Umno Terengganu Bersama Pn Tetapi Tidak Mampu Beraksi


 
Oleh: CheguSyed





Ketika mana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus didominasi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu dalam pelbagai urusan pentadbiran, Umno kelihatan tersisih dan berterusan tersorok dalam sebuah kerajaan yang kononnya Kerajaan “Melayu-Islam” yang paling ideal di dunia ketika ini.


Syed Mohd Al-Amin





Umno dahulunya gah dan selalu kelihatan hebat rupa-rupanya bukanlah pejuang tulen bagi orang-orang Melayu. Para pemimpinnya masih lagi bergantung kepada pangkat dan sumber kewangan dalam pentadbiran kerajaan untuk terus bernafas dan hidup.

Wang dan kuasa seperti oksigen bagi kehidupan Umno. Tanpa dua elemen ini, Umno rebah dan tersungkur serta hampir mati. Oleh sebab itulah Umno tidak boleh hidup tanpa wang dan kuasa. Mereka akan meracau dan mengacau jika tidak diberikan wang dan kuasa.
Kehilangan semangat
Rakan-rakan Umno yang saya kenali kini berjalan seperti orang hilang semangat. Mereka tidak segirang dan seriang dahulu apabila berjumpa di kedai-kedai kopi melainkan menumpang sedikit sisa tuah Perikatan Nasional di pusat. Mereka tidak lagi ghairah bercakap soal Ketuanan Melayu apatah lagi bercakap soal membantu mengurangkan derita rakyat.
Di Terengganu mereka tidak berkongsi kuasa dengan rakan sekedudukan Pas, sebagaimana di pusat. Mereka seolah-olah melukut ditepi gantang. Mahu dikatakan mereka tidak bersama, mereka memang bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional. Hendak dikata mereka bersama, mereka tidak pula bersama dalam kerajaan Terengganu di bawah penguasaan Pas.
Secara peribadi, saya boleh katakan Umno telah hilang jati diri dengan maruah yang tercalar. Hala tuju tidak jelas dan perjuangan mereka lebih kepada mengejar kedudukan pangkat, kuasa dan wang. Kedudukan dan keadaan Umno Terengganu kini seolah-olah sebuah parti yang tidak berpaksi atau tidak berpendirian tetap.
Kerajaan tidak, pembangkang pun tidak
Mereka bukanlah sebahagian dari kerajaan negeri dan mereka juga tidak pembangkang. Mereka tidak tahu peranan mana yang sepatutnya untuk mereka. Jika hendak jadi sebahagian dari kerajaan, jadi kerajaan betul-betul dan bukannya duduk di “lambor” rumah. Jika mahu jadi pembangkang, jadi pembangkang betul-betul perjuangkan nasib rakyat.
Parti seperti Umno ini tidak boleh menjadi harapan kepada rakyat Terengganu kerana mereka sendiri tidak mempunyai hala tuju yang jelas tentang perjuangan di hadapan. Mereka keliru dan “berbolok wok”. Mereka tidak pasti sama ada untuk terus mengekalkan kuasa dan sumber kewangan demi pemimpin mereka di pusat atau untuk berbakti dengan ikhlas kepada rakyat Terengganu.
Justeru, Umno Terengganu bukanlah pilihan yang terbaik buat rakyat Terengganu masa kini. Mereka seperti ibarat ayam jantan yang dibuli pasangan hasil perkahwinan sangkut. Bersama tetapi tidak mampu beraksi. Saya doakan Umno Terengganu kembali bangkit sama ada sebagai lawan atau kawan yang lebih berwibawa kepada Parti Keadilan Rakyat Terengganu, dan untuk rakyat Terengganu.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/umno-terengganu-bersama-pn-tetapi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA PPBM Terengganu tidak melihat keputusan akar umbi Umno termasuk di Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum ke 15 sebagai masalah besar Pengerusi PPBM negeri Razali Idris berkata isu lebih be...
We Will Stay Neutral In Umno Ppbm Feud Says Pas

We Will Stay Neutral In Umno Ppbm Feud Says Pas

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 294 hits
Despite huge expectations that PAS will make a stand on the current feud between PPBM and Umno the central committee did not even discuss it at its meeting today Describing the spat as an internal issue between the two partners PAS central ...
Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

Hanya Mesyuarat Biasa Tak Bincang Isu Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 251 hits
PAS menafikan tanggapan yang mengatakan mesyuarat parti itu hari ini menyentuh isu pertelingkahan antara Umno dan Bersatu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pertemuan pemimpin PAS pagi ini hanya mesyuarat bulana...
Ppbm Row Puts Umno At Risk Of Becoming Irrelevant Says Analyst

Ppbm Row Puts Umno At Risk Of Becoming Irrelevant Says Analyst

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 226 hits
A political analyst says Umno will lose its relevance to its supporters the longer it dithers on cutting ties with PPBM Lee Kuok Tiung of University Malaysia Sabah said the party s grassroot members are clear about what they want the party ...
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 245 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Malaysian Bar Slams Umno For Suggesting Pm Interferes In Judiciary

Malaysian Bar Slams Umno For Suggesting Pm Interferes In Judiciary

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 195 hits
The Malaysian Bar has lambasted politicians who make careless remarks on the judiciary that can seriously undermine the public s confidence in the system of governance urging them to refrain from bringing the country s judiciary into disrep...
Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 220 hits
January 9 2021 Seorang penganalisis politik berkata Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah b...
Bahas Usul Penceroboh Di Pau Umno Jangan Fikir Survival Saja

Bahas Usul Penceroboh Di Pau Umno Jangan Fikir Survival Saja

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 251 hits
Bawa juga usul berkenaan tanah rizab selain hubungan dengan MCA BANGI UMNO sepatutnya membangkitkan isu kepentingan orang Melayu berbanding politik dan survival mereka dalam Perhimpuan Agung UMNO hujung bulan ini Pengerusi Pertubuhan Pertub...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm