Ulasan Filem Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga



Tahun Terbit | 2019Pengarah | Shelly Chopra DarPelakon | Sonam Kapoor, Anil Kapoor, Juhi Chawla, Rajkumar Rao
Wohooooo… aku tergamam. Serius. Ini filem paling rare aku pernah tonton dalam filem Bollywood. Adalah satu dua dahulu, tapi dengan casting hebat seperti Anil Kapoor, Juhi Chawla dan Sonam Kapoor, sememangnya filem ni agak pelik dan kadangkala mungkin mengundang rasa sensitivity di kalangan penonton

Perlu diingatkan, korang mungkin akan tutup dan hentikan tonton filem ni sekerat jalan jika korang tak open minded. Kenapa? Sebab mesej di dalam filem ni sangat pelik dan tidaklah mainstream. Jangan terkejut, filem Ek LAdki Ko Dekha Toh Aisa Laga ni berkisar tentang seorang lelaki yang nak tolong seorang permpuan lesbian untuk mendekati kekasihnya

Yup, itulah kisahnya! Perihal lesbianism. Ianya memang sebuah filem yang mungkin takkan ada di slot tv3 pada setiap sabtu, dan mungkin akan menjadi filem yang akan dilupakan terutama sekali bagi penonton Bollywood yang tidak menggemari keterbukaan ini. Apapun, kalau nak menonton, boleh saja, cuma sekadar untuk memahami isi

Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga mengisahkan Sweety lakonan Sonam Kapoor yang mana menambat hati Sahil lakonan Rajkummar Rao. Namun, Sahil mendapati bahawa Sweety ialah seorang lesbian yang sedang menaruh kasih terhadap wanita bernama Kuhu. Kasih Sahil terhadap Sweety ditolak, tetapi Sahil bertekad untuk menolong Sweety dalam kisah cintanya yang luar dari norma masyarakat

Di satu sisi, aku rasakan filem ni segar. Ianya ada plot yang agak luar biasa. Isu lesbianism dibuka dengan pelbagai paparan termasuklah isu bagaimana masyarakat menerima percintaan luar norma ini. Namun, di satu sisi lagi, aku agak kurang setuju dengan ending filem ni yang agak melebihkan sokongan terhadap hubungan cinta sebegini.
Tolak tepi plot filem ni, aku dapati bahawa Juhi Chawla masih berbisa walaupun wataknya hanyalah watak sampingan sahaja. Anil Kapoor pula tidak dapat disangkal lagi masih mempunyai kekuatan tersendiri walaupun kali ini buat pertamakalinya berlakon bersama anaknya sendiri, Sonam Kapoor. Ianya sebuah gabungan dua generasi yang wajar untuk dinikmati

Visual filem ni boleh dikatakan cukup baik dengan sinematografi yang memuaskan. Lagu-lagu di dalam filem ini, walaupun hanya ada satu dua sahaja di awal filem, cukup untuk menambah seri filem ni yang memang membahang apabila menonton dan merasai isu yang mahu disampaikan

Pesan aku, filem ni memang bukan untuk korang yang too serious tentang isu lesbianisme. Filem ni memang untuk orang yang menonton dan boleh menikmati keterbukaan ini dengan tahu menilai baik dan buruk. Kalau takut dilambung ombak, jangan tontonlah filem ni. Aku pesan siap-siap. Sat lagi macam-macam pula keluar isu membawang

Sebagai penonton yang dah tonton filem ni, aku boleh sifatkan bahawa Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga ialah sebuah filem meraikan cinta. Tetapi, bukan cinta biasa. Dan menyaksikan gandingan Anil Kapoor dan Juhi Chawla kembali selepas hamper 11 tahun tidak bergandingan dalam satu filem seolah-olah menggamit memori filem lama mereka.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/05/ulasan-filem-ek-ladki-ko-dekha-toh-aisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maradona Cedera Tak Dapat Hadir Festival Filem Cannes

Maradona Cedera Tak Dapat Hadir Festival Filem Cannes

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 226 hits
Maradona cedera tak dapat hadir festival filem Cannes Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 11 25PM
Sinopsis Filem Sangkar

Sinopsis Filem Sangkar

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 346 hits
Filem MMA Melayu pertama Malaysia SANGKAR akan berada di pawagam bermula 29 Ogos 2019 Menampilkan lakonan Remy Ishak Zul Ariffin Mira Filzah dan atlet MMA terkenal James Sledgehammer Mcsweeney Filem kolaborasi empat penerbit filem iaitu Pri...
Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali

Sony Menghasilkan Filem Berwarna Yang Boleh Dicetak Dan Dipadam Berulang Kali

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 264 hits
Kita kini di era digital dan tidak ramai yang mencetak gambar dalam bentuk fizikal berbanding dua dekad yang lalu Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz yang sudah bertahun tidak mencetak gambar dengan kerap dan hanya menyimpan memori d...
Tindakan Rakam Filem Di Pawagam Boleh Dikenakan Tindakan

Tindakan Rakam Filem Di Pawagam Boleh Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Perbuatan merakam tayangan filem di pawagam secara langsung di media sosial boleh dikenakan tindakan undang undang walaupun pelaku hanya berniat suka suka Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawang...
Nantikan Filem Sangkar Di Pawagam Bermula 29 Ogos 2019

Nantikan Filem Sangkar Di Pawagam Bermula 29 Ogos 2019

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 460 hits
Nantikan Filem Sangkar di Pawagam Bermula 29 Ogos 2019 SINOPSIS FILEM SANGKAR Menceritakan kisah watak Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah Untuk menebus kesalahannya Adam kembali dalam per...
Shila Amzah Bawa Watak Princess Jasmine Dalam Filem Aladdin

Shila Amzah Bawa Watak Princess Jasmine Dalam Filem Aladdin

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 311 hits
Semalam Shila Amzah memuat naik status di laman Instagram miliknya yang menyatakan dia akan mengumumkan sesuatu yang penting pada jam 9 malam dan menyebabkan peminatnya tidak sabar untuk menunggu pengumuman tersebut Rata rata followers Shil...
Ricuh Suporter Laga Pembuka Liga 1 Sempat Dihentikan Sementara

Ricuh Suporter Laga Pembuka Liga 1 Sempat Dihentikan Sementara

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 191 hits
Kericuhan ini bermula saat kedua suporter saling lempar Saling lempar antar kedua suporter terjadi di tribun barat dengan tribun utara
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang