Umno Akhiri Kerjasama Dengan Pn Ogos Ini





KUALA LUMPUR: UMNO memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga darurat berakhir pada Ogos ini.
Meskipun perkara itu tidak di­bincang dalam mesyuarat Majlis Terting­gi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini semalam namun Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitahu Utusan Malaysia, ia memperakui keputusan yang ditetapkan sewaktu Perhimpunan Agung 2020, 28 Mac lalu.

Perakuan itu bermakna ia menjadi polisi rasmi parti terbesar orang Melayu tersebut yang sewajarnya dipatuhi oleh 3.3 juta ahlinya di semua Badan Perhubungan UMNO negeri serta 191 bahagian. UMNO turut mempunyai 21,883 cawangan.
Mesyuarat yang dipe­nge­rusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut akan mendapatkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung perjalanan pemilihan parti pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Pengarah MKN dan ROS bagi meminta nasihat dan garis panduan untuk UMNO mengadakan pemilihan parti selaras peraturan dan perlembagaan parti serta SOP Covid-19.
“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal me­libatkan mesyuarat perwakilan UMNO cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap wanita, Pemuda, dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 bahagian dengan melibatkan 3.3 juta ahli dapat dijalankan dengan berkesan dan lancar. Ia mengambil kira jumlah jangkitan Co­vid-19 yang meningkat,” katanya.
Sementara itu, Tajuddin berkata, bagaimanapun tarikh mesyuarat cawangan telah ditetapkan pada Jun ini tanpa pemilihan.
“Tidak ada isu panas pun, semuanya berjalan dengan baik. Cuma Mesyuarat Cawa­ngan sahaja akan diadakan pada Jun bagi memenuhi peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“Kalau nak adakan pemilihan, ia akan melibatkan ribuan perwakilan, jadi banyak kesulitan dalam keadaan sekarang ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jelas Tajuddin lagi, UMNO sehingga semalam belum me­netapkan keputusan bila pemilihan akan diadakan.
Pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lalu, seluruh perwakilan sebulat suara memberikan mandat kepada MT untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik sokongan kepada PN.
Perkara itu diputuskan selepas Ahmad Zahid meminta kata putus semua perwakilan agar MT diberikan mandat tersebut.
Parti itu memberi tempoh hingga Ogos ini untuk PN membubarkan Parlimen dan sekiranya semua Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada gabungan tersebut.
Berhubung isu sebaran audio perbualan mirip, Ahmad Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tajuddin berkata, isu tersebut turut tidak dibangkitkan.
“Tak ada. Tidak dibangkit. Mungkin atas semangat Ramadan?
“Semua memberi sokongan padu kepada Presiden. Pre­siden ingin melihat semua MT bersatu dalam tumpuan kepada masalah yang dihadapi rakyat kini. Itu sahaja,” ujarnya.
Kelmarin, ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, MT perlu mendapatkan penjelasan daripada Zahid sendiri berhubung sebaran audio tersebut.
Malah, beliau yakin semua MT yang hadir dalam mesyuarat semalam ‘anak jantan’ dan tidak gentar mempersoal perkara itu kepada Zahid sendiri.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin turut mengingatkan Shahidan supaya tidak lagi membuat kecoh untuk membuka keaiban mana-mana pihak yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada dirinya.

“Apa keaibannya? Sudah, tak payah lagi buat kecoh. Orang dah tahu siapa dia, nampak langsung tidak hormati Presiden, nak tonjolkan diri sebagai jaguh.
“Tak pergi ke mana pun. Nak adakan kerjasama de­ngan Anwar ini langsung tak berbangkit. Tak ada bincang langsung, apa yang nak di­timbulkan… Benda itu tak ada.
“Bukan setakat itu sahaja, dia mencabar Presiden, keputusan Perhimpunan Agung UMNO, cabar kepemimpinan Presiden, dia tak sedar. Ke­sian dia, kalau terus bersikap begitu, rugi diri dia sendiri,” katanya.

Shahidan semalam telah digugurkan jawatannya daripada Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis dan digantikan dengan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam bermula 4.30 petang berakhir dengan tenang dan tiada isu panas se­perti yang didakwa

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak dapat hadir, difahamkan baru dibenarkan keluar dari hospital atas faktor kesihatan. – UTUSAN

Hmm.. nampak macam sembang saja ni.. yang tak ada jawatan dalam Kerajaan tu pasti mahu kerjasama ditamatkan.. tapi yang ada jawatan dalam Kerajaan tu.. mana mungkin hendak lepaskan jawatan begitu saja.

Ada ke Ahli Politik yang sanggup lepaskan jawatan kerana Parti.. yang sanggup lepaskan parti kerana jawatan itu banyak.

Lagipun dah jadi matlamat mereka sejak dari mula sertai politik lagi untuk mendapatkan jawatan.. ingat depa tu nak berjuang sangat untuk rakyat ka?.

Dekat nak Pilihanraya baru depa sibuk nak berjuang untuk rakyat.. untuk rakyat kononnya laa.

Demi Rakyat atau apa saja slogan itu hanyalah retorik untuk menarik minat pengundi saja.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/umno-akan-akhiri-kerjasama-dengan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 373 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Tiada Kerjasama Dengan Umno Anthony Loke

Tiada Kerjasama Dengan Umno Anthony Loke

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 217 hits
KAJANG Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar perlu membawa cadangan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dengan UMNO kepada pengetahuan Majlis Presiden jika perkara itu benar benar wujud Namun setakat ini perkara itu belum timbul lagi kata S...
Tidak Mustahil Umno Kerjasama Pakatan Harapan

Tidak Mustahil Umno Kerjasama Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 273 hits
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka berlangsung hujung minggu ini bakal menjadi penentu kelangsungan parti keramat itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 15 Selain agenda besar yang bakal dibincangkan iaitu menentukan hayat kerajaan P...
Ipf Enggan Kerjasama Dengan Mic Kekal Sokong Umno Dan Mca

Ipf Enggan Kerjasama Dengan Mic Kekal Sokong Umno Dan Mca

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 330 hits
Parti mesra BN Barisan Kemajuan India Se Malaysia hari ini mengumumkan untuk tidak bekerjasama dengan MIC yang merupakan parti komponen gabungan itu IPF berkata keputusan itu susulan tindakan Presiden MIC SA Vigneswaran yang melabel beberap...
5562 Iklan Raya Judi Pemuda Umno Lapor Polis Ppim Minta Sekat Mgflash Malaysia Gazette 16 04 2021

5562 Iklan Raya Judi Pemuda Umno Lapor Polis Ppim Minta Sekat Mgflash Malaysia Gazette 16 04 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 331 hits
Menarik di MG Flash Netizen Kecam Iklan Raya Promosi Judi Pemuda UMNO Buat Laporan Polis PPIM Minta Kerajaan Sekat Iklan Raya Promosi Judi Abu Bakar Omar Meninggal Dunia Artikel oleh Malaysia Gazette TVIKLAN RAYA JUDI PEMUDA UMNO LAPOR POLI...
Kerana Najib Kerajaan Malaysia Rosak Umno Hancur Bn Kalah Pru14 Tun M

Kerana Najib Kerajaan Malaysia Rosak Umno Hancur Bn Kalah Pru14 Tun M

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 253 hits
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kenyataannya yang menyifatkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Malaysia adalah bersandarkan kerosakan yang dilakuk...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi