Ulasan Projektor Murah Q3 Pro Dan Pengalaman Penggunaannya
Entah dari mana ia bermula, trend pembelian projektor di rumah kian meningkat naik. Mungkin dek kerana ingin memiliki suasana wayang dirumah menjadikan permintaan kian meningkat. Tapi bila nak beli tapi bajet pula ketat, dimanakah agaknya anda boleh dapatkan projektor yang murah?
Sudah semestinya Shopee. Haha. Saya ini hampir setiap bulan ada barangan yang sampai di rumah. Berhantu sungguh. Ini tiba-tiba pula teringin nak ada set projektor di bilik. Maka saya pun mula mencari di e-commerce tersebut.
Projektor murah Q3 Pro
Setelah membuat survey setelah sekian lama, saya memilih Projektor Q3 Pro ini sebagai pilihan. Rupanya memang sebiji dengan Lumos Ray Home Cinema Projektor. Cuma harganya lebih murah dalam harga RM160. Saya rasa Lumos tu pun produk OEM, jadi buat apa saya nak bayar lebih.
Jika harga Lumos dalam RM599, harga bagi projektor Q3 Pro ini dalam RM440 sahaja. Lebih menarik, saya siap dapat kaki projektor (projector stand) secara percuma lagi. Bagi saya ini adalah satu pembelian yang sangat berbaloi untuk penggunaan yang biasa macam saya.
Beli di Shopee: Klik sini
Buka kotak Projektor Q3 Pro
Barangan yang pesan ini sampai di rumah dalam tempoh masa seminggu. Agak sedikit lambat, tapi tidak mengapalah. Asalkan ia terjaga dan dibungkus dengan cermat, itu sudah cukup baik untuk saya.
Jadi berikut merupakan kondisi dan barangan yang saya dapat ketika membuat pembelian ini.
Keadaan kotak produk
Kondisi projektor yang dibalut dengan baik
Dilengkapi speaker terbina di sebelah sisi
Kepala plug 3 pin
Alat kawalan jauh yang ringkas
Stand projektor yang diberikan secara percuma
Buku manual, alat kawalan jauh, aksesori wire, projektor dan stand
Spesifikasi
Projektor ini dilengkapi dengan Android 8.0. Jadi pelbagai jenis aplikasi penstreaman telah siap dipasang pada projektor ini. Antaranya Netflix, Disney Hotstar, Youtube, Spotify dan banyak lagi. Jika tiada, anda boleh muat turun sendiri menggunakan Google Playstore atau appstore lain.
Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan bluetooth, build-in speaker dan kemudahan untuk bersambung dengan peralatan lain menggunakan TF, USB, HDMI, AV dan bagi audio 3.5mm audio output.
Berkenaan spesifikasi pula, anda boleh dapat paparan 1080p (Full HD) dengan kadar paparan 150 inci. Agar besar juga. Selain daripada itu, ia dibekalkan dengan paparan 3000 lumens dengan keperluan tenaga sebanyak 60 watt sahaja.
Bagaimana kondisi paparan
Kondisi paparan dalam keadaan terang
Kondisi paparan dalam keadaan gelap
Ulasan jujur
Seterusnya kita pergi kepada ulasan jujur pula tentang bagaimana bagaimana projektor murah ini berfungsi dan adakah ia dapat memenuhi keperluan hiburan saya. Saya bahagikan ulasan saya dari sudut pandangan yang saya suka dan tidak suka.
Apa yang saya suka
Antara perkara yang saya suka tentang projektor ini adalah daripada segi paparan yang memuaskan hati bagi harga yang ditawarkan. Saya sebenarnya tak berapa yakin betulkan ia punyai kualiti paparan 3000 lumens memandangkan saya pun tidak punyai lumens reader.
Tapi bila saya boleh tengok Netflix pada waktu siang dengan cahaya yang sederhana, bagi saya ianya sudah cukup untuk membuat saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Saya tidaklah anggap kualitinya seperti projektor yang berharga RM2000-RM3000, tapi kena dengan harga.
Selain daripada itu, saya tidak perlu bersusah payah untuk menyambungkan projektor ini dengan komputer kerana ia mempunyai android terbina. Jadi dengan menggunakan alat kawalan jauh, anda boleh buka Netflix dan Youtube begitu sahaja.
Sesetengah projektor pula mengeluarkan haba yang agak panas. Berbeza dengan projektor ini, haba yang dikeluarkan tidak keterlaluan. Bilik saya pun tidak panas dan berkeadaan seperti biasa sahaja.
Buat masa ini rekod penggunaan saya adalah 10 jam tanpa henti. Saya buat seolah-olah macam televisyen pula. Hahaha. Tapi tiadalah pula sintom-sintom yang menyumbang kepada kerosakan. Tapi bagi mengelakkan kerosakan jangka panjang, saya tidaklah menggunakan secara keterlaluan.
Apa yang saya tidak suka
Pertama sekali yang saya tidak suka adalah kedudukan lubang skru yang menyambungkan projektor dengan kaki projektor. Saya tak faham kenapa kedudukan lubang skru tersebut tidak berada betul-betul di tengah-tengah. Jadi apabila saya menggunakannya, projektor ini senget sedikit disebelah kanan.
Kedua adalah masalah android dan Netflix. Saya ingatkan saya boleh install semua aplikasi, nampaknya ternyata sangkaan saya meleset. Google app ini direka khas untuk smart projector. Jadi jika pembangun aplikasi tidak membuat tetapan untuk smart projektor, aplikasi yang anda inginkan tidak akan terpapar di playstore.
Smart projektor ini tidak didaftarkan untuk menggunakan aplikasi Netflix. Jadi anda terpaksa pakai mod Netflix yang perlu dimuat turun dalam default store untuk menggunakan Netflix. Tapi ini hal kecil sahajalah. Kesannya anda perlu menggunakan mouse untuk mengawal aplikasi berbanding menggunakan arrow sahaja.
Seterusnya adalah kualiti speaker terbina. Bagi saya speaker ini sangat kuat. Tapi sebab saya ini agak cerewet tentang kualiti bunyi, saya rasa terganggu dengan bunyi monotone. Saya bukan sahaja nak mendengar, tapi saya nak dengar sesuatu yang berkualiti.
Mujurlah projektor ini mempunyai fungsi bluetooth, jadi saya sambungkan dengan speaker Tribit Stormbox. Puas hati tengok movie dengan paparan dan bunyi yang terbaik.
Baca juga: Ini ulasan mesin pembersih cermin mata ultrasonik Xiaomi EraClean
Kesimpulannya
Saya sebenarnya jadikan projektor ini sebagai sumber hiburan di bilik saya disaat saya penat bekerja dan hanya ingin santai di katil sambil menikmati filem atau siri kegemaran saya. Sebab itulah saya beli projektor ini.
Selepas membelinya, saya merasakan projektor ini menepati citarasa yang saya mahukan iaitu sebuah projektor murah dengan paparan yang memuaskan. Saya tak mahu membazir duit membeli projektor mahal kerana kita tahu, paparan yang terbaik tetap juga televisyen.
Selama hampir 4 bulan memiliki projektor ini digabungkan dengan speaker Tribit saya, memang terasa la suasana wayang. Lebih malas la rasanya untuk bangun daripada katil. Hiburan dah tersedia di bilik.
Beli di Shopee: Klik sini
Jadi itu sahaja ulasan saya kali ini. Jika anda ada soalan tentang projektor ini atau punyai cadangan projektor yang lebih baik, jangan lupa kongsikan pendapat dan cadangan anda di ruangan komen. Saya pun nak tau juga.
The post Ulasan projektor murah Q3 Pro dan pengalaman penggunaannya. appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/ulasan-projektor-murah-q3-pro/