Umno Tak Mahu Bersatu Bertanding Di Perak Pahang Dan Kelantan


 


January 3, 2021 Di tengah-tengah ketegangan antara Umno dan Bersatu, Muhyiddin Yassin mungkin diberi laluan oleh Umno untuk mempertahankan kerusinya di Pagoh, Johor pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, Umno tidak mahu Bersatu bertanding di Pahang, Kelantan dan kebanyakan kerusi di Perak. Bersatu ada tujuh ahli Parlimen di negeri-negeri ini.
Bercakap dengan pemberita di Johor, Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba berkata Umno negeri itu sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan tentang kesedian mereka untuk memberi laluan kepada presiden Bersatu itu untuk mempertahankan kerusi Pagoh.
“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada Umno akan memberi laluan kepada Bersatu untuk mempertahankan kerusinya yang lain di Johor – termasuk DUN Gambir yang dipegang Muhyiddin.
Selain Pagoh, Bersatu ada dua lagi ahli Parlimen di Johor iaitu Santhara Nair (Segamat) dan Rashid Hasnon (Batu Pahat). Kedua-duanya bekas ahli PKR.
Bersatu juga menang di Muar, Sri Gading, Simpang Renggam, and Tanjung Piai pada PRU lalu.
BN merampas semula Tanjung Piai pada PRK dua tahun lalu, manakala tiga lagi ahli Parlimen kini menjadi pembangkang.
Bersatu juga ada 12 Adun di Johor, termasuk Muhyiddin.
Sementara itu, Pengerusi Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata Bersatu tidak perlu bertanding langsung di negeri itu.
“Saya fikir Bersatu oleh sebab tidak ada kerusi di Pahang, jadi mereka tidak perlu bertanding di Pahang,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.
 
Pada PRU14, Bersatu tidak menang mana-mana kerusi Parlimen di Pahang. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah kini merupakan ahli parti itu selepas keluar PKR.
Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa – yang dikenali sebagai penyokong kerjasama dengan Bersatu – juga mahu parti itu tidak bertanding di Kelantan.
“Setuju. Kelantan juga,” katanya dalam ciapan di Twitter, yang turut melampirkan laporan kenyataan Wan Rosdy.
Sama seperti Pahang, Bersatu tidak menang mana-mana kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU14. Bagaimanapun Ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz keluar Umno pada 2018 untuk menyertai Bersatu.
Di Perak, Pengerusi Umno Negeri Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak akan menyerahkan lima kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14.
Ia melibatkan tiga kerusi Parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.
Kesemua wakil rakyat kerusi itu juga keluar parti untuk menyertai Bersatu.
Pada 2018, Bersatu hanya menang satu kerusi Parlimen di Perak iaitu Tambun.
Hubungan antara Umno dan Bersatu terus tegang walaupun kedua-duanya termasuk dalam gabungan pemerintah.
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman hari ini dipetik Harian Metro sebagai berkata, Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/umno-tak-mahu-bersatu-bertanding-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Penang Usul Bertanding Semua Kerusi Bersatu

Umno Penang Usul Bertanding Semua Kerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 336 hits
Sebahagian besar daripada 13 bahagian UMNO Pulau Pinang menolak tolak ansur dengan PPBM dan bertegas akan mempertahankan kerusi dimenangi pengkhianat parti itu pada pilihan raya umum akan datang Ketua UMNO Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir di...
Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 210 hits
Sebagaimana sudah agak kerap saya menulis sebelum ini hakikat bahawa baik Anwar Ibrahim atau DAP kedua duanya bukanlah musuh yang sebenar bagi UMNO ia kini nampaknya mula disedari Terbaru Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Ham...
Report No Way Says Penang Umno About Working With Bersatu For Ge15

Report No Way Says Penang Umno About Working With Bersatu For Ge15

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 262 hits
A majority of 13 Penang Umno divisions have refused to work with Parti Pribumi Bersatu Malaysia for the upcoming 15th general election reports Berita Harian Penang Umno state liaison chairman Datuk Musa Sheikh Fadzir said the decision was m...
King Can Appoint Interim Govt After Umno Splits From Bersatu Ex Law Minister

King Can Appoint Interim Govt After Umno Splits From Bersatu Ex Law Minister

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 242 hits
If Umno ends ties with Bersatu at its general assembly on Jan 31 it does not mean Parliament has to be dissolved on Feb 1 former law minister Nazri Abdul Aziz said The Padang Rengas MP who is also a lawyer by training said the Yang di Pertu...
Umno Bersatu Ties Nazri Says Grassroots Cannot Be Ignored It S Over

Umno Bersatu Ties Nazri Says Grassroots Cannot Be Ignored It S Over

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 326 hits
Umno has reached the point of no return with regard to severing ties with Bersatu according to Padang Rengas MP Nazri Abdul Aziz Pointing to a news report that claimed 189 out of 191 Umno divisions have decided to end the parties political ...
Tumpuan Awani 7 45 Umno Tolak Bersatu Empat Individu Direman Seludup Bahan Mentah

Tumpuan Awani 7 45 Umno Tolak Bersatu Empat Individu Direman Seludup Bahan Mentah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 287 hits
UMNO semakin lantang Lebih 100 UMNO bahagaian yang bersidang di peirngkat bahagian bersuara enggan mengadakan kerjasama dengan parti Bersatu pada PRU ke 15 nanti Empat individu termasuk dua pengarah syarikat ditahan reman empat hari berhubu...
Banjir Di Pahang Terengganu Dan Kelantan Tambah Buruk

Banjir Di Pahang Terengganu Dan Kelantan Tambah Buruk

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 335 hits
82 total views 82 views today Jumlah mangsa banjir di Pahang Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan manakala keadaan bertambah baik di Perak Selangor dan Johor dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementa...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri