Ulasan Drama Korea When The Camellia Blooms


When The Camellia Blooms Korean Drama Review - Lakonan Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul
Dah lama tak buat review drama Korea, list drama makin panjang tapi review tak buat buat lagi hahaha. Jadi hari ini aku nak buat review drama Korea best yang bertajuk When The Camellia Blooms. Korean Drama When The Camellia Blooms ini mempunyai 40 episod, setiap episod 30 minit tapi kalau jadikan sejam kiranya 20 episod jela. Drama ini release pada 18 September 2019 dan tamat episodnya pada 21 November 2019 yang lalu. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Justice dan kemudian akan digantikan dengan drama Woman Of 9.9 Billion. Antara pelakon drama Korea When The Camellia Blooms ini adalah Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Ji Suk, Oh Jung Se, Son Dam Bi, Kim Kang Hoon, Ko Du Shim, Lee Jung Eun, Lee Kyu Sung dan ramai lagi. Drama ini juga aku pilih sebagai drama terbaik pilihan aku untuk tahun 2019, kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini okey 👉👉 Top 21 Drama Korea Terbaik 2019. Tapi untuk tahun 2020 aku tak buat lagi list drama Korea terbaik pilihan aku untuk tahun 2020, tapi nanti - nanti aku akan buat jugalah kot. Berbalik pada drama Korea When The Camellia Blooms ini aku suka dengan jalan ceritanya yang macam - macam ada. Kisah cinta ada, lawak ada, misteri ada, suspen ada, jenayah dan pembunuhan ada. Pendek kata macam - macam ada dalam drama ini, selain itu drama ini juga ada banyak pengajaran dan jalan ceritanya dekat dengan realiti masyarakat kini.Watak - Watak Pelakon Drama Korea When The Camellia Blooms
Gong Hyo-jin as Oh Dong-baekKang Ha-neul as Hwang Yong-sikKim Ji-seok as Kang Jong-ryulJi Yi-soo as Jessica / Park Sang-miOh Jung-se as No Gyu-taeYeom Hye-ran as Hong Ja-youngSon Dam-bi as Choi Hyang-miKim Kang-hoon as Kang Pil-guGo Doo-shim as Kwak Deok-soonLee Jung-eun as Jo Jung-sookJun Bae-soo as Byun Bae-soo
Sinopsis Drama Korea When The Camellia Blooms 
Mengisahkan tentang Dong Baek yang merupakan seorang ibu tunggal yang membuka sebuah bar restoran bernama Camellia di Ongsan. Dong Baek tak pernah berkahwin tapi mempunyai seorang anak lelaki dan anaknya membesar dan bersekolah di Ongsan. Disebabkan statusnya sebagai ibu tunggal, dia sering dipandang serong oleh orang sekeliling. Ramai jiran - jiran yang suka mengumpatnya dan memulaukannya, namun Dong Baek hanya mampu bersabar dan tersenyum, dia terus bertahan tinggal disitu. Hidupnya mula indah bila ada seorang lelaki muda yang merupakan seorang polis bernama Hwang Yong Sik jatuh cinta padanya dan tidak segan untuk menunjukkan rasa cintanya pada Dong Baek. Walaupun Dong Baek juga suka pada Yong Sik, dia sentiasa serba salah kerana ibu Yong Sik tidak merestui hubungan mereka. Walaupun ibu Yong Sik sedar yang Dong Baek seorang wanita yang baik, namun dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Disebabkan hal tersebut Dong Baek sukar untuk menerima cinta Yong Sik, namun Yong Sik tak pernah putus asa untuk menagih cinta Dong Baek. Malah dia juga cuba mengambil hati anak Dong Baek iaitu Pil Gu. Keadaan mula jadi haru biru bila bekas kekasih Dong Baek iaitu Kang Jong Ryeol yang juga ayah kandung pada anak Dong Baek iaitu Pil Gu muncul semula dalam hidup Dong Baek. Kang Jong Ryeol seorang pemain Baseball yang terkenal dan sudah pun berkahwin dengan Jessica. Namun setelah K.Jong Ryeol yakin yang Pil Gu adalah anaknya, dia mula ingin kembali semula dalam hidup Dong Baek. Namun dalam masa yang sama Dong Baek diburu dan diancam oleh pembunuh bersiri bernama Joker kerana Dong Baek adalah satu - satunya saksi kes pembunuhan yang masih hidup. Dong Baek mula risau akan keselamatannya dan juga anaknya manakala Yong Sik berazam akan menangkap pembunuh tersebut dan melindungi Dong Baek. Apa yang berlaku seterusnya?..Korean Drama When The Camellia Blooms ini juga menang banyak anugerah dalam KBS Drama Awards 2019. Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul yang melakonkan watak sebagai Dong Baek dan Hwang Yong Sik berjaya melakonkan watak masing - masing dengan baik sekali. Aku suka tengok Gong Hyo Jin sebagai Dong Baek yang merupakan seorang wanita yang baik, lemah - lembut, penyayang. Manakala Kang Ha Neul pula nampak comel dengan karakter wataknya yang romantik gila bila dengan Dong Baek dan sangat bersungguh - sungguh untuk mendapatkan cinta Dong Baek, dia juga tak mudah putus asa. Sampai boleh terfikirlah memang untunglah siapa - siapa yang dapat lelaki yang mempunyai perangai macam Hwang Yong Sik ni hahaha. Plus keserasian antara Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul juga nampak comel dan sweet, walaupun pada realitinya usia diorang beza 10 tahun. Halangan utama percintaan antara Dong Baek dan Yong Sik ni mestilah sebab ibu Yong Sik yang tak merestui tu. Tapi of courselah penonton boleh faham mengapa dan kenapa serta sebab ibu Yong Sik tak dapat menerima Dong Baek tu. Even Dong Baek sendiri pun faham perasaan ibu Yong Sik tu kerana Dong Baek juga seorang ibu dan ada anak lelaki juga. Di permulaan cerita, drama ini memang memfokuskan tentang hidup Dong Baek serta kisah percintaannya dengan Yong Sik serta beberapa adegan flashback kisah Dong Baek dengan bekas teman lelakinya yang dulu. Namun jalan cerita jadi makin best bila pembunuh bersiri tu muncul, jadi penonton akan mula berteka - teki siapa pembunuh yang sebenar? So bila sampai part pembunuh tu semua memang jadi suspen lah kan. Siapa sangka pembunuh tu sebenarnya dekat saja dengan Dong Baek jeng jeng jeng. Sapa yang dah tengok drama ni tahulah kan siapa pembunuhnya, tapi paling kesian dekat Hyang Mi tulah yang merupakan pembantu Dong Baek yang mati di tangan pembunuh tu. Dahlah masa tu dia baru nak berubah jadi lebih baik, tup tup dah mati. Selain itu aku scene - scene yang melibatkan anak Dong Baek tu juga best dan touching gitu, sebab anaknya tu walaupun muda lagi tapi pemikirannya sangat matang, dah macam orang dewasa pula tu. Cuma satu jela yang aku tak suka dengan anak Dong Baek ni, bila last minit dia buat hal dan tak dapat menerima hubungan cinta mak dia dengan Hwang Yong Sik tu. Walaubagaimanapun dont worry ending drama Korea When The Camellia Blooms ni memang happy ending gitu. Pendek katanya drama ini memang best, tak ada moment - moment yang membosankan pun. So pada yang mencari drama - drama Korea yang best bolehlah try tengok drama ini nanti. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini. 
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga Episod 13 (Tonton Full Episode) Di TV3⏩⏩ Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Full Episode Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha Di Astro Ria

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2021/01/review-dan-sinopsis-drama-korea-when-the-camellia-blooms.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jo Byeonggyu Dilamar Terajui Drama Bersejarah Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi

Jo Byeonggyu Dilamar Terajui Drama Bersejarah Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 313 hits
Sudah pun tamat dengan penggambaran The Uncanny Counter khabarnya Jo Byeong gyu telah disambar oleh sebuah produksi tvN baru Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan r...
Kim So Hyun Menjadi Puteri Pahlawan Yang Berani Dalam Drama Sejarah Romantik River Where The Moon Rises

Kim So Hyun Menjadi Puteri Pahlawan Yang Berani Dalam Drama Sejarah Romantik River Where The Moon Rises

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 425 hits
Drama akan datang KBS 2TV River Where the Moon Rises telah mendedahkan gambar terbaru Kim So Hyun Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang dan The post appeared first on
Korean Drama The Penthouse War In Life

Korean Drama The Penthouse War In Life

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 402 hits
Korean Drama The Penthouse War In Life antara best korean drama penghujung 2020 dan awal tahun 2021 The Penthouse War in Life dibintangi pelakon utamanya Lee Ji Ah Kim So Yeon dan Eugene Penthouse cast Lee Ji Ah Kim So Yeon dan Eugene dan p...
Drama Korea Reply 1988 Trending Di Twitter

Drama Korea Reply 1988 Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 334 hits
Drama Korea Reply 1988 Trending di Twitter Kenapa tiba tiba drama korea Reply 1988 trending di twitter Best ke drama korea yang satu ini Tiba tiba rasa nak tengok pulak bila ramai yang kongsikan Reply 1988 adalah antara drama korea kegemara...
Drama The Maid

Drama The Maid

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 401 hits
Saksikan drama The Maid membawakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang Drama genre komedi thriller diarahkan oleh Helmi Yusof Akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021 setiap hari Rabu jam 9 00 m...
Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen

Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 297 hits
Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen Huhu nak tau tak sebenarnya mama ni memang mengelak dan jarang tengok Kdrama Hanya yang betul betul worth aje mama tengok Mama selalu juga tengok movie tapi Kdrama Mdrama Jdrama dan semua jenis cerita be...
Cipta Sejarah Lagi The Uncanny Counter Jadi Drama Pertama Lepasi Rating 10 Di Ocn

Cipta Sejarah Lagi The Uncanny Counter Jadi Drama Pertama Lepasi Rating 10 Di Ocn

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 301 hits
The Uncanny Counter semakin mengganas nampaknya Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai Counter dan bertugas memburu roh jahat Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyika...
Ulasan Filem The Babysitter Killer Queen

Ulasan Filem The Babysitter Killer Queen

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 346 hits
Tahun Terbit 2020 Pengarah McG Pelakon Judah Lewis Emily Alyn Lind Jenna Ortega Robbie Amell Aku tak expect pun yang Babysitter ni perlukan sebuah sekuel Filem pertama filem ni dah kemas dan cantik Walaupun ada persoalan yang sengaja diting...
Lee Sangwoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Lakonan Isteri Kim Soyeon The Penthouse 2

Lee Sangwoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Drama Lakonan Isteri Kim Soyeon The Penthouse 2

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 366 hits
Makin dah tak sabar nak tonton musim kedua The Penthouse nanti Khabarnya suami kepada pelakon Kim So yeon yang melakonkan watak Cheon Seo jin iaitu Lee Sang woo akan membuat kemunculan istimewa dalam musim terbaru drama popular itu Malah ha...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Panglima Tni Kirim Alat Airdrop Buat Terjunkan Bantuan Dari Udara Ke Warga Gaza Palestina

Video Kisah Pilu Sandra Dewi Selesai Jalani Operasi Kini Sang Suami Harvey Moeis Dibui

Kasus Harvey Moise Abraham Samad Sarankan Koruptor Di Sektor Sda Dimiskinkan Pakai Uu Tppu

Jadi Tersangka Pelaku Pembacokan Dan Korban Di Kampung Bahari Ternyata Masih Punya Hubungan Keluarga

Anak Di Pinrang Meninggal Penuh Luka Lebam Diduga Dianiaya Majikan

Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic