Ulasan Realme 3 Baca Dulu Sebelum Beli


Walaupun masih baru jenama Realme kini tak asing lagi dengan peminat smartphone di negara ini. Buktinya pada hari pertama jualan Realme 3 hujung Mac lalu, Realme berjaya menjual lebih dari 2000 unit Realme 3 dimana 500 unit pertama terjual dalam masa hanya 3 minit.
Jadi atas dasar ingin tahu, saya pun ambil sebiji model budget mid-range Realme ni untuk dijadikan peneman saya selama seminggu ni. Ye la kalau tak cuba macam mana nak ulas kan.

Dynamic Black yang saya guna ni bagi saya yang paling cun dari kesemua warna yang ditawarkan, ia berwarna hitam diatas dan biru/purple dengan glitters dibawah kelihatan seperti langit dan bintang-bintang di angkasa.

SpesifikasiRealme 3RMX1821SkrinIPS 6.2″ HD+ 1520 × 720
270 ppi
19:9 aspect ratio
88.3% screen to body ratioSoCMediatek Helio P60
12nm / 8-core
4 × Cortex-A73 @ 2 Ghz /
4 × Cortex-A53 @ 2 GhzGPUMali G72RAM3GB / 4GBStorage32GB / 64GB internal
Slot micro SD max 256GB (dedicated)Kamera Belakang13MP f/1.8
PDAF
Flash LED tunggal
Video maks. 1080p 30fpsKamera kedua 2MP
Depth sensingKamera Hadapan13MP f/2.0
Face recognition
HDR
Video maks. 1080p 30fpsBateri4,230 mAhOSAndroid 9 Pie
ColorOS 6Lain-laineSIM melalui Durian Man (Elinking) dan ORoaming
LTE band 1/3/5/7/8/20/28/38/40/41
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
Micro USBAksesori didalam kotakAdaptor 10W
Case
Kabel USB ke micro USB
Pin SIM ejectorRekaan dan binaanTidak seperti Redmi Note 7 yang menggunakan kaca sebenar, Realme memilih untuk menggunakan polycarbonate pada permukaan belakang sehingga ke bahagian sisi.

Yang menariknya dengan plastik ini adalah dekorasi warna gradient dan glitters bersinar-sinar membuatkan Realme 3 tampil unik dan nampak mahal. Lagi satu 3.5mm audio jack yang ditempatkan di bahagian bawah juga boleh saya katakan ciri premium. Sebab kebanyakannya smartphone mahal saja yang audio jack ni di bawah.

Bonggol kamera tak tinggi sangat, just nice tak macam Redmi Note 7. Kamera utama dihiasi dengan bulatan kuning yang diberi nama realme ring. Power button ditempatkan disebelah kanan manakala button volume berada di sebelah kiri. Saya sering tersilap tekan power button apabila ingin menekan volume down. Tapi kalau dah lama guna tu ok la, no big deal.

Screen to body ratio 88.3% not bad sebenarnya untuk model budget mid-range macam ni. Lebih tinggi dari Redmi Note 7, Galaxy A30 dan Honor 8X walaupun kesemuanya lebih mahal. Malah dewdrop notch kelihatan lebih menarik berbanding dot-notch dan infinity-U, seriously.
Hardware dan PerformanceSkrin Redmi 3 boleh dikatakan sangat memuaskan. Walaupun cuma 270 ppi, ia tidak memberikan apa-apa perbezaan jika untuk kegunaan biasa. Viewing angle serja colour reproduction cukup mantap. Cuma ada sedikit light bleed di sekeliling kawasan notch di bahagian atas. Tak terlalu ketara, cuma kelihatan pada paparan warna putih dan terang.
Loudspeaker menghala kebawah menghasilkan bunyi kuat tapi agak flat. Ia mampu membisingkan sebuah bilik kecil tapi tak boleh harapkan bunyi muzik yang sedap dari speaker ini. Tapi kalau guna untuk perbualan telefon, ia lebih dari memadai.

Untuk gaming, Mediatek Helio P60 melakukan tugasnya dengan baik. PUBG pada setting graphic HD dapat berjalan dengan cemerlang, malah kadar haba yang dihasilkan masih pada tahap sangat rendah walaupun bermain pada masa lama.
Keputusan benchmark mencadangkan Realme 3 setaraf Redmi Note 7 dan saya turut bersetuju dengannya. Cuma Snapdragon 660 lebih digemari rakyat jelata berbanding Helio P60.
BateriJangka hayat bateri adalah advantage pada Realme 3. Memang “susah” nak habiskan bateri sebesar 4230 mAh ni dalam masa sehari. Dah la kapasiti besar, kehadiran 4 core Cortex A53 dalam SoC Helio P60 ini membolehkan penggunaan tenaga yang rendah jika fon dalam keadaan standby ataupun ketika hanya aplikasi ringan digunakan.

Bateri besar, tanpa sebarang quick charging, Realme 3 memerlukan hampir 3 jam untuk memenuhkan baterinya dari 0% ke 100%. Sehingga 80% ia kelihatan agak “pantas” tapi mula merangkak sehingga sejam cuma untuk mengisi baki 20%.
ColorOS 6 / Android 9 PieFirst time saya guna ColorOS 6, terus jatuh cinta dengannya. Berbanding ColorOS 5.2 yang saya gunakan pada Realme 2 Pro satu ketika dulu, ColorOS 6 dah macam bukan lagi ColorOS. Banyak perubahan yang dilakukan dan yang paling utama, launcher dengan app drawer yang kelihatan seperti stock Android. Jika anda lebih gemar cara lama mirip iOS, ada setting tersedia untuk kembali seperti dulu.
Design language pada ColorOS baru ini kelihatan lebih segar terutamanya pada notification shade yang lebih berwarna-warni. Stock apps seperti calculator, dialer juga tampil dengan design baru. Game Space juga diperbaharui dengan jangkaan jangka hayat bateri untuk setiap mode (balanced atau high performance).
Fungsi-fungsi lama seperti Clone App, App Lock, Smart Call, button power untuk Google Assistant semuanya masih tersedia pada ColorOS baru ini.
KameraRealme melengkapkan bahagian belakang Realme 3 dengan 2 kamera 12MP dan kamera kedua 2MP yang mana diatas kertas ia kelihatan cukup berkemampuan. Dari saiz aperture lebar f/1.8 serta kombinasi 5 lens dan juga keupayaan AI scene recognition yang dapat memngecam lebih 16 jenis scene dan seterusnya adjust gambar untuk memberikan hasil yang terbaik mengikut scene yang dikenalpasti.
Hasil tangkapan Realme 3 dalam mode AutoMode Chroma Boost buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Realme. Secara ringkasnya ia hampir sama dengan Vivid mode pada fon-fon lain tapi Chroma Boost lebih advance dengan menggunakan kelebihan AI untuk mengenalpasti bahagian yang perlu diterangkan atau tidak.
Lihat perbandingan diatas di sebelah kiri diambil dengan mode Auto tanpa Chroma Boost dan disebelah kanan adalah gambar dengan Chroma Boost. Warna lebih terang dan gambar kelihatan lebih menarik tapi kadangkala ia berbeza dengan keadaan sebenar disebabkan proses editing yang dilakukan secara automatik dengan kepandaian AI.
Nightscape pula mode dimana shutter akan dibuka lebih lama (>1 saat) untuk menangkap lebih banyak cahaya dalam keadaan gelap. Noise masih jelas kelihatan tapi boleh dikatakan masih dalam keadaan terkawal
Kalau dalam keadaan cerah, kamera Realme 3 memang memuaskan.
Kamera hadapan tidak kurang hebatnya. Realme 3 dilengkapkan dengan kamera 13 megapixel untuk menghasilkan gambar yang cukup detail.
Hasil kamera hadapan Realme 3Realme juga memberi akses kepada HAL3 Camera API2 interface  untuk membolehkan kamera Google atau GCam berfungsi pada smartphone ini. Ini membuatkan Realme 3 satu-satunya smartphone ber-processor Mediatek yang mampu menjalankan GCam. Namun saya masih belum jumpa port GCam yang terbaik untuk smartphone ini. Yang paling “best” setakat ni adalah Arnova’s v7beta9 cuma masa untuk setiap snap agak panjang, hampir 1 saat dan viewfinder agak tersekat-sekat. Image optimization masih memuaskan.
KesimpulanApa yang tak kena dengan Realme 3? Harga dah cukup murah, design pun dah ok, software dah improved, kamera pun cun. Nak apa lagi dengan RM599 (32GB+3GB) atau RM699 (64GB+4GB) kan? Adakah micro USB ataupun “Mediatek” jadi deal-breaker? Mungkin ya untuk sesetangah orang tapi dengan harga sebegini, sukar untuk abaikan Realme 3 sebagai pilihan utama bagi budget mid-range.
The post [Ulasan] Realme 3 – Baca dulu sebelum beli appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lepakcc.com/ulasan-realme-3-baca-dulu-sebelum-beli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 516 hits
Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi
Masuk 6 Bulan Bagi Dulu Bubur Kosong Sebelum Perkenalkan Puri Baru Anak Tak Cerewet Makan

Masuk 6 Bulan Bagi Dulu Bubur Kosong Sebelum Perkenalkan Puri Baru Anak Tak Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 373 hits
Mesti ada ibu yang tak sabar tunggu bayi menginjak usia 6 bulan sebab nak bagi makan Dalam fikiran tu macam macam nak cuba masak Ada yang dah siap save resipi bubur dan puri Namun bila dah sampai masanya bayi pula menolak semua makanan yang...
Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 319 hits
Masigh ragu dan bimbang berpuasa atau nggak saat hamil Hmm simak dulu deh pertimbangannya di sini
Ulasan Realme 3

Ulasan Realme 3

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 185 hits
Tahun ini Realme telah hadir dengan penawaran satu lagi siri telefon pintar baru iaitu Realme 3 Hadir dengan penawaran spesifikasi pertengahan pada harga sangat kompetitif Realme 3 mencabar pelbagai pengeluar lain melalui penawaran mereka D...
9 Intro Populer Yang Dipakai Sebelum Pinjam Uang Namanya Juga Basa Basi Dulu Boss

9 Intro Populer Yang Dipakai Sebelum Pinjam Uang Namanya Juga Basa Basi Dulu Boss

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 341 hits
Mari mengenal tanda tanda orang menghubungimu karena utang bukan karena mereka kangen Bedakan
Awal Perkahwinan Mampu Beli Tilam Barang Penting Je Dah Senang Jangan Lupa Isteri Yang Sanggup Bersusah Dulu

Awal Perkahwinan Mampu Beli Tilam Barang Penting Je Dah Senang Jangan Lupa Isteri Yang Sanggup Bersusah Dulu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 514 hits
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja Boleh dikatakan 80 pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh...
Sebelum Buat Kuih Lihat Dulu Fungsi Sebenar Buttercup Dan Info Kegunaannya

Sebelum Buat Kuih Lihat Dulu Fungsi Sebenar Buttercup Dan Info Kegunaannya

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 673 hits
Sebelum Buat Kuih Lihat Dulu Fungsi Sebenar BUTTERCUP Dan Info KegunaannyaNak dekat Ramadhan dah lepas tu nak raya pulak Mesti ramai yang dah plan nak buat biskut raya atau kek kan Biasanya antara produk pilihan ramai ialah marjerin jenama ...
20 Khasiat Kurma Ikut Perubatan Tradisi Ramai Tak Tahu Selain Sunat Makan Sebelum Berbuka

20 Khasiat Kurma Ikut Perubatan Tradisi Ramai Tak Tahu Selain Sunat Makan Sebelum Berbuka

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 563 hits
20 Khasiat Kurma Ikut Perubatan Tradisi Ramai Tak Tahu Selain Sunat Makan Sebelum Berbuka Khasiat buah kurma memang diakui seantero dunia Dan buah kecil ini memang sangat disunatkan untuk makan sebelum berbuka puasa
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia