Umno Dijangka Dominasi Kerusi Pada Pru15



UMNO diramal akan mendominasi jumlah agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bermesyuarat mengenai pembahagian kerusi minggu depan.
(Sinar Harian) – Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, jangkaan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan UMNO sebelum ini yang mahu mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.
Beliau berkata, keputusan PRU14 lalu menyaksikan BN memenangi 79 kerusi dan 54 daripadanya dimenangi UMNO, tetapi daripada jumlah itu, kerusi mereka sekarang tinggal 39 sahaja.
“Jadi atas dasar itu, dalam perbincangan tersebut tentulah UMNO mahu menyusun semula dan sememangnya ahli akar umbi parti itu juga berkehendakkan perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan BN dan PN akan mengadakan pertemuan pada minggu depan bagi membincangkan beberapa perkara khususnya pembahagian kerusi pada PRU akan datang.
Dr Ahmad Atory berkata, sekiranya UMNO tidak mendominasi kerusi, tidak mustahil BN akan menarik diri daripada terus menjalin kerjasama dengan PN.
“Sekiranya UMNO hanya mendapat kerusi lebih sedikit, akar umbi pastinya tidak akan memberi sokongan kepada parti itu lagi dan perkara itu sememangnya diketahui umum.
“Bersatu pula dikatakan masih lemah jadi macam mana nak diberi kerusi yang banyak kalau jentera pun mereka tak ada kecuali UMNO dan BN secara sukarela mahu tolong Bersatu,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, UMNO dijangka memperoleh jumlah kerusi yang lebih tinggi kerana pengaruh yang dimiliki.
Menurutnya, dalam keadaan sekarang Bersatu dilihat amat lemah dari segi akar umbinya, namun pada masa sama mereka memiliki pemimpin yang popular seperti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
“Namun saya berpandangan agihan kerusi pada PRU15 mungkin agak rumit untuk mencapai kata sepakat kerana BN dan PN masih belum wujud persefahaman antara mereka.
“BN dan PN masih lagi bertembung dan bergaduh sesama sendiri walaupun pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu sudah selesai,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/14/umno-dijangka-dominasi-kerusi-pada-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

Pru15 Umno Bertanding 55 Kerusi Rundingan Dengan Pas 70 Peratus Selesai Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 282 hits
Rundingan berhubung pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke 15 antara UMNO dan Pas sudah berada pada tahap 60 hingga 70 peratus selesai Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO akan bertanding di 55 kerusi ya...
Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 271 hits
Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 00 pagi tadi meningkat kepada 7 308 berbanding 6 627 petang semalam Di TERENGGANU jumlah mangsa me...
Untuk Menang Pru15 Umno Dan Pas Perlu Sertakan Bersatu Timb Mursyidul Am Pas

Untuk Menang Pru15 Umno Dan Pas Perlu Sertakan Bersatu Timb Mursyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 256 hits
Gabungan parti Melayu tidak seharusnya hanya UMNO dan Pas sebaliknya ia perlu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan itu berkata penggabungan parti Melayu itu lebih ...
Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

Politik Perak Umno Patut Sembunyi Sifat Tamak Tunggu Pru15

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 251 hits
ismaweb netOleh Ainul Illia Meor SuzurudinTak mustahil PH ambil kesempatan ambil alih kerajaan negeri PerakBANGI 19 Rabiulakhir 1442H Sabtu Barisan pemimpin parti parti Melayu iaitu UMNO PAS dan Bersatu di Perak sepatutnya jelas dengan perj...
Punca Umno Dan Bersatu Tidak Akan Bergabung Pada Pru15

Punca Umno Dan Bersatu Tidak Akan Bergabung Pada Pru15

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 337 hits
Punca Umno Dan Bersatu Tidak Akan Bergabung Pada PRU15 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu kerjasama Umno dan BN dalam Perikatan Nasional pada pilihan raya umum akan datang banyak bergantung kepada bagaimana isu pengagihan ker...
Umno Mahukan Kerusi Mb Perak Ganti Ppbm

Umno Mahukan Kerusi Mb Perak Ganti Ppbm

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 219 hits
freemalaysiatoday com December 4 2020 2 16 PMAhli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman PETALING JAYA Menteri Besar Perak yang baharu harus dipilih dari kalangan Adun Umno bagi menggantikan Ahmad Faizal Azumu kata Ahli Majlis Tertinggi...
Mn Tetap Wadah Rundingan Kerusi Umno Pas Ppbm Hadapi Pru Kata Tuan Ibrahim

Mn Tetap Wadah Rundingan Kerusi Umno Pas Ppbm Hadapi Pru Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Muafakat Nasional akan terus menjadi wadah rundingan pengagihan kerusi antara UMNO PAS dan PPBM bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Beliau berkata penubuhan Majlis Pre...
Umno Dap Pkr New Government Alliance After Pru15

Umno Dap Pkr New Government Alliance After Pru15

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 397 hits
The Art of Politics never fails to disappoint us As even we try to settle with the Perikatan Nasional Government there was already talks within the elitist in the hierarchy circles that a New Alliance might emerge after GE15 Any Possibility...
Umno Kerugian Di Pru15 Samada Bersama Pn Atau Tanpa Pn

Umno Kerugian Di Pru15 Samada Bersama Pn Atau Tanpa Pn

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 211 hits
Bersama PN bererti terpaksa berkorban kehilangan banyak kerusi yang perlu dibahagi bahagikan Tanpa PN UMNO akan berhadapan tiga penjuru di majoriti kawasan PH PN BN Tanpa PN bererti tanpa PAS UMNO bertindak lembab bermuafakat dengan PAS leb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba