Umno Tarik Sokongan Pada 1 Ogos Pelan Pemulihan Muhyiddin Akan Musnah


tuncarlos.com
June 20, 2021


KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara yang dirangka bagi mendepani krisis pandemik Covid-19 berisiko musnah jika ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas 1 Ogos hadapan.

Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya UMNO memuktamadkan arahan ahli-ahli Parlimennya untuk keluar daripada kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya tiada pilihan lain selain terpaksa memohon perkenan pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, hal ini kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap sudah tiada majoriti sokongan ahli Parlimen susulan bilangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong kerajaan ketika ini berjumlah 35 daripada keseluruhan 38 orang.

Untuk rekod, tiga ahli Parlimen UMNO sudah menarik sokongan terhadap kerajaan PN secara terbuka sebelum ini ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Jelas Ahmad Atory, keputusan itu juga akan memberi implikasi besar kepada masa hadapan UMNO sekiranya direalisasikan kerana tumpuan rakyat pastinya terarah kepada persoalan bentuk kerajaan baharu atau siapa bakal Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin kelak.
Ahmad Atory"Pada saat kritikal ini, keputusan melaksanakan PRU15 pada saat pandemik mungkin bukan opsyen terbaik untuk dipenuhi Yang di-Pertuan Agong kerana kita tidak mahu kesan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu berulang.

"Lebih membimbangkan, Pelan Pemulihan Negara yang sudah dirangka sebagai 'exit strategy' bagi menyelesaikan tri-krisis meliputi politik, ekonomi dan kesihatan mungkin berisiko gagal direalisasikan sekiranya politik perebutan kuasa masih berjalan.

"Tindakan UMNO itu, sekiranya direalisasikan, bakal memberi persepsi negatif untuk jangka masa panjang dalam kalangan rakyat, seolah-olah parti itu masih meletakkan kepentingan politik mendahului kepentingan rakyat pada saat krisis," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus UMNO bakal membincangkan keputusan memuktamadkan arahan kepada ahli-ahli Parlimen parti itu untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN pada 1 Ogos ini, pada malam Ahad.

Sejak Jumaat, beberapa portal media melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan mesyuarat biro politik parti itu di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta Muhyiddin tidak 'takut' membuka kembali sidang Parlimen sebagaimana dizahirkan melalui titah Yang di-Pertuan Agong pada Rabu.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Tajuddin turut memberi jaminan UMNO tidak akan mengusulkan undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri pada sidang Parlimen kelak.

Beliau sebaliknya berpandangan UMNO akan lebih fokus untuk membahaskan soal tadbir urus kerajaan PN sepanjang menguruskan pandemik Covid-19 serta darurat di samping mahu mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh membantu rakyat terkesan teruk.

Dalam pada itu, Ahmad Atory turut berpandangan sebarang strategi politik untuk melumpuhkan kerajaan PN pada saat kritikal sebenarnya membuka ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan interim sebagai alternatif kepada pelaksanaan PRU15.

Ujarnya, sekiranya kerajaan interim ditubuhkan, Muhyiddin masih lagi berpeluang besar untuk terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri interim.

Tambah Ahmad Atory, hal ini memandangkan Seri Paduka Baginda mungkin berpandangan tiada seorang pun calon lain termasuk Presiden Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad, dipercayai mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen mencukupi.

"Kalau kerajaan PN jatuh, siapa bakal dilantik menjadi Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin UMNO sekiranya gabungan baharu terbentuk? UMNO kini sudah berpecah kepada lima puak dengan Ahmad Zahid sendiri dilihat kurang dihormati pemimpin-pemimpin UMNO terutama mereka berstatus menteri.

"Adakah UMNO sanggup ambil risiko angkat Anwar jadi Perdana Menteri? Anwar sendiri pun belum tentu mempunyai sokongan padu daripada blok pembangkang yang turut dianggotai Dr Mahathir sendiri.

"Pandangan saya, lebih baik semua pihak beri ruang kepada Muhyiddin uruskan dahulu krisis Covid-19 dan berpolitiklah kembali sesama mereka hanya setelah negara kembali normal," katanya.

-SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/umno-tarik-sokongan-pada-1-ogos-pelan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara Diteruskan Pm Muhyiddin

Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara Diteruskan Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 215 hits
Fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Mp Umno Bn Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara Ismail Sabri

Mp Umno Bn Sepakat Sokong Pelan Pemulihan Negara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 215 hits
PETALING JAYA Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang dirancang pentadbiran Muhyiddin Yassin di sebalik kritikan presidennya se...
Ph Rayu Agong Sahkan Sokongan Mp Terhadap Muhyiddin

Ph Rayu Agong Sahkan Sokongan Mp Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 154 hits
Malaysiakini Jawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan merayu agar Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan sama ada keingkaran perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk segera mengadakan sidang parlimen disokong o...
Boleh Kah Peniaga Kita Bangkit Kembali Dengan Pelan Pemulihan Negara Yang Kerajaan Umumkan

Boleh Kah Peniaga Kita Bangkit Kembali Dengan Pelan Pemulihan Negara Yang Kerajaan Umumkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 359 hits
Sumber berita dan ringkasan dalam gambar ni dari Malay Mail15 haribulan Jun 2021 baru baru ni Perdana Menteri umumkan Pelan Pemulihan Negara untuk keluar dari kemelut Covid 19 Ada 4 fasa dalam pelan tersebut Peralihan dari satu fasa ke fasa...
Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

Saya Ditipu Zahid Untuk Tarik Sokongan Terhadap Pn Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 224 hits
Pemimpin veteran Umno Mohamed Nazri Aziz mendedahkan tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada Januari disebabkan ditipu oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata tind...
Veteran Umno Dedah Gerakan Pungut Sd Tumbangkan Muhyiddin Memang Berlaku

Veteran Umno Dedah Gerakan Pungut Sd Tumbangkan Muhyiddin Memang Berlaku

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 192 hits
puteradaily comVeteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata beliau difahamkan memang berlaku gerakan memungut tandatangan Akuan Bersumpah ahli ahli Parlimen bagi menumbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tapi gerakan memungu...
Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 144 hits
June 21 2021Empat belas hari itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja raja Melayu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian...
Umno Perlu Keluar Dari Kerajaan Seblum Rakyat Kutuk Seperti Muhyiddin

Umno Perlu Keluar Dari Kerajaan Seblum Rakyat Kutuk Seperti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO Terengganu mencadangkan agar parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional jika kerajaan masih gagal membuka Parlimen dengan segera Cadangan itu dibuat supaya UMNO tidak terpalit dengan politik derhaka kepad...
Patuh Titah Tuanku Pemimpin Umno Dap Beritahu Muhyiddin

Patuh Titah Tuanku Pemimpin Umno Dap Beritahu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 148 hits
Asyraf Wajdi Dusuki dan Teresa Kok berkata Parlimen perlu segera bersidang seperti dititahkan Agong PETALING JAYA Pemuda Umno mendesak kerajaan segera membahaskan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat sebaik Parlimen dibuka supaya isu ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ