Umany Derhaka Persoal Tindakan Agong Pembina Um


Siti HafidahTindakan UMANY cukup biadab, rosak nama baik Universiti Malaya BANGI – Derhaka! Demikian gelaran yang wajar diberikan kepada University of Malaya Association of New Youth (UMANY) setelah mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masuk campur dalam urusan pentadbiran negara.
Perbuatan kontroversi itu bukan sahaja memperlihatkan sikap biadab persatuan berkenaan, malah secara langsung memburukkan nama baik Universiti Malaya (UM).
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UM berkata, merujuk kepada artikel bertajuk ‘YDPA Should Not Interfere In National Affairs’ sudah terang lagi bersuluh UMANY tidak berlaku adil dalam menulis artikel tersebut.
Jelasnya, ini kerana, UMANY tidak menyatakan berkenaan kewujudan Perkara 39 dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan yang memperincikan kuasa Agong berkaitan urus tadbir negara.
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan: “Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan.
“Jadual kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi Eksekutif kepada orang lain.”
Sementara Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, keanggotaan Parlimen menyatakan: “Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”
Sehubungan itu, PEMBINA UM berkata, pada perenggan pertama dan kedua artikel UMANY, mereka menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan keterlibatan Seri Paduka dalam dua perkara iaitu penolakan perisytiharan darurat seperti mana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Berkaitan perisytiharan darurat, barang kali UMANY terlupa, atau buat-buat lupa bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memperkenan atau menolak perisytiharan darurat seperti mana yang termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Proklamasi Darurat,” bidasnya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, PEMBINA UM menempelak kenyataan UMANY yang menyebut ‘walaupun Malaysia mengekalkan sistem pemerintahan beraja, raja hanya mempunyai status simbolik yang dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan’.
“Cukup biadab kenyataan yang dikeluarkan oleh UMANY! UMANY telah menggunakan hujah Perkara 40 (1A) dan Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan bagi ‘menghalalkan’ kenyataan biadab mereka berkenaan bidang kuasa Agong,” katanya tegas.
Terdahulu, UMANY dalam satu hantaran Facebook berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.
Katanya di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.
Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang, kata UMANY.
UMANY menyatakan pendiriannya iaitu YDPA tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.
Bagaimanapun, hari ini, hantaran UMANY di Facebook itu telah dipadamkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/umany-derhaka-persoal-tindakan-agong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umany Persoal Kuasa Agong Wibawa Lapor Polis

Umany Persoal Kuasa Agong Wibawa Lapor Polis

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 353 hits
ismaweb netAda unsur hasutan fitnah selain beri fakta salah pada masyarakatBANGI 15 Rabiulawal 1442H Ahad Kelab Mahasiswa BERJASA membuat laporan polis berhubung kenyataan University of Malaya Association of New Youth yang mempersoal campur...
Surat Umany Jangan Biadab Terhadap Agong Gpms

Surat Umany Jangan Biadab Terhadap Agong Gpms

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 306 hits
Mohd Alif Anas Md Noor Malaysiakini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mengecam tindakan University of Malaya Association of New Youth yang mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook mereka mengenai kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang ...
Persoal Keputusan Agong Shabery Bidas Rais Yatim

Persoal Keputusan Agong Shabery Bidas Rais Yatim

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 348 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim supaya lebih beradab ketika berhujah berkenaan dengan hal perundangan negara Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini beli...
Tindakan Umany Tidak Gambarkan Imej Gerakan Mahasiswa Umnosiswa

Tindakan Umany Tidak Gambarkan Imej Gerakan Mahasiswa Umnosiswa

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 459 hits
Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO Universiti Kebangsaan Malaysia Muhammad Izzat Hakim Mohd Noh berkata sebagai sebuah gerakan mahasiswa di kampus University of Malaya Association of New Youth tidak sepatutnya bertindak biadap terhadap institus...
Umany Stands By Its Statement On Agong Insists It Is Defending Freedom Of Speech

Umany Stands By Its Statement On Agong Insists It Is Defending Freedom Of Speech

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 317 hits
A student body is standing by a Facebook post on the King and has threatened to haul Universiti Malaya to court if the institution takes action against them for their statement In republishing the controversial post the UM Association of Ne...
Umany Biadap Persoal Kuasa Ydpa Kamarul Zaman

Umany Biadap Persoal Kuasa Ydpa Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 249 hits
By 31 October 2020Dr Kamarul Zaman YusofKUALA LUMPUR Kenyataan University of Malaya Association of New Youth yang mendesak Yang Dipertuan Agong supaya tidak campur tangan dalam urusan negara semalam mendapat kritikan hebat Majoriti netizen ...
Um Siasat Hantaran Fb Umany Pertikai Kuasa Agong

Um Siasat Hantaran Fb Umany Pertikai Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 237 hits
Terdahulu Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya menyiarkan satu hantaran bertajuk Yang di Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara menerusi laman Facebooknya KUALA LUMPUR Universiti Malaya akan menjalankan sia...
2 Umany Leaders Grilled By Cops After Fb Post On Agong

2 Umany Leaders Grilled By Cops After Fb Post On Agong

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 247 hits
Universiti Malaya Association of New Youth s president and vice president spent three hours being questioned at the Kajang police station today PETALING JAYA Universiti Malaya Association of New Youth president Yap Wen Qing and vice preside...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 400 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Crepe Choc Coffee

Penduduk Malaysia Yang Memperoleh Rm5k Menanggung Hutang Kad Kredit Sehingga Rm20k

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Mak Tatang Abg Sampai Kahwin Pun Dia Sanggup Gadai Emas Tak Cukup Itu Abg Siap Suruh Jual Kereta

Intervensi Kemahiran Asas Membaca Klinik Asas 2m Klinik Asas Membaca Menulis