Ulasan Orang Politik Tak Hirau Nasihat Agong Jaga Adab Bicara


malaysiakini.com
Atriza Umar
Diterbitkan: Aug 7, 2023 8:00 PM
ULASAN | Masihkah kita ingat bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ulama dan tokoh agama sebelum ini berulang kali mengingatkan orang politik supaya menjaga adab, bicara dan lidah ketika berkempen?

Namun, nasihat yang diberikan itu seakan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.’

Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu semakin mendekat.

Menjelang tarikh ‘pesta demokrasi’ itu berlangsung, setiap calon, parti yang bertanding gigih turun ke lapangan untuk berkempen dan mendekati para pengundi.

Tidak terkecuali, media sosial turut diperhangatkan dengan bahan-bahan kempen memperkenalkan calon-calon yang bertanding.

Paling banyak keluar dalam layar ‘muka buku’ ialah berkaitan biodata calon.

Setiap pengundi yang belum mengenali siapakah calon wakil rakyat mereka, tentunya ingin mengenali latar belakang calon agar dapat membuat pilihan yang terbaik.

Sentimen 3R

Parti yang bertanding berusaha ingin calonnya menang dalam pilihan raya. Namun, masih terdapat lagi segelintir calon dan ahli-ahli mahupun pimpinannya tidak mengamalkan politik yang matang.

Apa tidaknya, sikit-sikit akan mengaitkan sesuatu yang tidak sewajarnya terhadap parti lawan.

Sedarkah kita, antara tonggak utama dalam amalan demokrasi adalah dengan meraikan perbezaan?

Malah, berbeza pendapat dianggap sebagai hak yang harus sentiasa diraikan.

Sebab itu, ia antara komponen yang penting dalam perjalanan demokrasi sesebuah negara selain pilihan raya.

Namun, sangat berbeza dengan situasi politik di negara ini sewaktu berkempen.

Sesetengah calon, ahli mahupun pemimpinnya, masih menggunakan sentimen yang tidak sewajarnya iaitu 3R iaitu kaum (race), agama (religion) dan institusi diraja (royal) semata-mata untuk meraih sokongan para pengundi.

Hakikatnya, perkara itu tidak wajar kerana ia akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni mahupun sejahtera.

Barangkali amalan demokrasi setiap kali pilihan raya diadakan ini masih belum difahami oleh semua peringkat terutamanya pucuk pimpinan parti, calon, ahli dan masyarakat.

Apa tidaknya, walaupun berkempen adalah sebahagian daripada proses demokrasi itu, namun masih wujud perbuatan saling mencela, menghina, mengutuk dan memburukkan pesaing.

Perbuatan ini amat bertentangan dengan seruan supaya semua parti serta calon berkempen secara berhemah dan beradab, bahkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam serta kepercayaan lain.

Kematangan politik Indonesia

Memetik kata-kata Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, mungkin kita harus mencontohi Indonesia.

“Satu ketika dahulu kita jauh meninggalkan mereka dari segenap sudut.

Namun, Indonesia semakin dekat mengejar kita. Lihatlah bagaimana laporan Bank Dunia 2019 terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berkembang sekitar 5.1 peratus berbanding Malaysia (4.6 peratus).”

Tambahnya lagi, KDNK itu berkembang walaupun ranking Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum (WEF) 2019 meletakkan Malaysia di tangga ke-27 berbanding Indonesia (50).
“Apakah semua itu berlaku dengan secara tiba-tiba? Jawapannya sudah tentu tidak. Hal itu terjadi disebabkan adanya kematangan politik dan perasaan mendahulukan negara dalam setiap perkara,” ujarnya.

Indonesia pasca-Orde Baharu telah menukar cara berpolitik negara itu kepada yang lebih matang dan terbuka.

“Perubahan drastik sistem pemerintahan dan pendekatan baharu menggantikan cara lama mengubah hala tuju politik negara itu yang sinonim dengan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) kepada ketelusan dan keberhasilan.”

Dalam pada itu, tentunya semua itu berlaku kerana amalan politik yang matang dan budiman. Politik Indonesia selepas era reformasi berjaya membentuk nuansa baharu yang melihat politik sebagai medan membaiki negara.

Disebabkan itulah kita dapat menyaksikan peningkatan ketara dalam politik Indonesia hasil daripada perubahan itu.

Malaysia yang lebih baik

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan semua pihak yang berkempen supaya menjaga adab dan tata susila sepanjang berkempen.

Begitu juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Mohd Na'im Mokhtar turut memberikan peringatan yang sama meminta calon PRN di enam negeri menjaga adab dan mengelak menghina orang lain ketika berkempen, termasuk menjauhkan perbuatan memfitnah apatah lagi tingkah laku yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Perlu disedari oleh setiap parti, calon dan jentera kempen, pilihan raya bukanlah medan memaki hamun, memburukkan orang lain dengan memfitnah.

Sebaliknya, ia adalah pentas untuk ‘mempromosikan’ calon dan parti dengan sesuatu tawaran yang baik dan menarik, agar rakyat memberi percaya untuk mengundi mereka, selain menerangkan perancangan ekonomi dan hal berkaitan kebajikan rakyat.

Dengan kata lain, pilihan raya adalah ruang untuk memberikan kefahaman yang jelas hasrat calon dan parti, apakah yang ingin dipersembahkan mereka bagi melihat kawasan yang ditandinginya lebih menyerlah daripada biasa, jika mereka menang nanti.

Justeru, kita sebagai rakyat khususnya calon yang bertanding seharusnya mengambil pedoman agar melaksanakan politik matang bagi merealisasikan negara Malaysia yang lebih baik.

Antaranya ketika berkempen, ceramah politik menyampaikan hasrat dan sasaran yang ingin dicapai jika menjadi calon yang menang di sesuatu kawasan tersebut, selain menghentikan budaya menghina, memfitnah dan memperlekehkan calon semata-mata unsur kebencian atau saingan.

Tinggalkanlah segala amalan buruk yang tidak memberi manfaat kepada parti dan pengundi.

ATRIZA UMAR ialah pegawai Jabatan Komunikasi dan Media, Pertubuhan Ikram Malaysia.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/ulasan-orang-politik-tak-hirau-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Iki Putra Penasihat Undang Undang Negeri Perlu Sembah Nasihat Sultan

Kes Iki Putra Penasihat Undang Undang Negeri Perlu Sembah Nasihat Sultan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 202 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myIpoh Majlis Ulama ISMA mencadangkan agar Penasihat Undang Undang di setiap negeri selain Penasihat Undang Undang Majlis Agama Islam Negeri menyembah nasihat yang sewajarnya bagi memberi gambara...
5 Nasihat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas

5 Nasihat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 282 hits
5 Nasihat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas Siapakah Ibnu Abbas Ibnu Abbas atau Abdullah Ibnu Abbas ialah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai anak kepada bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib serta isterinya Lubabah b...
Ibu Titip Nasihat Untuk Ubai Sebelum Nikah Syada Amzah Sempat Tambah Pesanan Banyakkan Ibadah Sedekah

Ibu Titip Nasihat Untuk Ubai Sebelum Nikah Syada Amzah Sempat Tambah Pesanan Banyakkan Ibadah Sedekah

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 222 hits
Pernikahan Shila Amzah dan tunangnya Ubai bakal berlangsung esok dan ibu penyanyi itu tidak lepaskan peluang untuk titip nasihat buat bakal menantunya Menerusi Instagram Datin Fauziah atau mesra dipanggil Mamazie menasihati Ubai agar berkat...
Pn S Overthrow Govt Plot Goes Against Agong S Decree Mp

Pn S Overthrow Govt Plot Goes Against Agong S Decree Mp

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 371 hits
Perikatan Nasional is committing treason against the royal institution by attempting to topple the federal government claims Ipoh Timur MP Howard Lee Chuan How He said this in response to several that a major victory for the coalition in th...
Lepas Ydpa Permaisuri Agong Pula Tunjuk Skil Nyanyian Sekali Ini Pula Yang Jadi

Lepas Ydpa Permaisuri Agong Pula Tunjuk Skil Nyanyian Sekali Ini Pula Yang Jadi

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 205 hits
Lepas YDPA Permaisuri Agong pula tunjuk skil nyanyian sekali ini pula yang jadi Baru sahaja minggu lepas Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Baginda menggegarkan warga netizen apabila baginda menyany...
Kehidupan Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Kehidupan Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 177 hits
Wahai anakku Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri Kalau berbicara berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain Sumber ru...
Keluar Undi Nasihat Dr M

Keluar Undi Nasihat Dr M

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengundi di DUN Anak Bukit menyifatkan jumlah keluar mengundi di kawasan itu masih rendah Beliau bersama isteri Siti Hasmah Mohamad Ali selesai mengundi di DUN Anak Bukit pada 9 2...
Proksi Satu Parti Politik Sedang Kepanasan Katanya

Proksi Satu Parti Politik Sedang Kepanasan Katanya

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 161 hits
Macam mana la ropanya wang tunai RM38 juta dalam rumah tu Depa sorok kat mana Dengan jongkong emas RM60 juta kereta Messarati Ferrari dan Mercedes berderet Apa bisnes nya Rasuah salah guna kuasa untuk lari cukai dan import barang haram Litt...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall