Ulasan Filem Hobbs Shaw
Tahun Terbit | 2019Pengarah | David LeitchPelakon | Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby
Selepas menunggu semenjak 2018, dengan pelbagai isu yang melingkari terbitnya filem spin-off kedua francais Fast and Furious, akhirnya Hobbs and Shaw tiba juga. Secara sahnya, Hobbs and Shaw berada dalam francais Fast and Furious sebagai filem kesembilan! Dan ianya membuang semua watak francais asal dengan hanya mengekalkan Hobbs dan Shaw. Yelah, dari tajuk je pun dah tahu kan
Secara ringkasnya, Hobbs and Shaw mengisahkan bagaimana Hobbs dan Shaw yang memang kita tahu tak sebulu semenjak dari filem dulu, terpaksa bekerjasama untuk sebuah misi. Semua ini bermula apabila adik kepada Shaw, yang mana merupakan ejen MI6 telah menyuntik deadly virus dalam dirinya sebab tak nak si jahat yang menggelarkan dirinya ‘black superman’, Brixton untuk rampas virus tersebut
So, apa yang korang akan tonton dalam filem ni ialah aksi-aksi yang memang inspired by Tamil movies, defying gravity dan logic, tetapi tetap menghiburkan. Malah, korang juga akan menyaksikan Jason Statham dan Dwayne Johnson bertekak mulut sepanjang filem. Oh, dan ada juga kemunculan cameo yang memang cukup menarik untuk ditunggu
Pada akulah, Hobbs and Shaw bukanlah sebuah filem yang terbaik dalam franchais Fast and Furious. Tetapi, filem ni tetap ada kekuatannya yang tersendiri dan juga mempunyai kelemahannya yang tidak dapat dielakkan. Senang cakap, aku akan senaraikan kekuatan dulu
Kalau korang penggemar filem aksi, aku rasa Hobbs and Shaw memang akan memuaskan korang. Aksi filem ni memang sangat panjang dan puas hati. Memang adrenalin pumping punya scene dan cukup bagus untuk sebuah filem aksi blockbuster. Yup, aksi filem ni memang melawan logik di sesetengahnya tetapi percayalah, kau akan terima sahaja logik filem ni dan berhibur dengannya
Seterusnya, filem ni memang agak pelik apabila menggandingkan Dwayne Johnson dan Jason Statham. Chemistry diorang memang dibantu dengan adanya Dom dan beberapa watak lain di dalam filem Fast and Furious. Kini, diorang hanya berdua sahaja dan tidak disangkakan, gabungan ini memang menjadi dan cukup memuaskan.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa Vanessa Kirby dan Idris Elba memang mencuri tumpuan. Walaupun watak ini masih baru dan belum dikenali, memang dua watak ini memang berjaya menjadi apa yang mereka mahu tonjolkan. Idris Elba sebagai Brixton, cukup power dengan kuasa superhumannya! Dan Vanessa Kirby, cukup jelita seperti dalam Mission Impossible 6 dahulu
Namun begitu, dalam kekuatan filem ni yang memang banyak menutup kelemahan, Hobbs and Shaw tidak lari dari beberapa sisi yang aku rasakan agak kurang. Sisi inilah yang menjadikan filem ni gagal untuk aku nobatkan sebagai filem terbaik dalam Fast and Furious
Pertama, aku rasakan bahawa babak pertengkaran mulut antara Hobbs dan Shaw yang bermula seawal filem ni bermula memang kadang-kadang buat aku rasa meluat. Dari office sampailah ke dalam flight, dan sampailah ke tempat bergaduh, bertekak je diorang ni. Pada aku yang mahukan aksi, aku rasa pertengkaran mulut ni macam melebih-lebih dan menunjukkan dua watak ini dalam sisi yang tidak matang
Malah, plot filem Hobbs dan Shaw yang masih bermain dengan isu virus ni seakan-akan mengingatkan aku kepada filem Fast and Furious 6. Cuma kali ini, Hobbs hanya menyelesaikan isu ini dengan bantuan Shaw sahaja dan tidak pula melibatkan kru Dom yang lain seperti biasa. Seakan pelik juga kenapa Dom kali ni memilih untuk bersendirian sedangkan dia boleh sahaja meminta bantuan Dom dan rakan-rakannya.
Apapun, filem ni sememangnya dibikin untuk hiburan mata dan juga telinga. Jadi, kalau ada adegan dan kisah yang tak berapa nak logik dalam filem ni, kau letak tepi je. Semuanya memang serratus peratus dibikin untuk penggemar aksi yang mahukan aksi yang cukup adrenaline pumping dan memang style biasa yang korang pernah tonton dalam Fast and Furious
Walaupun filem ni kelihatan asing dan jauh dari filem Fast and Furious yang sebelumnya, Hobbs and Shaw masih berjaya untuk memberikan francais itu pelbagai tribute. Dengan adegan kejar mengejar yang bersepah di dalam filem ni, ditambah pula dengan aksi gasak Jason Statham yang memang tidak dinafikan power, Hobbs and Shaw masih mampu menyerlah
Senang cerita, filem ni memang sebuah filem yang memang cukup padu bagi penggemar filem aksi Jason Statham dan Dwayne Johnson. Dua pelakon aksi bergasak dalam sebuah plot klise tetap bikin filem ni tak goyah dan mampu menghiburkan penonton. Kalau kau fikir plot ialah kepentingan filem ni, rasanya bukan itu yang filem ni mahu tonjolkan. Jadi, abaikan plotnya yang berulang tu, layan aksi yang padu, dan enjoy sahaja aksi gila dua pelakon botak ni.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2019/08/ulasan-filem-hobbs-shaw-2019.html