Umno Perlu Bangkit Dengan Kepimpinan Bersih






Sejak kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat pada PRU 13 dengan hanya meraih 51% undi popular seterusnya tersungkur terkangkang dengan kekalahan pada PRU 14 pada 9 Mei 2018  yang lalu tidak sekali pun UMNO dan Barisan Nasional mengadakan post morterm akan punca kenapa dan mengapa UMNO dan Barisan Nasional di tolak sebegitu rupa oleh rakyat.
Lebih malang lagi dalam PRU yang lalu, banyak saluran 1 yang terdiri dari pengundi hard core UMNO/BN kalah. Parti yang menunjangi kuasa kerajaan selama ini ditolak oleh pengundi tegar mereka sendiri. Segala jasa dan pengorbanan yang ditumpahkan selama ini langsung tidak mempunyai nilai yang boleh dikenang oleh para pengundi. Soalnya kenapa dan mengapa?


Maka terjelir jelir lah lidah dan menyembur nyembur lah air liur dikalangan warlord dan para macai meletakkan kesalahan di pundak musuh dan rakan sekutu di dalam BN.
Memang tak kita nafikan PH berjaya dengan janji palsu mereka..! Memang PH berjaya dengan fitnah yang meracuni fikiran rakyat..!
Namun apakah semua yang diperkatakan oleh rakyat ketika itu diambil peduli dan diselesaikan oleh para pemimpin UMNO/BN ketika itu? Sudah berkali kali kita sebutkan bahawa suasana dan penerimaan rakyat terhadap UMNO/BN ketika itu ibarat - sayang bertompok tompok, benci merata rata..! Banyak kali blog ini menyatakannya..! Scroll dan bacalah kalau rajin. 

Ketika itu telinga merah kalau kebenaran diutarakan didepan mata, sebarang teguran mestilah yang menyenangkan pemimpin. Sebarang teguran akan mendapat tentangan dari para macai yang berkeliaran dikeliling pemimpin kerana habuan yang bukan sedikit. Dedak bertaburan di mana mana dan setiap masa..!
Rakyat tahu UMNO/BN memang berjasa..! Rakyat tahu dan memahami bahawa UMNO/BN lah yang selama ini berjaya menyempurnakan segala keperluan rakyat. Malah apabila kalah dan di tadbir selama 22 bulan di bawah PH rakyat sudah merasa resah gelisah dan kegusaran akan cara, tindak dan sikap kepimpinan kerajaan ketika itu walaupun diketuai oleh pemimpin yang berpengalaman selama 22 tahun namun apabila bukan UMNO dan BN yang memayunginya maka jelas kerajaan PH tidak berjalan dengan aman, makmur dan mensejahterakan hidup rakyat dan menstabilkan keadaan negara.


Hasilnya setiap PRK yang berjalan UMNO/BN bersama dengan MN telah berjaya menambat hati dan memutik kepercayaan pengundi dengan kemenangan bergaya yang boleh kita bangga. Namun apakah ianya mencukupi? Kesan dari PRN Sabah tak boleh diambil mudah..! Tentunya ada isyarat yang diberikan kenapa dari 41 kerusi yang UMNO/BN tandingi hanya mampu meraih 14 kerusi?
UMNO/BN tak boleh terus bernostalgia..! UMNO/BN perlu segera berani membetulkan kerosakan yang ada. UMNO/BN perlu sedia mengorbankan para pemimpin yang sememangnya telah menyebabkan parti berjasa itu terkorban dalam PRU yang lalu. 
UMNO/BN perlu bertekad..! Ramai pemimpin yang terpalit dengan lumpur jenayah, salah laku, tak kurang juga yang menjadi lauk utama fitnah menggejala dan telah pun ditolak oleh rakyat perlu dikeluarkan dari barisan sebagai pemain utama..!


UMNO/BN perlukan pemimpin baru, sama ada tua atau muda umur bukan ukuran utamanya namun perlukan muka baru yang boleh memberikan nafas, roh dan semangat baru bagi mempastikan UMNO/BN terus bangkit sebagaimana kemenangan demi kemenangan yang telah di capai di dalam PRK CH, Semenyih, Rantau, Tg Piai, Kimanis, Chini dan di DUN Slim. Pastinya UMNO/BN tak kurang tokoh yang berhak, layak dan berwibawa.
Soalnya bila kebangkitan ini perlu bermula? Soalnya bagaimana ianya boleh digerakkan secara bersama oleh semua atas nama Agama, Bangsa dan Negara tercinta? Jelasnya UMNO/BN sudah tidak mempunyai banyak masa.


Hakikatnya UMNO/BN tidak ketandusan pemimpin. Ramai dikalangan mereka yang telah pun diuji dan layak untuk mengemudi bahtera parti. 
Lantik dan pilihlah pemimpin yang benar benar JANTAN yang berani, bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan amanah parti. 
Pemimpin yang benar benar ada telur yang bijak dalam menelurkan kekuatan dan sokongan rakyat kembali kepada perjuangan parti.
Bukannya macam sekarang ini yang sebahagian besarnya cuma reti melagakan telur sendiri..!
Lu Fikir La Sendiri..!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2020/10/umno-perlu-bangkit-dengan-kepimpinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khaled Nordin Jalan Baharu Umno Ppbm Sokong Kepimpinan Yang Baik

Khaled Nordin Jalan Baharu Umno Ppbm Sokong Kepimpinan Yang Baik

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 378 hits
Hubungan UMNO dengan PPBM boleh digambarkan sebagai no trust only mutual respect UMNO tidak pernah mempercayai PPBM kerana ia ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan UMNO Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawa...
Apa Pun Keadaan Umno Saya Ingin Mengucapkan Tahniah Di Atas Kematangan Dan Kebijaksanaan Pimpinan Membuat Keputusan

Apa Pun Keadaan Umno Saya Ingin Mengucapkan Tahniah Di Atas Kematangan Dan Kebijaksanaan Pimpinan Membuat Keputusan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 228 hits
HAMDAN TAHA Selepas tewas PRU dan di tinggalkan oleh sahabat sahabat dalam BN dan di katakan Umno sudah berkubur dan tak ada masa depan berubah kembali kepada pembangkang kepada parti yang berkuasa cuma kekuasan di pecah pecahkan oleh parti...
Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 386 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO a...
Anwar Selamatkan Umno

Anwar Selamatkan Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 209 hits
HORASBUKAN mudah nak ajak orang Melayu supaya berfikir dengan menggunakan otak yang waras Anwar orang tak suka dendam Bertahun tahun Tun mengutuk dan menyebarkan propaganda karut bagi memburukkan imej Anwar Anwar dituduhnya liberal Aneh Sem...
Ini Sebab Umno Marah Najib Senarai Sebab Dalam Facebooknya

Ini Sebab Umno Marah Najib Senarai Sebab Dalam Facebooknya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 229 hits
Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap n...
With Umno Mulling Withdrawing Support Muhyiddin S Govt On Last Legs Source

With Umno Mulling Withdrawing Support Muhyiddin S Govt On Last Legs Source

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 282 hits
The announcement by Umno s political bureau last night that it was considering withdrawing its support for the Perikatan Nasional government unless new conditions are agreed to is not a threat but a mature decision said a party source The h...
Najib Backs Party Decision Says Grassroots Unhappy With Umno Bersatu Cooperation

Najib Backs Party Decision Says Grassroots Unhappy With Umno Bersatu Cooperation

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 263 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has revealed that grassroots dissatisfaction over Umno s imbalanced relationship with Bersatu is the reason why he supports the Umno political bureau s decision to consider withdrawing support from th...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri