Umno Tidak Boleh Pilih Kasih


TINDAKAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membela diri melibatkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubalan wang haram adalah episod terkini proses perundangan dihadapinya. Meskipun proses perundangan masih belum berakhir, namun perintah oleh Mahkamah Tinggi semalam membuktikan wujudnya prima facie.
Secara keseluruhan, rakyat dan akar umbi UMNO perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah melaksanakan proses perundangan sehingga peringkat tertinggi badan kehakiman negara. Namun dari perspektif politik semasa, imej dan kepercayaan terhadap Ahmad Zahid sebagai ahli politik serta Presiden UMNO semestinya terjejas

Menyorot kembali perkembangan politik Ahmad Zahid selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan sepanjang perbicaraan di mahkamah, beliau pernah didesak oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda UMNO dan kepimpinan parti pelbagai peringkat supaya bercuti daripada menjalankan tugas Presiden. Desakan muncul bagi memastikan UMNO tidak terpalit dengan pertuduhan-pertuduhan dihadapinya di mahkamah dan memberi peluang kepada beliau untuk menumpukan kesnya sepanjang perbicaraan

Oleh demikian, Ahmad Zahid pada Disember 2018 bertindak bercuti daripada menjalankan tugas sebagai presiden dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan memangku jawatan berkenaan untuk tempoh setahun. Tindakan Ahmad Zahid itu meredakan pergolakan dalaman UMNO

Namun, perkembangan terkini sekali lagi merunsingkan akar umbi dan beberapa pemimpin UMNO terhadap kredibiliti ketua mereka dan imej parti yang semakin kian tercalar selagi iterajui Ahmad Zahid

Susulan perintah mahkamah tersebut, akar umbi dan pemimpin parti hari ini perlu kembali menyuarakan dan mengangkat semula keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MT) pada 29 Mei 2009 yang menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti iaitu seseorang yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya dalam parti akan digantung

Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah, jawatan yang disandang akan dikembalikan. Keputusan MT ini jelas dan Ahmad Zahid Hamidi juga tidak boleh terlepas daripada dikenakan penggantungan jawatan selagi proses perundangan di mahkamah belum selesai.

DWISTANDARDApatah lagi UMNO-Barisan Nasional (BN) sedang melalui proses kebangkitan semula menerusi pilihan raya negeri dan semua sedang bersiap siaga berhadapan PRU15

Adakah kerana beliau presiden, UMNO takut untuk bertindak dan kebal daripada sebarang tindakan disiplin? Adakah UMNO hari ini lebih mementingkan kelangsungan politik pemimpin daripada kelangsungan politik parti

Budaya politik penaungan dalam UMNO seharusnya dihapuskan selepas berakhirnya PRU14 kerana ahli dan pemimpin parti perlu belajar daripada amaran yang telah diberikan oleh pengundi untuk melihat parti tersebut berubah dan mempunyai aspirasi politik baharu yang segar seperti parti-parti politik lain di negara ini

Namun, UMNO hanya berada dalam keadaan separuh sedar selepas PRU14 dan masih meneruskan budaya lama tidak bertindak menangani kerosakan dalaman parti, membuka ruang kepada kritikan menerusi kelemahan sama sehingga boleh menjejaskan imej dan prestasinya

UMNO tidak boleh mengambil tindakan terpilih hanya kepada ahli dan pemimpin tertentu sedangkan terdapat pemimpin seperti Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digantung jawatan pada 16 April 2009 ketika proses perundangan ke atasnya masih berlangsung dan belum dijatuhkan hukum oleh mahkamah atas pertuduhan membuat kenyataan palsu

Malah UMNO dilihat bertindak tegas mengatasi mahkamah dalam kes pelanggaran peraturan parti melibatkan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada 17 Mac 2009 dengan melucutkan kelayakannya untuk bertanding dalam pemilihan jawatan timbalan presiden

Sekiranya UMNO berani dan tidak mengamalkan dwistandard dalam pelaksanaan peraturan dan hukuman, maka ia perlu segera bertindak terhadap sebarang kesalahan mencemarkan imej parti daripada sekecil-kecil sehingga melibatkan kes mahkamah

Malah UMNO perlu membandingkan imej presidennya dengan ketua parti lain yang kebanyakannya tidak membebankan parti dan akar umbi dengan kes mahkamah bagi mendapat keyakinan rakyat untuk memilih pemimpin dalam mana-mana pilihan raya negeri atau umum

Namun, jika ketua parti terbeban dengan pelbagai masalah dan kes mahkamah, parti perlu menanggung beban besar untuk menaikkan imej dan kredibiliti terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang pertandingan dalam mana-mana pilihan raya

Dalam konteks perkembangan semasa perintah mahkamah melibatkan Ahmad Zahid, pemimpin-pemimpin UMNO yang masih berjiwa besar dan sayang kepada parti perlu berani muncul membuka laluan perubahan kepada parti demi masa depan UMNO itu sendiri

Dalam konteks politik moden hari ini, istilah menentang dan derhaka kepada pemimpin tidak lagi relevan kerana ahli akar umbi memerhati setiap tindak tanduk pemimpin yang menerajui parti dan memihak kepada kumpulan pemimpin yang berani menyatakan kebenaran

Malah akar umbi UMNO akan melakukan protes senyap melalui saluran lain selain parti, iaitu menerusi pilihan raya sebagai tanda menentang kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan ketidakberanian sebilangan pemimpin dalam parti untuk melakukan perubahan serta menyatakan kebenaran

UMNO hari ini tidak mempunyai pilihan, mengambil tindakan segera terhadap Ahmad Zahid atau parti orang Melayu ini sekali lagi akan menghadapi nasib yang sama seperti PRU14 lalu

Oleh: DR. Mohammad Tawfik YaakubPensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/umno-tidak-boleh-pilih-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suhaizan Tempelak Umno Sengaja Pilih Bubar Dun Johor Waktu Ini Supaya Ramai Tak Keluar Mengundi

Suhaizan Tempelak Umno Sengaja Pilih Bubar Dun Johor Waktu Ini Supaya Ramai Tak Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 146 hits
January 28 2022 Speaker DUN Johor Suhaizan Kayat mempersoalkan tujuan kerajaan negeri Johor yang diterajui UMNO Barisan Nasional membubarkan DUN untuk diadakan Pilihan Raya Negeri pada ketika ini Dakwanya ia disengajakan supaya peratusan ke...
Jangan Jadi Berudu Nak Main Semua Kolam Umno Boleh Bagi Duit Tapi Bukan Kuasa

Jangan Jadi Berudu Nak Main Semua Kolam Umno Boleh Bagi Duit Tapi Bukan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 208 hits
UMNO BOLEH BAGI DUIT TETAPI BUKAN KUASA PAS HARUS KENANG PESAN TG NIK AZIZ Antara ungkapan yang aku ingat dari kata Almarhum Tg Nik Aziz sehingga hari ini tentang kerjasama dengan UMNO Kata Tok Guru Nik Aziz KAMI sudah masuk BN rapat dengan...
Umno Dan Pas Putus Sudah Kasih Sayang

Umno Dan Pas Putus Sudah Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 129 hits
ULASANGambaran Hiasan Pimpinan Umno Kel SEMALAM biro politik Umno Kelantan telah bermuzakarah dengan pimpinan tertinggi Pas Kelantan yang berlangsung di kediaman MB Kelantan di JKR 10 Kota Bharu Pertemuan itu menjadi perhatian akan natijah ...
Tular Video Pilih Kasih Ibu Ayah Pada Si Kakak Hanya Peluk Adik Undang Persepsi Netizen

Tular Video Pilih Kasih Ibu Ayah Pada Si Kakak Hanya Peluk Adik Undang Persepsi Netizen

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 211 hits
Tular sebuah video berdurasi 0 47 saat di media sosial apabila kanak kanak perempuan yang baru pulang dari sekolah menyapa ibu ayahnya namun tiada reaksi yang diterima Namun situasi berbeza apabila si adik dalam masa yang sama juga pulang d...
Macam Mana Ahmad Dusuki Boleh Kuliah Di Masjid Al Ikhlas Shah Alam

Macam Mana Ahmad Dusuki Boleh Kuliah Di Masjid Al Ikhlas Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 265 hits
MALAYSIA DATELINESusulan arahan Majlis Agama Islam Selagor menarik balik tauliah mengajar dalam kalangan aktivis politik hari ini netizen mempersoalkan bekas AJK Ulamak Pas Pusat Ahmad Dusuki Abdul Rani mengadakan kuliah di Masjid Al Ikhlas...
Hiburan Pakai Baju Muslimah Sikit Boleh Tak Gara Gara Perangai Dsv Cik B Kena Tempias Kutukan Netizen

Hiburan Pakai Baju Muslimah Sikit Boleh Tak Gara Gara Perangai Dsv Cik B Kena Tempias Kutukan Netizen

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 172 hits
Tindakan jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida yang sebelum ini didakwa sentiasa menempel di setiap isu semasa kerana inginkan publisiti nampaknya turut mengganggu kehidupan anak perempuannya Terbaru DS Vida kembali menuai kecaman netize...
Ramai Tak Tahu Racun Semut Jenama Ini Sebenarnya Boleh Sebabkan Sawan

Ramai Tak Tahu Racun Semut Jenama Ini Sebenarnya Boleh Sebabkan Sawan

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 455 hits
Golongan suri rumah pastinya runsing apabila melihat kawasan dapur terutamanya dipenuhi semut Pantang letak makanan yang manis atau bergula pasti akan dihurungi serangga itu Dan pastinya kita akan mencari alternatif bagi menghindarkan atau ...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Yong Tau Foo Homemade

Remaja Perempuan Hilang Lepas Naik Teksi E Hailing Ke Tempat Kerja Di Ipoh

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Official Position Of The State Government Of Sabah In Relation To The Constitutional Right To Claim The 40 Percent

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah