Ulasan Dun Changkat Jong Orang Tamak Selalu Rugi


malaysiakini.com
Muhaimin Sulam
Diterbitkan: Oct 29, 2022 8:00 PM
ULASAN | Kerana rasa dan kata adalah separuh nyawa saya, maka saya menulis catatan ini dengan penuh akal fikiran dan perasaan.

Nama saya sebagai calon di DUN Changkat Jong diangkat dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan Amanah pada 17 Oktober. Maknanya saya akan berdiri sebagai calon PH dalam PRU ini.

Sehari selepas itu saya memberi ucapan sayonara kepada para mahasiswa saya di universiti tempat saya bekerja. Meninggalkan dunia akademik dan terjun ke lembah politik bukanlah suatu keputusan peribadi. Jika sayangkan kerjaya yang dipenuhi idea dan fakta yang mulus-mulus, di sinilah tempatnya.

Ketika tanah air ini nazak dan rakyatnya bernafas dalam lumpur, apakah pendirian dan tanggungjawab warganegara pada nusa? Relakah untuk tanah air yang indah ini diratah-ratah oleh penyamun dan perompak atas nama pembangunan dan kemajuan?

Tarikh 19 November adalah kesempatan yang ada untuk kita melakukan perubahan. Lalu kerana itu, saya bersedia menerima amanah yang diberikan oleh parti dengan rasa tanggungjawab nasional.

Biar wujud perbezaan antara kita, keramat perubahan itu sangat perlu dan mendesak. Abaikan soal garis parti-parti politik, kelompok kaum atau agama. Semua kita mahukan kepimpinan yang mempunyai integriti, wibawa dan berkemampuan ke wawasan yang jelas dan diyakini.

Pada 25 Oktober, surat pengesahan menjadi calon ditandatangani Presiden Amanah Mohamad Sabu diemel kepada saya. Emel itu bukan watikah tetapi adalah proses watikah yang bakal ditandatangani Anwar Ibrahim, bakal perdana menteri kesepuluh.
Sudah sekian lama rakyat Malaysia mendambakan tanah air ini dipimpin oleh sosok yang dikagumi dunia timur dan barat. Semoga langkah Anwar Ibrahim bertanding di Tambun menjadi satu gelombang kesedaran rakyat menolak korupsi, penunggang agama dan iblis bertopeng wali.

Memang kerusi Changkat Jong menjadi rebutan antara PKR dan Amanah. DAP teringin juga tetapi tidak pernah disuarakan di peringkat negeri. Walaupun begitu, PKR telah memberi laluan untuk saya dijadikan pertaruhan dalam ‘the mother of general election’. Ia melalui proses perbincangan yang panjang dan berterusan.

Pada pagi 28 Oktober, saya hadir ke Wisma Amanah Perak bersama pimpinan Amanah negeri mengiringi pengerusi Amanah Perak membuat kenyataan media tentang senarai nama calon parti bagi mewakili PH di Perak yang dinamakan presiden, Mohamad Sabu.

Kemudian malamnya, DAP membuat pengistiharan senarai para calonnya di salah sebuah hotel ternama di Ipoh. Ketika itulah, pertembungan antara Amanah dan DAP tentang kerusi Changkat Jong terbuka.
Menurut sumber, ‘top three’ PH yang buat keputusan untuk DAP bertanding di Changkat Jong. Tarikh tepat agak teka-teki tetapi hanya dalam minggu ini. Jika begitu, ia menjadikan DAP bertanding 19, PKR 21 dan Amanah 19 kerusi di Perak. Ia bukan sekadar angka tetapi mempunyai nilai tertentu.

Mungkin kita terlepas pandang bahawa sistem demokrasi adalah membenarkan perbezaan dalam menentukan kepimpinan. Pelbagai parti dan pakatan politik adalah warna demokrasi. Hanya adab kita bersiasah yang mampu membentuk rupa wajah bangsa dan negara.

Dalam kita berbeza, sesekali fitnah, adu domba dan pembohongan tidak dibenarkan. Tidak kira daripada parti mana, kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian. Negara ini bukan milik PH, PN, BN, GTA atau orang politik.

PRU adalah waktu untuk rakyat membuat pemilihan masa hadapan negara. Ahli politik jangan terus dibenci dan membenci sesama sendiri. Ahli politik mempunyai tanggungjawab yang merentasi batas kaum, agama dan kelompok.

Ketamakan hanya mengundang kerugian. Pepatah Melayu menyebut, ‘orang tamak selalu rugi’. Bahkan dalam mana jua tradisi ketamadunan masyarakat, pepatah itu adalah global sifatnya.

Saya bukanlah yang terbaik. Ada di luar sana yang jauh lebih baik memberi sumbangan kepada negara. Saya hanya orang parti yang setia pada perjuangan agama, bangsa dan negara. Saya akur dengan sebarang keputusan. Soal rasa dan kata saya ini, sangat peribadi sifatnya. Soal masa hadapan negara wajib diutamakan. Malaysia boleh!

MUHAIMIN SULAM ialah penulis, penyelidik dan aktivis politik. Dia juga naib pengerusi Amanah Perak dan ahli Majlis PH Perak.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ulasan-dun-changkat-jong-orang-tamak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Conflicting Claims On Mat Sabu S Role In Changkat Jong Row

Conflicting Claims On Mat Sabu S Role In Changkat Jong Row

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 115 hits
There are conflicting claims as to Amanah president Mohamad Sabu s role in the confusion between DAP and his party on who will be fielded to contest Changkat Jong in Perak This comes after both Pakatan Harapan component parties for the stat...
Salahuddin Siapa Yang Bertanding Kerusi Changkat Jong Akan Diketahui Selewat Selewatnya Esok

Salahuddin Siapa Yang Bertanding Kerusi Changkat Jong Akan Diketahui Selewat Selewatnya Esok

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 113 hits
Nora MahparPETALING JAYA Pertikaian kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jong antara Amanah dan DAP Perak bagi pilihan raya umum ke 15 dijangka akan selesai selewat lewatnya esok kata Salahuddin Ayub Timbalan Presiden Amanah itu berkata pa...
Changkat Jong Tetap Milik Dap Kata Loke

Changkat Jong Tetap Milik Dap Kata Loke

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 229 hits
freemalaysiatoday com October 29 2022 12 00 PMAnthony Loke berkata Amanah mengisytiharkan Changkat Jong adalah milik mereka kerana salah faham IPOH Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pertembungan tidak akan berlaku antara parti itu d...
Anwar Ph Putuskan Dap Bertanding Di Changkat Jong

Anwar Ph Putuskan Dap Bertanding Di Changkat Jong

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comIsu pertembungan di DUN di Perak di mana kedua dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka boleh dikatakan telah selesai Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata kepimpinan tertinggi gabungan itu telah mencapai konsensus aga...
Changkat Jong Anwar Akan Bincang Dengan Pengerusi Amanah Perak

Changkat Jong Anwar Akan Bincang Dengan Pengerusi Amanah Perak

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comIsu pertembungan di DUN Changkat Jong di Perak di mana kedua dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka akan ditangani oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim Perkara itu dinyatakan Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini Ketik...
In Changkat Jong Tussle Dap Gets The Nod

In Changkat Jong Tussle Dap Gets The Nod

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 191 hits
PH chairman Anwar Ibrahim at a meet the people session in Kampung Ulu Chemor Tambun today Anwar is contesting the Tambun parliamentary seat IPOH Pakatan Harapan leaders have come out in favour of DAP in a tussle with Amanah over which party...
Anwar Muktamat Dap Akan Tanding Di Changkat Jong Bukannya Amanah

Anwar Muktamat Dap Akan Tanding Di Changkat Jong Bukannya Amanah

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 217 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jong akan ditandingi calon DAP bukannya Amanah pada pilihan raya umum ke 15 Dalam 10 hari lepas kedua dua parti telah memohon d...
Dulu Selalu Dirindui Sekarang Selalu Merindui

Dulu Selalu Dirindui Sekarang Selalu Merindui

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 107 hits
DULU SELALU DIRINDUI SEKARANG SELALU MERINDUI Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih BANYAK YANG LUAR JANGKAAN boleh terjadi TIDAK MUSTAHIL AKAN TERJADI kepada sesiapa pun itu Percaya atau tidak yang mah...
Tamak Haloba Korup Hingga Hilang Akal Untuk Apa

Tamak Haloba Korup Hingga Hilang Akal Untuk Apa

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 146 hits
Peringatan untuk diri sendiri Sepatutnya tamak haloba gila bekerja untuk kesejahteraan rakyat Tamak haloba untuk jadi juara harumklan nama negara tahniah
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef