya.

Menjelang PRN Melaka 20 November ini, ada pihak menyatakan rasa curiga terhadap Kementerian Kesihatan yang memutuskan perjumpaan serta perhimpunan politik dilarang berkuatkuasa daripada 26 Oktober hingga 27 November.

Rasa curiga, syak, dan sangsi seperti itu tidak memelikkan. Yang pelik ialah kali ini pihak yang mengesyaki adalah Veteran Umno. Pihak yang disyaki ialah kementerian yang menterinya orang Umno dalam kerajaan yang Perdana Menterinya juga orang Umno.

Ringkasnya Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, dilapor berkata tempoh hari mereka mengesyaki ada “niat tertentu” di sebalik larangan Kementerian Kesihatan (KKM) itu.

“Veteran (Umno) mengesyaki KKM mempunyai niat tidak baik terhadap Umno kerana mahu mengekang jentera parti berkempen bagi mencapai kemenangan. Dengan cara itu ia akan memberi nafas kepada Bersatu menggerakkan jentera parti yang lemah bagi menghadapi Umno.”

Syak sesuatu kementerian “membantu” kerajaan waktu pilihan raya bukan perkara baharu.

Namun dalam isu rasa curiga Veteran Umno berhubung PRN Melaka, pertanyaan pertama yang mesti diajukan ialah siapa yang mereka maksudkan?

Apa yang dinyatakan menerusi kenyataan Mustapha adalah sesuatu yang rambang. “Sweeping statement”. KKM, kementerian yang besar dianggotai ribuan kakitangan. Takkan Veteran Umno syak para doktor dan jururawat. Malah tentu bukan Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, yang mereka suspek.

Jadi adakah mereka mengesyaki Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin? Orang politik. Orang Umno sendiri. Umum tahu Khairy atau KJ adalah Ahli Parlimen yang dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional ketika kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat Langkah Sheraton Februari tahun lalu.

Apabila Muhyiddin Yassin dengan kerajaan Perikatan Nasionalnya undur, Khairy dilantik lagi sebagai menteri. Kali ini oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sekarang. Pada era BN pimpinan Najib Razak, beliau juga seorang menteri .

Veteran Umno tidak menyebut apa-apa nama atau mana-mana pemimpin. Namun menegaskan mereka “tertanya-tanya” mengapa pengumuman mengenai larangan berkenaan dibuat Khairy dan bukannya Menteri Kanan Keselamatan Hishamuddin Hussein atau Perdana Menteri sendiri.

Pada 24 Oktober lalu, Khairy mengumumkan semua perhimpunan dan majlis sosial tidak dibenarkan sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka bagi “mengelakkan penularan kes dan kluster Covid-19”.

Sehingga kini ada kemungkinan PRN Melaka akan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru termasuk membabitkan Umno dengan Bersatu meskipun kedua-duanya diwakili dalam kerajaan pusat khususnya.

Imbas kembali artikel saya 19 Oktober lalu bahawa “nasib” Ismail Sabri dan juga Presiden Umno Zahid Hamidi terikat pada PRN Melaka.

Jika Pakatan Harapan menang di Melaka ia tamparan hebat buat Zahid – memberi tekanan ke atas usaha beliau mengekalkan jawatan presiden Umno. Ismail selaku Perdana Menteri akan turut terkesan dan mungkin akan terdorong untuk mencabar Zahid pada pemilihan Umno atas alasan Umno perlu “dipulihkan” untuk menghadapi cabaran mendatang terutama PRU15.

Pun begitu kalah di Melaka akan pasti juga menyulitkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih dalam mengemudi kerjasama Umno-PAS yang tidak mahu tinggalkan Bersatu. Misi itu semakin sukar jika Ismail kekal sebagai Naib Presiden dalam Umno yang presidennya Zahid Hamidi.

Bagaimanapun jika Umno kembali menerajui kerajaan Melaka, Zahid dan Ismail pasti akan menggunakan kejayaan itu untuk memacu kempen masing-masing pada pemilihan Umno kelak.

Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan menerusi artikel saya 10 hari lalu, kemungkinan besar keputusan PRN Melaka boleh menyelesaikan isu kepimpinan Umno, dan menentukan “kekuatan” Ismail selaku Perdana Menteri, serta mencorakkan strategi parti politik Melayu apabila menghadapi pilihan raya mendatang terutama PRU15.

Berlatar belakangkan itu mata terbuka luas apabila Veteran Umno tampil dengan rasa syak mereka terhadap KKM.

Lazim bila bercakap mengenai politik timbul ungkapan “apa yang tersurat, apa yang tersirat” serta “ada udang di sebalik batu”. Lantas kedua-dua ungkapan boleh digunakan dalam konteks rasa syak Veteran Umno itu.

Adakah Veteran Umno, kumpulan orang lama yang masih bersandarkan cara politik zaman mereka, lalu kini ketinggalan zaman dan hilang sentuhan dengan keadaan masa kini?

Atau adakah pengalaman mereka membolehkan mereka tahu apa yang umum tidak tahu, nampak apa yang ramai tidak nampak?

Atau mereka sendiri masih bermain dalam arena politik zaman ini?

Apa pun seperti kita tahu PRN Melaka terpaksa diadakan akibat sengketa orang Umno dengan orang Umno. Kini timbul orang Umno syak orang Umno?

Oleh: Mohsin Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/umno-tuduh-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tired Of Waiting For Umno Muhyiddin Signals Go Ahead For 3 Cornered Fights

Tired Of Waiting For Umno Muhyiddin Signals Go Ahead For 3 Cornered Fights

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 305 hits
Perikatan Nasional chief Muhyididn Yassin appears to have made a decision to go ahead with three cornered fights in the upcoming Malacca state election He said his coalition can no longer wait for Umno to make a decision on cooperation I sa...
Prn Melaka Umno Gerakkan Jentera Seluruh Negara

Prn Melaka Umno Gerakkan Jentera Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 281 hits
UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka November ini Menurut Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia menunjukkan bahawa parti itu tidak ambil mudah cabaran PRN yang julung ka...
Musim 007 Sekarang Ni Umno Kata Ada Spy Kacau Umno Ni Mesti Banyak Makan Cencalok Ngan Petai Takot Ke Gerak Solo

Musim 007 Sekarang Ni Umno Kata Ada Spy Kacau Umno Ni Mesti Banyak Makan Cencalok Ngan Petai Takot Ke Gerak Solo

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 177 hits
Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO Syed AtifDatuk Seri Shahidan Kassim KUALA LUMPUR Keputusan UMNO Bahagian Arau yang mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional Melaka bekerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya ...
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 361 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
Bertanding Solo Umno Boleh Menempah Kekalahan Shahidan

Bertanding Solo Umno Boleh Menempah Kekalahan Shahidan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 217 hits
agendaily com21 10 2021Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menyanggah pendapat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan UMNO dan BN bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka UMNO hanya akan menempah kekalahan se...
Pru15 Pas Lebih Untung Poligami Dengan Umno Bersatu Tapi

Pru15 Pas Lebih Untung Poligami Dengan Umno Bersatu Tapi

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 335 hits
MALAYSIA DATELINEPas akan mendapat lebih keuntungan jika terus menjalinkan ikatan dengan kedua dua parti iaitu Umno dan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata penyelidik Menurut Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim ...
No Way Dan Noktah Zahid Nyatakan Pendirian Umno Bukan Peribadi Lagi

No Way Dan Noktah Zahid Nyatakan Pendirian Umno Bukan Peribadi Lagi

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 230 hits
agendaily com22 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah dua kali menyatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional Ahmad Zahid Hamidi malam tadi telah menjelaskan sekali lagi bahawa UMNO tidak aka...
Ph Tolak Nurhizam Dilemma Pas Bersama Umno Atau Bersatu

Ph Tolak Nurhizam Dilemma Pas Bersama Umno Atau Bersatu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 280 hits
Iswardy mengulas tentang keputusan Majlis Presiden yang dilihat tepat menolak Norhizam sebagai calon PH pada PRN Melaka kali ini Iswardy juga mengulas tentang kedudukan PAS yang dilihat tersepit antara BERSATU dan UMNO Siapakah pilihan PAS
Politik Johor Sangat Menarik Jika Umno Tidak Bersama Pn

Politik Johor Sangat Menarik Jika Umno Tidak Bersama Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 344 hits
Jika Umno bertanding secara solo tanpa melibatkan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 15 maka suasana politik Johor akan sangat menarik Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik komposisi parti parti politik di Johor ...
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kura Kura Matahari

Dikecam Letak Al Quran Atas Sejadah Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

Makin Meningkat Umur Makin Tahu Banyak Perkara Makin Banyak Timbul Perasaan Risau

Rak Tong Sampah Inovasi Etuza

Kejuruteraan Pertanian

Psg Hanya Guna Sembilan Pemain Singkirkan Bayern Munich