Umno 74 Tahun Jasa Bakti Umno Merentas Generasi Ahmad Maslan




SELAMA 74 tahun UMNO dan pemimpinnya berjasa kepada rakyat di negara Malaysia. Jangan dilupa hakikat itu. Sejak tahun 1946 hingga ke hari ini tahun 2020, setiap kita rakyat menerima jasa yang telah dan sedang dicipta samada secara langsung atau pun tidak. Generasi demi generasi, UMNO menabur bakti.
Penentangan Malayan Union, kemerdekaan tanah air tercinta, mengisi kemerdekaan, menstabilkan politik selepas 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru DEB, pelbagai dasar yang dibuat oleh Perdana Menteri UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional hinggalah kepada pemujudan suasana damai dengan PAS melalui Muafakat Nasional, UMNO dan pemimpinnya sentiasa menabur jasa.
Anak-anak kampung daripada keluarga yang miskin disamaratakan taraf pendidikan dengan anak-anak bandar yang ibu bapa mereka kaya raya. Anak kampung itu diberi biasiswa atau pinjaman untuk belajar di institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara dan kini mereka menguasai pelbagai sektor; menjadi penjawat awam, usahawan, profesional, NGO atau ahli politik. Semua ini berjaya dibuat dengan DEB, dasar pendidikan dan dasar lain hasil cetusan idea dan kelulusan dalam kabinet kerajaan UMNO dan BN sebelum ini.
UMNO dan PAS bertelagah seperti tidak ingat dunia ini akan kiamat selama lebih 60 tahun yang membawa kepada perpecahan bangsa Melayu yang parah. Namun pertelingkahan itu tamat bila Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 Sept 2019 di Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur. Jasa perpaduan Melayu ini sangat bermakna dalam perjuangan 74 tahun kewujudan UMNO dan 69 tahun perjuangan PAS.
“Berkorban ikhlas, nama dicipta,
Bila dikenal, mendapat ruang;
UMNO dan PAS, henti sengketa,
Muafakat Nasional, teguh berjuang”
Apakah yang wajar UMNO lakukan untuk hari esok dan masa depan? Demi anak cucu dan generasi akan datang maka peristiwa kekalahan kerajaan BN dua tahun yang lalu pada 9 Mei 2018 wajar diambil ingatan. Antara puncanya ialah fitnah yang dipercayai, manifesto yang menipu seluruh rakyat, lebih empat juta terutama anak Melayu tidak mendaftar mengundi dan bangsa Melayu yang berpecah.
Oleh itu, untuk masa depan UMNO dan BN bersama rakan PAS dan parti lain yang ingin bekerjasama, kita mesti memenangi PRU-15 dengan memastikan rumpun Melayu/Bumiputera tidak berpecah atau sengaja dipecahkan lagi oleh pihak lawan.
Jika 79 kerusi BN pada PRU-14 dapat diperolehi kembali, bersama 18 kerusi PAS dan 32 kerusi di mana undi BN dicampur undi PAS, kerusi itu yang sekarang kalah tetapi boleh dimenangi, maka 129 kerusi akan diperolehi untuk kita memerintah kembali. Dicampur dengan kerusi parti lain yang ingin bersama, kemenangan yang besar boleh kita perolehi.
Untuk apa kita mesti memenangi PRU-15? Ianya adalah bagi memastikan rakyat negara ini hidup makmur dan sejahtera. Telah terbukti selama 62 tahun BN memerintah, kehidupan rakyat negara ini bertambah baik setiap masa merentas satu generasi ke satu lagi generasi. Jika generasi pertama hanyalah penoreh getah dari sebuah kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas, generasi ke-dua berjawatan tinggi dengan kehidupan yang lebih baik. Generasi ke-tiga pula mungkin sedang berada di institusi pengajian tinggi atau pusat kemahiran yang menjanjikan kehidupan yang juga berjaya.
Kejayaan itu terbantut selama 22 bulan bila PH-DAP memerintah. Ketika itu suasana tidak harmoni kerap berlaku. Nabi dihina, Raja dihina, tentera dihina, Jawi dihina, bahasa dihina, penjawat awam dibuang, rakyat ditipu dengan manifesto palsu, harta negara dijual dan digadai secara banyak, hutang kerajaan bertambah, ekonomi tidak stabil dan pemimpin UMNO diheret ke mahkamah dengan pertuduhan yang direkacipta merupakan antara peristiwa pahit yang terjadi.
Ketika Perikatan Nasional mengambil alih masa ini, rakyat dan negara seluruh dunia berhadapan pula dengan “perang dunia ke-3” berlawan dengan musuh yang tidak kelihatan, wabak Covid-19. Kita sedang menangani cabaran ini dan sekali lagi pemimpin UMNO berada di barisan hadapan, menabur jasa untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat terpelihara.
Sempena Hari UMNO yang ke 74 ini, bersamalah kita mengenang jasa-jasa UMNO kepada diri, keluarga kita dan marilah kita memastikan parti UMNO terus padu untuk sentiasa menabur jasa bakti kepada rakyat Malaysia, dulu, kini dan selamanya.
Semangat sedikit, jangan dibuang,
Sekian lama, sudah membara;
UMNO bangkit, terus berjuang,
Demi agama, bangsa negara.
Sekian lama, sudah membara,
Sepanjang hayat, dilupa jangan;
Demi agama, bangsa negara,
Prihatin rakyat, jadi pegangan.
DS Ahmad bin Maslan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/10/umno-74-tahun-jasa-bakti-umno-merentas-generasi-ahmad-maslan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=umno-74-tahun-jasa-bakti-umno-merentas-generasi-ahmad-masl

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Covid 19 Umno Juga Perlu Bersedia Ikut Perubahan Semasa Ahmad Maslan

Pasca Covid 19 Umno Juga Perlu Bersedia Ikut Perubahan Semasa Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 312 hits
Pasca pandemik COVID 19 bukan sahaja akan mengubah landskap serta pergerakan seluruh rakyat pelbagai cabang dan peringkat malah UMNO juga mungkin akan turut terkena tempiasnya setelah wabak tersebut melanda Malaysia selain seluruh dunia Jus...
22 Tahun Rosakkan Umno Dialah Klaster Awal Penyakit Umno

22 Tahun Rosakkan Umno Dialah Klaster Awal Penyakit Umno

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 357 hits
Rakyat Malaysia perlu sedar kecelaruan politik di Malaysia kerana mereka yang ada dalam gambar di atas 22 Tahun Mahathir rosakkan UMNO yang dibina untuk semagat kemerdekaan Politik Wang Bermula zaman Mahathir 1998 Mahathir Buang Anwar 2005 ...
Jangan Menari Ikut Lagu Orang Lain Pesan Tok Mat Sempena Ulang Tahun Ke 74 Umno

Jangan Menari Ikut Lagu Orang Lain Pesan Tok Mat Sempena Ulang Tahun Ke 74 Umno

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 411 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan ahli parti itu tidak menari mengikut lagu orang lain dalam memperjuangkan parti Ingatan itu dibuat dengan memetik pesanan Onn Jaafar sempena ulang tahun ke 74 Umno Renunglah pesan pendirinya...
Umno Parti Berstruktur Kukuh Institusi Sosial Melayu Peka Kepada Semua Ahmad Zahid

Umno Parti Berstruktur Kukuh Institusi Sosial Melayu Peka Kepada Semua Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 321 hits
UMNO bukan sahaja sebuah parti yang berstruktur penuh dan kukuh tetapi juga sebuah institusi sosial Melayu yang peka dan prihatin terhadap semua serta relevan dalam apa apa juga keadaan Malah UMNO telah berjaya melalui teori domino politik ...
Tema Hari Guru Tahun 2020 Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu

Tema Hari Guru Tahun 2020 Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 754 hits
TEMA HARI GURU TAHUN 2020 BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik membimbing serta membentuk anak bangsa Kementerian Pendid...
Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu Tema Hari Guru Tahun Ini

Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu Tema Hari Guru Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 435 hits
KPM telah memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 49 pada tahun 2020 adalah Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu Di Malaysia Hari Guru disambut pada 16 Mei sebagai tanda memperingati dan m...
Ulang Tahun Umno 11 Mei Disambut Sederhana Ahli Disaran Kibar Bendera Umno

Ulang Tahun Umno 11 Mei Disambut Sederhana Ahli Disaran Kibar Bendera Umno

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 427 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu akan meraikan Ulang Tahun UMNO Ke 74 pada 11 Mei 2020 bersamaan 18 Ramadhan 1441 Hijrah Sehubungan itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa sambutan p...
Baling Kanak Kanak 3 Tahun Lemas Jatuh Sungai

Baling Kanak Kanak 3 Tahun Lemas Jatuh Sungai

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 520 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam Sungai Lubuk Badak Kuala Kedua di sini pada jam 5 petang tadi Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata mangsa Muhammad Danish Iskandar Abdul Muiz...
Sindrap Budak 5 Tahun Putus Kepala Dibunuh Ibu Tiri Angkara Cemburu

Sindrap Budak 5 Tahun Putus Kepala Dibunuh Ibu Tiri Angkara Cemburu

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 444 hits
Wanita ditahan polis selepas disyaki membunuh anak tirinya berusia lima tahun akibat cemburu buta Kompas com melaporkan mayat mangsa tanpa kepala ditemui di saluran terusan air utama di Sidrap Sulawei Selatan pada Khamis lalu Ketika disoal ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya