Umno Dan Pas Makin Melalut Dengan Tujuan Berhimpun 8 Disember Ini




Kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember yang pada asasnya sudah tidak relevan lagi untuk diteruskan, UMNO dan Pas kelihatan semakin keliru dan melalut dengan tujuan mereka berhimpun itu.


Sebaik kabinet membuat keputusan tidak akan meratifikasikan ICERD pada 23 November lalu, ikut hukum akal yang waras, himpunan itu tidak sepatutnya lagi diteruskan.


Bagaimanapun UMNO berkeras untuk meneruskannya dengan alasan ia sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana tidak meratifikasikan ICERD akhirnya.


Senada dengan pendirian UMNO itu, Pas pula mengatakan mereka mahu terus berhimpun sebagai tanda kesyukuran lantaran kerajaan kesudahannya membuat keputusan membatalkan pengesahan terhadap ICERD.


Lagi pun, kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, sukar untuk mereka membatalkan begitu saja daripada berhimpun kerana baju-T, bas, bilik hotel dan lain-lain persiapan sudah pun ditempah.


Kemudian selepas itu, Hadi Awang pula berhujah bahawa Pas mengambil keputusan meneruskan penyertaan dalam perhimpunan membantah ICERD kerana ingin mengajar sesetengah menteri yang didapati masih mengeluarkan kenyataan membayangkan seolah-olah konvensyen PBB itu akan diratifikasi juga pada suatu hari nanti.


Kata Hadi, menteri perlu menghormati Perdana Menteri yang sudah pun mengeluarkan kenyataan tidak akan menandatangani ICERD itu.


Sementara itu, UMNO pula menerusi Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, himpunan 8 Disember nanti bukan saja untuk membantah ICERD, tetapi juga bertujuan menuntut janji daripada Pakatan Harapan.


Tegasnya, ini berikutan masih banyak janji Pakatan Harapan kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini.


Apa yang nyata di sebalik semua ini ialah UMNO dan Pas jelas tidak konsisten berhubung sebab dan tujuan mereka berhimpun pada 8 Disember nanti, walaupun setelah kerajaan memutuskan tidak akan meratifikasikan ICERD.


Daripada untuk berterima kasih dan bersyukur, ia kemudian berubah kepada alasan kononnya disebabkan baju T, bas dan hotel sudah ditempah dan kemudian bertukar pula untuk tujuan mengajar sesetengah menteri serta menuntut janji-janji ditunaikan.


Kenapa berubah-ubah dan kian melalut?


Menjelang hari-hari terakhir atau sehari dua sebelum  8 Disember ini, tidak mustahil UMNO dan Pas akan memberi sebab dan tujuan lain pula mengapa mereka meneruskan juga perhimpunan itu.


Sebabnya tidak lain ialah UMNO dan Pas mengadakan himpunan 8 Disember ini semata-mata kerana tujuan politik semata-mata. Mereka sentiasa mengubah tujuannya untuk mewajarkan perhimpunan itu sambil mengabuinya daripada penyokong masing-masing.


ICERD hanyalah 'kambing hitam' untuk menghalalkan matlamat politik kedua-dua parti itu untuk menekan, menghasut, menimbulkan huru-hara dan jika boleh, akhirnya menjadikan kerajaan pimpinan Tun Mahathir terus tidak stabil dengan sentimen kaum dan agama yang akan terus dibakar dan diapi-apikan.


Itu saja tujuannya. Titik. (ShahbudinHusin 02/12/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/umno-dan-pas-makin-melalut-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dataran Merdeka Tutup Di Mana Umno Pas Bakal Berhimpun 8 Disember Nanti

Dataran Merdeka Tutup Di Mana Umno Pas Bakal Berhimpun 8 Disember Nanti

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 551 hits
Meskipun belum mengemukakan sebarang permohonan UMNO dan Pas serta beberapa NGO yang mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember depan dilaporkan telah menetapkan untuk mengadakan acara yang bertujuan untuk menggegar kerajaan itu ...
Mca Sindir Perkahwinan Pas Umno Saya Nak Kahwin Dengan Awak Tapi Awak Tak Nak

Mca Sindir Perkahwinan Pas Umno Saya Nak Kahwin Dengan Awak Tapi Awak Tak Nak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 384 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati semangat perikatan Barisan Nasional apabila membuat tawaran kepada Pas untuk bergabung kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong Beliau berkata Zahid hanya boleh berbuat demikia...
Deprived Of Their Own Racial Football Umno Pas Go On Rampage In Parliament Shout Down Speaker Attack Waytha

Deprived Of Their Own Racial Football Umno Pas Go On Rampage In Parliament Shout Down Speaker Attack Waytha

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 324 hits
SENATOR P Waytha Moorthy came under heavy fire in the Dewan Rakyat today after being called on by opposition MPs to explain his about turn on Malaysia s plans to ratify the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial ...
Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

Isu Tabung Haji Umno Dan Pas Tak Nak Demo

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 568 hits
Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6 25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum ke 14 sudah dibuat lapor Singapura Straits Times Laporan itu ...
Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 499 hits
Wan Hafiz HamzahKUALA LUMPUR 24 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UM...
Pimpinan Pas Cuba Elak Turun Jihad 8 Disember 2018

Pimpinan Pas Cuba Elak Turun Jihad 8 Disember 2018

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 358 hits
KENAPA ELAK UNTUK HADIR HIMPUNAN Mohd Sayuti Omar II Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Pas cuba mengelak untuk tidak hadir ke himpuan kesyukuran ICERD pada 8 Disember nanti Apakah tindakan itu diambil apabila mengetahui mungkin himpun...
Hukuman Mati Abdughapar Pas Umno Patut Demostrasi Protes Kerajaan China

Hukuman Mati Abdughapar Pas Umno Patut Demostrasi Protes Kerajaan China

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 355 hits
Pihak berkuasa rejim komunis China di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal Abdughapar Abdurusul kerana mengerjakan haji di Ara...
Pemimpin Pas Lemah Benarkan Diri Diperguna Umno

Pemimpin Pas Lemah Benarkan Diri Diperguna Umno

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 387 hits
KUCHING Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh Umno khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Ben...
Dr M Gerakan Belakang Tabir Pas Umno Punca Keputusan Pru14 Lambat

Dr M Gerakan Belakang Tabir Pas Umno Punca Keputusan Pru14 Lambat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 333 hits
Umno dan PAS berharap dapat menyusun gerakan untuk mendapatkan semula majoriti parlimen dan membentuk kerajaan yang terdiri daripada wakil rakyat Melayu muslim kata PM
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah