Ulasan Membunuh Rasuah Dengan Peti Undi


malaysiakini.com
Imlan Adabi
Diterbitkan: Nov 1, 2022 8:00 AM
ULASAN | Melawan rasuah adalah menentang kejahatan. Saya mulakan tulisan ini dengan memetik lirik lagu Surat Buat Wakil Rakyat ciptaan dan nyanyian artis terkenal Indonesia, Iwan Fals:

Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana, di gedung DPR

Wakil rakyat kumpulan orang hebat
Bukan kumpulan teman-teman dekat
Apalagi sanak famili

Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu, jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang, jangan hanya diam!

Di kantong safarimu kami titipkan
Masa depan kami dan negeri ini
Dari Sabang sampai Merauke
Saudara dipilih bukan dilotre

Meski kami tak kenal siapa saudara
Kami tak sudi memilih para juara
Juara diam, juara he-eh, juara hahaha

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu "setuju"
Lagu ini meledak di Indonesia ketika rakyat negara itu menuntut reformasi ekoran kegagalan rejim Orde Baru pimpinan Suharto.

Indonesia kaya dengan penduduk - lebih 300 juta - tapi kemiskinan merantai 80 peratus daripada warganya. Korupsi, salah guna kuasa dan penindasan tidak banyak berubah berbanding era Sukarno yang memerintah sejak 1945 sehingga 1967.

Perjuangan reformasi memuncak pada 1998 apabila Indonesia gagal mengawal ekonomi dan kemiskinan. Jakarta gagal melunaskan hutang Tabung Kewangan Antarabangsa sehingga memaksa Suharto meletak jawatan.

Ekonomi merudum dan rakyat bangkit di jalanan menuntut keadilan serta kehidupan yang lebih baik. Kerajaan kerap bertukar pimpinan namun Indonesia - sehingga awal 2000 - masih keliru tentang kedaulatan dan kemanusiaan.

Kemiskinan menjadi hiasan peta negara Islam terbesar di dunia itu.

Rasuah susahkan rakyat

Suara reformasi bukan sekadar protes kebangkitan rakyat yang kelaparan, sebaliknya citra kebangkitan rakyat menentang wakil rakyat yang korup. Iwan Fals yang bersekutu dengan penyair terkenal Indonesia WS Rendra mendedahkan kepincangan pemerintah yang sekadar mengenyangkan peribadi.

Sebahagian besar lirik lagu Iwan Fals adalah perjuangan rakyat menentang ketidakadilan. Rakyat memberontak kerana mereka dipermainkan oleh wakil rakyat masing-masing.

Rakyat keliru kerana pemimpin yang mereka pilih akhirnya tidak mengenal orang yang mengangkat mereka ke jawatan berkenaan.

Ketegasan lirik Iwan Fals seiring dengan sajak-sajak ciptaan Rendra yang menentang koruptor. Di mata para sahabatnya, Rendra adalah susuk yang berwibawa dan disegani.
RendraIwan Fals dan Rendra bercakap tentang melawan kejahatan, menentang kezaliman pemimpin yang korup. Kejahatan koruptor mempunyai kesan yang besar. Bukan sekadar pelaku yang menerima kesan dosa daripada perbuatan rasuah, juga kesulitan buat rakyat terbanyak.

Generasi terkemudian bakal menerima kesan daripada pimpinan korup yang disalah pilih oleh rakyat menerusi peti undi.

Secara sinis Rendra mencipta Pantun Koruptor yang ditujukan kepada wakil rakyat yang melupakan rakyat sebaik saja mendapat berkuasa:

Kalau ada sumur di ladang
Jangan diintip gadis yang mandi
Koruptor akalnya panjang
Jaksa dan hakim diajak kompromi.

Berburu ke padang datar
Mendapat janda belang di kaki
Koruptor sakit diijinkan pesiar
Uang rakyat dibawa lari.

Berakit-rakit ke hulu
Berenangnya kapan-kapan
Maling kecil sakit melulu
Maling besar dimuliakan

Rasuah, salah guna kuasa dan penindasan berlaku secara terbuka ketika rakyat kelaparan. Kronisme dan korupsi - istilah yang dulunya tabu - kini diperkatakan secara meluas bukan sahaja di Indonesia, juga di Malaysia.

Tentunya gerakan reformasi di Indonesia pada 1998 tidak sama dengan apa yang berlaku di Malaysia, namun semangat dan kebangkitan rakyat tidak dapat ditahan apabila rasuah berlaku secara terbuka, manakala wakil rakyat yang dipilih tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

Bukan melawan penyeluk saku

Selepas 20 tahun reformasi 1998 berlalu, akhirnya berlaku pertukaran kerajaan daripada kleptokrat kepada kerajaan pilihan rakyat secara demokratik pada Mei 2018.

Malangnya demokrasi Malaysia yang masih muda tidak tahan ujian suapan wang dan kuasa apabila 22 bulan kemudian rakyat 'dipaksa' menerima pertukaran kerajaan melalui pembelotan dan transaksi habuan.

Ia berlaku tanpa sedikit pun rasa malu pada wajah-wajah wakil rakyat yang terlibat.

Di sebalik propaganda murahan mengenai 'kegagalan' kerajaan pilihan rakyat itu, tempoh 22 bulan berkenaan sebenarnya waktu untuk orang ramai menyaksikan pendedahan pelbagai kejahatan yang sebelum itu diselindungkan.

Kleptokrat menubuhkan syarikat menggunakan dana negara untuk mengaut keuntungan peribadi berbilion ringgit, misalnya. Juga mengenai yayasan 'kebajikan' yang luar biasa apabila kewujudannya seumpama bunian - ada pada nama, misteri pada mata.
Hari ini menentang kejahatan bukan sekadar perjuangan melawan penyeluk saku di pasar Chow Kit. Ia adalah tentang menolak kejahatan yang membudaya dan menjadi sebahagian daripada cara hidup.

Pelbagai peringkat terkait dengan isu rasuah walaupun kadar penerimaan berbeza.

Rakyat berdepan dengan 'penyamun' yang sama sekali berbeza daripada apa yang tergambar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Penyamun kini adalah golongan yang kelihatan hebat serta suci.

Pada 19 Nov ini akan berlangsunglah PRU ke-15. Pilihlah wakil yang merakyat, bukannya tukang lawak, kaki carut, pedagang agama, anarkis dan yang seumpamanya. Apa lagi koruptor yang berselindung di sebalik agama dan bangsa.

Elak golongan yang mendirikan kilang dalil untuk menghukum orang lain seolah-olah diri mereka maksum dan terjamin ke syurga tanpa hisab. Jangan dipilih calon yang bermain banyak kolam dan memperguna agama untuk menghukum.

Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah seramai 21,113,234 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,141,749 orang (5.4 peratus) adalah pemilih berusia 18 hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang (94.6 peratus) ialah pemilih 21 tahun dan ke atas.

Biar anak muda tahu

Sebahagian daripada mereka adalah anak muda Generasi Z (Gen Z), bukannya baby boomers, Gen X atau Gen Y. Facebook bukan lagi medium sosial mereka.

Gen Z aktif di TikTok, Twitter dan Instagram. Majaroti mereka adalah pelajar tingkatan enam dan siswa universiti. Ramai juga yang terkandas dalam pelajaran atau penganggur.

Kebanyakan ahli politik dan bakal wakil rakyat pula adalah generasi tua. Mereka mungkin mempunyai ribuan pengikut di Facebook. Justeru jurang di antara mereka dengan Gen Z bukan saja kerana faktor usia bahkan medium sosial.

Gerakan menentang rasuah melawan kejahatan perlu dibawa ke TikTok, Instagram dan Twitter supaya orang muda tahu siapa perasuah yang berselindung di sebalik slogan ketuanan bangsa.

Anak muda itu kebanyakannya masih tercari-cari arah hidup. Justeru aktivis parti perlu menjelaskan kepada mereka akan hala tuju agenda menentang kejahatan rasuah.

BN ada rekod memerintah, memiliki ramai wakil rakyat yang kompeten, tetapi parti itu terpalit dengan budaya rasuah dan salah guna kuasa. Ada yang sudah diseret dan dihukum di mahkamah.

Setiap parti dan pakatan politik ada kekuatan dan kelemahan. Rakyat berhak memilih yang terbaik daripada sekian banyak mudarat yang timbul. Melawan rasuah adalah menentang kejahatan.
Slogan ini perlu jadi prinsip dalam kehidupan manusiawi. Slogan ini tidak muncul sendiri. Amalan rasuah sudah lama wujud dengan tamadun dunia.

Amalan rasuah bukan sahaja dalam kalangan pedagang bahkan penguasa politik untuk mencari dan mengekalkan kuasa. Melawan rasuah adalah menentang kejahatan. Pengundi kena tahu jika perasuah diberi peluang berkuasa semula, mereka akan menggunakan rasuah untuk menentang kebenaran yang sepatutnya menjadi milik rakyat.

Belum berkuasa pun sudah ada cadangan untuk menukar ketua hakim negara, peguam negara dan membebaskan tuduhan rasuah terhadap beberapa tokoh yang terpalit skandal. Ada juga yang bincang pengampunan diraja buat 'Mat Sakau' yang baru dua bulan dalam penjara.

Bayangkan jika rakyat salah memilih. Ingat: melawan rasuah adalah menentang kejahatan. Parti politik yang menentang perasuah wajar bersatu dan ketepikan ego peribadi.

Perpecahan dalam kalangan penentang rasuah akan memberi manfaat kepada perasuah itu sendiri. Jika tidak bersatu perasuah akan berkuasa dan meneruskan tradisi rasuah untuk dulu, kini dan selamanya.

Jom, kita lawan perasuah melalui peti undi seperti pesanan Iwan Fals dan Rendra!

IMLAN ADABI Ialah wartawan dan sasterawan yang tiada kluster mahupun kasta.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/ulasan-membunuh-rasuah-dengan-peti-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

Pru15 1 Undi Penentu 3 Keputusan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 377 hits
TINGGAL kurang tiga minggu bagi rakyat kembali ke pusat mengundi untuk menentukan mandat Lebih 21 juta layak untuk berbuat demikian Sabtu ini hari penamaan calon dan disusuli dengan pengundian sebenar pada 19 November dan di antara kedua du...
Hello Sprm Pancing Undi Ini Bukan Rasuah Ker

Hello Sprm Pancing Undi Ini Bukan Rasuah Ker

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 138 hits
BOB KELANANG Rasuah ada pelbagai bentuk pancing undi dengan tabur duit pun satu rasuah hapuskan hutang lapuk pun satu rasuah tambah lagi selepas bubarnya Parlimen Perdana Menteri Interim tidak ada kuasa untuk meluluskan apa apa projek atau ...
Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

Undi Kj Bermaksud Undi Zahid Kata Sivarasa

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 201 hits
November 5 2022R Sivarasa daripada PKR berkata secara dasarnya Khairy Jamaluddin mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi SUNGAI BULOH Memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi...
Pru 15 Bagaimana Undi Dikira Ketahui Infonya

Pru 15 Bagaimana Undi Dikira Ketahui Infonya

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 178 hits
Baca GAMBAR LOKASI PRU15 Bagaimana Kertas Undi Dikira Selesai mengundi PRU ke 13 ada lagi debaran yang dinanti nantikan oleh seluruh warga Malaysia Siapakah bakal kerajaan baru kita atau siapa yang menang Kerajaan atau pembangkang Jadi untu...
Nama Nama Yang Sesuai Untuk Rakyat Tidak Sokong Dan Beri Undi Rehatkan

Nama Nama Yang Sesuai Untuk Rakyat Tidak Sokong Dan Beri Undi Rehatkan

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 149 hits
ZahidHishamuddinTok MatIsmail SabriMuhyiddinMahathirAnwarAzminKu LiMat SabuHadiAzizahHamzahLim guan eng Wee ka siongTanpa mereka politik lebih aman negara akan lebih segar untuk berdaya maju
Takiri Ajak Penyokong Pas Undi Bn Pru 15 Mokhtar Senik Kata Berat Benar Dah

Takiri Ajak Penyokong Pas Undi Bn Pru 15 Mokhtar Senik Kata Berat Benar Dah

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 294 hits
Mohd Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang garang menyerang PH sebelum ini Dia dilantik menjadi menteri selepas kerajaan PH dijatuhkan dalam Langkah Sheraton Bagaimanapun apabila perdana menteri bertukar daripada Muhyiddin Yassin kepad...
Kipidap Tanding Guna Duit Poket Sendiri Kawan Kawan Jom Undi Rani Kulup

Kipidap Tanding Guna Duit Poket Sendiri Kawan Kawan Jom Undi Rani Kulup

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 177 hits
Calon Bebas Parlimen Port Dickson Abdul Rani Kulup Abdullah menafikan ditaja oleh mana mana pihak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 Tegas aktivis masyarakat itu segala kos untuk menyertai pilihan raya tersebut ditanggung sendiri...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation