Ulasan Filem Article 15



Tahun Terbit| 2019Pengarah | Anubhav SinhaPelakon | Ayushmann Khurrana, Isha Talwar, Sayani Gupta

Anubhav Sinha kembali lagi dengan sebuah filem yang menyentuh isu sensitive di India. Pengarah yang memang terkenal dengan filem aksi seperti Dus, Cash dan Ra.One nampaknya mengubah arah genre filem arahannya semenjak tahun 2018. Dia hadir dengan filem Mulk yang bercerita tentang India muslim dan kini 2019, dia tampil dengan filem Article 15

Apa yang ada pada Article 15 sehinggakan ramai yang menyatakan bahawa ianya sangat sensitif? Secara ringkasnya, kita semua tahu bahawa masyarakat India terkenal dengan pembahagian masyarakat mengikut kasta. Ada rendah ada juga yang tinggi. Article 15 ini diwujudkan dalam Perlembagaan India untuk menghapuskan kasta ini dan menyamaratakan masyarakat di India

Namun, adakah kasta-kasta di India ini terus musnah? Tidak. Masyarakat mengikut kasta masih lagi menjadi amalan di sesetengah kawasan di India. Dan filem ini menceritakan bagaimana kasta membawa kepada pelbagai masalah dan sama rata antara masyarakat itu ialah lebih baik. Ya, filem ni cuba mengubah persepsi kasta itu dalam konflik yang dibinanya

Diinspirasikan dari kisah benar, Article 15 mengisahkan Ayan Ranjan, seorang pegawai tinggi polis daerah yang ditugaskan berkhidmat di perkampungan Laalgaon. Kehadirannya tidak berapa diterima orang kampung dan pegawai bawahannya kerana dia mengubah pandangan polis terhadap kerja mereka yang berhadapan dengan masyarakat berkasta

Kes Aryan yang merumitkan keadaan diterimanya. Dua orang wanita dirogol dan lalu dibunuh dengan menggantung diri. Ramai yang menyatakan bahawa pembunuhan itu berlaku sebagai ‘honor killing’, tetapi Aryan menyangkakan adanya jenayah di sebaliknya. Penyiasatan Aryan menjadi bahan cerita filem ni dan diselitkan dengan pelbagai dialog yang cukup padu

Bagi penggemar filem penyiasatan, aku rasa filem ni memang agak slow. Pacingnya memang tidaklah laju macam filem penyiasatan lain. Terlalu banyak masa dihabiskan dengan dialog dan juga lakonan Ayushmann Khurrana yang menghadapi tentangan halus dari masyarakat kampung. Penyiasatan tentang pembunuhan itu kadangkala memerlukan penonton untuk bersabar kerana ianya bukan filem penyiasatan biasa

Filem ni seakan-akan mahu memberi impak dan menekankan pentingnya Article 15 dalam Perlembagaan India. Thrillernya memang sederhana. Memang kalau korang tak gemarkan filem thriller yang slow macam ni, memang agak mengantuklah. Tapi, macam biasa, tak semua orang yang kurang gemar filem sebegini

Memang filem ni memaparkan realiti di India yang memang orang luar jarang nampak dalam filem Bollywood. Lakonan Ayushmann Kurrana memang sangat realistik dan cukup mantap. Kita tak melihat polis seperti Singham mahupun watak kepolisan lain yang memang bengis wajahnya, tetapi kita dipaparkan dengan polis yang cukup realistik

Pada aku, filem ni tak disarankan kalau korang mencari filem thriller yang punya adegan ganas aksi melawan graviti. Mungkin tak ramai yang akan hadam filem macam ni kerana filem ni lebih menekankan kekuatan dialog daripada paparan visual. Pada aku, Article 15 punya dialog padu, tapi kesabaran memang sangat-sangat diperlukan untuk menghabiskan filem ni.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/09/ulasan-filem-article-15-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Red Sea Diving Resort

Ulasan Filem Red Sea Diving Resort

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 276 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Gideon RaffPelakon Chris Evans Michael K Williams Halley BennettWell filem ni mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa kalau korang lihat tentang kisah menjadi seorang Yahudi dari mata seorang Muslim Nasihat awal...
15 Filem Korea 2019 Paling Laris Sehingga 31 Ogos

15 Filem Korea 2019 Paling Laris Sehingga 31 Ogos

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 587 hits
Sehingga penghujung Ogos 2019 sebanyak 38 buah filem Korea telah dihasilkan dan ditayangkan kepada umum dan dijangkakan terdapat 4 buah filem lagi yang bakal menemui penonton bulan September nanti Mesti ramai peminat peminat filem Korea ter...
Frank Grillo Morgan Freeman Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Berjudul Panama

Frank Grillo Morgan Freeman Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Berjudul Panama

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 231 hits
Pelakon Frank Grillo dan bekas pemenang anugerah Academy Morgan Freeman disahkan bakal membintangi sebuah filem aksi berjudul Panama terbitan The Highland Film Group Diinspirasikan dari kejadian sebenar Panama mengisahkan tentang James Beck...
Vince Vaughn Kathryn Newton Bintangi Filem Terbaru Blumhouse

Vince Vaughn Kathryn Newton Bintangi Filem Terbaru Blumhouse

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 288 hits
Menurut laporan dari Deadline pelakon Vince Vaughn dan Kathryn Newton bakal bergadingan dalam filem terbaru Blumhouse yang masih belum mempunyai tajuk Filem thriller itu akan diarahkan oleh pengarah filem Happy Death Day Chris Landon Filem ...
Filem Seram Korea Metamorphosis Bakal Menemui Penonton Tempatan September Ini

Filem Seram Korea Metamorphosis Bakal Menemui Penonton Tempatan September Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 478 hits
September ini GSC Movies bakal membawakan kepada penonton sebuah filem seram thriller dari Korea Selatan berjudul Metamorphosis Metamorphosis mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Gang Goo dan Myung Joo serta tiga anak mereka Sun ...
Penuh Dengan Kejutan Di Luar Kotak Filem Wangi Bakal Buat Peminat Ternanti Nanti

Penuh Dengan Kejutan Di Luar Kotak Filem Wangi Bakal Buat Peminat Ternanti Nanti

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 302 hits
Gandingan mantap Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira dalam sebuah filem Wangi ini bakal beri satu tamparan hebat buat peminat filem The post appeared first on
Tom Hiddleston Sedang Dirisik Disney Untuk Bintangi Filem Remake Hercules

Tom Hiddleston Sedang Dirisik Disney Untuk Bintangi Filem Remake Hercules

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 359 hits
Sejak kebelakangan ini Disney dilihat semakin giat menghasilkan semula filem filem animasi terbitan mereka ke versi live action Antara yang bakal dihasilkan semula adalah filem animasi Hercules yang diterbitkan pada tahun 1997 Buat masa ini...
Sifat Ingin Tahu Telah Memakan Diri Dalam Trailer Filem Seram Korea Warning Do Not Play

Sifat Ingin Tahu Telah Memakan Diri Dalam Trailer Filem Seram Korea Warning Do Not Play

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 306 hits
Syarikat pengedar filem tempatan MM2 Entertainment Sdn Bhd membawakan kepada penonton tempatan sebuah filem seram dari Korea berjudul Warning Do Not Play yang akan ditayangkan pada 5 September ini Filem ini mengisahkan tentang Mi Jung seora...
Saksikan Filem Filem Menarik Di Festival Filem Jepun Ke 16 Mulai 5 September Ini

Saksikan Filem Filem Menarik Di Festival Filem Jepun Ke 16 Mulai 5 September Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 431 hits
Acara tahunan Festival Filem Jepun kini memasuki tahun ke 16 penganjurannya Sebanyak 13 filem Jepun merangkumi judul terkini dan tersohor daripada pelbagai genre seperti kekeluargaan muzik dan komedi pastinya memikat hati dan minda penonton...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku