Ulasan Redmi Note 7 Kembali Ke Landasan Tepat


Boleh saya katakan Redmi Note 3 yang dilancarkan pada 2016 adalah model dari siri Redmi Note yang paling berjaya sehingga kini. Dengan harga yang rendah Xiaomi membuat kejutan dengan penawaran sebuah smartphone yang berprestasi tinggi serta binaan dan material yang boleh dikatakan premium berbanding harganya.
Sejak itu setiap keluaran siri Redmi Note yang seterusnya mendapat perhatian ramai terutamanya Mi Fans yang mengharapkan model-model seterusnya meneruskan tradisi sebagai penanda aras bagi kategori mid-range. Tapi realitinya Redmi Note 4, 5, dan juga 6 bagaikan kurang sedikit dari apa yang diharapkan, atau dengan kata lain, anti-climax. Mungkin sebab pemilihan pemproses, atau kurang faktor wow pada sudut estetik.

Tapi tahun ini kehadiran Redmi Note 7 bakal mengubah segalanya. Tidak menunggu lama, Redmi Note 7 dilancarkan hanya 4 bulan selepas Redmi Note 6 Pro dan kali ini Xiaomi ingin melatakkan kembali siri Redmi Note di tempat sepatutnya. RN7 akhirnya membawa perubahan kosmetik yang ketara sambil mengikut trend flagship dengan panel belakang kaca dengan warna gradient dan yang lebih penting, pemilihan processor yang lebih sesuai serta penggunaan USB Type C.
Spesifikasi Redmi Note 7 M1901F7G (Lavender) Skrin IPS 6.3″ FHD+ 2340 × 1080
408 ppi / notch
19.5:9 aspect ratio
81.4% screen to body ratio SoC Qualcomm® Snapdragon™ 660
14nm / 8-core
4 × Kryo 260 @ 2.2 Ghz /
4 × Kryo 260 @ 1.8 Ghz GPU Adreno 512 RAM 4GB Storage 64GB internal
Slot micro SD (berkongsi slot dengan SIM 2) Kamera Belakang 48MP f/1.8
PDAF
Flash LED berkembarKamera kedua 5MP f/2.4
Depth sensing Kamera Hadapan 13MP f/2.2
Face recognition Bateri 4,000 mAh OS Android 9 Pie
MIUI 10.2 Lain-lain LTE 1800/2100/2600(B7)
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Pemancar infrared (IR)
Compass / Gyroscope
USB Type C
Sokongan Quick Charge 4.0 Aksesori didalam kotak Adaptor 10W
Silicone case
Kabel USB ke type-C
Pin SIM ejector Rekaan dan binaan Ketika kebanyakan mid-range lain menggunakan panel belakang plastik sama-ada acrylic atau coating untuk menampakkan seperti kaca, Redmi Note 7 lebih kehadapan dengan menggunakan kaca sebenar atau lebih tepat Gorilla Glass 5 pada kedua-dua permukaan.

Walaupun bingkai di sekeliling smartphone ini dari bahan plastik, tapi mungkin disebabkan kedua-dua panel kaca ini membuatkan Redmi Note 7 sedap dipegang dan ada rasa premium disitu. Bonggol kamera agak tinggi, disebabkan oleh sensor Samsung ISOCELL GM1 yang mana menurut pengerusi Xiaomi, Lei Jun, bonggol kamera itu harus diterima terutamanya atas sebab kualiti gambar dari sensor 48MP tersebut. Sejauh mana kita harus “terima” nanti kita bincang lebih lanjut tentang kamera.

Notch yang namanya dot-notch ini tiada apa yang menarik untuk diperkatakan, cuma bezel di atas dan bawah skrin boleh saya katakan agak tebal untuk standard mid-range hari ini. Contohnya Realme boleh membuatkannya lebih nipis pada Realme 3.
LED notofikasi masih tidak dilupakan walaupun ia tersangatlah kecil. LED ini ditempatkan berhampiran port charging, hanya mampu menyala warna putih sahaja. Selain menunjukkan status pengecasan, ia akan berkelip apabila terdapat notifikasi yang belum dibaca. Fungsi yang semakin diabaikan kebelakangan ini namun ia masih sangat berguna terutamanya pada smartphone bukan OLED tanpa kebolehan always-on display.
Inilah LED notifikasi pada Redmi Note 7 Dari segi ergonomik, kedudukan button, fingerprint scanner, semuanya sempurna. 3.5mm audio jack mungkin ada yang lebih sukakannya di bahagian bawah tapi walaupun ianya di atas, pastinya tidak akan jadi dealbreaker untuk tidak memilih smartphone ini.
Hardware dan Performance Warna pada skrin ini biasa-biasa saja. Saya lebih suka mode Increased Contrast pada display setting. Kalau tak warna putih kelihatan lebih kekuningan. Auto backlight sering kelihatan terlalu malap jadi saya sentiasa disable fungsi ini dan lebih selesa menetapkannya secara manual. Notch tidak dapat disembunyakan, sehingga update terbaru minggu ini, tiada fungsi hide notch ditemui.
Loudspeaker tunggal berada di sebelah kanan charging port, tiada fungsi speaker stereo seperti terdapat pada Pocophone. Bunyinya cukup kuat, serta tiada bunyi pecah walaupun pada volume maksimum.
 

Gaming pada Redmi Note 7 memang best. Bermain game paling terkenal di planet bumi ini, PUBG Mobile, graphic pada setting HD tidak memberikan sebarang masalah kepada peranti ini untuk beraksi cemerlang tanpa masalah panas ataupun frame drop.
Begitu juga dengan game lain, Redmi Note 7 mampu memberikan lebih dari yang anda harapkan dari sebuah mid-range bawah RM1000. RAM 4GB langsung tidak menjadi masalah bagi saya dan secara logiknya saya tidak akan sampai ke situasi untuk menjalankan sampai 10 game serentak.
Untuk mengukur kehebatan performance Redmi Note 7 dalam bentuk angka yang boleh diukur, mari kita lihat berapa markah yang diberikan oleh Antutu, Geekbench 4 dan juga 3DMark. Satu peningkatan ketara berbanding model sebelumnya Redmi Note 6 Pro, seperti yang dijangka bagi SoC mid-range yang cukup capable seperti ini.
Bateri Dengan berbekalkan jus 4,000 mAh, Redmi Note 7 mampu berkhidmat untuk anda seharian tanpa masalah. Tak perlu ulas banyak kerana anda pastinya sudah tahu apa yang boleh diharapkan oleh kapasiti sebesar ini.
Tapi yang saya nak sembang panjang adalah keupayaan Redmi Note 7 mengecas pada kadar 18W serta menyokong Quick Charge 4.0. Sayangnya mungkin terikut dengan perangai Apple, Xiaomi hanya membekalkan adapter 10W biasa didalam setiap kotak smartphone ini. Nak cas lebih pantas, beli charger Quick Charge sendiri ok.
Memandangkan saya tak punyai charger QC 4.0, saya cuba guna adapter QC 3.0 (18W) yang ada pada saya untuk bandingkan sejauh mana kelebihan 8W mampu mempengaruhi masa pengecasan peranti ini.
 

Hasilnya saya plotkan dalam graf diatas. Hasilnya “not bad”, kelebihan Watt ini membolehkan pengecasan penuh 17 minit lebih awal berbanding charger stock. Sejam pertama dengan charger QC 3.0 peranti sudah dicas 57% sedangkan dengan charger 10W ia baru 47%. Kalau gunakan charger QC 4.0 berkemungkinan besar keputusannya akan lebih baik. Harap maklum ujian yang saya lakukan ini adalah dalam keadaan standby.
MIUI 10.2 / Android 9 Pie Dalam banyak-banyak Android “skin”, MIUI lah yang paling saya suka. Sebabnya, ia ada imej tersendiri dengan fungsi-fungsi tambahan yang bukan sekadar gimik tapi pada masa yang sama tidak terlalu jauh beza dengan stock Android dari segi user experience.
Antara penambahan baru dalam MIUI 10.2 adalah button power boleh berfungsi untuk menyeru Google Assistant. Setelah diaktifkan, button power hanya perlu ditekan 0.5 saat untuk memunculkan Google Assistant dan terus bersedia menerima arahan.
Seperti biasa tiada app drawer tapi tak jadi masalah kerana launcher 3rd party seperti Nova Launcher sentiasa bersama anda. Tapi saya lebih gemar gunakan Poco Launcher atas sebab ia sangat mesra MIUI, ye la, memang dibuat untuk MIUI pun.
Redmi Note 7 semestinya akan menerima versi baru MIUI 11 tapi mungkin dalam beberapa bulan lagi. Setakat review ini ditulis, masih tiada komitment dari Xiaomi bila MIUI 11 akan diluncurkan.
Kamera Xiaomi memilih untuk menggunakan sensor Samsung GM1 yang lengkap dengan teknologi ISOCESS Plus dan Tetracell dan secara terang-terangan memasarkannya sebagai 48 megapixel. Ada yang cakap tak betul, ada yang kata gimik. Kalau nak tau penerangan terperinci pasal ni baca – Kenapa Kecoh Sangat Pasal 48MP Redmi Note 7.

 
Ok. Tutup cerita pasal 48 megapixel tu, hasil teknologi Tetracell, kamera utama Redmi Note 7 mampu menangkap detail low light yang cukup baik. Boleh tengok gambar dibawah ni. Fungsi Night Mode juga tersedia dalam app camera. Night Mode memerlukan masa sehingga hampir 2 saat untuk snap sesuatu gambar.
Dalam well-lit condition, seperti dijangka gambar yang terhasil cukup bagus, warna yang terang serta detail yang mencukupi.
Portrait mode yang diketahui umum untuk mengaburkan background juga tersedia untuk kamera depan walaupun hanya satu kamera didepan. Inilah hasil portrait mode
Ada lagi berita baik buat peminat fotografi, Google Camera atau lebih mesra dipanggil GCAM tersedia pada Redmi Note 7.

via GIPHY
Tanpa perlu buat apa-apa, Camera2API sudahpun dihidupkan sejak azali, anda cuma perlu download dan install sahaja versi GCAM yang anda suka. Modder terkenal BSG telah berkongsi rasa cintanya terhadap Redmi Note 7 dengan mengeluarkan mod GCAM khas yang fully functional untuk model ini. Boleh download disini.
Dengan GCAM, gambar lebih mantap, low light lebih cun, kiranya dah tak rasa nak guna stock camera app.
Kesimpulan Secara ringkasnya Redmi Note 7 mengembalikan nostagia Redmi Note 3 dimana ketika itu saya cukup berpuas hati dengan mid-range tersebut. Penerusnya seolah-olah gagal menyambung legasi ini tapi akhirnya Redmi Note 7 hadir untuk meletakkan kembali siri ini ke landasan yang betul.
Syabas buat Xiaomi.
The post [Ulasan] Redmi Note 7 – Kembali Ke Landasan Tepat appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lepakcc.com/ulasan-redmi-note-7-kembali-ke-landasan-tepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Redmi Note 8 Pro Menerima Skor Dxomark Sebanyak 84 Kamera 64 Megapixel Bukanlah Segala Galanya

Redmi Note 8 Pro Menerima Skor Dxomark Sebanyak 84 Kamera 64 Megapixel Bukanlah Segala Galanya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 235 hits
ialah peranti pertama dengan kamera utama sebesar 64 Megapixel Kamera yang besar ini menjadi tumpuan Redmi ketika memasarkannya di Malaysia Tetapi nampaknya ia tidak mencukupi untuk mendapat kedudukan yang tinggi di dalam ujian yang dilakuk...
Kerajaan Ph Terus Berusaha Letak Negara Di Landasan Tepat

Kerajaan Ph Terus Berusaha Letak Negara Di Landasan Tepat

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 219 hits
Pada 21 Januari 2020Oleh Mohammed SofianPelbagai usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam melonjakkan pencapaian negara ini sejak memegang tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018 Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran kerajaan ...
Hey You Joe Goldberg Kembali Untuk Musim Ketiga

Hey You Joe Goldberg Kembali Untuk Musim Ketiga

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 246 hits
By Azwa Rahman 15 Januari 2020 1 55 AM Hiburan pelakonDrama Thriller Drama bersiri psikologi thriller popular You akan menemui penonton tidak lama lagi menerusi musim ketiga Menerusi laman sosial Instagram platform penstriman Netflix berk
Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

Pernah Saya Beli Berlian Untuk Isteri Tun Mahathir Soal Kembali Apabila Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 316 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari dengan tegas menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk membasmi rasuah Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang boleh melanggar undang undang sesuka hati terutama dalam jenayah berkaitan r...
Ketua Kpk Cek Kabar Harun Masiku Sudah Kembali Ke Indonesia

Ketua Kpk Cek Kabar Harun Masiku Sudah Kembali Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 387 hits
Kita tetap melakukan pengejaran dan kita juga sudah mengirimkan surat ke Kumham Kita berkoordinasi dengan Polri karena Polri miliki jaringan yang cukup luas baik itu menggunakan jalur liaison officer yang ada di luar negeri ujarnya
Kembali Berseteru Lucinta Luna Sebut Gebby Vesta Pansos

Kembali Berseteru Lucinta Luna Sebut Gebby Vesta Pansos

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 197 hits
Lucinta Luna dan Gebby Vesta kembali menjadi perbincangan publik di dunia maya Keduanya kembali berseteru lewat postingan postingan di instagram
Geruduk Polda Jatim Member Memiles Tuntut Aplikasi Dibuka Kembali

Geruduk Polda Jatim Member Memiles Tuntut Aplikasi Dibuka Kembali

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 202 hits
Mereka menganggap aplikasi ini justru cukup menguntungkan para membernya Ia pun berpedoman bahwa aplikasi MeMiles ini berbasis jasa pengiklanan
Baca Pledoi Romahurmuziy Kembali Bantah Dapat Suap Dan Pertanyakan Konsistensi Jaksa

Baca Pledoi Romahurmuziy Kembali Bantah Dapat Suap Dan Pertanyakan Konsistensi Jaksa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 192 hits
Sebab kata Rommy jaksa memaksa dirinya bertanggung jawab secara hukum atas perbuatan yang ia tidak ketahui
Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord