Umno Sedang Dikhianati Dari Luar Dan Dalam



Howard Lee, Malaysiakini
Ada sesuatu yang besar nampaknya sedang dalam perancangan iaitu cubaan menyah daftar Umno dalam gerakan yang mungkin hanya akan selesai beberapa bulan akan datang.
Ada yang berpandangan bahawa kedudukan Umno tidak akan terjejas kerana mereka masih mempunyai BN yang boleh digunakan kelak. Namun, sejauh mana pandangan ini benar?
Langkah berkenaan – tidak lain dan tidak bukan – hanyalah suatu krisis epik yang direkayasa hanya untuk mencetuskan rombakan ke atas keseluruhan landskap politik orang Melayu.
Kebarangkaliannya lebih tinggi apabila MCA dan MIC kelihatan lebih rela berlaga pipi, bercium mulut dengan pemain kuasa dalam Perikatan Nasional (PN).
Berminggu-minggu lamanya khabar angin bahawa MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bakal meninggalkan BN untuk menyertai PN.
Khabar-khabar itu sedang berterbangan di udara yang memenuhi setiap penjuru lorong-lorong gelap yang dipenuhi oleh pemain politik.
BN hanya tinggal empat parti sekarang dan sekiranya Umno ditinggalkan sendirian terkontang-kanting, maka sudah tentu BN juga bakal dinyah daftar. Jadilah ahli-ahli parlimen dan pucuk pimpinan mereka seperti gelandangan – tiada lagi rumah untuk berteduh.
Jika bersama PN, Bersatu dan Muhyiddin Yassin sudah pasti MCA dan MIC memiliki kelebihan, jaminan dan keselesaan kerana mereka bergabung dengan pemegang kantung wang ringgit negara.
Justeru memanglah sukar untuk mereka menggigit tangan yang memberi, biar pun tanpa mengira prinsip dan persahabatan. Bagi mereka, nilai sesebuah kesetiaan terletak hanya pada wang dan kuasa.
Apalah sangat nilai perjuanga 60 tahun bersama Umno.
Ditelan dan dicerna dari dalam
Situasi mereka itu sama sahaja seperti pasangan yang bercinta kemudian akhirnya berpisah dek memilih untuk selaku mengelak daripada berjumpa.
Permainan Muhyiddin sekarang pula nampak seolah-olah mahu membunuh Umno dengan menghapuskan dahulu ‘kluster mahkamah’ sebelum membuka ruang kepada penyitaan parti itu.
Andainya nanti Umno benar-benar mati dalam keadaan ia tiada sebarang pelan sandaran – sambil dipinggirkan sekutu utama mereka – maka akan terbukalah ruang untuk Muhyiddin dan Bersatu mengutip sisa-sisa Umno (ahli-ahli parlimennya) ketika mereka bak laskar tidak bertuan.
Ia mungkin suatu kehebatan rancangan perpaduan ummah yang diusahakan PN dan beberapa pihak di dalam Muafakat Nasional (MN). Cumanya, jika ia menjadi kenyataan Umno itulah yang dijadikan korban sampingan untuk ditelan dan dicerna dari dalamnya sendiri.
Menjelang dan pascapengumuman Muhyiddin untuk membatalkan pendaftaran Umno akan dilihat sebagai suatu insiden cacamarba perebutan ahli-ahli parlimen Umno yang terkapai-kapai di pasaran jualan murah akhir tahun.
Tetapi, sebenarnya, ‘jualan prapelancaran’ sudahpun berjalan dan ia berlangsung dengan lancar tanpa kita sedar.
Ekspedisi memancing ahli parlimen – gerakan yang dipercayai ditaja Muhyiddin dan konco-konconya dengan slogan ‘sertai kami sekiranya anda mahu terus bertahan atau kekal di sana dan akan dihapuskan’ – bukan lagi rahsia.
Berduyun-duyun ahli parlimen Umno dan Pakatan Harapan (PH) mengalami keadaan ini sejak lebih dari setahun lalu, malah sebelum Langkah Sheraton lagi.
Nampaknya, Umno pada hari ini sedang menelan kepahitan pil sianida yang pada suatu ketika dulu mereka sendiri gunakan terhadap lawan politik mereka.
Menjadi sebahagian daripada pemerintahan paling teruk pernah disaksikan oleh negara ini, juga berada jauh dari tampuk kuasa, ketika demokrasi berparlimen dan Perlembagaan Persekutuan digantung, dengan presiden dan panglima perang utamanya sama ada pasti akan menghadapi sabitan jenayah atau telah habis dilelong kepada pengkhianat, Umno benar-benar dikepung dari semua arah di tengah-tengah rentetan cabaran yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.
Umno kini sedang dimamah dari dalam dan dari luar. Parti yang mereka anggap sebagai rakan kongsi sedang menghenyak Umno hingga lumat.
Parti yang menjadi sekutu Umno selama enam dekad kini meninggalkan mereka terkapai-kapai. Dan telah difatwakan kepada ahli dan penyokongnya agar mereka dilayan sebagai seteru mutlak. Kini mereka tiada pilihan selain daripada terus memberikan balasan yang setimpal.
Pada waktu dan saat ini, Umno sedang menghadapi saat-saat paling gelap dalam sejarahnya. Umno bakal merasakan pengkhianatan seperti dialami oleh PH.
Cuma bezanya, besar kemungkinan pengkhianatan ke atas Umno akan berakhir dengan hilangnya parti tersebut dari peta politik kita.
Sememangnya Umno tidak berhak atau layak untuk mendapat simpati daripada mana mana pihak. Merekalah yang memilih untuk bersekongkol dengan pihak yang punya sejarah mengkhianati orang (dan bakal mengkhianati mereka pula).
Tetapi, pertama kali saya dapat menyatakan dengan jujur bahawa saya berempati dengan mereka.
HOWARD LEE ialah ketua Pemuda DAP merangkap Adun Pasir Pinji, Perak.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/05/umno-sedang-dikhianati-dari-luar-dan-dalam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 348 hits
SIAPA LAGI GANDINGAN YANG DILIHAT PALING BAIK MENERAJUI UMNO DAN MALAYSIA JIKA BUKAN ZAHID MAT HASAN NAJIB KU LI Kapal dianggap diambang pecah jika kem Presiden bertembung dgn kem timbalan Presiden Faktanya masa madey lawan ku li 1988 hj ha...
Kenapa Nak Bantu Umno Yang Sedang Lemah

Kenapa Nak Bantu Umno Yang Sedang Lemah

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 219 hits
PH tak seharusnya mendedahkan dirinya kepada risiko dengan membantu Umno di saat parti itu kini sedang bergelut dan terpaksa bergantung kepada parti lain kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad Bagi Khalid PH kini perlu memberi tumpuan...
Awani Ringkas Umno Berpatah Arang Berkerat Rotan Dengan Pn Ldp Sertai Pn

Awani Ringkas Umno Berpatah Arang Berkerat Rotan Dengan Pn Ldp Sertai Pn

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 281 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Umno Perlu Jadi Induk Tetap Keluar Pn Ogos Depan

Umno Perlu Jadi Induk Tetap Keluar Pn Ogos Depan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR 14 Syaaban 1442H Ahad UMNO perlu tetap dengan pendirian termasuk bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos depan Demikian tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan pe...
Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Kerjasama Dengan Ppbm

Zahid Hormat Keputusan Umno Sabah Kerjasama Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 297 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 9 45 PMZahid mengakui situasi politik di Sabah istimewa KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghormati keputusan Umno Sabah yang menetapkan akan bekerjasama dengan PPBM untuk mempertahankan ker...
Umno Patut Tidak Beri Ruang Masa

Umno Patut Tidak Beri Ruang Masa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 182 hits
MOHD SAYUTI OMAR II Pada saya ruang masa diberikan oleh Umno untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin sehingga Ogos nanti adalah satu langkah tidak bijak dan boleh mendatangkan masalah kepada Umno sendiri Tempoh lima b...
Main Curi Curi Pulak Umno Ada Bukti Bersatu Mahu Curi Mp Umno

Main Curi Curi Pulak Umno Ada Bukti Bersatu Mahu Curi Mp Umno

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 225 hits
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan tentang cubaan parti Bersatu memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor supaya lompat parti Berucap ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno Wan Rosdy berkata dia mempun...
Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

Umno Negeri Insaf Sayang Hubungan Dengan Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 270 hits
Datuk Saarani Mohamad berkata kerjasama sedia ada antara Umno dan PAS saling menguatkan kedua dua parti Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 28 Mac Hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional menghangatkan sesi perbahasan Perhimp...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl