Umat Islam Wajib Bantu Golongan Lemah




oleh Mohd Ajib Ismail
Allah SWT menciptakan manusia dengan kepelbagaian latar belakang bagi tujuan saling mengenali dan melengkapi keperluan masing-masing.
Setiap insan harus memiliki sifat peduli sesama manusia agar mereka saling membantu.
Manusia diciptakan Allah SWT dalam keadaan lemah. Ia sebagaimana dijelaskan dalam Surah An-Nisa’, ayat 28 yang bermaksud: “Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
Dalam satu lagi ayat dalam Surah Ar-Rum, ayat 54, Allah berfirman yang bermaksud: “Allah lah yang Menciptakan kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia Menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.”
Berdasarkan ayat-ayat itu, bukan bermaksud keadaan lemah menjadi alasan buat manusia tidak melakukan sesuatu.
Apabila menyedari kelemahan, kita akan berusaha mencari sumber kekuatan bagi memperbaiki diri.
Dalam masyarakat, golongan yang sering dikategorikan sebagai orang lemah terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada kesempitan dari segi ekonomi, penderitaan yang menyebabkan tidak mampu bekerja serta tidak berdaya sama ada fizikal atau mental selain ditindas kerana dizalimi.
Golongan itu mungkin terdiri daripada wanita, anak yatim, orang miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Golongan lemah itu amat memerlukan perlindungan dan pembelaan agar mereka tidak mengalami penderitaan lebih parah.
Allah SWT memerintahkan agar melindungi kaum yang lemah seperti firman-Nya dalam Surah An-Nisa’, ayat 75 yang bermaksud: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh).”
Ahli tafsir menjelaskan, perkataan al-mustad’afin adalah sebagai golongan lemah dan orang yang dianggap tidak berdaya oleh masyarakat.
Manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya perlu bersama orang lain seperti keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran tetangga.
Sifat peduli terhadap keperluan dan kesukaran dialami orang lain harus disemai dalam masyarakat melalui keprihatinan dan empati.
Empati bermaksud menghayati situasi sama terhadap kesusahan dialami orang lain yang akan kemudiannya membangkitkan semangat untuk membantu.
Bantuan terhadap golongan memerlukan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk sama ada zakat, sedekah, bantuan sosial, perlindungan dan lain-lain.
Di peringkat Wilayah Persekutuan misalnya, mereka dibantu melalui bantuan zakat serta program menggalakkan golongan asnaf berdikari.
Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/28/umat-islam-wajib-bantu-golongan-lemah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatan Buat Umat Islam

Ingatan Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 485 hits
Antara peristiwa besar berlaku pada bulan Ramadan adalah Perang Badar pada tahun kedua Hijrah Perang Badar tercetus ketika Nabi Muhammad SAW belum mempunyai persiapan berikutan Baginda baru masuk dan bertapak di Madinah Imam Ibnu Hisham di ...
Masjid Jamek Chukai Bantu Golongan Asnaf

Masjid Jamek Chukai Bantu Golongan Asnaf

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 301 hits
Oleh Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN 24 November Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai telah menganjurkan Program Almari Kebajikan Bantuan Asnaf kelmarin bagi membantu meringankan beban golongan fakir miskin Seramai 70 orang golongan asnaf yang tingga...
Ratusan Botol Liquid Vape Narkoba Dan Alat Bantu Seks Ilegal Dimusnahkan

Ratusan Botol Liquid Vape Narkoba Dan Alat Bantu Seks Ilegal Dimusnahkan

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 262 hits
Nilai barang yang dimusnahkan sebesar Rp 3 5 miliar dan potensi kerugian negara mencapai Rp 3 6 miliar
Pemuda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Besut

Pemuda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Besut

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 513 hits
Oleh Saifullah Jusoh BESUT Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah turun padang membantu mangsa yang terlibat dengan musibah banjir di DUN Hulu Besut Ketuanya Ustaz Nasir Razak berkata antara bantuan disalurkan berbentuk makanan dan penyem...
Mabes Polri Siap Bantu Buru Pembunuh Hakim Pn Medan

Mabes Polri Siap Bantu Buru Pembunuh Hakim Pn Medan

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 218 hits
Selain tim penyidik lanjutnya perbantuan terkait fasilitas pun akan dikerahkan Ya bermacam macam Ada supervisi bisa ada membantu peralatan kita bisa jelas dia
Lebih 200 Agensi Ngo Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

Lebih 200 Agensi Ngo Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA KRAI Lebih 200 wakil agensi dan badan bukan kerajaan terlibat dalam kerja kerja pembersihan pasca banjir di Kampung Chuchoh Puteri Adan Sungai Sok di sini hari ini Kerja kerja pembersihan itu melibatkan 75 buah rumah di Kampung Chucho...
Usul Batal Peraturan Wajib Permit Untuk Tinjauan Mesra Ditolak

Usul Batal Peraturan Wajib Permit Untuk Tinjauan Mesra Ditolak

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 235 hits
Astro Awan Timbalan Speaker Nga Kor Ming menjelaskan usul berkenaan tidak menepati syarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Gambar fail KUALA LUMPUR Usul pembangkang supaya peraturan mewajibkan permit polis bagi kempen pilihan raya dari rumah...
Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 393 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020 Menerusi Facebook Wana Abas wanita ini berkongsi
Urban Renewal Not A Dirty Term

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

May 18 2025

Rossa Aku Baik Saja Chord