Ulasan Filem Deadpool Wolverine


Assalamualaikum dan salam sejahtera

(toc) #title=(KANDUNGAN)
Filem Deadpool & Wolverine (2024) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studios, Maximum Effort dan 21 Laps Entertainment. Filem ini merupakan filem ke 34 dalam siri franchise Marvel Cinematic Universe. Filem ini juga merupakan filem sekuel kepada filem Deadpool (2016) dan Deadpool 2 (2018).

Diarahkan oleh Shawn Levy berdasarkan lakonlayar oleh Ryan Reynolds, Rhett Reese, Paul Wernick dan Zeb Wells, filem ini mengisahkan tentang Deadpool yang menyedari dunianya akan dimusnahkan oleh TVA (Time Variance Authority) disebabkan oleh kematian Wolverine dalam filem Logan. Deadpool kemudiannya berpasangan dengan Wolverine dunia lain untuk menyelamatkan dunianya sendiri.


DEADPOOL & WOLVERINE (2024)Pengarah : Shawn Levy Lakonlayar : Ryan Reynolds, Rhett Reese, Paul Wernick, Zeb Wells, Shawn LevyPenerbit : Kevin Feige, Lauren Shuler Donner, Ryan Reynolds, Shawn Levy Sinematografi : George RichmondEdit : Dean Zimmerman / Shane Reid Tarikh Tayangan : 26 Julai 2024Durasi : 128 minit Bajet : $USD 200 JutaBox Office : $USD 658.9 Juta (Ketika artikel dikarang)

BARISAN PELAKON FILEM DEADPOOL & WOLVERINERyan Reynolds sebagai Wade Wilson / DeadpoolHugh Jackman sebagai  Logan / WolverineEmma Corrin sebagai  Cassandra NovaMorena Baccarin sebagai  Vanessa CarlysleRob Delaney sebagai  Peter WisdomLeslie Uggams sebagai  Blind AlAaron Stanford sebagai  John Allerdyce / PyroMatthew Macfadyen sebagai  Mr. ParadoxKaran Soni sebagai  Dopinder Brianna Hildebrand sebagai  Negasonic Teenage Warhead Shioli Kutsuna sebagai  YukioStefan Kapičić sebagai  suara ColossusRandal Reeder sebagai  BuckLewis Tan sebagai  Rusty / ShatterstarDafne Keen sebagai  Laura / X-23 from Logan (2017)Jennifer Garner sebagai  Elektra Natchios daripada filem Daredevil (2003) dan Elektra (2005)Wesley Snipes sebagai  Eric Brooks / Blade daripada trilogi filem Blade (1998–2004); Channing Tatum sebagai  Remy LeBeau / GambitChris Evans sebagai  Johnny Storm / Human Torch daripada Fantastic Four (2005) dan Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007)Jon Favreau sebagai Harold "Happy" HoganWunmi Mosaku sebagai  Hunter B-15 Tyler Mane sebagai  Victor Creed / Sabretooth from X-Men (2000)Aaron W. Reed sebagai  Cain Marko / JuggernautMike Waters sebagai  Frederick Dukes / BlobBilly Clements sebagai  the RussianEduardo Gago Muñoz sebagai  AzazelCurtis Rowland Small sebagai  BullseyeChloe Kibble sebagai CallistoJessica Walker sebagai  ArclightJade Lye sebagai Lady DeathstrikeAyesha Hussain sebagai  PsylockeNilly Cetin sebagai  QuillDaniel Medina Ramos sebagai  Toad
SINOPSIS FILEM DEADPOOL & WOLVERINE (2024)
Pada 2018, selepas Wade Wilson menggunakan peranti pengembaraan masa Cable untuk menghidupkan kembali teman wanitanya Vanessa Carlysle, dia mengembara dari alam semestanya, Earth-10005, ke Earth-616 / "Garis Masa Suci" berharap untuk menyertai Avengers dan memberi makna tambahan dalam hidupnya. Dia ditolak oleh Happy Hogan dan kembali ke alam semestanya sendiri. Enam tahun kemudian, Wade telah berpisah dengan Vanessa dan bersara daripada menjadi Deadpool tentera upahan bertopeng. Dia bekerja sebagai jurujual kereta terpakai bersama rakannya Peter Wisdom


Semasa majlis hari jadi Wade, Pihak Berkuasa Varian Masa (TVA) menangkapnya dan membawanya kepada En. Paradox, yang menjelaskan bahawa mereka adalah organisasi di luar masa yang memantau Garis Masa Suci dan multiverse yang lebih luas. Paradox mendedahkan bahawa garis masa Wade semakin merosot akibat kematian "makhluk sauh" yang menstabilkan, Logan. Paradox merancang untuk menggunakan peranti yang dipanggil "Time Ripper" untuk mempercepatkan proses ini daripada menghabiskan beribu-ribu tahun menunggu untuk garis masa mati secara semula jadi. Dia menawarkan untuk menyelamatkan Wade dengan menghantarnya ke Garis Masa Suci di mana dia dijangka memainkan peranan penting dalam acara akan datang. Wade mencuri TemPad Paradox dan menggunakannya untuk pergi ke kubur Logan, dengan harapan dapat menghidupkannya semula dan menyelamatkan garis masa mereka. Apabila ini gagal, Wade menggunakan TemPad untuk mengembara multiverse untuk mencari "varian" alam semesta alternatif Logan yang boleh menggantikan miliknya


Wade kembali ke TVA dengan varian Logan dan diberitahu oleh Paradox bahawa makhluk sauh tidak boleh diganti, paling tidak oleh varian ini yang dianggap sebagai Wolverine terburuk dalam multiverse. Apabila Wade menyimpulkan bahawa Paradox bertindak tanpa pengetahuan pihak atasannya, Paradox menghantar Wade dan Logan ke Void di mana semua benda dimakan oleh makhluk Alioth. Wade dan Logan ditangkap bersama Johnny Storm dan dibawa ke Cassandra Nova, kakak kembar yang berkuasa dan sadis kepada pemimpin X-Men Charles Xavier. Cassandra, yang membuat perjanjian dengan TVA untuk kekal dalam Void, membunuh Johnny dan meninggalkan Wade dan Logan untuk dimakan oleh Alioth. Pasangan itu berjaya melarikan diri

Logan dan Wade bertemu dengan varian Deadpool yang dipanggil "Nicepool", yang memberi mereka sebuah kereta dan mengarahkan mereka ke arah kumpulan penentang yang telah melawan Cassandra. Logan bersetuju untuk bekerjasama dengan Wade sebagai pertukaran untuk TVA menetapkan garis masanya, tetapi apabila dia menyedari bahawa ini mungkin tidak mungkin pasangan itu bergaduh dan kedua-duanya dibiarkan tidak sedarkan diri. Mereka ditemui oleh kumpulan penentang, yang terdiri daripada Laura, Elektra, Blade, dan Gambit. 

Wade mencadangkan pakatan untuk melawan Cassandra, dan Logan bersetuju untuk menyertai mereka selepas perbualan dengan Laura. Anggota penentangan mengalih perhatian pengikut Cassandra manakala Wade dan Logan menghalang kuasanya dengan meletakkan topi keledar Juggernaut di atas kepalanya. Cassandra dikhianati oleh pengikutnya Pyro bagi pihak Paradox dan hampir mati sehingga Logan meyakinkan Wade untuk menanggalkan topi keledar. Cassandra menyembuhkan dirinya sendiri dan membuka portal ke Earth-10005 di mana Wade dan Logan mengetahui bahawa Paradox telah menyelesaikan Time Ripper


Cassandra belajar tentang rancangan Paradox dari Pyro dan pergi ke Earth-10005. Dia belajar cara menggunakan Time Ripper dari fikiran Paradox dan merancang untuk memusnahkan semua garis masa, hanya meninggalkan Void. Cassandra memanggil tentera varian Deadpool yang membunuh Nicepool dan bertempur dengan Wade dan Logan sehingga Peter tiba dan meyakinkan mereka untuk mengalah. Paradox memberitahu Wade dan Logan bahawa salah seorang daripada mereka boleh memusnahkan Time Ripper dengan mengganggu aliran kuasanya, tetapi ini akan membunuh mereka. Wade dan Logan memusnahkan Time Ripper, membunuh Cassandra dalam proses itu, dan dapat bertahan dengan berkongsi beban. Paradox ditangkap oleh Hunter B-15 dari TVA, yang mendedahkan bahawa tindakan Wade dan Logan telah menyelamatkan Earth-10005 daripada kemerosotan. Wade meminta Hunter B-15 untuk menyelamatkan kumpulan penentang daripada Void dan mengubah sejarah dunia Logan. Dia menjelaskan bahawa yang terakhir tidak mungkin kerana sejarah Logan adalah yang menyebabkan dia menjadi wira sekarang. Kemudian, Wade mengajak Logan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Semasa perhimpunan yang melibatkan Laura, Logan menggalakkan Wade untuk berdamai dengan Vanessa



ULASAN FILEM DEADPOOL & WOLVERINE (2024)
Filem Deadpool & Wolverine (2024) merupakan salah satu filem yang menjadi filem paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini. Menonton beberapa trailer, sejujurnya aku cukup teruja untuk mengetahui jalan cerita dan apa yang dihidangkan untuk penonton. Alhamdulillah, sekitar 2 atau 3 hari filem ini ditayangkan di pawagam, akhirnya aku berpeluang untuk menonton sendiri filem ini. Untuk itu, terimalah sedikit ulasan aku mengenai filem ini

Plot dalam filem ini menceritakan bagaimana Wade Wilson berusaha untuk menyelamatkan dunianya dengan bantuan Wolverine daripada dunia yang lain. Sangat mudah untuk difahami. Selain itu, TVA yang berperanan besar dalam menyatukan watak-watak serta lebih kurang 80% ceritanya adalah di Void yang mana merupakan lokasi di penghujung masa, dimana ia juga menempatkan benda-benda dan perkara-perkara yang telah dicantas demi kelangsungan masa bagi sesuatu dunia

Satu perkara yang genius juga apabila filem ini merupakan filem pertama dalam MCU yang menceritakan tentang golongan mutant. Begitu banyak watak-watak mutant yang ada di dalam filem ini. Filem ini bagaikan sebuah filem untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Fox yang menghasilkan filem-filem seperti X-Men dan Fantastic Four


Tema dalam filem ini menceritakan bagaimana dua watak yang cukup berbeza dalam sebuah perjalanan penuh epik. Wolverine dan Deadpool, siapa sangka akhirnya kedua-dua watak ini berjaya dibawa ke dalam bentuk sebuah filem. Selain itu, filem ini juga memberikan sesuatu yang bermakna kepada watak Wade Wilson dalam menyelamatkan keluarganya


Pujian sememangnya patut diberikan kepada Ryan Reynolds sebagai pelakon yang memang sebati dengan watak Deadpool. Beliau berjaya melakonkan watak ini dengan bersahaja, sehinggakan dalam dunia sebenar pun beliau berperwatakan sebegitu. Seterusnya, Hugh Jackman juga memberikan sesuatu yang baru dan segar dalam melakonkan watak Wolverine / Logan. Paling dinantikan sudah tentunya watak Wolverine memakai pakaian atau suit serupa dengan wataknya di dalam komik. Penantian 24 tahun yang cukup berbaloi


Emma Corrin juga berjaya membawakan watak Cassandra Nova dengan cukup baik, membuatkan penonton tertarik dengan watak dan kuasanya. Aku menjangkakan watak ini akan kembali suatu masa nanti. Selain itu, pujian juga diberikan kepada watak-watak sampingan yang ramai anggap sebagai cameo tetapi bukanlah cameo kerana watak mereka membantu dalam plot. Watak-wataknya adalah seperti Johnny Storm dibawa oleh Chris Evans, X-23 dibawa oleh Dafne Keen, Elektra dibawa oleh Jennifer Garner, Blade dibawa oleh Wesley Snipes, Gambit dibawa oleh Channing Tatum, dan juga Pyro dibawa oleh Aaron Standford. Untuk cameo pula adalah seperti Henry Cavill sebagai Wolverine, watak yang muncul sekejap sahaja. 

Pujian lain yang turut diberikan adalah pada rekaan setnya yang kelihatan cantik. Mungkin ramai yang beranggapan filem ini sudah pastinya menggunakan elemen 'green screen' yang banyak, tetapi sebenarnya kebanyakan setnya adalah set yang sebenar. Sangat membantu untuk para pelakon memberikan yang terbaik dalam lakonan mereka. 
Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka yang menghasilkan filem ini serta membantu dalam menjayakan filem ini. Tahniah juga atas kutipan box office yang cukup memberangsangkan dan berjaya memecahkan beberapa rekod. Adakah mungkin akan ada filem Deadpool 4? Kita tunggu dan lihat. Untuk itu, aku berikan filem ini : -

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
RUJUKAN : Marvel StudiosGoogle ImageWikipedia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/08/ulasan-filem-deadpool-wolverine-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Tamil Aranmanai 4 Sinopsis Penilaian

Ulasan Filem Tamil Aranmanai 4 Sinopsis Penilaian

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 92 hits
Kisah Aranmanai 4 Francais Sundar C Menghasilkan Pengalaman Menarik yang Familiar Lagi Sebahagian besar filem ini berjalan dengan pantas berbanding separuh kedua Tugas yang tinggal adalah memasukkan unsur kejutan dan kelucuan dengan masa tw...
Poly Pac Hasilkan Travel Bag Khas Edisi Terhad Deadpool And Wolverine

Poly Pac Hasilkan Travel Bag Khas Edisi Terhad Deadpool And Wolverine

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 170 hits
Deadpool and Wolverine mencetuskan fenomena yang tersendiri Hal ini sekaligus menyebabkan ramai yang tercari cari merchandise rasmi yang boleh dijadikan kenangan untuk filem ini Jangan risau kalau beg travel korang dah koyak rabak inilah ma...
Wesley Snipes Pecahkan Dua Guinness World Record Dengan Deadpool And Wolverine

Wesley Snipes Pecahkan Dua Guinness World Record Dengan Deadpool And Wolverine

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 142 hits
Pelakon yang terkenal dengan watak Blade secara rasminya memegang takhta pelakon paling lama memegang watak superhero sekaligus mengalahkan Hugh Jackman melalui peranannya sebagai Wolverine Blade diterbitkan pada 1998 dan kemunculannya dala...
Ulasan Filem Maharaja Ulasan Filem Maharaja Dalam Bahasa Tamil Cerita Penarafan

Ulasan Filem Maharaja Ulasan Filem Maharaja Dalam Bahasa Tamil Cerita Penarafan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 100 hits
Maharaja Hebat dalam lakonan penulisan dan pelaksanaan Pelakon bintang serba boleh Vijay Sethupathi telah mencapai tonggak kemajuan yang hebat dengan filem ke 50 Maharaja Nithilan Swaminathan pereka yang terkenal dengan Kurangu Bommai telah...
Ryan Reynold Dan Chris Hemsworth Tahu Kenapa Thor Menangis Dalam Deadpool And Wolverine

Ryan Reynold Dan Chris Hemsworth Tahu Kenapa Thor Menangis Dalam Deadpool And Wolverine

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 133 hits
Deadpool and Wolverine sedang rancak dimainkan di pawagam Filem ini yang mengembalikan nostalgia peminat Marvel turut menampilkan pelbagai babak babak yang mungkin disediakan sebagai perancangan untuk masa depan MCU Antara babak yang membua...
Ulasan Filem Singapore Saloon Cerita Dan Penilaian Filem Tamil

Ulasan Filem Singapore Saloon Cerita Dan Penilaian Filem Tamil

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 109 hits
Ulasan Filem Singapore Saloon Sebalik Tabir Kedai Gunting Rambut Ketawa Ceramah Bersatu RJ Balaji seorang artis serba boleh mencuba genre baru melalui arahan Gokul dalam filem Singapore Saloon yang mempersembahkan kisah unik tentang impian ...
Ulasan Filem Premalu Ulasan Filem Tamil Premalu Cerita Penilaian

Ulasan Filem Premalu Ulasan Filem Tamil Premalu Cerita Penilaian

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 87 hits
Premalu Sebuah Romansa yang Menyenangkan ditingkatkan oleh penampilan yang solid Cinta dan sinema tidak memiliki batasan bahasa Fakta ini sekali lagi telah terbukti dengan jelas oleh kesuksesan super hit dari Manjimmel Boys Sekarang hadir v...
Kakuda Merupakan Filem Yang Menarik Dan Menghiburkan

Kakuda Merupakan Filem Yang Menarik Dan Menghiburkan

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 76 hits
Ulasan Kakuda 3 0 5 Penilaian Ulasan Pelakon Riteish Deshmukh Sonakshi Sinha Saqib Saleem Pengarah Aditya Sarpotdar Sinopsis Ulasan Filem Kakuda KAKUDA mengisahkan tentang seorang isteri yang cuba menyelamatkan suaminya Kampung Rataudi diha...
Filem Pertama Selepas Keluar Running Man Jeon Somin Selesai Penggambaran Veranda

Filem Pertama Selepas Keluar Running Man Jeon Somin Selesai Penggambaran Veranda

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 108 hits
Tak lama lagi Jeon So min akan kembali dengan projek lakonan baru Artikel Berkaitan Terbaru pasukan produksi mengumumkan bahawa semua pelakon telah selesai menjalani penggambaran filem Veranda pada 13 Julai lalu Untuk pengetahuan Veranda ad...
Dpm Fadillah Reveals Drafts Of Government Opposition Mou

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim

Kereta Bergoyang Tanpa Henti Petugas Kesihatan Ditangkap Basah Di Tempat Parking Hospital

Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Man Cendol Outing


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Doa Susah Tidur Karena Gelisah

Juicy Luicy Lampu Kuning Chord

Lebih Rm500 000 Wang Gisbh Dibekukan Babit 96 Akaun Kpn

Mama Journey Komensmen 23 Iab

Should Chequered Past Ytl Involve In Public Transportation

Ayien Rahman Ale Ale Chord