Um Perjelas Sebab Halang Graduan Perakaunan Sertai Konvokesyen


Universiti Malaya (UM) bertindak menghalang seorang graduannya daripada menyertai istiadat konvokesyen kelmarin, selepas didapati menghasut graduan lain untuk turut serta mendesak Naib Canselor universiti itu meletakkan jawatan kerana kononnya bersikap perkauman.
UM, dalam kenyataannya di sini semalam, memaklumkan siasatan awal mendapati, graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu telah menggunakan akaun Facebooknya untuk berbuat demikian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan sebelum sidang ketujuh dilangsungkan telah menemukan sekeping plakad yang mengandungi kata-kata bersifat provokatif daripada pelajar itu.

Loading… “Penemuan itu memperlihatkan bahawa graduan itu mempunyai niat untuk menganggu perjalanan istiadat konvokesyen yang bakal berlangsung.
“Bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman istiadat yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu termasuk ibu bapa, ahli akademik dan graduan lain, graduan itu dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor dan tidak dibenar menyertai istiadat konvokesyen, kelmarin,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan UM sentiasa mendokong prinsip kebebasan bersuara, bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang memegang amanah besar untuk mendidik generasi masa depan, universiti berkenaan juga percaya kebebasan itu perlu dilengkapi tanggungjawab.
“Justeru, apa juga tindakan berlandaskan prinsip itu perlu dilakukan pada tempat dan cara yang sesuai,” katanya.
UM turut melahirkan kebimbangan tindakan yang berbentuk hasutan dengan memainkan agenda perkauman itu bukan hanya berkemungkinan boleh mengancam keselamatan Naib Canselor, tetapi turut menggugat ketenteraman dan kerukunan awam terutama di universiti itu.
Sebelum ini, Isnin lalu seorang graduan kejuruteraan awam mengejutkan tetamu yang hadir pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59 apabila bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazah.
Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menjerit ‘ini tanah Malaysia’ sehingga menimbulkan kecaman ramai yang kurang senang dengan tindakannnya yang tidak menghormati majlis itu. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/um-perjelas-sebab-halang-graduan-perakaunan-sertai-konvokesyen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya

Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 526 hits
Ekoran insiden protes seorang graduan di istiadat konvokesyen Universiti Malaya baru baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman turut memberikan pandangannya tentang insiden tersebut di laman Twitter rasmi miliknya Menurut po...
Majlis Konvokesyen Unisza Kali Ke 11 Rai 3 474 Graduan

Majlis Konvokesyen Unisza Kali Ke 11 Rai 3 474 Graduan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 787 hits
Sebahagian graduan yang menerima ijazah sarjana masing masing pada sidang pertama hari ini KUALA NERUS 14 Oktober Seramai 3 474 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke 11 di Dewan Al Muktafi Billah Shah ...
Macam Macam Aksi Apabila Graduan Kongsi Gambar Konvo Kelaut Tak Seperti Diharapkan Sewaktu Konvokesyen

Macam Macam Aksi Apabila Graduan Kongsi Gambar Konvo Kelaut Tak Seperti Diharapkan Sewaktu Konvokesyen

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 924 hits
Setelah berhempas pulas menempuh segala jerit perih menghabiskan pengajian demi segulung ijazah pasti yang ditunggu tunggu para graduan adalah majlis konvokesyen Saat itu perkara yang penting perlu ada adalah gambar untuk dijadikan kenangan...
Kes Graduan Protes Atas Pentas Konvokesyen Um Buat Laporan Polis

Kes Graduan Protes Atas Pentas Konvokesyen Um Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 530 hits
Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai satu rakaman salah seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen dijalankan Graduan tersebut yang menayangkan plakad yang tertera frasa Tolak Rasis dan Undur VC diang...
Pemimpin Pas Dakwa Ada Konspirasi Halang Kosovo Sertai Euro 2020

Pemimpin Pas Dakwa Ada Konspirasi Halang Kosovo Sertai Euro 2020

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 222 hits
Kekalahan England kepada Republik Czech pada perlawanan kelima pusingan kelayakan Euro 2020 rupanya menarik perhatian salah seorang pemimpin kanan parti PAS Menurut Bendahari PAS Iskandar A Samad kekalahan England tersebut sebenarnya dipali...
Graduan Universiti Malaya Tunjuk Protes Terhadap Naib Canselor Di Pentas Konvokesyen

Graduan Universiti Malaya Tunjuk Protes Terhadap Naib Canselor Di Pentas Konvokesyen

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 624 hits
Acara konvokesyen merupakan acara rasmi yang akan dijalankan oleh setiap institusi pendidikan tinggi Acara ini merupakan acara yang paling dinanti kerana dilihat sebagai acara penghargaan kepada usaha para pelajar dan mahasiswa i Namun kete...
Provokasi Graduan Protes Naib Canselor Um Sertai Kongres Maruah Melayu

Provokasi Graduan Protes Naib Canselor Um Sertai Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Seorang graduan Universiti Malaya hari ini melakukan aksi yang mengejutkan di atas pentas apabila mengangkat plakad semasa selepas menerima skrol majlis konvokesyen Menerusi sebuah rakaman yang tersebar graduan tersebut Wong Ya...
Istiadat Konvokesyen Dicemari Tindakan Seorang Graduan Didakwa Protes Minta Naib Canselor Berundur

Istiadat Konvokesyen Dicemari Tindakan Seorang Graduan Didakwa Protes Minta Naib Canselor Berundur

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 378 hits
Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi TINDAKAN seorang graduan yang melakuka...
2 Anggota The Defenders Mungkin Sertai Mcu

2 Anggota The Defenders Mungkin Sertai Mcu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 246 hits
Awal minggu ini terdapat laporan yang mengatakan Kevin Feige akan menjadi Ketua Pegawai Kreatif Marvel dan Marvel Television berada dibawah seliaan Marvel Studios Berita terbaru terbaru itu membuatkan peminat tertanya tanya mengenai halatuj...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang