Umno Dan Dap Sama Sama Gesa Agenda Perdamaian




Umno dan DAP, yang merupakan seteru politik, masing-masing menggesa agenda perdamaian negara bagi menumpukan usaha melawan Covid-19.
Seruan itu hadir selepas Yang Di-Pertuan Agong menolak permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat dan sebaliknya menggesa ahli politik untuk bersama dalam memerangi Covid-19.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, setelah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti malam ini, memuji kebijaksanaan Raja-raja dalam menangani kemelut politik, dan mengambil maklum seruan untuk 'gencatan politik'.
"Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang Iangkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.
"Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.
Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menyeru agar kepimpinan politik ikhlas dalam menjayakan agenda berkenaan.
Jumaat lalu, Muhyiddin telah mengusulkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Kerajaan menggambarkannya sebagai usaha memerangi Covid-19 tetapi pengkritik mendakwa ia percumahaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan kedudukan di tengah-tengah spekulasi yang mengatakan terdapat pemimpin Umno yang tidak lagi menyokongnya, yang menyebabkannya kehilangan majoriti tipis di parlimen.
Setelah berunding dengan raja-raja negeri lain, Yang Di-Pertuan Agong mengumumkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat.
Sementara itu, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke mengatakan Muhyiddin Loke mengatakan bahawa kegagalan meyakinkan Agong merupakan tamparan hebat bagi Muhyiddin.
Namun, kata Loke, semua pihak tidak seharusnya mengambil kesempatan politik daripada perkembangan ini dan perlu menghormati nasihat Yang Di-Pertuan Agong untuk mengenepikan perbezaan dan perbalahan politik untuk memerangi wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
"Justeru itu, saya berpendapat bahawa Muhyiddin dan kabinetnya tidak boleh meneruskan cara pentadbiran secara 'business as usual' dan perlu 'engage' dengan Ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang
"Saya mengulangi seruan supaya semua parti yang diwakili dalam Parlimen mesti bersedia untuk duduk bersama di atas meja rundingan," katanya.
Loke mencadangkan "konsensus nasional" yang meliputi:
Bersetuju supaya Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan diadakan sehingga 2023.Bersetuju supaya sistem demokrasi berparlimen mesti dipertahankan dan berfungsi seperti biasa mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan sepanjang masa.Bersetuju untuk mencapai konsensus bersama untuk merangka dan meluluskan Belanjawan 2021 dan seterusnya serta Rang Undang-undang yang lain. Ini adalah kali ketiga Loke meminta semua pihak bekerjasama sejak 13 Ogos dan 22 Oktober.
Setakat ini, DAP dan Warisan adalah parti pembangkang yang meminta Muhyiddin untuk menghubungi mereka.
Awal hari ini, veteran DAP Lim Kit Siang juga mendesak Muhyiddin untuk membuat perjanjian "keyakinan dan perbekalan" dengan pembangkang sementara Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendesak semua pihak untuk bekerjasama.
Persidangan Dewan Rakyat berikutnya akan bermula pada 2 November.
Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.
Sehingga hari ini, tidak dapat dipastikan apakah Muhyiddin mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk meluluskan belanjawan tanpa persetujuan "keyakinan dan pembekalan".
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/umno-dan-dap-sama-sama-gesa-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Gesa Perdamaian Nasional Parti Politik

Pemuda Umno Gesa Perdamaian Nasional Parti Politik

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 217 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata setiap pemimpin politik perlu memiliki iltizam dan komitmen serta kejujuran politik yang jitu untuk menjayakan agenda itu secara bersama PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menca...
There Is No Moral Dilemma Of Umno And Dap Working Together

There Is No Moral Dilemma Of Umno And Dap Working Together

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 152 hits
I am prepared to work with any Malaysian to save Malaysia not only Dr Mahathir and Muhyiddin but even with Najib if the prime minister is prepared to admit that he had led the country on a wrong tangent and that Malaysia must be saved with ...
Umno Putuskan Quot Kekal Sokong Quot Kerajaan Pn Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap

Umno Putuskan Quot Kekal Sokong Quot Kerajaan Pn Tidak Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 220 hits
nbsp KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin nbsp selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR
Tidak Mustahil Umno Boleh Duduk Semeja Dengan Dap

Tidak Mustahil Umno Boleh Duduk Semeja Dengan Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 213 hits
Seorang pemimpin Umno berkata tidak mustahil DAP akan sanggup bekerjasama dengan ahli Parlimen partinya dalam rancangan Anwar Ibrahim untuk bentuk kerajaan baharu kerana DAP pernah bekerjasama dengan parti atau orang yang dikutuknya Ahli Ma...
Perdamaian Umno Untuk Bubar Parlimen Lepas Covid 19

Perdamaian Umno Untuk Bubar Parlimen Lepas Covid 19

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 173 hits
Tindakan Umno yang menyarankan agar kerajaan melaksanakan agenda perdamaian nasional bukanlah untuk memerangi Covid 19 sebaliknya dijadikan sebagai topeng mengaburi niat mereka yang mahu membubarkan Parlimen Naib Presiden AMANAH Datuk Seri ...
Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

Possibility Of Pkr Umno Pact Puts Dap In Dilemma

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 267 hits
WITH 42 MPs DAP is the biggest party in terms of the number of elected representatives in the Parliament The party which found itself somewhat fettered even during the short stint as part of the federal government now finds itself at a poli...
Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 306 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 12 42 amMesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus...
Kalau Tak Setuju Keluar Aje Dari Pn Lokman Ada Gesa Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri

Kalau Tak Setuju Keluar Aje Dari Pn Lokman Ada Gesa Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 320 hits
The ReporterDi kala UMNO masih dalam fasa mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bersuara meminta UMNO mengenakan syarat baharu Lokman be...
Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

Dap Johor Terkejut Dakwaan Dipelawa Kerjasama Ph Umno Bentuk Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional Menurut DAP...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing