Umno Lebih Mudah Menang Berbanding Pilihanraya 2023



Bagi UMNO, untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati mereka terhadap Muhyiddin Yassin, jawapannya hanyalah pembubaran Parlimen supaya pilihanraya baru dapat diadakan.Ini sekaligus bermakna, UMNO sendiri tidak yakin Muhyiddin sedia mendengar bantahan dan rungutan mereka, seterusnya melakukan pembetulan berhubung apa yang dibantah itu.Tetapi, dalam hal ini pun, UMNO nampaknya masih berbeza pendapat mengenai perkara itu.Zahid Hamidi dan Najib Razak antaranya, mengatakan sokongan UMNO kepada Muhyiddin dan Perikatan Nasional atau PN adalah sementara saja iaitu sehingga pembubaran Parlimen dan PRU15 diadakan.Untuk itu, kedua-kedua mereka menyatakan komitmen UMNO untuk terus bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional yang telah mereka bentuk sebelum ini.Makna kata, UMNO hanya akan bersama PN sehingga PRU15 saja dan selepas itu hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional serta akan meninggalkan Muhyiddin dengan haluannya sendiri.Dalam hal ini, Zahid Hamidi dan Najib seolah-olah sedia bersama mengekalkan kerajaan PN sehingga tempoh matang PRU15 diadakan pada tahun 2023.Ertinya, di sebalik tidak puas hati, marah dan kecewa dengan susunan kabinet yang membelakangkan UMNO yang dilakukan Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Najib tidak kisah berada sekitar dua tahun lebih lagi dalam kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin ini.Begitu pun, beberapa pemimpin UMNO lain seperti Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman pula mahukan pilihanraya diadakan dengan kadar yang segera.Tajuddin yang berang dengan susunan kabinet Muhyiddin, khususnya tentang pemberian keistimewaan kepada Azmin Ali yang seolah-olah berjawatan TPM berkata, hanya dengan pembubaran Parlimen dapat menyelesaikan masalah yang timbul sekarang.Annuar dalam ciapan Twitter yang lebih awal daripada itu turut memberi gambaran yang sama iatu bersiap sedia menghadapi PRU.Maka, isunya ialah sama ada UMNO mahu PRU diadakan sekarang atau pada 2023?Tidak dinafikan bahawa ketika PH berkuasa, UMNO bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional lebih mendapat sokongan rakyat.Ia bukan saja disebabkan PH gagal berfungsi dengan baik sebagai kerajaan lantaran tidak serius menunaikan janji manifesto, bahkan juga kerana sikap Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri yang lebih banyak bermain politik daripada menyelesaikan isu-isu ekonomi untuk rakyat.Sebab itu, beberapa PRK seperti Cameron Highland, Semenyih, Tanjung Piai dan Kimanis, PH gagal mendapat tempat di hati rakyat.Kekalahan dalam banyak PRK itu, khususnya di Tanjung Piai dengan undi lebih 15 ribu, ia sebenarnya adalah protes yang nyata terhadap kepimpinan Tun Mahathir.Dengan itu, jika momentum ini dapat dikekalkan, banyak pihak meramalkan Muafakat Nasional mampu menumbangkan PH dalam PRU akan datang, terutama jika Tun Mahathir mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.Namun demikian, keadaan sekarang sudah berbeza di mana UMNO dan Pas sudah merupakan sebahagian kerajaan dalam gabungan PN yang berjaya menumbangkan PH melalui pintu belakang.Berikutan sudah menjadi kerajaan, penilaian rakyat kepada UMNO dan Pas tidak lagi sama seperti sebelum ini.UMNO kini diperhati sama ada ia dapat berfungsi dengan baik melaksanakan banyak perkara yang pernah dibangkitkan semasa menjadi pembangkang selama 21 bulan sebelum ini.Begitu juga dengan Pas, oleh kerana semasa menjadi pembangkang, mereka hanya tahu membangkang dan menuduh itu tak betul, ini betul, setelah menjadi kerajaan sekarang, rakyat akan memerhati prestasi menteri dan timbalan menterinya pula.Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan dan Khairuddin Attakiri adalah antara fokus dan perhatian utama rakyat berkaitan isu alam sekitar, RUU355, hudud dan meningkatkan ekspot minyak sawit.Jika mereka juga gagal melakukan sesuatu atau berfungsi dengan baik mengotakan apa yang pernah diperkatakan sebelum ini, ia sudah tentu akan menyebabkan markah Pas turut merudum di mata rakyat.Dalam hal ini, harus disedari jika PRU15 diadakan pada 2023, dalam tempoh lebih dua tahun ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku terhadap UMNO dan Pas dari segi penilaian rakyat terhadap mereka.Ini berbeza jika PRU diadakan sekarang di mana tembelang dan kelemahan mereka belum begitu terdedah lagi, maka harapan untuk menang jauh lebih cerah lagi.Lebih-lebih lagi dalam PN ini, walaupun UMNO memiliki kerusi terbanyak, Perdana Menteri adalah daripada Bersatu yang menang hanya 13 kerusi dalam PRU14 lalu, begitu juga dengan Pas, meski menyumbang 18 kerusi, sebaliknya Kumpulan Azmin yang hanya ada 10 kerusi lebih diberi keistimewaan oleh Muhyiddin.Untuk itu, jika UMNO dan Pas mahu menang, mereka mesti berbuat sesuatu agar PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, bukan menunggu Parlimen dibubarkan pada tahun 2023.Khususnya buat UMNO, kalau rasa tidak bahagia dalam perkahwinan politik sekarang dengan Muhyiddin melalui PN, buat apa menyeksa diri untuk duduk serumah lagi.Tinggalkanlah PN dan biar Parlimen dibubarkan kerana peluang untuk menang jika PRU diadakan sekarang jauh lebih cerah berbanding keadaan yang mungkin tidak menentu pada tahun 2023 nanti.Yang lebih penting, jika menang melalui Muafakat Nasional bersama Pas, UMNO lebih cepat dapat kembali menjadi “tuan sebenar” dalam kerajaan, bukan lagi sekadar “penumpang kelas tiga” seperti bersama PN sekarang ini. (ShahbudinHusin 15/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/umno-lebih-mudah-menang-berbanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Mudah Terjangkit Covid 19 Perokok Diminta Waspada Dan Berhenti Merokok

Lebih Mudah Terjangkit Covid 19 Perokok Diminta Waspada Dan Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 150 hits
Ketua Pokja Masalah Rokok Perhimpunan Dokter Paru Indonesia Feni Fitriani berharap dengan adanya fakta perokok lebih rentan terkena virus corona bisa membuat perokok lebih waspada Dengan fenomena ini orang yang masih berani berani merokok a...
Kenapa Imun Tubuh Kanak Kanak Lebih Kuat Menentang Covid 19 Berbanding Orang Dewasa

Kenapa Imun Tubuh Kanak Kanak Lebih Kuat Menentang Covid 19 Berbanding Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 454 hits
Kes baharu Covid 19 sudah menjangkiti ratusan ribu individu diseluruh dunia manakala jumlah kematian hampir mencecah angka ribu kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun tubuh yang lemah Namun sedarkah anda golongan kanak...
Saintis China Dakwa Individu Berdarah A Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti Covid 19 Kajian

Saintis China Dakwa Individu Berdarah A Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti Covid 19 Kajian

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 566 hits
Kajian terbaru mendapati jenis darah mungkin mempunyai respon berbeza dengan jangkitan koronavirus terbaru COVID 19 ini Dalam kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Zhongnan Hospital of Wuhan University mereka mendakwa individu berdarah A m...
Umno Bukan Penumpang Pn Wajar Dapat Agihan Kerusi Yang Lebih Adil Khaled Nordin

Umno Bukan Penumpang Pn Wajar Dapat Agihan Kerusi Yang Lebih Adil Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR UMNO wajar mendapat agihan kerusi lebih adil dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurut Khaled UMNO merupakan...
Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Menjadikan Rambut Lebih Mudah Diurus Dan Kekal Wangi Sehingga 48 Jam

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Menjadikan Rambut Lebih Mudah Diurus Dan Kekal Wangi Sehingga 48 Jam

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 738 hits
Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Menjadikan Rambut Lebih Mudah Diurus Dan Kekal Wangi Sehingga 48 Jam Mama Wanginya rambut mama tetiba je si wafiy tegur mama haha nape ek sebelum ni rambut mama busuk ker hai la anak2 ni kan Hah ni sis nak...
Lepas Solat Ajak Anak Buat Usrah Anak Lebih Mudah Dengar Kata Minta Anak Doa Untuk Kita Sekali

Lepas Solat Ajak Anak Buat Usrah Anak Lebih Mudah Dengar Kata Minta Anak Doa Untuk Kita Sekali

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 480 hits
Setiap hari kita pasti sibuk dengan urusan kerja malah mungkin ada hari yang kita langsung tak sempat bersama anak anak Ambilah peluang sewaktu solat ajak keluarga kita berjemaah Seusai solat luangkan masa bersama anak anak Hidup berkeluarg...
Mencuci Tangan Dengan Sabun Selama 20 Saat Adalah Lebih Berkesan Bagi Mencegah Covid Berbanding Hand Sanitizer

Mencuci Tangan Dengan Sabun Selama 20 Saat Adalah Lebih Berkesan Bagi Mencegah Covid Berbanding Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 388 hits
Agensi CDC kerajaan Amerika Syarikat dan World Economic Forum memberitahu bahawa dari segi sains mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat adalah lebih berkesan bagi mencegah Covid berbanding hand sanitizer berasaskan alkohol yang dibeli d...
Saintis Perjelas Mengapa Covid 19 Lebih Memberi Kesan Berbanding Sars Sebelum Ini

Saintis Perjelas Mengapa Covid 19 Lebih Memberi Kesan Berbanding Sars Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 288 hits
Wabak COVID 19 telah meragut beberapa nyawa sejak penularan pada Disember tahun lepas terutamanya di China dan Italy Semalam Malaysia telah mencatatkan dua kematian pertama melibatkan seorang pesakit dari Johor dan Sarawak Jumlah kes juga d...
Agenda Utama Pastikan Umno Rakan Parti Seperjuangan Menang Pru15 Ahmad Maslan

Agenda Utama Pastikan Umno Rakan Parti Seperjuangan Menang Pru15 Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 375 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO adalah parti politik terbesar dan paling banyak berjasa di negara ini Oleh kerana itu ujarnya tugas dan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung mengelola hal ehwal pentadbiran parti ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025