Umno Mahu Dihormati Sebagai Rakan Sebenar Bukan Penyeri Khalednordin


UMNO MAHU DIHORMATI SEBAGAI RAKAN SEBENAR, BUKAN PENYERI – @khalednordin
JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa UMNO mahu dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik dan bukannya sekadar penyeri kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami apa yang UMNO kehendaki dan juga tahu apa yang parti itu mampu lakukan.
“UMNO boleh mengukuhkan PN. UMNO juga boleh menumbangkannya, Malah, UMNO juga boleh mempercepatkan pilihan raya umum.
“Tetapi itu adalah pilihan terakhir UMNO kerana kedudukan pandemik yang melanda negara. UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya.
“Keutamaan UMNO ialah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh mengurus negara yang berada dalam krisis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Jalan Baharu UMNO-PPBM: Sokong Kepimpinan Yang Baik
18 Oktober 2020 Hubungan UMNO dengan PPBM boleh digambarkan sebagai ‘no trust, only mutual respect’.
UMNO tidak pernah mempercayai PPBM kerana ia ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan UMNO.
Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawat pada Februari lepas, UMNO bertindak menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Hasrat UMNO adalah untuk memberikan impetus atau lonjakan baru kepada kedinamikan Malaysia. Terutamanya dengan membawa pengalaman yang ada pada UMNO bagi mentadbir semula negara setelah kerajaan Pakatan Harapan menggagalkan dirinya sendiri dan lari dari mandat mereka.
Setelah 7 bulan, kegelisahan UMNO dengan PPBM semakin menyerlah. Umum mengetahui kenapa UMNO bukan sahaja tidak mempercayai PPBM.
Malah, ‘mutual respect’ yang tersisa juga telah semakin menipis. UMNO telah beberapa kali menghantar isyarat yang terang lagi bersuluh kepada Perdana Menteri. UMNO tidak perlu menjelaskan segala kegusarannya dengan lebih panjang lebar.
Melainkan Perdana Menteri dan PPBM sengaja untuk tidak memahaminya. Atau masih tetap mahu mengulang naratif yang sama.
Kononnya PPBM lah yang menyelamatkan UMNO dan menjadikan UMNO kerajaan. Sekalipun naratif itu tidak tepat, sekarang bukan masa yang sama untuk berperang dengan naratif dan perspektif.
Sudah tiba masanya, untuk Perdana Menteri menilai dengan berani dan ikhlas, ke mana haluan Kerajaannya, natijah dari tindakan UMNO kebelakangan ini.
Banyak pihak melihat kerajaan yang beliau pimpin waktu ini adalah sangat lemah dengan keanggotaan kabinet yang seakan tidak berfungsi.
Sebarang keputusan yang dilakukan oleh UMNO akan tentunya mengubah kerajaan. Perdana Menteri pastinya tahu bahawa keutamaan UMNO ialah untuk terus cuba mempertahankan kerajaan yang sama-sama ia bentuk, jika perubahan radikal dapat dilakukan kepada kerajaan yang ada sekarang.
UMNO mempunyai pelbagai pilihan waktu ini untuk menentukan jatuh bangun kerajaan PN.
UMNO boleh mengukuhkan PN. UMNO juga boleh menumbangkannya, Malah, UMNO juga boleh mempercepatkan pilihan raya umum.
Tetapi itu adalah pilihan terakhir UMNO kerana kedudukan pandemik yang melanda negara. UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya.
Keutamaan UMNO ialah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh mengurus negara yang berada dalam krisis.
Dan untuk itu, UMNO mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik ini dan bukannya sekadar penyeri kepada PN. Semua pilihan adalah di tangan Perdana Menteri.
Beliau memahami apa yang UMNO kehendaki dan beliau juga tahu apa yang UMNO mampu lakukan. Keutamaan UMNO ialah kepentingan terbaik Malaysia.
Dan jika itu juga keutamaan Perdana Menteri, beliau sewajarnya melakukan sesuatu dengan segera untuk merungkai kegelisahan yang UMNO suarakan. UMNO akan sentiasa menyokong keputusan yang baik.
Jadi, pamerkanlah kepimpinan yang ikhlas, yang boleh menukarkan ‘mutual respect’ menjadi ‘trust’ yang sebenar. Kerana kita semua tahu. Trust is earned, not given.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/umno-mahu-dihormati-sebagai-rakan-sebenar-bukan-penyeri-khalednordin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Umno Pas Dan Brsatu Telah Menunjukkan Umno Condong Kekal Muhyiddin Sebagai Pm Sumber Umno

Rundingan Umno Pas Dan Brsatu Telah Menunjukkan Umno Condong Kekal Muhyiddin Sebagai Pm Sumber Umno

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Rundingan antara Umno PAS dan PPBM mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menurut sumber dalaman Sumber itu berkata ahli Parlimen Umno yang mendapat kedudukan dan jawatan selepas pembentukan Perikatan Nasional ...
Gentleman Sebenar Model Pakistan Dipuji Selepas Tunduk Buka Kasut Rakan Model Yang Alami Masalah

Gentleman Sebenar Model Pakistan Dipuji Selepas Tunduk Buka Kasut Rakan Model Yang Alami Masalah

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 241 hits
Tidak semua individu biasa menggayakan kasut tumit tinggi bukan Bahkan para peragawati juga tidak terkecuali dalam hal ini Itulah yang menimpa pada seorang model Pakistan ketika Minggu Fashion Pakistan diadakan di mana kasut yang dipakai Ke...
Dituduh Buli Rakan Sekelas Oku Youngjae Got7 Akui Pernah Bergaduh Jelas Keadaan Sebenar

Dituduh Buli Rakan Sekelas Oku Youngjae Got7 Akui Pernah Bergaduh Jelas Keadaan Sebenar

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 247 hits
Baru baru ini Youngjae daripada kumpulan GOT7 terpalit dengan kontroversi apabila dilhabarkan pernah membuli rakan sekelasnya yang merupakan OKU pekak dan lembam semasa di Sekolah Menengah Teknik Mokpo sebelum berpindah ke Sekolah Menengah ...
Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 347 hits
PADA saat suhu politik negara semakin memuncak ketika ini api kemarahan rakyat terhadap ahli politik Malaysia juga semakin membara sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 pada 26 September lalu Kemarahan mereka ada asasnya Setelah...
Adakah Umno Mempunyai Kelebihan Sebagai King Maker

Adakah Umno Mempunyai Kelebihan Sebagai King Maker

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 259 hits
Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini masih belum menampakkan gambaran jelas ia akan berjaya apabila istana mengumumkan Anwar hanya memaklumkan jumlah tetapi tidak nama nama ahli parlimen yang menyokong beliau Walaupun ada rasional l...
Zahid Hamidi Presiden Umno Menjadi Sasaran Peluru Musuh Dan Rakan

Zahid Hamidi Presiden Umno Menjadi Sasaran Peluru Musuh Dan Rakan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 366 hits
mykmu netPerkembangan mutakhir ini kita dapati media sosial banyak memainkan sentimen yang menyerang kepimpinan Presiden UMNO Jika diamati satu persatu laman sosial yang menghalakan laras senjata mereka dan menyasarkan peluru bertali arus k...
Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 304 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama waki...
Sokongan Umno Dialu Alukan Untuk Kerajaan Anti Rasuah

Sokongan Umno Dialu Alukan Untuk Kerajaan Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 206 hits
Dr Mujahid Yusof Rawa Solidariti MP PH dari PKR AMANAH dan DAP telah dinyatakan sebaik DSAI mengumumkan ada majoriti pada 22hb Sept lalu Aset solid 92 MP menjadikan blok PH DSAI sebagai terbesar berbanding blok blok lain dari MF PN dan GPS ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba