Ulasan Oku Dipukul Ag Jangan Terus Membisu Suhakam


malaysiakini.com
Suhakam
Diterbitkan: Sep 22, 2024 9:24 AM
ULASAN | Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan kebimbangan mendalam terhadap apa yang dilihat sebagai pengabaian berterusan terhadap isu hak asasi manusia yang kritikal dan menjejaskan komuniti rentan.

Ini walaupun terdapat seruan daripada pihak kami (Suhakam) serta seruan berulang kali daripada masyarakat sivil dan individu yang terjejas.

Khususnya, Suhakam merujuk kepada aduan serangan yang didakwa dilakukan terhadap Encik Ong In Keong, seorang pemandu teksi e-hailing yang merupakan orang kelainan upaya, oleh seorang pegawai polis.

Kejadian yang didakwa berlaku pada Mei 2024, kira-kira hampir empat bulan lalu. Namun, hingga kini, tiada tindakan pendakwaan diambil terhadap pegawai polis tersebut.
Suhakam mengulangi apa yang telah kami nyatakan dalam kenyataan media terdahulu pada 16 Ogos 2024.

Suhakam sangat kecewa Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya membisu berkenaan isu sama ada tindakan pendakwaan akan diambil terhadap pegawai polis tersebut atau sebaliknya.

Jika Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya berpendirian dia tidak berniat untuk mendakwa pegawai polis berkenaan, dia mesti mengumumkannya kepada umum dengan memberikan alasan yang jelas atas keputusan tidak mendakwa tersebut.

Sebaliknya, jika Peguam Negara merancang untuk mendakwa pegawai polis tersebut, dengan hormat, mengapa begitu lama untuk berbuat demikian, kerana ini kes serangan yang mudah di bawah Kanun Keseksaan.
Peguam Negara yang arif tidak perlu diingatkan keadilan yang tertangguh itu keadilan yang dinafikan kepada Encik Ong, mangsa yang didakwa.

Di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, setiap orang sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang – dan ini termasuk Encik Ong.

Kami dengan tegas mengulangi apa yang kami katakan sebelum ini.

Tiada seorang pun patut dinafikan hak asasi manusianya, apatah lagi seseorang yang tergolong dalam komuniti rentan.
Memandangkan ini kes berkepentingan awam yang melibatkan orang kelainan upaya, ahli komuniti rentan, Peguam Negara, sebagai penjaga hati nurani awam mempunyai tanggungjawab perlembagaan dan moral untuk menangani isu ini secara terbuka.

Tadbir urus yang baik, prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang mengharapkan dia melakukan perkara itu.

Berdiam diri bukanlah pilihan bagi Peguam Negara.

Tidak sepatutnya wujud persepsi umum bahawa sistem keadilan jenayah telah dikompromi atau dilemahkan.

Suhakam menunggu respons daripada Peguam Negara.

SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Artikel ini asalnya kenyataan akhbar Suhakam dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/ulasan-oku-dipukul-ag-jangan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan L Saifudin Pkr Jangan Seperti Lepaskan Anjing Tersepit Tuan Ibrahim

Ulasan L Saifudin Pkr Jangan Seperti Lepaskan Anjing Tersepit Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 154 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 18 2024 10 33 AMULASAN l Ketakutan dan kegelisahan Pakatan Harapan kepada PAS serta presiden parti Abdul Hadi Awang secara khususnya amat terserlah Perasaan ini menyebabkan Saifuddin Nasution Ismail membuat s...
Pesanan Buat Mad Jargon Hang Memang Kena Saman Buat Rafizi Jangan Selwsai Luar Mahkamah

Pesanan Buat Mad Jargon Hang Memang Kena Saman Buat Rafizi Jangan Selwsai Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 120 hits
ni Rafizi saman Lepas tu Nazri Hamdan saman Ikut Bard jual sambal la lepas ni nak bayar saman tu Eh tapi takpe Walaun ada boleh tolong bayarkan Lupa lak Guane boh Raja Gelap II BoikotHotFM BoikotKJ BoikotJohan
Jangan Jemu Berdoa Kerana Allah Sentiasa Mendengar

Jangan Jemu Berdoa Kerana Allah Sentiasa Mendengar

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 202 hits
Berdoa adalah satu amalan yang sangat mudah dilakukan namun sering kali kita terlepas pandang akan kepentingannya Bagi sesetengah orang berdoa mungkin dianggap sebagai satu rutin yang biasa tapi hakikatnya ia adalah komunikasi langsung anta...
Jangan Paksa Peniaga Bukan Islam Mohon Sijil Halal Kata Zahid

Jangan Paksa Peniaga Bukan Islam Mohon Sijil Halal Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 175 hits
JANGAN paksa pengusaha perniagaan bukan Islam memohon sijil halal kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran atau mana mana syarikat dalam industri makana...
Jangan Kaitkan Dengan Kayangan

Jangan Kaitkan Dengan Kayangan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 121 hits
Petang semalam saya menerima panggilan memaklumkan hajat pimpinan JAKIM untuk bersilaturrahim dengan saya Saya sambut dengan baik atas iktikad untuk islah seperti tulisan saya yang meminta reformasi di tubuh JAKIM Hadir ke JAKIM di Putrajay...
Doktor Kongsi Umur Sesuai Untuk Anak Makan Coklat Jangan Main Bagi Je

Doktor Kongsi Umur Sesuai Untuk Anak Makan Coklat Jangan Main Bagi Je

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 174 hits
Siapa yang tak suka coklat kan Sedap yang teramat Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat serat zat besi magnesium dan zink tapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak kanak dan sistem ...
Orang Ramai Perlu Lindungi Kanak Kanak Jangan Kongsi Video Gambar Berita Harian 12 09 2024

Orang Ramai Perlu Lindungi Kanak Kanak Jangan Kongsi Video Gambar Berita Harian 12 09 2024

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai perlu melindungi kanak kanak terutamanya mangsa jenayah seksual dengan tidak memuatnaik video dan gambar di laman sosial Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya melihat ra...
Jangan Kongsi Gambar Lindungi Mangsa Jenayah Seksual Kosmo 12 09 2024

Jangan Kongsi Gambar Lindungi Mangsa Jenayah Seksual Kosmo 12 09 2024

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 212 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya melihat ramai pengguna di media ...
Tiba Masanya Mereka Peelu Disedarkan Bahawa Jangan Selalu Kita Benarkan Ditwmpat Kita

Tiba Masanya Mereka Peelu Disedarkan Bahawa Jangan Selalu Kita Benarkan Ditwmpat Kita

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 199 hits
Ihsan BA Sudah tiba masanya supaya asatizah lebih peka akan kehadiran beliau di mana mana program atau aktiviti yang dianjurkan Teringat kata kata seorang ustaz Kata beliau Sekarang konsert dibenarkan Atas bawah dibenarkan Supaya kita lalai...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar