Ulasan Majoriti Penyokong Bn Tidak Mengundi Ph Di Padang Serai


agendaily.com10/12/2022
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Dalam posting saya sebelum ini, saya ada mengulas mengenai isu ‘vote transferability’ atau kebolehpindahan undi. Berdasarkan kajian yang dibuat sebelum PRU-15, didapati tidak ada ‘vote transferabilty’ antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jika kedua-dua parti ini bergabung.

Hanya 1/3 penyokong BN dan PH bersetuju kedua-dua parti ini bergabung.

Ini bermakna, jika kedua-dua parti ini memasuki gelanggang pilihan raya sebagai satu gabungan, 2/3 daripada penyokong parti mereka tidak akan menyokong.

Datuk Seri Saufuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Pakatan Harapan dalam tulisan di facebook beliau mengakui telah ada perbincangan antara BN dan PH sebelum PRU-15 untuk kedua-dua parti membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

(Saifuddin kemudiannya mengatakan beliau silap susun ayat dalam tulisan di facebook – lihat Utusan

Semasa kempen PRU-15, pemimpin kedua-dua parti itu menafikan sekeras-kerasnya ada perbincangan antara mereka untuk membentuk kerajaan gabungan.

Saya agak mereka tahu kalau perkara ini didedahkan kepada rakyat, mereka akan hilang sokongan dalam kalangan penyokong mereka sendiri dan kalah di banyak kerusi.

Kerana itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya semalam mengatakan pembohongan PH dan BN ini adalah “the biggest electoral fraud ever” dalam sejarah negara. (Berita Harian).

Keputusan PRU-15 yang tertangguh bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman membuktikan memasuki gelanggang pilihan raya sebagai gabungan adalah satu malapetaka buat PH dan BN. Calon PH kalah teruk di Padang Serai dan calon BN menang tipis di Tioman.

Calon PH di Padang Serai hanya meraih 35,377 undi berbanding calon PN yang mendapat 51,637 undi. PN menang dengan majoriti 16,260 undi.

Dalam PRU14, calon PKR memperoleh 31,724 undi, calon PAS (22,911 undi), manakala calon BN (15,449 undi). PKR menang dengan majoriti 8,813 undi.

Jika undi BN beralih kepada PH, calon PKR sepatutnya memperoleh sekurang-kurangnya 47,173 undi dalam pilihan raya di Padang Serai. Tetapi ini tidak berlaku.

Ini bermakna tidak ada ‘vote transferability’ antara BN dan PH yang mengesahkan dapatan kajian saya sebelum PRU-15. Undi BN tidak beralih kepada PH, tetapi sebaliknya beralih kepada Perikatan Nasional.

Penyokong BN ternyata kecewa dengan keputusan parti itu untuk bekerjasama dengan PH lantas memberi sokongan kepada Perikatan Nasional.

Kerusi Padang Serai dengan komposisi pengundi mengikut kaum 63 peratus Melayu, 18 peratus Cina dan 19 peratus India adalah kerusi Gred A bagi PKR. Ini adalah kerusi dengan faktor kebolehmenangan (winnability) paling tinggi bagi PKR. Kerusi ini dimenangi oleh PKR sejak tahun 2008, iaitu tiga penggal berturut-turut.

Semasa saya mewakili Bersatu dalam pasukan rundingan kerusi dengan PKR sebelum PRU-14, kerusi Gred A ini mati hidup balik pun PKR tidak akan serahkan kepada Bersatu.

Tetapi kini, PKR kalah di kerusi tradisi mereka dengan majoriti 16,260 undi. Bukan sedikit. Jadi kerusi ini mungkin dah jadi kerusi Gred D atau E untuk PKR.

Apakah implikasi “kahwin paksa” antara PH dan BN terhadap kerusi-kerusi Gred A PKR yang lain seperti Bandar Tun Razak, Sungai Petani, Setiawangsa, Lembah Pantai, Ledang, Pasir Gudang, Johor Bahru dan lain-lain yang mempunyai komposisi kaum hampir sama dengan Padang Serai?

Jika “kahwin paksa” BN dan PH berterusan hingga PRU-16, adakah nasib kerusi-kerusi ini akan sama seperti Padang Serai?

Saya bukan Nujum Pak Belalang atau ‘political pundit’. Jadi saya tak boleh jangka apa yang akan berlaku untuk tempoh lima tahun akan datang. Dalam politik satu hari pun lama. Macam-macam boleh berlaku. Apatah lagi lima tahun.

Namun, yang paling hampir ialah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang akan berlaku dalam tempoh lima ke enam bulan akan datang.

Jika trend pengundian dalam PRU-15 dan Padang Serai serta Tioman berterusan, kita boleh jangkakan Perikatan Nasional akan dapat mempertahankan Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan selesa.

Manakala kerusi-kerusi yang mempunyai komposisi kaum yang hampir sama dengan Padang Serai di negeri-negeri di bawah pentadbiran PH seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, mungkin berada di dalam bahaya.

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/ulasan-majoriti-penyokong-bn-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Menang Besar Di Padang Serai Tewaskan Ph Dan Calon Lain Dengan Majoriti 16 260 Undi

Pn Menang Besar Di Padang Serai Tewaskan Ph Dan Calon Lain Dengan Majoriti 16 260 Undi

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 128 hits
PADANG SERAI 8211 Perikatan Nasional terus mencipta momentum luar biasa apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang dilangsungkan siang tadi Calon PN Datuk Azman N
Perikatan Nasional Rampas Kubu Kuat Ph Di Padang Serai Peroleh 16 Ribu Lebih Majoriti

Perikatan Nasional Rampas Kubu Kuat Ph Di Padang Serai Peroleh 16 Ribu Lebih Majoriti

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 140 hits
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai peroleh 16 ribu lebih majoritiDatuk Azman Nasrudin calon Perikatan Nasional Parlimen Padang Serai 81SharesKeputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke 15 bagi Parlimen Padang Serai berjaya dime...
36pct Voter Turnout For Padang Serai 35pct For Tioman As Of Noon

36pct Voter Turnout For Padang Serai 35pct For Tioman As Of Noon

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 194 hits
Some 36 percent of voters have cast their ballots in the Padang Serai parliamentary seat election as of noon today As for the Tioman state seat about 35 percent of voters have turned up at polling stations to exercise their right to vote Th...
Ec Targets 60 75pc Voter Turn Up For Padang Serai And Tioman Polls Official Results By 10pm

Ec Targets 60 75pc Voter Turn Up For Padang Serai And Tioman Polls Official Results By 10pm

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 184 hits
Some voters fulfill their voting responsibility for the 15th General Election at Sekolah Bukit Selarong Padang Serai NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIRKULIM The Election Commission hopes to achieve between 60 to 75 per cent voter turn up for Padang Se...
Langsung Proses Pengiraan Undi P 017 Padang Serai N 042 Tioman

Langsung Proses Pengiraan Undi P 017 Padang Serai N 042 Tioman

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 170 hits
Ikuti secara langsung proses pengiraan undi P 017 Padang Serai dan N 042 Tioman AWANInews MalaysiaMemilih SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI ...
Padang Serai Bn Harapan Struggles With Voters Confusion Pn Confident Of Gains

Padang Serai Bn Harapan Struggles With Voters Confusion Pn Confident Of Gains

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 137 hits
When the electoral process in the Padang Serai parliamentary seat was postponed following the death of Pakatan Harapan s candidate and incumbent M Karupaiya it provided space to test how strong the Perikatan Nasional wave has become PN made...
Harapan S Padang Serai Candidate Optimistic Due To Last Minute Support

Harapan S Padang Serai Candidate Optimistic Due To Last Minute Support

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 148 hits
With less than 24 hours to go before Padang Serai polling starts Pakatan Harapan candidate Mohamad Sofee Razak said he is optimistic about his chances of winning the election tomorrow Though off to a slow start Sofee said he is seeing burge...
Source Padang Serai Bn Candidate Offered Senatorship For Harapan Walkover

Source Padang Serai Bn Candidate Offered Senatorship For Harapan Walkover

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 184 hits
BN candidate C Sivaraj was allegedly offered the role of a senator in return for withdrawing from the contest for the Padang Serai parliamentary seat in Kedah according to a source This is to make way for Pakatan Harapan s candidate Mohamad...
Wakil Kerajaan Perlu Menang Di Padang Serai

Wakil Kerajaan Perlu Menang Di Padang Serai

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 118 hits
Wakil kerajaan perlu menang di Padang SeraiPosted By on December 06 2022Pengundi di Pilihan Raya Kecil Padang Serai dinasihatkan untuk melantik seorang wakil rakyat daripada Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya 7 Disember ini Hal itu dinya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah