Umno Patut Henti Bantu Kempen Kj Di Sungai Buloh


 
Sejak mengumumkan dirinya ingin menjadi Perdana Menteri dan mengetuai UMNO suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin nampaknya terus menunjukkan keangkuhannya.
Kali ini beliau secara terbuka juga mendakwa UMNO sebagai parti yang sudah sesat dan perlu dibawa kembali ke pangkal jalan.
Beliau turut mendakwa, ramai yang tidak berkenan dengan UMNO adalah disebabkan sikap segelintir pemimpinnya yang ada sekarang ini.
Katanya, perkara pertama yang mahu dilakukannya jika memenangi Sungai Buloh, selain memastikan Ismail Sabri Yaakob kembali menjadi Perdana Menteri ialah untuk menjadikan UMNO menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu seperti satu ketika dulu.
“UMNO (kini) dah sesat, dan kena kembali ke pangkal jalan. Kena ‘fix’ (perbaiki) balik UMNO ni lagi, perbetulkan UMNO. Dan saya bukan ‘yes man’.
“Pertama, saya nak menang pilihan raya ini, nak pastikan Ismail Sabri kembali menjadi Perdana Menteri, selepas itu kita bersihkan balik UMNO dan BN, kita cuci balik.
“Saya seorang reformis dalam UMNO, tak boleh kunci mulut, sebab itu (agaknya) saya dihantar ke Sungai Buloh,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebagaimana dilaporkan Astro Awani.
Beliau yang merupakan Menteri Kesihatan sementara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Silaturrahim bersama Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Rahman Putra malam tadi.
Dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu, Khairy atau KJ seolah-olah terlupa bahawa sekarang ini adalah musim kempen pilihan raya, bukannya pemilihan UMNO.
Dalam kempen pilihan raya, beliau tidak seharusnya mengutuk parti dan pemimpinnya sendiri, sebaliknya harus meyakinkan pengundi untuk memberi undi kepadanya.
Kalau mahu mengutuk pemimpin sendiri, tunggulah pemilihan UMNO nanti.
Soalnya, bolehkah pengundi memberi undi kepadanya, sedangkan beliau sendiri mengutuk pemimpin dan partinya sendiri?
Apakah KJ kini dalam keadaan terlalu teruja dengan sambutan yang diterimanya sejak mengumumkan mahu menjadi Perdana Menteri, lalu merasakannya dirinya bebas mengutuk parti dan pemimpin UMNO secara terbuka?
Kalau benar UMNO itu sudah sesat, kenapa KJ sendiri masih mahu bertanding mewakili UMNO atas tiket BN di Sungai Buloh ini?
Tidakkah dengan bertanding atas tiket parti yang didakwanya sesat, ia bermakna beliau sendiri telah sesat?
Apakah calon dan parti yang telah sesat perlu diberi undi untuk menjadi Ahli Parlimen?
Jika benar UMNO juga telah sesat, kenapa KJ tidak berani menyertai parti lain atau bertanding saja atas tiket Bebas?
Mengapa masih mahu bertanding atas tiket BN dan mewakili UMNO yang didakwanya sesat itu?
Apa pun, dengan kenyataannya bahawa UMNO itu sudah sesat itu, KJ sebenarnya telah melakukan sesuatu yang tidak wajar dan keangkuhan yang keterlaluan di ketika parti terus memberinya peluang bertanding lagi.
Sebagai pengajaran kepadanya, UMNO secara total harus serta-merta berhenti membantu kempen KJ di Sungai Buloh.
Pemimpin-pemimpin utama UMNO dan BN juga tidak harus lagi datang ke Sungai Buloh untuk membantunya.
Sikap dan perangai seperti yang ditunjukkan KJ itu bukan saja tidak seharusnya ada di dalam UMNO yang sedang berjuang mencari kemenangan dalam ibu segala PRU ketika ini, malah juga pasti tidak diperlukan dalam persatuan penduduk kampung setinggan sekali pun.
UMNO mesti memberi pengajaran kepadanya dalam PRU15 ini. – ShahbudinHusin 12/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/umno-patut-henti-bantu-kempen-kj-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Zahid Hamidi Nafi Dakwaan Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Kj

Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Zahid Hamidi Nafi Dakwaan Umno Cuba Tamatkan Karier Politik Kj

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 227 hits
Sejak diletakkan sebagai Calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh ramai yang meramalkan tindakan UMNO itu dilihat sebagai usaha untuk mematikan karier politik Khairy Jamaluddin kerana kawasan itu merupakan kubu kuat PKR T...
Pru15 Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Ahmad Zahid

Pru15 Dia Yang Minta Bertanding Di Sungai Buloh Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 205 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan untuk mencalonkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh dibuat selepas Menteri Kesihatan itu membuat permintaan untuk bertanding di kerusi berkena...
The Sungai Buloh Dilemma

The Sungai Buloh Dilemma

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 139 hits
Even PKR supporters have to decide between Khairy who has PM potential or relatively unknown RamananUNTIL the past 48 hours media reports on the Sungai Buloh constituency were about the dilemma of PKR supporters on whether they should vote ...
Kj Disputes Zahid S Claims On Sungai Buloh Seat

Kj Disputes Zahid S Claims On Sungai Buloh Seat

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 164 hits
Khairy Jamaluddin was a three term Rembau MP PETALING JAYA Former Rembau MP Khairy Jamaluddin has disputed Umno president Ahmad Zahid Hamidi s claim that he had asked to contest the Sungai Buloh seat in the general election saying he was le...
Kenyataan Kj Nak Bersihkan Umno Jadi Senjata Kempen Calon Ph

Kenyataan Kj Nak Bersihkan Umno Jadi Senjata Kempen Calon Ph

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 160 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 13 2022 3 40 PMIkrar Khairy Jamaluddin untuk telah menjadi senjata kempen bagi sejumlah calon PH Di satu ceramah di George Town Pulau Pinang malam tadi penyandang kerusi Parlimen Ramkarpal Singh berkata Khair...
Ge15 Khairy Volunteered For Sungai Buloh Says Zahid

Ge15 Khairy Volunteered For Sungai Buloh Says Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 272 hits
Barisan Nasional chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi on Wednesday revealed that former Rembau member of parliament Khairy Jamaluddin had volunteered to contest the Sungai Buloh parliamentary seat KJ asked to contest in Sungai Buloh No...
Pengundi Ph Dalam Dilema Golongan Profesional Sungai Buloh Akui Menyesal Sekiranya Kj Kalah

Pengundi Ph Dalam Dilema Golongan Profesional Sungai Buloh Akui Menyesal Sekiranya Kj Kalah

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 124 hits
Kubu kuat PKR Sungai Buloh di Selangor kini menjadi kerusi panas susulan tindakan BN yang menamakan Menteri Kesihatan sementara Khairy Jamaluddin sebagai calon untuk bertanding di sana Mengikut laporan yang membuat lawatan ke Sungai Buloh m...
We Might Not Vote Along Party Line Sungai Buloh Voters In Dilemma

We Might Not Vote Along Party Line Sungai Buloh Voters In Dilemma

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 376 hits
GE15 PKR s stronghold Sungai Buloh in Selangor is now a hot seat after the outgoing health minister Khairy Jamaluddin was named the candidate for BN to contest there Malaysiakini s visit to Sungai Buloh showed that many Pakatan Harapan supp...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids