Ulasan Malaysia Sebuah Negara Progresif Di Peringkat Antarabangsa







“Stop these atrocities. Stop the killings of women and children. Now! (Hentikan kekejaman ini. Hentikan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak. Sekarang!)” 


Petikan daripada ucapan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco.


Pada 11 November 2023, YAB Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia telah menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Kelapan bertempat di Riyadh, Arab Saudi dan seterusnya berlepas ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi terlibat sama dalam Sidang APEC untuk menyatakan pendirian dan sikap Malaysia di peringkat antarabangsa, kedudukan geopolitik dan kerjasama dengan negara luar dalam aspek ekonomi. 


Saya menyaksikan sendiri bagaimana YAB Perdana Menteri secara tegas dan jelas mewakili Malaysia melonjak isu penderitaan nasib warga Palestin serta krisis kemanusiaan yang menimpanya saat ini. 


Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, YAB Perdana Menteri tidak mengambil jalan pintas untuk memboikot pertemuan dengan warga antarabangsa, sebaliknya mengeksploit dan menggunakan ruang antarabangsa sebaiknya dalam menyatakan pendirian Malaysia secara terbuka biarpun di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden sendiri.


Dalam pada masa yang sama, kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin negara-negara luar digunakan semaksima mungkin bagi mempertingkat kerjasama strategik dalam hubungan ekonomi, kesihatan, pendidikan serta teknologi agar dapat memberi manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia. 


Hal ini terbukti apabila YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa misi perdagangan dan pelaburan ke AS secara kumulatifnya berjaya dijana hasil komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM63.02 bilion serta mencapai nilai potensi eksport sebanyak RM2.78 bilion dari Malaysia. 


Antara kejayaan delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri serta pasukan dari MITI dan KKD yang direkodkan adalah;


• Pertemuan yang diadakan bersama gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Tik Tok dan TPG hakikatnya telah berjaya membawa komitmen sehingga RM54.72 bilion bagi tempoh 10 hingga 15 tahun. 


• Hasil komitmen FDI berjaya diraih sebanyak RM8.3 bilion daripada Abbot Laboratories, Mondelez Internasional, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services dan Lam Research. 


• Pelaburan ini akan merancakkan pembangunan sektor seperti aeroangkasa, bahan kimia, farmaseutikal, teknologi bateri EV, peralatan kesihatan, perkhidmatan awam dan logistik. 


• Nilai eksport dari Malaysia turut berjaya dicapai sebanyak RM2.78 bilion apabila syarikat-syarikat seperti Canadian Tire Corporation, Global Agri Trade Corporation dan Unigen Corporat telah sepakat untuk memberi komitmen ini bagi mempertingkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua entiti. 


• Pemeteraian perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang antara kerajaan Malaysia dengan Blackberry Ltd untuk mengukuhkan kedudukan keselamatan siber negara.


• Hasil kerjasama yang dimeterai ini akan membawa kepada penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) di Kuala Lumpur pada 2024 -yang menjadikan ini adalah CCoE yang pertama di rantau Asia Pasifik.


Lantaran itu, pendekatan yang progresif dan strategik adalah penting untuk memastikan kestabilan ekonomi negara terjaga di samping turut menjadikan Malaysia antara negara yang vokal dan di barisan hadapan dalam menyuarakan isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. 


Akhirul kalam, usaha yang dipergiatkan ini juga diharap membuahkan kejayaan yang gemilang kepada negara serta dapat memberi tekanan kepada kuasa besar dunia agar tidak terus membisu dalam isu ini.


AHMAD FARHAN FAUZI
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/ulasan-malaysia-sebuah-negara-progresif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Gambar Fintip Yang Tular

Bank Negara Malaysia Keluar Kenyataan Rasmi Gambar Fintip Yang Tular

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 299 hits
Berkenaan nampaknya BNM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini Walau ringkas namun ia menjawab banyak perkara Gaya korporat Diharapkan dapat menjawab semua tuduhan dan tohmahan semalam Mari kita terjemahkan isi kenyataan rasmi ini ...
Pmx Angkat Malaysia Menjadi Negara Hebat

Pmx Angkat Malaysia Menjadi Negara Hebat

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 260 hits
Tahun pertama kita kemudi Malaysia pada awalnya terumbang ambing tetapi Alhamdulillah dasar jelas kita selesaikan masalah rakyat Cukup setahun dengan mandat ada tahun baharu ini kita akan mula dengan lebih tegas dan lebih jelas untuk bangun...
Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

Rakyat Malaysia Akan Nikmati Visa Free Ke Negara China

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 266 hits
Setelah menunggu bertahun tahun akhirnya rakyat Malaysia yang melancong ke China boleh menikmati perjalanan tanpa visa sehingga 15 hari bermula 1 Dis Kedutaan China di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa polisi bebas visa 15 hari akan berk...
Apabila Malaysia Stabil Politiknya Negara Luar Yakin Dasar Malaysiamadani Pelabur Akan Masuk Berduyun Duyun

Apabila Malaysia Stabil Politiknya Negara Luar Yakin Dasar Malaysiamadani Pelabur Akan Masuk Berduyun Duyun

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 277 hits
November 202325 Rabiul Akhir 1445H Usaha kerajaan dalam menangani isu ketelusan dan rasuah telah dapat meningkatkan keyakinan terhadap pelabur asing untuk melabur di Malaysia Mereka akan menjalankan perniagaan di Malaysia dalam pelbagai bid...
Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

Negara Islam Perlu Henti Jual Minyak Gas Kepada Israel Tun M Utusan Malaysia 15 11 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 249 hits
Artikel oleh Utusan MalaysiaNEGARA ISLAM PERLU HENTI JUAL MINYAK GAS KEPADA ISRAEL TUN M
Perinci Hala Tuju Muzium Malaysia Anjur Simposium Antarabangsa Icofom Aspac

Perinci Hala Tuju Muzium Malaysia Anjur Simposium Antarabangsa Icofom Aspac

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 276 hits
Jabatan Muzium Malaysia memainkan peranan penting bukan sahaja memelihara sejarah dan warisan negara malah sebagai pemangkin untuk memupuk perpaduan semangat kekitaan dan kebersamaan Simposium Antarabangsa ICOFOM ASPAC Menteri Perpaduan Neg...
Buasir Otak Tv Tempat Mana Dalam Malaysia Banyak Negara Be Like

Buasir Otak Tv Tempat Mana Dalam Malaysia Banyak Negara Be Like

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 240 hits
Setiap kali budak tanya teka teki tempat mana dalam Malaysia banyak negara Jom tonton animasi ini
Kenali Kriteria Peringkat Amaran Cuaca Oleh Met Malaysia

Kenali Kriteria Peringkat Amaran Cuaca Oleh Met Malaysia

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 322 hits
Cuaca ekstrem merupakan fenomena alam yang dapat membawa dampak serius terhadap kehidupan dan harta benda Oleh itu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran untuk memberi tahu masyarakat tentang kondisi cuaca yang berpotensi membahay...
Jom Jual Negara Untuk Sikit Untung

Jom Jual Negara Untuk Sikit Untung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 122 hits
Rohingya sudah masuk gambar motor dalam WhatsApp group dah Orang kampong semua sudah seronok So ramai lagi on the way to Malaysia The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan