Umno Akan Bersama Pas Dan Bersatu Bila Zahid Tak Jadi Presiden


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Aug 31, 2023
PAS yakin Umno akan bersama mereka dan Bersatu apabila Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi menjadi presiden parti Melayu terbesar itu.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed berkata dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu nanti akan dapat merealisasikan hasrat untuk terus menguasai kepimpinan negara.

“Saya yakin dan percaya apabila Zahid tak jadi presiden Umno lagi nanti, saya yakin dan percaya tiga-tiga parti besar Melayu ini iaitu Umno, Bersatu dan PAS bersatu.

“Maka insya-Allah kita akan kuat dan kukuh untuk terus dapat memimpin dan menguasai negara Malaysia tercinta ini,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok ambang Merdeka Perikatan Nasional di Kampung Jeram, Muar, di Johor, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata PAS, Bersatu dan Umno juga wajib bersatu padu bagi mendapatkan kemenangan besar dalam politik.

“Untuk supaya calon-calon daripada PN ini akan mendapat kemenangan yang lebih selesa di peringkat pusat atau negeri maka hendaklah kita bersatu padu, terutama dalam bidang politik ini maka tiga parti politik Melayu terbesar wajib bersatu padu.

“Kerana dengan ketiga-tiga parti besar Melayu Islam ini iaitu Umno, Bersatu dan PAS insyaallah tiga-tiga parti ini akan mendapat kemenangan yang besar,” katanya.

Mahfodz berkata ketika PAS dan Bersatu bergabung pun mereka sudah berjaya menguasai 74 kawasan Parlimen.

“Dan begitulah juga hasil daripada bersatunya dua parti besar ini pada PRN enam negeri pun kita sapu bersih di Terengganu 32-0, di Kelantan 43-2 dan di Kedah 33-3.

“Di Selangor hampir-hampir kita dapat merampas, siapa sangka daripada satu kerusi tiba-tiba kali ini kita boleh dapat 22 kerusi sehingga menghilangkan dua pertiga kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.

“Begitulah juga di negeri-negeri Selatan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dah sampai gelombang daripada Utara ke Negeri Sembilan, daripada 0 dapat 5,” katanya.

Pada PRN enam negeri lalu, BN hanya menang dua kerusi di Selangor, iaitu DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, satu kerusi di Kelantan (Galas) dan dua kerusi di Pulau Pinang (Bertam dan Sungai Acheh).

Di Terengganu, semua calon BN tewas, termasuk dua bekas menteri besar, Ahmad Said dan Ahmad Razif Abdul Rahman.

BN Negeri Sembilan bagaimanapun mencatat keputusan baik apabila menang 14 daripada 17 kerusi ditandingi, membolehkannya menyumbang kemenangan majoriti dua pertiga bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Pada PRU ke-15, Umno di bawah pimpinan Zahid juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi parlimen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/umno-akan-bersama-pas-dan-bersatu-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 365 hits
Puad Zarkashi berkata mencari apa yang salah lebih penting bukannya mencari siapa salah PETALING JAYA Puad Zarkashi berkata tuding jari mencari siapa salah membawa prestasi buruk Umno pada PRN baru baru ini tidak akan menyelesaikan masalah ...
Alumni 4b Sokong Ahmad Zahid Kekal Presiden Umno Sifatkan Akmal Cuba Tunjuk Hero

Alumni 4b Sokong Ahmad Zahid Kekal Presiden Umno Sifatkan Akmal Cuba Tunjuk Hero

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 176 hits
hmetro com mySYED Azmi bersama Jamaludin pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni 4B Malaysia FOTO Muhamad Lokman KhairiIpoh Badan bukan kerajaan Persatuan Alumni 4B Malaysia menyanggah perbuatan Pemuda Umno yang disifatka...
Pn Untung Kalau Zahid Terus Kekal Presiden Umno

Pn Untung Kalau Zahid Terus Kekal Presiden Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 172 hits
ismaweb net Masa depan UMNO makin malap sekarang terpulang pada keputusan ahliOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 4 Safar 1445H Isnin Selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 15 dan Pilihan Raya Negeri baru baru ini UMNO masih meng...
Pas Umno Dan Bersatu Akan Bersatu

Pas Umno Dan Bersatu Akan Bersatu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 253 hits
APABILA ZAHID HAMIDI TIDAK LAGI SEBAGAI PRESIDEN UMNOMAKA MELAYU AKAN BERSATU TAK MUNGKIN SEBABRAMAI ORANG UMNO DAH SEBAU DENGAN DAP TAK MUNGKIN MEREKA AKAN BERSAMA KESATUAN MELAYU DAN MELAYU DAP AKAN PERJUANGKAN MALAYSIAN MALAYSIA YANG HAR...
Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

Kesian Pas Masih Tetap Kemaruk Nak Bersama Umno Dengan Bersatu Saja Tak Bolehkah Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 210 hits
Kesian dengan Pas mereka nampaknya tetap teringin ghairah dan kemaruk mahu bekerjasama dengan UMNO semula walaupun sebelum ini telah ditolak berkali kali Kali ini keyakinan bekerjasama itu diyakini dapat dilaksanakan setelah Ahmad Zahid Ham...
Pas No 2 Plays Muafakat Gambit With Disgruntled Umno Members

Pas No 2 Plays Muafakat Gambit With Disgruntled Umno Members

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 243 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has raised the possibility of reviving the Muafakat Nasional alliance between his party and Umno saying it was popular with many Umno grassroots In a report by Free Malaysia Today the Kubang Kerian...
Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

Mat Sabu Pas Left Dap Not Because Of Hudud But To Form Govt With Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 442 hits
The former PAS deputy president alleged that the real reason for the move was due to the party s plan to ally itself instead with then enemy Umno in order to form the ruling coalition saying the matter was decided during its muktamar or ann...
Rentasan 1439 Gempar Kini Pas Sentap Dengan Pengakuan Zahid Hamidi

Rentasan 1439 Gempar Kini Pas Sentap Dengan Pengakuan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 200 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1439 1 MEMAKNAI ERTI MERDEKA SATU AMANAH 2 SEKAT PORTAL BANGKIT SENTIMEN 3R SKMM ABANG BESAR BUDIMAN 3 DI MANA PAS SEWAJARNYA DILETAKKAN 4 KENAPA PAS BIADAB SANGAT
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula