Umno Atau Bersatu Pas Pilih Kedua Dua Walau Diperli Idris


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali & Alyaa Ahadjri & Low Choon Chyuan
Diterbitkan: Sep 4, 2022 8:33 AM
MUKTAMAR PAS | Walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dalam soal kerjasama antara parti, PAS tetap dengan pendirian untuk berkerjasama dengan Bersatu dan Umno dalam PRU ke-15

Naib presidennya Idris Ahmad menegaskan perkara itu di hadapan ribuan ahli dan penyokong yang berhimpun di Kompleks PAS Kedah sempena muktamar tahunan ke-68, malam tadi.

"Wartawan selalu tanya, (pilih) Umno atau Bersatu? Tak, kita pilih kedua-dua.

"Itu naratif kami, biar rakyat menilai, walaupun orang mencerca dan perli sekalipun, kita tetap menyatakan soal perpaduan ini penting. Kita tahu kalau berlaku perpecahan, keputusan yang kita sudah lihat pada PRU ke-14 yang lepas. Kita tak nak mengulanginya," kata ketika berucap pada majlis pelancaran jentera PAS bagi PRU ke-15.

Turut hadir Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi merasmikan acara berkenaan.

Pada majlis itu juga Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor turut mengetuai bacaan ikrar jentera PAS.

Sementara itu Idris berkata, PAS berpolitik dengan memikirkan masa depan generasi akan datang.
"Kita berpolitik memikirkan tentang masa depan kita, masa depan orang lain, masa depan cucu kita, bukan masa depan kita.

"Kalau kita duduk bercakap perebutan kuasa, jawatan dan kepentingan kita, apa akan jadi kepada generasi anak cucu kita?" tambah menteri hal ehwal agama itu.

Mesti menang tak kurang 40% kerusi

Sebagai rekod sepanjang muktamar berlangsung perwakilan turut membangkitkan soal kerjasama politik PAS dengan penegasan mahu mengekalkan Muafakat Nasional (MN) dengan dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Bagaimanapun Umno sebelum ini berkali-kali mengulangi keputusan untuk bergerak solo dalam PRU ke-15.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah pula menjelaskan betapa parti itu perlu fokus terhadap tiga perkara menjelang pilihan raya yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Katanya, pertama PAS perlu memastikan untuk mengekalkan kuasa mentadbir di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Kedua perlu memastikan kedudukan kita dalam kerajaan persekutuan kekal, kita tahu dalam tempoh setahun dua ini kali pertama kita kembali menjadi sebahagian kerajaan pusat di zaman moden ini. Jadi kena pastikan keberadaan di pusat terus kekal.

"Ketiga, menguatkan kedudukan kita dengan menambah jumlah kerusi-kerusi parlimen yang ada. Kena kerja bersungguh sungguh supaya jumlah kerusi meningkatkan. Mesti menang tidak kurang 40 kerusi parlimen. Ini keutamaan kita, kena pastikan (berjaya)," serunya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/umno-atau-bersatu-pas-pilih-kedua-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pilih Umno Atau Bersatu

Pas Pilih Umno Atau Bersatu

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 351 hits
SEKARANG RAKYAT MELIHAT GELAGAT UMNO Tolak kerjasama dengan PAS bukan keputusan Zahid seorang SaaraniUMNO TAK SUKA NGAN PAS SEBAB PAS KAWAN DENGAN BERSATU PAS KATA PILIH KEDUA DUANYA DEMI UMMAHUmno atau Bersatu PAS pilih kedua dua walau dip...
Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

Tanpa Pengorbanan Bersatu Umno Tak Mungkin Jadi Kerajaan Hari Ini Kata Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 283 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu akan berkawan di waktu susah dan senang dalam situasi gawat atau senang bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang ALOR SETAR PAS tidak boleh mengetepikan Bersat...
Video Haris Atau Bilal Sekali Ini Respons Neelofa Bila Kena Pilih Antara Dua Ni

Video Haris Atau Bilal Sekali Ini Respons Neelofa Bila Kena Pilih Antara Dua Ni

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 242 hits
Pasangan selebriti Neelofa dan Haris sering kali menjadi tumpuan ramai sejak mendirikan rumah tangga dan kini sudah memiliki seorang anak lelaki Menamakan Muhammad Bilal kini anak Neelofa berusia 7 bulan dan meskipun belum mende dahkan waja...
Mudah Saja Pas Sama Bersatu Bersatu Tu Pengkhianaat Dari Umno Pas Akan Lawan Ph Dan Umno Mudah Saja Tu Pun Tak Reti

Mudah Saja Pas Sama Bersatu Bersatu Tu Pengkhianaat Dari Umno Pas Akan Lawan Ph Dan Umno Mudah Saja Tu Pun Tak Reti

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 333 hits
Tunjuk siapa lawan siapa kawan Pemuda beritahu pemimpin PAS September 1 2022Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari bercakap di hadapan perwakilan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 63 di Alor Setar ALOR SETAR Sayap pemuda PAS menggesa kepim...
Pas Sangat Memerlukan Umno Di Selangor Kerana Bersatu Tiada Kekuatan Dan Dianggap Menumpang Saja

Pas Sangat Memerlukan Umno Di Selangor Kerana Bersatu Tiada Kekuatan Dan Dianggap Menumpang Saja

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 377 hits
Bersatu tiada kekuatan hidupkan semula MN untuk rampas Selangor gesa perwakilanNora MahparPerwakilan PAS yang ditemui di Muktamar PAS ke 68 baru baru ini masih menaruh harapan kerjasama Umno dan PAS menjelang PRU15 ALOR SETAR Bersatu perlu ...
Sembang Kencang Pas Mahu Bergabung Dengan Umno Bersatu

Sembang Kencang Pas Mahu Bergabung Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 288 hits
Kenapa muafakat nasional gagal Kerana mereka hanya bersembang kencang menghayun bola politik semata mata tetapi tidak mampu diterjemahkan dalam pentadbiran sebenar pimpinan kerajaan PAS mahupun UMNO Cuba lihat di negeri pimpinan PAS UMNO Ap...
Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

Umno Beritahu Pas Tinggalkan Bersatu Dulu Kalau Nak Kerjasama

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 326 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemimpin Umno memberitahu PAS supaya meninggalkan Muhyiddin Yassin dan Bersatu jika PAS mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menegaskan partinya tidak berganjak dar...
Gambar Membuktikan Dua Pemimpin Umno Ini Dah Tak Saling Menghormati

Gambar Membuktikan Dua Pemimpin Umno Ini Dah Tak Saling Menghormati

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 300 hits
HAMDAN TAHADua tokoh pemimpin umno sebelum ni saling hormat menghormati tapi tengok gambar ni semalam sudah hilang rasa hormat kedua duanya gambar bole membuktikannya
Pas Runding Dalam Gelap Muafakat Nasional Dengan Pemimpin Umno Ada Pengaruh

Pas Runding Dalam Gelap Muafakat Nasional Dengan Pemimpin Umno Ada Pengaruh

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 247 hits
ALOR SETAR Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan rundingan Muafakat Nasional ada dibincangkan secara rasmi dan tidak rasmi di peringkat tertentu walaupun tanpa pengetahuan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan T...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kitted Jvb Moto Revisits The Yamaha Xsr900

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Zynakal Benzooloo Dani Kurama Ian J Harry Caprice Namira Warzone Chord

Lemon Law Malaysia Maksud Kepentingan Pelaksanaan

Sarapan Nasi Lemak Silver Fish

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata