Umno Perlu Banyak Berkorban Jika Mahu Pn Diteruskan Kata Wan Saiful



(FMT) – Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata, Umno perlu banyak berkorban sekiranya ia mahu gabungan politik Perikatan Nasional (PN) diteruskan dengan lebih serius.
Malah menurut Wan Saiful Wan Jan, PN berpotensi menjadi lebih stabil daripada Pakatan Harapan (PH) dan lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, di dalam PN, Umno akan hilang status dominan yang dimilikinya sewaktu BN mentadbir negara dan keadaan itu tidak dinafikan akan menimbulkan kerisauan dalam kalangan pemimpin parti itu, malah sebilangan kecil tokohnya kurang selesa dengan situasi tersebut.
“Sekarang ini, Umno perlu diberi masa dan ruang untuk menguruskan transisi tersebut. Semua pihak dalam PN perlu memahami dan menghormati proses yang sedang berlaku dalam parti itu.
“Pemimpin Umno bukan orang baru dalam politik dan mereka banyak pengalaman mengurus perubahan. Berikan mereka masa dan hormati proses dalaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama Wan Saiful berkata, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan politik yang sah perlu dibuat kerana akan terdapat banyak persoalan yang sengaja ditimbulkan pihak lawan, walaupun amalan demokrasi tidak mewajibkan sesebuah gabungan didaftarkan.
“Dalam konteks hari ini, saya merasakan pendaftaran adalah prasyarat yang perlu dipenuhi dan berharap pengumuman mengenainya boleh dibuat segera untuk menghilangkan kegusaran ahli semua parti komponen,” katanya.
Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa PAS akan terus memperkukuhkan kerjasama politik dengan PPBM dan Umno bagi mempertahankan kedudukan PN, sekali gus bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-15
Bahkan pada 17 Mei, pemimpin PPBM, BN, PAS, GPS, PBS dan STAR menandatangani memorandum persefahaman bagi mengesahkan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Wan Saiful berkata, pembentukan PN pada Februari lepas masih menimbulkan banyak tanda tanya kerana identiti dan agenda gabungan itu belum jelas.
Bahkan katanya, memang logik sekiranya rakyat bertanya berkaitan perkara itu kerana tidak banyak butiran didedahkan kepada umum.
Bagaimanapun Wan Saiful berkata, gabungan parti dalam PN secara tidak langsung telah mengembalikan kedudukan politik orang Melayu sebagai teraju kerajaan, selain memastikan kebajikan kaum lain terjamin.
“Semasa era PH, mereka mengetepikan sentimen orang Melayu sehingga wujud ketidakstabilan.
“Dalam PN juga tidak berlaku perebutan jawatan perdana menteri seperti yang berlaku antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. Muhyiddin disokong oleh semua parti,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/14/umno-perlu-banyak-berkorban-jika-mahu-pn-diteruskan-kata-wan-saiful/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Saiful Kenapa Umno Saja Perlu Berkorban

Wan Saiful Kenapa Umno Saja Perlu Berkorban

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 314 hits
Alangkah baiknya sekiranya Ahli Majlis Tertinggi PPBM Wan Saiful Wan Jan meminta PPBM yang berkorban demi masa depan negara dan bangsa Melayu Dengan ahli parti yang paling sedikit sepatutnya mereka yang berkorban Apa kata Wan Saiful cadangk...
Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

Umno Nak Ker Berkorban Demi Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 262 hits
Seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata Umno perlu banyak berkorban sekiranya ia mahu gabungan politik Perikatan Nasional diteruskan dengan lebih serius Malah menurut Wan Saiful Wan Jan PN berpotensi menjadi lebih stabil daripada Pakatan...
Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

Selamatkan Ekonomi Negara Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 326 hits
Maka Kerajaan PAKATAN HARAPAN dahulu lebih fokus kepada pertanian dan perdagangan antarabangsa berbanding sekarang walaupun tidak sempurna Cuma silapnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN memberi Azmin Ali terlalu banyak kuasa ekonomi yang beliau gag...
Umno Disuruh Berkorban Ppbm Duduk Saja Ke

Umno Disuruh Berkorban Ppbm Duduk Saja Ke

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 337 hits
Umno perlu banyak berkorban Pandangan di atas datang daripada Wan Saiful Wan Jan yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Pada dia Umno juga mesti bersedia untuk hilang status dominan jika mahu Perikatan Nasional menang dalam PRU...
Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 450 hits
Hanya kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras pemimpin DAP Ronnie Liu Tian Khiew Mengatakan Kerajaan PN tiada guna PAS gila dan UMNO lagi gila Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan Menyebut DAP akan ...
Lebih 89 Peneroka Felda Di Pahang Terima Surat Hakmilik Tanah Kata Wan Rosdy

Lebih 89 Peneroka Felda Di Pahang Terima Surat Hakmilik Tanah Kata Wan Rosdy

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 389 hits
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri mengorbankan tanah bernilai lebih RM40 bilion melalui pemberian surat hakmilik kepada peneroka Felda di negeri itu PEKAN Kira kira 38 600 atau 89 6 daripada 43 126 peneroka d...
Umno Keluar Dan Tidak Sokong Pn Umno Kena Kencing Kata Presidennya

Umno Keluar Dan Tidak Sokong Pn Umno Kena Kencing Kata Presidennya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 516 hits
Hartis WilsonPertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu atau dalam bahasa Brisith UMNO isytihar keluar daripada gabungan Perikatan Nasional berkuatkuasa serta merta Dalam mesyuarat yang dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam sebulat suara be...
Wan Saiful Is What Malays Would Call Bodoh Sombong And Gong Terlajak

Wan Saiful Is What Malays Would Call Bodoh Sombong And Gong Terlajak

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 310 hits
Wan Saiful should not be kacang lupakan kulit Umno may have its faults but Wan Saiful should remember that Umno started to rot only after Tun Dr Mahathir became Prime Minister in 1981 And is Dr Mahathir not Wan Saiful s boss So Wan Saiful c...
Agihan Kerusi Pas Umno Perlu Disegera Kata Veteran Umno

Agihan Kerusi Pas Umno Perlu Disegera Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 322 hits
Isu pengagihan kerusi antara PAS dan Umno melalui gabungan Muafakat Nasional perlu diselesaikan secepat yang mungkin kata Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub Menurutnya selain sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan pilihan...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam