Umno Gelapkan Masa Depan Melayu



Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.
Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.
Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”
Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan. 
Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?
Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui ‘cukai pemiutang’’ seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).
Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.
Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?
Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.
Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.
Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Saya masih lagi tidak melihat mana-mana pemimpin atau perwakilan yang menuntut agar isu TPPA yang bakal merobah arena ekonomi tempatan melalui ‘penjajahan ekonomi’, termasuk ekonomi Melayu Bumiputra sendiri didebatkan secara khusus.
Apakah keselamatan dan kedaulatan negara tergadai tidak penting bagi UMNO?
Ketiga; Orang belajar tinggi, rakyat dididik rendah
Isu kemerosotan kualiti pendidikan seperti yang dilaporkan dalam kajian PISA tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Apakah perasaan ibubapa apabila mendapat tahu bahawa anak-anak dari Singapura, Korea Selatan dan Vietnam dari darjah 5 dan 6 berpendidikan sataraf dengan para pelajar Tingkatan 3 dari negara kita.
Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita yang akan mewarisi kadar gaji yang malar dan budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup yang semakin meninggi.
Masa depan anak-anak Melayu nampaknya perlu terus dibantu ibubapa dengan menumpang rumah, meminjam belanja dan berkongsi kereta.
Apakah pendidikan berkualiti untuk berpendapatan tinggi tidak penting bagi UMNO?
Kesimpulannya, UMNO hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli UMNO terpilih sahaja.
Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap dibawah UMNO jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rizuwankini.blogspot.com/2013/12/umno-gelapkan-masa-depan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 317 hits
2 individu ini kata kerja sebagai rider food delivery tak ada masa depan dikecam netizenSejak bermulanya pandemik Covid 19 ramai yang kehilangan pekerjaan memandangkan majikan juga tiada pilihan selain memberhentikan pekerja bagi menanggung...
Dap Dan Umno Akan Bergabung Menjadi Sebuah Kerajaan Masa Hadapan

Dap Dan Umno Akan Bergabung Menjadi Sebuah Kerajaan Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 295 hits
Mereka kini berhadapan dengan alasan alasan kecil PRN Melaka adalah pentas experiement Anwar bukan lagi unggul di Pakatan Harapan dan Ismail Sabri perlu segera bertindak menyingkirkan pengaruh Zahid dan Najib dari UMNO untuk membolehkan gab...
Pemilihan Umno Masa Untuk Bertugas 3 Tahun Bukan Lama

Pemilihan Umno Masa Untuk Bertugas 3 Tahun Bukan Lama

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 160 hits
SALAH satu sebab kenapa penulis tidak begitu canggung dengan keputusan pemilihan UMNO kelmarin adalah kerana penulis diyakinkan bahawa tahun 2016 nanti akan ada pemilihan lagi tidak akan ditangguh seperti mana yang berlaku dalam beberapa pe...
Perlindungan Perhubungan Juga Perancangan Masa Depan

Perlindungan Perhubungan Juga Perancangan Masa Depan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 370 hits
Salam sejahtera Mahu berkongsi mengenai perancangan yang telah lama dibuat selepas sahaja beberapa tahun bekerja baru kali ini benar benar terasa akan perlunya melaburkan sedikit untuk perlindungan dikala tak terduga Memang benar sudah ada ...
Malaysia Akan Musnah Membentuk Masa Depan Murid Tidak Bijak Akademik

Malaysia Akan Musnah Membentuk Masa Depan Murid Tidak Bijak Akademik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 322 hits
Minggu lepas semasa sambutan Hari Guru ramai yang kongsikan kertas soalan peperiksaan yang mengandungi jawapan2 lucu dan loyar buruk yang dijawab oleh murid2 sekolah di Malaysia yang bermacam2 ragam dan pasti memeningkan kepala guru2 masaki...
Gerakan Balik Kanan Menjaga Kelestarian Air Sungai Untuk Masa Depan

Gerakan Balik Kanan Menjaga Kelestarian Air Sungai Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 213 hits
Di Kota Surabaya jumlah sampah yang ada di sepanjang sungai terus bertambah Saat ini ada sekitar 400 ton sampah basah per minggu diangkat dari Kali Surabaya
Hsbc Mengenal Asuransi Pendidikan Dan Manfaatnya Bagi Masa Depan Anak

Hsbc Mengenal Asuransi Pendidikan Dan Manfaatnya Bagi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 255 hits
Asuransi merupakan salah satu produk perbankan seperti bank HSBC yang laris manis diserbu oleh nasabah Produk unggulannya antara lain adalah asuransi jiwa kendaraan kesehatan asuransi pendidikan dan lain sebagainya Namun diantara sekian ban...
Boikot Umno Produk Ke Racist Melayu Ni

Boikot Umno Produk Ke Racist Melayu Ni

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum ni tergempar dan memang sangat2 panas lagi memanaskan hati bro yang inginkan kedamaian dan kemakmuran dalam negara kita Hmm apa ni KENAPA MESTI JADI SAMPAI KE TAHAP INI DAN BRO RASA INI BUKAN BOIKOT BARANGAN UMNO LAH SECARA ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


An Extensive Guide To Understanding Fixed Deposits In Malaysia

Perbandingan Gambar Banjir Bah Kuning Dengan Situasi Terkini Di Kelantan

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

10 Cctv Rumah Yang Murah Tapi Berkualiti Bawah