Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com


Ikan air tawar ( tilapia ) ikan peliharan di kolam mini.Besar gebu,sihat dan segar.
Inilah rupa iakn tilapia setelah di goreng..Etuza suka di stimkan, rupanya suri hati masak
goreng pula, agak terbakar sedikit, tapi isinya sangat sedap..

Kemarin Kehidupan Yang Berlalu.
Agak lambat kini kemaskinikan blog, blog walking juga agak perlahan, tidak lincah seperti dulu, mungkin inilah situasi bila berusia. Kehidupan yang sebenar adalah merangkum apa yang kita zahirkan apa yang kita lalui dengan penuh beradap susila pada Allah yang memerhati sepanjang masa. Dialah yakni Allah memberikan nyaw yang satu ini,nywa yang berpaut pada tubuh mu, tubuhku, tuhbuh mereka dan sesiapapun yang bergelar insan ( manusia).
Kemarin itu adalah kehidupan, corak dan warna, yang sangat indah untuk di kenang kembali. Bahagia kita kemari adalah kerana ada kasih sayang Allah. Maka tercorak lah satu rantai kehidupan yang sangat bahagia. Anda kemarin, kemana? makan apa? makan di mana? Jumpa siapa? ke rumah siapa? beli apa? dan sebagainya hingga kemudian membaringkan diri lalu lena di malam hari. Itu kemarinmu dan kemarinku juga. 
Etuza kemarin, antaranya menangkap ikan di kolam mini depan rumah, Ada ikan koi ( ikan hiasan) dan ikan tilapia. Ikan tilapia menetaskan telur menjadi anak ikan yang sangat banyak. Lalu beberapa ikan tilapia yang besar sebesar tapak tangan Etuza, Etuza tangkap untuk lauk di malam kemarin. Enam ekor sahaja, manakala yang lain dibiarkan agar ikan tilapia menjadi banyak semula.Kedua, kemarin dipetang hari, memetik buah cili bara depan rumah juga. Tak jauh pergerakan Etuza, dan ketiga kali tuai hasil tanaman cili bara. Cili bara pertama sekitar 500 gram, tuaian kedua kali 634 gram dan kali ketiga 490 gram sahaja.Soalnya dijual kepada siapa kali ini. Kali pertama di beli orang di Hospital Tuaran, kebetulan anak balik lalu iklan kan kepada kawan-kawan sekerja, nampaknya ada yang berminat. Kali kedua dibeli oleh pengusaha kantin sekolah. Kali ketiga kali ini dibeli siapa?. Semua itu takdir Allah dan rezeki tak kemana pasti ada yang membelinya.Dua hari yang lalu juga adalah kehidupan yang terzahir. Etuza sudah hantar bungkusan hadiah kepada Blogger Top Komentar di blog Etuza. Blogger Malaysia terlepas peluang. Top Komentar dalam blog Etuza diambil takhta oleh Blogger Fanny Nila. Hadiah telah dititipkan ke City-Link. Semoga lancar penghantaran dan sampai ke alamat dituju sebelum 08.11.2025. Aamiin.Ingatkan Diri Kita, Urusan Di Blog Adalah Realiti Hubungan Kemanusiaan.
Sebenarnya bila kita berada dalam komuniti blog, kita sudah berada dalam kolompok saling ada hubungan kemanusiaan. Justru blog bukan perolokan yang dianggap remeh, blog bukan klik blog lalu pergi tanpa kesan. Apatah lagi jika blogger seperti Etuza yang sudah jauh berinteraksi dengan manusia hingga ke Indonessia dan Canada. Hubungan kemanusiaan yang bertaut perasaan senang hati, gembira di sapa dalam komentar, bahagia melihat catatan dan persembahan gambar-gamabr penuh warna, seolah mewarani hatimu hatiku.Wajarkah dilupakan mereka ( blogger ) itu semudah pada fikiranmu. 
Bagi Etuza hubungan itu perlu dihargai, dihormati dan perlu dijaga selagi kita mampu melayari internet maya dan klik Google Search. Hakikatnya semua blogger itu sama dengan mu denganku, mereka juga manusia yang ada perasaan. Kita tidak bersua tetapi blog kita bertemu mesra, bertegur sapa dan berinteraksi dalam satu jaringan maya yang hidup dengan UKUHUWA FILLA. Sebegitulah hakikat kita berhubung melalui blog di alama maya.
Hakikat Hubungan Kemanusaain Di Blogspot.Com.
💟 Kita membaca catatan blog ke blog.Umpama kita membaca kata hati mereka.💟 Kita melihat gambar-gambar yang mereka kongsikan di blog. Gambar itu kenangan hati mereka.💟 Kita melihat keriangan mereka, kegembiraan mereka semasa melancong ke luar negara.Itukan kegembiraan hati mereka yang ikhlas dari hati mereka.Kita lihat apakah kita tidak ada perasaan menghargai.💟 Kita melihat anak-anak mereka, suri hati mereka, suami mereka dan apa yang mereka makan. Apakah hati masih tidak melihat hubungan kemanusian sangat jelas pasti benar.💟 Kita kadang dapat merasakan kesedihan mereka. Itu juga kata hati mereka.💟 Kita membaca pesan, nasihat, dan doa doa mereka untuk kita, sungguh hubungan kemanusiaan melalui blog terpamer sebegitu jelas dan nyata bukan bayangan suram. Tetapi realiti hubungan kemanusiaan yang terjalin murni suci.Fikir-fikirkan dan muhasabah diri. Jadikanlah hubungan kemanusiaan di blog sebuah sosial maya yang membawa ganjaran rahmat dari Allah.Isi ikan tilapia goreng ~ Jimat beli ikan..
Hasil tuaian cili bara yang ke tiga kali..Jual sama siapa? Tak habis makan ni..
Selesai hantar hadiah kepada Fanny Nila blogger Top Komentar Oktober di Blog Etuza.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://madey09.blogspot.com/2025/11/kemari-adalah-kehidupan-yang-berlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Https Selamattinggal Blogspot Com

Selamat Tinggal Https Selamattinggal Blogspot Com

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 135 hits
Blog mungkin kelihatan sederhana pada pandangan mata kasar Reka bentuknya polos latarnya tidak memukau dan warnanya barangkali tidak memanggil pandangan Namun siapa yang mengenal erti tulisan hati akan tahu blog ini tidak menjerit untuk dil...
Setahun Sudah Berlalu Kisah 17 Tahun Kami Berakhir Isteri Arash Mohamad Dedah Sudah Setahun Bercerai

Setahun Sudah Berlalu Kisah 17 Tahun Kami Berakhir Isteri Arash Mohamad Dedah Sudah Setahun Bercerai

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 127 hits
Isteri kepada pelakon Arash Mohamad iaitu Noor Afidahwati Mohammad mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa rumah tangganya bersama aktor itu sebenarnya sudah berakhir sejak setahun lalu Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Afidahwati 4...
Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara

Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 124 hits
Negara 100 Muslim Monolog Jiwa JMBELOG Negara 100 Muslim Bila Islam Jadi Nafas Sebuah Negara Di dunia hari ini sukar untuk menemui sesuatu yang benar benar seratus peratus Kita lihat masyarakat berbilang bangsa agama dan ideologi Namun di a...
Kehidupan Sentiasa Diuji

Kehidupan Sentiasa Diuji

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 123 hits
Kehidupan Sentiasa Diuji Kehidupan sentiasa diuji Setiap dari kita menanggung sesuatu walau caranya tak sama Ada yang diuji pada rezeki ada yang diuji pada hati ada yang diuji dengan kehilangan dan ada yang diuji dengan diri sendiri dengan ...
Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

Memupuk Keseimbangan Sistem Pencernaan Dalam Kehidupan Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 183 hits
Perjalanan ke arah kesihatan yang lebih baik sering kali datang bersama tekanan untuk melakukan perubahan besar Namun hakikatnya tidak semua perubahan perlu bersifat drastik Menurut Dr Vipada Sae Lao Ketua Pendidikan dan Latihan Pemakanan A...
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 158 hits
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa Apabila mendapat serangan strok setiap saat adalah bernilai Hampir 1 9 juta neuron hilang bagi setiap minit selepas seseorang itu diserang strok Stro...
Sebaran Kandungan Berkenaan Subsidi Budi95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Dipertimbang Adalah Tidak Benar

Sebaran Kandungan Berkenaan Subsidi Budi95 Daripada 300 Liter Kepada 200 Liter Dipertimbang Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 107 hits
Menurut Kementerian Kewangan Mesej berkenaan pengurangan subsidi BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sedang dipertimbang adalah palsu SUMBER Facebook Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF X Rasmi MOF MAINKAN PE
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Understanding Malaysia Us Reciprocal Tariff Deal

200 000 Accounts Affected As Sungai Johor Contamination Halts Water Supply

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tapai Pulut

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Start Work On Election Strategy Soon Shamsul Tells Melaka Bn Ph

16 Bersatu Mps Tell Muhyiddin Punishment Of Leaders Unwise