Ulasan Google Pixel 3a Xl Kamera Sahaja Hebat Lain Tidak


Google Pixel adalah siri telefon pintar daripada Google yang hasilkan oleh bahagian Made by Google. Sejak tahun 2016 lagi, Google Pixel adalah barisan peranti mercu sahaja. Peranti ini terkenal dengan sistem operasi yang sangat hebat dan juga kemampuan kamera satu lensa yang menakjubkan.

Pada bulan Mei, Google buat pertama kalinya melancarkan peranti kelas pertengahan – Pixel 3a dan Pixel 3a XL. Kedua-dua peranti ini adalah variasi lebih ‘murah’ Pixel 3 yang harga jualan rasminya agak mahal. Disebabkan di Amerika Syarikat tidak mempunyai peranti kelas pertengahan seperti Xiaomi atau Honor – siri Pixel 3a ini boleh dikatakan adalah peranti kelas pertengahan terbaik. Tetapi adakah benar ianya yang terbaik? Ini adalah artikel ulasan, teruskan baca untuk mengetahuinya.
SpesifikasiGoogle Pixel 3a XLSkrin6.0″ FHD+
OLED, Perlindungan Kaca AGCPemprosesSnapdragon 670Cip2.0 X 2 GHz 360 Gold
1.7 X 6 GHz Kryo 360 Silver
10nmCip GrafikAdreno 615RAM4GBMuatan Dalaman64GB SahajaKamera Utama12.2 Megapixel f/1.8Kamera Depan8.0 Megapixel f/2.0Bateri3700 mAh
(Pengecasan pantas USB-PD)SIM/TelefoniSatu SIM NanoNFCAdaInfra MerahTiadaKalis AirTiadaSistem ImbasanImbasan cap jari di belakangHarga Jualan$399-$479 (~RM1653 – RM1986)Skrin peranti ini adalah 6.0-inci dengan resolusi FHD+ dan panelnya adalah OLED. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 670 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Untuk kamera ia hanya menggunakan satu lensa di belakang, iaitu lensa 12.2MP, manakala kamera swafoto pula adalah 8.0MP.
SkrinWalaupun skrinnya adalah jenis OLED, ia masih tidak sehebat panel AMOLED. Warnanya sedikit malap dan tidak begitu terang. Apabila membuka kandungan video HDR, ia memaparkan warna yang cukup cantik – walau bagaimanapun ia tidak cukup tajam dan butirannya kurang memuaskan. Lebih mengecewakan, apabila di bawah cahaya matahari – skrin sangat malap dan hampir tidak boleh digunakan. Panel skrin adalah jenis OLED dan dilindungi dengan kaca Asahi Dragontrail (pesaing Gorilla Glass, tetapi lebih murah). Tiada sebarang pengiktirafan HDR atau HDR10+ dan warna skrinnya adalah sedikit malap.

Tidak cukup dengan itu, rekaan skrin dengan dahi dan dagu yang sangat tebal dan sangat menjengkelkan. Ini mungkin kerana sudah terbiasa dengan peranti Android kelas pertengahan yang menggunakan rekaan yang lebih moden. Walaupun rekaan yang hodoh dan bingkai yang tebal, kelebihan adalah ia tidak akan ada masalah dengan tapak tangan tersentuh skrin.

Perkara menarik yang saya gemar gunakan pada bahagian skrin adalah sokongan Always-On Display dan juga fungsi seperti Now Playing. Ia amat berguna dan menjimatkan bateri. Secara keseluruhan, skrin LCD pada iPhone XR adalah lebih baik. Untuk media, menonton Netflix dan YouTube memberi pengalaman yang agak baik. Cuma jangan bandingkan dengan peranti mercu, jika membuat perbandingan – perasaan kecewa mula tiba.
Skor skrin yang boleh saya berikan hanyalah 6/10.
PrestasiCip Snapdragon 670 ini hanya di atas kertas sahaja hebat. Sebenarnya prestasinya agak mengecewakan dan cip ini boleh dikatakan lama untuk peranti tahun 2019. Butiran yang tertiris menjangkakan siri Pixel 3a akan menggunakan cip dari barisan Snapdragon 7xx, sayang sekali Snapdragon 670 pula yang digunakannya.
Dengan sistem operasi Android asli, tanpa tema yang berat dan tanpa aplikasi berat berjalan di latar – prestasi peranti ini sangat mengecewakan. Peralihan animasi terasa perlahan, apabila tatal kiri ke kanan atau atas ke bawah, terasa kehadiran micro lag. Anda bayangkan sahaja, pada pelancar asli sudah lengah masa – bagaimana dengan prestasi keseluruhan.
Membuka aplikasi yang banyak untuk tujuan multi-tugasan, menjadikan prestasi peranti lebih perlahan. Tukar dari aplikasi ke aplikasi terasa perlahan dan kurang memuaskan. Paling menyakitkan hati adalah WhatsApp, notifikasi hanya kadangkala sahaja akan diterima. Kebanyakan kalinya, saya perlu membukan aplikasi WhatsApp terlebih dahulu untuk menerima notifikasi. Multi-tugasan kecewa, WhatsApp kecewa, tetapi bagaimana dengan permua?
Sudah tentu, permua pertama yang saya uji adalah PUBG Mobile. Di halaman utama permua ini semuanya lancar sahaja, tetapi dalam tetapan – grafik maksima yang boleh ditetapkan adalah HD sahaja. Agak kecewa, untuk peranti OLED dan resolusi FHD+ hanya menyokong pada tahap itu sahaja. Kemudian, sebaik sahaja masuk ke dalam – watak saya hanyalah satu kepala terapung dan lengah masa yang serius mula dirasai.
Apabila mula bermain, sekejap ianya lancar, kemudian ia mula sangkut dan membeku seketika – membuatkan saya terus mati ditembak ditemui ajal tanpa sempat bertindak menembak musuh. Ujian seterusnya adalah Asphalt 9, di halaman utama dan skrin memuat sedikit lengah masa – tetapi masa bermain, tiada masalah grafik dan pengalaman bermain agak memuaskan. Cuma butirannya kurang menarik dan terasa menggunakan peranti kelas permulaan.
Secara keseluruhan, skor prestasi yanh boleh saya berikan adalah 4/10.
KameraDengar sahaja Google Pixel, pasti ramai akan fikir GCam. Ini kerana tanpa Google Pixel, GCam itu tidak akan wujud. Walaupun skrin kurang menarik dan prestasi sedikit hambar – kualiti kameranya sungguh memuaskan. Peranti ini menggunakan Google Camera yang asli tanpa sebarang modifikasi. Dengan Google Camera pada Pixel yang hanya mempunyai satu lensa, ia mampu memberikan hasil yang lebih baik dari peranti yang mempunyai banyak lensa.
Click to view slideshow.Mod potret Pixel yang terkenal, Night Sight, Playground dan Photobooth yang terkenal pada Pixel 3 – semuanya ada ada Pixel 3a XL. Paling kerap saya gunakan kamera pada peranti ini adalah mod potret. Pada saya, sehingga hari ini masih tiada peranti lain yang boleh memberikan hasil mod potret sehebat Google Camera pada peranti Pixel.
Seterusnya, saya turut menguji mod malam Night Sight. Sedikit perlahan prestasinya, tetapi hasil yang diberikan membuatkan saya tidak hiraukan prestasi kamera. Sabar itu separuh daripada iman? Jadi apa salah menunggu hanya beberapa saat untuk hasil gambar yang menggembirakan diri sendiri. Setiap tangkapan gambar yang saya lakukan membuatkan saya berfikir – adakah saya seorang jurugambar profesional? Sedangkan saya hanya seorang noob dalam kerja-kerja mengambil gambar.
Click to view slideshow.Mengambil gambar biasa pula, yang paling menarik adalah hasil dynamic range yang cukup baik. Warnanya tajam, butiran jelas dan cukup terang. Sepanjang penggunaan tidak ada rasa kecewa langsung. Seterusnya adalah kamera swafoto. Bayangkan, kamera swafoto satu lensa di hadapan juga boleh mengasilkan mod potret yang sangat menakjubkan.
Click to view slideshow.Walaupun peranti ini tidak mempunyai Pixel Visual Core, memuat naik video di Instagram Stories – hasilnya tidak seteruk peranti OnePlus 7 Pro. Peranti OnePlus 7 Pro yang dijual secara rasmi sehingga RM4199, tewas dengan peranti kelas pertengahan? Tidak pasti apa yang Google lakukan untuk mempunyai hasil Instgram Stories yang lebih baik berbanding peranti Android lain.
Skor kamera peranti ini adalah 9/10.
Pembesar SuaraSeperti Google Pixel sebelumnya, peranti ini juga mempunyai pembesar suara stereo. Satu di bahagian earpiece dan satu lagi di bahagian bawah. Pada saya itu adalah lokasi yang teruk, kerana Pixel sebelumnya berada pada bahagian dagu. Dengan lokasi di bahagian bawah, tangan akan menghalangi audio – secara tidak langsung memberikan pengalaman yang kurang memuaskan.

Syukur, hasil bunyinya agak baik dan tidaklah teruk. Cuma, pada aras suara yang maksima – bunyinya sedikit tajam. Ini kerana, pembesar suara ini mempunyai bass yang tidak hebat. Jadi hasil bunyi sedikit bingit dan menjengkelkan. Mendengar dari jarak jauh, hasilnya cukup memberangsangkan.
Bermain permua, menonton video atau mendengar muzik – hasil audio adalah ‘ok‘. Saya hanya bersyukur yang sebuah peranti kelas pertengahan mempunyai pembesar suara stereo.
Skor yang sesuai pada saya adalah 6/10 sahaja.
BateriBateri agak besar iaitu 3700mAh da ia menggunakan sistem pengecasan pantas USB-PD 2.0. Kuasa pengecas dalam kotak adalah 18W maksima. Kebaikan di sini adalah, peranti mercu Google Pixel 3 dan peranti kelas pertengahan Pixel 3a XL – mempunyai sistem pengecasan pantas yang sama.
Dengan kapasiti bateri 3700mAh ini, secara tidak langsung menjadikan peranti Google Pixel pertama dengan saiz bateri paling besar. Saya berjaya mempunyai ketahanan bateri mencapai sekitar 7 Jam SOT. Saya mencapai tahap ini kerana prestasi peranti yang lemah, jadi saya tidak bermain sebarang permua. Saya hanya gunakan WhatsApp, Facebook, Instagram dan aplikasi membeli-belah sahaja.
Akan tetapi, apabila saya kerap menggunakan Google Chrome – ketahanan bateri hanya bertahan bawah 6 Jam SOT. Apabila ditambah menggunakan aplikasi suntingan gambar dan banyak menonton video, ketahanan hanya sekitar 3-4 Jam SOT sahaja. Pengecasan pantas 18W pada saya agak perlahan, kerana peranti seperti Samsung Galaxy A80 atau iQOO Neo menggunakan pengecasan pantas 25W dan 22.5W.
Skor yang sesuai pada saya adalah 7/10.
RekaanSebelum lihat di bahagian hadapan, saya akan cerita sedikit di bahagian belakang. Ia menggunakan rekaan dua tona warna yang mirip dengan Pixel 2 dan Pixel 3. Cuma, Pixel 3a XL menggunakan bahan binaan plastik sepenuhnya dan dari sudut pandangan ia masih kelihatan premium. Ia hanya terasa murah apabila dipegang sahaja.

Di bahagian belakang terdapat satu lensa kamera di bahagian atas, LED flash, pengimbas cap jari dan juga logo G. Di bahagian depan adalah yang paling kecewa. Rekaan bingkai yang tebal dan dahi dan dagu yang sangat tebal. Di bahagian dahi, terdapat kamera swafoto dan juga earpiece. Di sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang aras suara. Sisi kiri pula hanya slot kad SIM, di bawah adalah port USB-C dan kekisi pembesar suara dan di atas adalah mikrofon dan paling menarik dan terhebat – port bicu audio 3.5mm.
Click to view slideshow.Rekaannya ‘ok‘, dan selesa sahaja di tangan. Saya lebih gemar menggunakan peranti ini tanpa sebarang kerangka. Ia tidak licin dan yang penting di bahagian belakang ia kelihatan premium dari jauh.
Skor rekaan yang sesuai adalah 7/10 sudah memadai.
HargaHarga jualan Pixel 3a dan Pixel 3a XL sebenarnya murah. Tetapi murah untuk mereka yang berada di Amerika Syarikat. Ini kerana, di sana tidak banyak peranti kelas pertengahan dan jika ada pun – kualiti kamera, paparan dan prestasi adalah sangat mengecewakan. Dengan kehadiran dua peranti kelas pertengahan dari Made by Google ini, ia adalah satu pilihan baik untuk pengguna di sana.

Harga jualan rasmi di sana hanya $399 untuk 4/64 GB Pixel 3a dan $479 untuk 4/64 GB Pixel 3a XL. Jika dibandingkan dengan peranti mercu mereka tersendiri Pixel 3 yang dijual pada harga $799 – $999 (semasa dilancarkan), siri Pixel 3a ini agak murah. Hampir separuh murahnya.
Tetapi jika mata wangnya ditukar secara terus dalam RM, harganya adalah RM1653 dan RM1986. Penjual di Malaysia menjual dari harga sekitar RM1950 – RM2499 mengikut warna dan kesediaan stok. Harga yang agak mahal, yang mana harga peranti kelas pertengahan berkuasa seperti Xiaomi Mi 9T – harganya hanya RM1199 dan ia berkali ganda lebih berkuasa, cuma kamera sahaja kurang sedikit.
Jadi, skor harga pada saya adalah 6/10.
KonklusiPeranti ini boleh dikatakan serba lengkap. Ia mempunyai NFC dan sekuriti adalah pengimbas cap jari klasik yang diletakkan di belakang dan yang paling menarik, port bicu audio 3.5mm. Hasil kamera menghampiri Pixel 3, skrin yang ‘ok’, audio yang memadai dan juga rekaan premium – peranti ini adalah baik-baik sahaja.

Untuk hanya media sosial dan kamera, ini adalah peranti yang bagus. Untuk permua dan multi-tugasan, ia adalah peranti yang teruk. Paling mudah untuk anda bayangkan, ini adalah ‘kamera digital’ moden.
KelebihanKekuranganRekaan yang amat menarik dengan kemasan yang kelihatan premium.Kemampuan fotografi terbaik untuk peranti dengan satu lensa.Kemaskini pantas yang sama dengan Pixel 3.Pembesar suara stereo yang ok dan port bicu audio pada peranti kelas pertengahan.Kemampuan rakaman video mengecewakan, sama seperi Pixel 3.Prestasi yang sangat teruk.Bahan binaan yang sangat murah.Skrin OLED yang kurang memuaskan, LCD pada iPhone XR lebih baik.Pengecasan pantas 18W yang sebenarnya tidak lagi pantas.Harga jualan yang tidak masuk akal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/07/ulasan-google-pixel-3a-xl-kamera-sahaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Kamera Huawei P30 Pro Samsung Galaxy S10 Apple Iphone Xs Max Dan Google Pixel 3a Xl

Perbandingan Kamera Huawei P30 Pro Samsung Galaxy S10 Apple Iphone Xs Max Dan Google Pixel 3a Xl

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 460 hits
Di dalam kami mengatakan ia adalah telefon pintar dengan kemampuan terbaik setakat ini Kemudian ramai meminta kami melakukan perbandingan kualiti gambar P30 Pro dengan Galaxy S10 dan iPhone XS Max Tetapi pada waktu yang sama kami mempunyai ...
Google Pixel 4 Mungkin Akan Menyertakan Kamera Telefoto Untuk Kebolehan Zoom Optikal

Google Pixel 4 Mungkin Akan Menyertakan Kamera Telefoto Untuk Kebolehan Zoom Optikal

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 231 hits
Google pada sebelum ini telah berkongsi sedikit rekaan Pixel 4 yang mana memperlihatkan rekaan kamera dalam bentuk petak Ia dijangka akan menyertakan kebolehan tri kamera dan salah satunya kamera ini mungkin akan menggalas fungsi telefoto P...
Google Stadia Hanya Akan Disokong Pada Peranti Pixel Dan Chrome Os Sahaja Pada Peringkat Awal

Google Stadia Hanya Akan Disokong Pada Peranti Pixel Dan Chrome Os Sahaja Pada Peringkat Awal

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 213 hits
Menerusi Stadia Google menerjah masuk ke dalam arena penstriman permainan video Pada pandangan Google konsol tidak diperlukan untuk generasi akan datang sebaliknya permainan distrim terus pada telefon pintar tablet komputer riba televisyen ...
Google Pixel 4 Mungkin Akan Akhirnya Dilengkapi 6gb Ram

Google Pixel 4 Mungkin Akan Akhirnya Dilengkapi 6gb Ram

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 148 hits
Selepas Apple Google adalah pengeluar yang masih tidak menawarkan peranti mercu mereka dengan saiz RAM melebih 4GB RAM Di tahun 2019 peranti mercu dengan RAM sebesar 6GB sudah boleh dianggap kecil kerana 8GB ialah saiz RAM yang dianggap sta...
Gambar Yang Berkualiti Tinggi Ini Rupanya Hanya Dirakam Oleh Kamera Telefon Pintar Sahaja Memang Menakjubkan

Gambar Yang Berkualiti Tinggi Ini Rupanya Hanya Dirakam Oleh Kamera Telefon Pintar Sahaja Memang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 390 hits
Dengan pelbagai jenis telefon pintar yang dipasarkan pada tahun kebelakangan ini pengguna kini dihidangkan dengan banyak jenis telefon pintar yang boleh dibahagikan mengikut harga jualannya Malah kini dengan harga yang berpatutan pengguna b...
Buka Kotak Google Pixel 2 Xl Telefon Keluaran Google

Buka Kotak Google Pixel 2 Xl Telefon Keluaran Google

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 439 hits
Google Pixel merupakan produk telefon pintar pertama daripada syarikat gergasi Google Jika sebelum ini mereka pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat yang menghasilkan telefon pintar lain bagi mengeluarkan produk mereka iaitu bernama N...
Google Tralste Mengumumkan Sokongan Terjemahan Teks Melalui Kamera Untuk Bahasa Melayu

Google Tralste Mengumumkan Sokongan Terjemahan Teks Melalui Kamera Untuk Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 281 hits
Fungsi secara masa nyata disokong oleh aplikasi Google Translate sejak tahun 2015 Pada awalnya hanya bahasa utama dunia seperti Inggeris Jepun Cina dan Perancis disokong Hari ini aplikasi Google Translate dikemaskini dan akhirnya boleh digu...
Google Camera Terkini Pada Android Q Meletakkan Night Sight Pada Bahagian Utama Kamera

Google Camera Terkini Pada Android Q Meletakkan Night Sight Pada Bahagian Utama Kamera

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 243 hits
Semasa Google melancarkan Google Pixel 3 mereka telah memperkenalkan mod malam sendiri untuk Google Camera yang dinamakan Night Sight Ia boleh dikatakan antara yang terhebat kerana hanya dengan satu lensa dan perisian yang hebat ia mampu be...
Rekaan Google Pixel 4 Bahagian Depan Dan Belakang Yang Lebih Jelas Tertiris

Rekaan Google Pixel 4 Bahagian Depan Dan Belakang Yang Lebih Jelas Tertiris

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 322 hits
Rekaan Google Pixel 4 bukan lagi satu rahsia apabila Google sendiri telah kongsikan gambar rekaan Pixel 4 menerusi laman Twitter rasmi mereka pada pertengahan Jun yang lepas Menerusi perkongsian oleh Google dapat lihat rekaan bentuk kamera ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids