Umdap Vs Pasedap Bersedap


Kewujudan parti PPBM, PAS dan PN kononnya untuk menggantikan UMNO. PN mendakwa kononnya mereka adalah parti yang mewakili majoriti orang-orang Melayu, dari segi angka kemenangan mereka pada PRU15 yang lalu, boleh dikatakan YA. Tetapi.. Persoalannya, adakah PN boleh diharap untuk memperjuangkan Agama Islam, Hak Melayu dan Raja-Raja Melayu? Parti PPBM dan PAS juga pernah menjalinkan kerjasama politik dengan DAP. PAS bersama DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Manakala PPBM bersama dengan DAP dalam Pakatan Harapan 1.0. Apabila PPBM dan PAS bersama dengan DAP dahulu, terlalu banyak yang ‘didiamkan’ oleh mereka tentang keceluparan pemimpin-pemimpin DAP tentang 3R. Mudah cerita, PPBM dan PAS gagal total untuk ‘menjinakkan’ DAP. Berlainan dengan UMNO, kerjasama dengan DAP adalah selepas PRU15 di mana kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan adalah atas titah YDPA selepas tidak ada satu gabungan parti pun berjaya memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi dalam PRU15. Sebelum UMNO bersetuju untuk bersama Kerajaan Perpaduan, pelbagai syarat ketat telah ditetapkan oleh UMNO khususnya kepada PH dan DAP agar tidak sekali-kali menyentuh sensitiviti berkenaan 3R ; Religion (Agama Islam), Race (Hak Orang Melayu) dan Royal (Raja-Raja Melayu). Dan DAP bersetuju dengan syarat-syarat itu. Dengan persetujuan itu, UMNO berani mengambil risiko besar (dikecam kerana bekerjasama dengan musuh tradisi) dengan bekerjasama dengan DAP dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan dan ianya memberi satu ‘lesen’ kepada UMNO agar tidak takut untuk bersuara sekiranya DAP melanggar sempadan 3R. Anda boleh melihat, pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dr. Akmal Saleh (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) bingkas bersuara tanpa rasa takut sekiranya ada isu-isu 3R dimainkan. Hal ini tidak terjadi semasa PPBM dan PAS bersama DAP suatu masa dahulu. Diam, senyap membisu. Namun sekarang, perkara pelik berlaku. DAP agak kurang menyentuh soal 3R, tetapi pemimpin PN pula buat hal dengan perangai buruk mereka. Sanusi MB Kedah menghina Sultan Selangor, dan yang terbaru TS Mahiaddin pula membuatkan Istana Pahang murka kerana menghina Sultan Pahang (yang dahulunya YDPA) dalam ceramah kempen PAS di PRK Nenggiri. Jika pemimpin DAP yang bercakap seperti ini, agak masuk akal. Tetapi ini pemimpin Melayu dan Islam dari PN yang menghina Raja Melayu, yang mana mereka mendabik dada katanya merekalah yang boleh menggantikan UMNO untuk membela nasib Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu? PN, sangat tidak boleh diharap membela Islam, Melayu dan Raja-Raja. Orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia, berilah sokongan kepada UMNO dan BN untuk bangkit kembali, kembalikan semula kepercayaan kalian kepada UMNO. Doakan UMNO dapat memperbaiki kekurangan yang ada, dan kembali cemerlang untuk Islam, Melayu dan Malaysia keseluruhannya. UMNO dan BN : Boleh diharap untuk rakyat. —-
Jamal Rafaie Jakiran
Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2025/05/umdap-vs-pasedap-bersedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umdap Paling Sesuai

Umdap Paling Sesuai

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 121 hits
FAHAMAN SEMANGAT KEBANGSAAN CAMPUR SEKULARKEKALAHAN PN SUDAH DIJANGKA AWAL LAGIBETUL KATA ZAMBRI Zambry PN kena terima hakikat bukan cipta alasan kalahORANG AIR KUNING MEMANG SUDAH SESUAI DENGANSEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU KEMUDIAN BILA BERGA...
Ini Malaysia Umdap Punya

Ini Malaysia Umdap Punya

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 118 hits
PASAL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN KASI PRAKTIK DULU MELAYU SUDAH TUKAR JADI MALAYSIAITU HARI AIR KUNING SUDAH CAKAP JANGAN GADUH GADUH INI MALAYSIA UMDAP PUNYA Tiada pihak yang harus mempertikaikan Perlembagaan ...
The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Pelbagaikan Kegunaan Khemah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves