Ulasan Apple Iphone 11 Ini Sebab Mengapa Peranti Ini Tular Di Media Sosial



Adalah mustahil untuk tidak melihat pasangan memberikan hadiah iPhone 11 kepada kekasih di laman media sosial sejak peranti ini dilancarkan. Ia seperti Olimpik lenturan aneh tetapi baiklah setiap kali bebenang hadiah iPhone 11 tular di media sosial. Ini menimbulkan persoalan mengapa peranti ini menjadi pilihan bukannya 11 Pro Max, 11 Pro ataupun Note 10+ yang kesemuanya dijual pada harga yang lebih mahal.
Menerusi ulasan ini kami akan memberikan sebab mengapa iPhone 11 ialah peranti pilihan untuk peminat Apple bukan sahaja di negara kita Malaysia tetapi juga pada peringkat global. Kami juga akan menjawab soalan mengapa peranti ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh majoriti pengguna di luar sana.
SpesifikasiApple iPhone 11Skrin6.1″ 828 x 1792  pixel
LCD, Liquid Retina, HDR10PemprosesApple A13 BionicCip2 X 2 .65 GHz Lightning
4 X 1.8 GHz ThunderCip GrafikApple GPURAM4 GigabyteMuatan Dalaman64/128/256 GBKamera Utama12+12 Megapixel.
f/1.8+f/2.4, OISKamera Depan12 Megapixel f/2.0Bateri3110 mAh
(Pengecasan pantas 18W + Nirwayar Qi)SIM/TelefoniDwi SIM nano + eSIMNFCYaInfra MerahTiadaKalis AirIP68Sistem ImbasanWajah Face IDHarga JualanDari RM3399iPhone 11 dilengkapi skrin 6.1″ LCD dengan resolusi Liquid Retina. Ini ialah teknologi yang sama seperti XR dan ini bermakna ia mempunyai kepadatan pixel lebih rendah berbanding kedua-dua model Pro di pasaran,
Tidak seperti majoriti peranti Android di pasaran, skrin ini tidak dilengkapi sistem pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Sebaliknya sistem Face ID yang diperkenalkan pada iPhone X dikitar semula lengkap dengan takuk yang amat besar pada bahagian dahi peranti.

Sungguhpun hanya sekadar skrin LCD, iPhone 11 masih boleh memaparkan kandungan resolusi FHD dan sokongan mengesan sentuhan 120Hz seperti kedua-dua model Pro. Satu perbezaan tahun ini ialah Apple tidak lagi menyertakan sistem 3D pada kesemua model. Maka pengguna sekadar perlu berpuas hati dengan Haptic Touch. Secara lazimnya model lebih premium akan menerima fungsi yang lebih canggih tetapi tahun ini model premium kehilangan 3D Touch bagi menyama ratakan fungsi pada kesemua model iPhone 11. Seperkara lagi ialah keterangan maksimum adalah sehingga 625 nits sahaja (berbanding purata 800 nits pada 11 Pro) tanpa sokongan HDR. Di dalam video di atas kami ralat mengatakan HDR disokong pada iPhone 11.
Pemproses Apple 13 Bionic enam teras dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ini ialah pemproses telefon pintar yang paling berkuasa di pasaran sekarang dengan kesemua pemproses Snapdragon, Exynos dan Kirin gagal memberikan persaingan sengit. Dengan pemproses yang berkuasa ini peranti dapat menjalan aplikasi dengan amat lancar dan boleh bertahan sehingga tiga tahun sebelum perlu diganti.
Saiz RAM dan storan permulaan yang ditawarkan pada hemat kami adalah kecil. Ketika artikel ini ditulis memori sebesar 12GB RAM sudah menjadi standard pada peranti mercu Android. Storan 64GB sebagai permulaan adalah kurang masuk akal apabila anda menyedari iPhone 11 boleh merakam video 4K 60FPS yang pastinya akan menelan storan kosong dengan pantas. Situasi storan yang kecil ini menjadi kronik apabila anda menyedari iPhone 11, seperti iPhone terdahulu tidak menyokong kad mikroSD.
Kamera ialah sebuah lagi perbezaan yang dilakukan oleh Apple tahun ini. iPhone 11 dilengkapi sistem dwi-kamera utama 12+12 Megapixel dan kamera swafoto 12-Megapixel. iPhone 11 menjadi peranti “mampu milik” pertama Apple yang dilengkapi sistem dwi-kamera. Lensa sudut lebar dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar pada iPhone 11. Tiada sokongan sistem zum optikal pada peranti ini. Jika zum optikal adalah amat perlu bagi anda, hanya iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max menyokongnya. Kesemua kamera boleh merakam video pada resolusi maksimum 4K 60FPS.
Bateri yang disertakan tahu ini adalah sebesar 3110 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan nirwayar menggunakan format Qi. Ini adalah peningkatan kapasiti sebanyak 5.4% berbanding 2942 mAh pada iPhone XR. iPhone 11 Pro Max adalah raja bateri tahun ini dengan kapasiti 3969 mAh. Walaupun hanya peningkatan sebanyak 168 mAh, Apple menjanjikan hayat penggunaan bateri sejam lebih lama berbanding XR.
Melengkapi spesifikasi ialah sokongan bluetooth 5.0, NFC, WiFi 6 dan kemampuan kalis air IP68. Peranti boleh direndam sehingga dua meter selama setengah sejam sebelum mengalami kerosakan komponen. Tahap ketahanan ini hanya separuh berbanding 11 Pro dan 11 Pro Max.
Spesifikasi iPhone 11 adalah amat baik dan hanya mempunyai kekurangan pada pilihan storan, teknologi skrin, kemampuan kamera dan saiz bateri berbanding dua model 11 Pro tahun ini.
Rekabentuk Dan PenggunaanApple tidak percaya dengan penggunaan skrin dwi-lengkung, lubang kamera, air terjun atau bezel ultra nipis. Skrin iPhone 11 adalah rata dengan hanya sedikit bahagian sisi melengkung apabila bercantum dengan kerangka yang diperbuat daripada aluminium. Bezel pada iPhone 11 juga sedikit lebih tebal berbanding 11 Pro. Perbezaannya adalah agak ketara bagi kami kerana sudah lama menggunakan peranti premium OLED yang mempunyai saiz bezel yang amat nipis. Tetapi persoalannya adalah bezel yang tebal ini mengganggu penggunaan? Jawapannya tidak sama sekali.
Ketebalan keempat-empat bezel adalah sekata yang membuatkan muka hadapan peranti kelihatan amat seimbang. Seperti yang kami katakan di beberapa perenggan sebelum ini, tiada sokongan pengimbas cap jari terbina pada iPhone 11. Apple merasakan Face ID adalah sistem biometri yang lebih selamat. Setakat ini pertaruhan mereka pada sistem Face ID membuahkan hasil kerana ia lebih sukar dipintas berbanding sistem imbasan cap jari.
Skrin sebesar 6.1″ membuatkannya tidak lagi selesa digunakan dengan hanya sebelah tangan. Kami percaya ini bukan lagi boleh dianggap masalah kerana majoriti peranti di pasaran mempunyai saiz skrin yang setanding. Pengguna di tahun 2019 sudah biasa dengan skrin sebesar ini. Jika ini masih lagi dianggap besar, Apple ada menyertakan fungsi Reachability sejak iPhone X yang membolehkan hanya bahagian bawah skrin digunakan. Mod ini membolehkan peranti digunakan dengan sebelah tangan tetapi mengorbankan 50% skrin.
Sistem Face ID tahun ini juga adalah jauh lebih pantas dengan kemampuan mengesan wajah lebih awal dan pada sudut yang lebih besar kerana penggunaan lensa sudut ultra-lebar pada bahagian hadapan. Sungguhpun begitu Face ID masih hanya boleh digunakan apabila peranti di dalam kedudukan menegak sahaja. Mengapa sistem Face ID dari iPad Pro tidak digunakan pada iPhone 11 masih lagi misteri. Kami hanya boleh berharap pada iPhone 12 kelak, nyahkunci ketika peranti mendatar diaktifkan kerana Huawei, Samsung, Oppo dan pengeluar peranti Android yang lain tiada masalah melakukannya.
Bonjol kamera pada bahagian belakang ialah rekaan yang paling menyerlah pada iPhone 11 selain takuk Face ID yang besar pada bahagian hadapan. Lensa kamera yang besar bersama dengan flash diletakkan di dalam takuk berbentuk segi empat sama yang amat menonjol keluar dari panel belakang peranti.
Elemen rekaan berkotak ini menerima kritikan sejak dipopularkan oleh Mate 20 Pro tetapi sejak Apple menjadikannya cool, pengeluar lain seperti Samsung dan Huawei turut menggunakannya. Seperti takuk besar, bonjol kamera empat segi yang besar turut akan menjadi trend rekaan 2020. Secara peribadi kami tidak menyukai rekaan ini kerana peranti tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja. Kerangka perlu dibeli bagi mengelakkan kedua-dua lensa kamera yang bersaiz besar ini tidak tercalar.
Penggunaan kerangka juga disarankan kerana panel belakang iPhone 11 adalah licin sehingga memerangkap kotoran dengan mudah dan menjadikannya amat licin. Ini tidak menjadi masalah pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max kerana penggunaan panel kaca belakang yang pusam.
Panel kaca dipadankan dengan bingkai yang diperbuat daripada aluminium. Sisi bingkai dibulatkan bagi menjadikan peranti amat selesa di dalam genggaman tangan pengguna. Tiada masalah dengan bingkai aluminium ini cuma ia kurang tahan lasak berbanding besi tahan karat pada model Pro. Jika adan menggunakan kerangka, ia langsung tidak kelihatan.
Butang kuasa dikekalkan pada sisi kanan dan dua butang suara pada sisi kiri. Ketiga-tiganya diperbuat daripada bahan logam. Saiz suis membisukan kini lebih kecil sekitar 25% dan kedudukannya diturunkan sedikit ke bawah. Saiznya yang kecil ini mendatangkan masalah kepada pengguna walaupun pada kerangka rasmi keluaran Apple. Jari terpaksa mencungkil ke dalam untuk menggerakkan suis. Talam SIM bersaiz nano juga masih di sisi kanan. Harus diingatkan model yang dijual di Malaysia hanya menyokong satu SIM fizikal dan satu eSIM. Model dwi-SIM fizikal dijual di China sahaja.
Port pengecasan Lightning terletak pada bahagian bawah dihimpit dua kekisi audio pembesar suara. Hanya kekisi kanan berfungsi dengan kekisi kiri hanya sekadar hiasan kosmetik. Tetapi jangan risau kerana sistem audio stereo dengan Dolby Atmos disertakan cuma pembesar suara kedua diletakkan di dalam takuk skrin yang besar.
Ura-ura penggunaan port USB-C pada iPhone tidak menjadi kenyataan tahun ini. Kami adalah sebilangan kecil pengguna iPhone yang kecewa Apple mengekalkan port Lightning kerana kami ingin mengecas MacBook Air, powerbank, iPad Pro dan iPhone menggunakan satu pengecas sahaja apabila melakukan tugasan di luar pejabat. Pada waktu ini membawa dua pengecas dan dua kabel adalah melecehkan.
AntaramukaUlasan dilakukan selepas peranti dikemaskini ke iOS 13.2.3. Ini ialah kemas kini yang kelima diberikan sejak iPhone 11 dipasarkan bagi menampal pelbagai pepijat serius dan kerentanan sekuriti yang telah kami laporkan. Dukacita dimaklumkan selepas setiap kemaskini, masalah baharu akan dilaporkan pada aplikasi pihak ketiga. Twitter, Facebook, YouTube dan Instagram sehingga hari ini masih mempunyai pelbagai masalah pasca kemas kini.
Sejak mula mengulas iPhone tiga tahun yang lalu, iOS 13 ialah sistem operasi yang paling bermasalah pernah digunakan. Pengguna Apple mempunyai reputasi mendabik dada sambil mendakwa iOS ialah sistem operasi yang paling stabil dan selamat untuk digunakan. Tetapi sejak iOS 12, ini bukan lagi kebenaran tetapi berubah menjadi berita palsu. Peminat tegar Apple hanya boleh berbangga syarikat idola mereka masih mempunyai kemampuan mengemaskini perisian paling pantas di dalam industri.
Setiap pepijat baharu akan ditampal dalam masa dua minggu. Pada peranti Pixel keluaran Google sendiri mereka tidak mampu memberikan tampalan sepantas Apple. Dengan kata lain berita buruk ialah iOS tidak sestabil dahulu tetapi berita baik ialah Apple masih tidak culas memberikan kemas kini sepantas kilat.
Jadi apa yang dapat anda gunakan pada iOS 13?  Pertama sekali peranti menyokong tema gelap sepenuhnya untuk menjimatkan penggunaan bateri. Gesture baharu untuk menyunting teks turut diperkenalkan bersama dengan pengaktifan cip U1 yang memberikan arah peranti yang lebih tepat. Menerusi cip ini nama insan yang berada di depan anda (depan cip U1 dalam peranti) akan terpapar paling hadapan apabila melakukan AirDrop misalnya.
Antaramuka kawalan bunyi diberi nafas baru. Tiada lagi kotak besar yang menghalang kandungan yang ditonton. Ia kini melekap pada sisi kiri dan mengecil selepas beberapa saat. Dalam mod besar jari boleh digunakan untuk menatal ke atas atau ke bawah bagi mengawal bunyi tanpa butang fizikal ditekan.
Sistem sunting gambar dan video yang lebih berkuasa juga diperkenalkan. Tidak perlu lagi memuat turun aplikasi pihak ketiga seperti Pixelmator untuk menyunting gambar dan video. iOS 13 juga mula menawarkan fungsi yang selama ini hanya ditemui pada Android seperti bluetooth dan WiFi yang boleh diakses lebih mudah menerusi Action Center. Tekan ikon bluetooth dan WiFi untuk memilih peranti yang ingin ditambat dan rangkaian WiFi yang terbaik. Resolusi rakaman video serta tetapan bingkai juga boleh dilakukan terus dari aplikasi kamera. Sebelum ini kesemua ini hanya boleh dilakukan dengan menekan ikon Settings terlebih dahulu.
Adakah iOS 13 sistem operasi peranti pintar terbaik pernah dihasilkan? Sebagai pengguna kedua-dua sistem operasi Android dan iOS kami hanya boleh mengatakan Android memberikan lebih ruang kebebasan. Tetapi kami juga sedar pengguna iOS tidak peduli tentang kemampuan mengubah tema, mengubah ikon dan akses fail lebih mudah pada komputer Windows. Jawapan kepada soalan di permulaan perenggan ini bergantung sepenuhnya pada apa yang anda mahukan dari sebuah sistem operasi.
KameraDwi-kamera utama 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 menggunakan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar. Tiada sokongan zum optikal disertakan sebaliknya sistem zum digital sehingga 5X sahaja diberikan. Lensa sudut ultra lebarnya pula mempunyai sudut pandangan 13mm. Pada hemat Apple lensa sudut ultra lebar adalah lebih berguna berbanding optikal. Kamera hadapan pula sebesar 12-Megapixel f/2.2 dengan lensa sudut lebar.
Aplikasi kamera iOS 13.2.3 adalah minimalis dengan elemen antaramuka yang mudah difahami. Fungsi yang diberikan secara terbina ialah Panorama, Portrait, Video, Slo-mo dan Timelapse. Tiada tetapan mengubah resolusi gambar yang diambil. Pengguna hanya boleh memilih nisbah skrin 16:9, 4:3 atau 1:1 menerusi menu tambahan yang agak tersorok. Menu yang sama memberikan pilihan fungsi pemasa, flash, Live Photo dan penuras. Selepas kemas kini iOS 13.1, menu mengubah resolusi video dan kadar bingkai diletakkan terus pada antaramuka kamera.
Tetapi fungsi mengawal kamera secara manual masih belum diberikan sehingga kini. Kawalan secara manual boleh digunakan menerusi aplikasi pihak ketiga yang perlu diberi berasingan.
Akhir sekali ingin kami nyatakan iPhone 11 menyokong rakaman video pada tetapan tertinggi 4K 60FPS dan gerak perlahan 240FPS pada resolusi 1080P. Kamera hadapan juga mampu merakam video pada tetapan 4K 60FPS sekiranya perlu.

Kualiti GambarDalam ulasan iPhone 11 Pro Max, kami mengatakan kemampuan kamera peranti ini sedikit di bawah P30 Pro. Imej tidak cukup tajam dan penghasilan warna yang kurang menyerlah. Dengan Deep Fusion yang telah diaktifkan, pendapat kami mengenai kemampuan kamera iPhone 2019 telah berubah sama sekali.
Warna pada imej lebih hidup, keperincian pada objek seperti rambut dan kulit kini amat teliti. Ini anda dapat lihat pada gambar swafoto kami yang kacak di bawah. Jika ada kekurangan yang boleh kami katakan mengenai gambar di bawah ialah edge detection dalam mod bokeh masih lagi tidak sempurna. Kemampuan bokeh Mate 30 Pro pada hemat kami adalah masih di hadapan.

Satu lagi kekurangan terletak pada kemampuan zum. Zum digital sehingga 5X memberikan imej yang pecah. Kualiti zum digital iPhone 11 adalah hanya sedikit lebih baik berbanding iPhone XR. Ia langsung tidak dapat mendangi kualiti zum hibrid 10X pada P30 Pro. Juara zum pada telefon pintar masih lagiu dipegang oleh peranti Huawei.

Rakaman gambar ultra sudut lebar adalah baik dengan herotan imej yang tidak seteruk pada Note 10. Tidak banyak komen negatif yang boleh kami berikan di sini cuma mod malam tidak boleh digunakan denga lensa ultra sudut lebar. Mengapa ia tidak disokong adalah misteri. Peranti Samsung dan Huawei menyokong mod malam pada kesemua lensa yang digunakan.
Mod malam juga tidak boleh diaktifkan secara manual oleh pengguna. Perisian kamera akan menetapkan bila mod ini boleh diaktifkan berdasarkan keterangan persekitaran. Tetapi iPhone 11 tidak dipasarkan sebagai peranti Pro maka kami tidak terlalu kecewa seperti yang berlaku pada 11 Pro Max.

Mod malam akhirnya disokong pada peranti iPhone tetapi perisian generasi pertama ini masih belum cukup matang untuk menandingi mod malam peranti Huawei. Gambar yang diambil masih agak kelam dan mempunyai masalah hingar yang ketara.

AudioSistem pembesar suara stereo digunakan dengan sokongan Dolby Atmos dan spatial. Walaupun dua pembesar suara tidak menghala ke depan, kualiti audio yang dihasilkan adalah masih seimbang. Bunyi adalah lantang dan terang. Pada kekuatan maksimum bunyi yang dihasilkan adalah sedikit pecah. Bunyi agak berkecamuk dengan bass yang kurang mantap dan treble kurang rangup. Tetapi kualiti audio pembesar suara fizikal pada telefon pintar secara lazimnya memang kurang memuaskan. Pada hemat kami pembesar suara Razer Phone 2 masih lagi yang terbaik pernah dihasilkan.
Pengalaman audio menggunakan fon kepala nirwayar adalah sebaliknya. Kualiti audio adalah beberapa ganda lebih baik. Dentuman bass adalah amat, treble rangup dan kesemua audio dapat dipisahkan dengan baik. Sekali lagi kami menggunakan fon kepala Sony WH-1000XM3 kerana ia adalah yang terbaik di pasaran sekarang dan memastikan ujian adalah konsisten. Hampir kesemua codec disokong kecuali LDAC.

Penanda ArasPrestasi cip Apple A13 Bionic pada iPhone 11 adalah sama seperti yang digunakan pada iPhone 11 Pro Max. Ia mencatatkan 1335 markah untuk ujian satu teras dan 2953 markah untuk ujian multi-teras. dalam ujian Geekbench 5. Dalam ujian Antutu 3D pula ia mencatatkan 470,297 markah. Dengan tahun 2019 semakin hampir ke penghujung, setahu kami tiada peranti mercu dengan cip yang lebih terkini akan dilancarkan. Oleh itu iPhone 11, 11 Pro dan Pro Max akan kekal menjadi telefon pintar paling berkuasa di pasaran Malaysia untuk tahun 2019.
Peranti Android paling berkuasa di pasaran Malaysia ialah Asus ROG Phone 2 dengan cip Snapdragon 855+. Telefon pintar yang direka khas untuk permua ini mencatatkan 753 markah dalam ujian satu teras, 2770 markah dalam ujian multi teras Geekbench 5 dan 395,739 markah dalam ujian Antutu 3D.
Pengguna iPhone 11 dapat menikmati tatalan skrin yang lancar, tiada sela masa, melancarkan aplikasi dengan amat pantas dan menikmati permua terkini pada tetapan paling tinggi,
Kuasa memproses memang dimenangi oleh iPhone tahun ini tetapi dari segi multi-tugas kami dikecewakan. Sudah tiba masanya Apple menggunakan saiz RAM yang lebih tinggi dari 4GB. Masalah aplikasi yang disegar semula selepas hanya empat dilancarkan masih dapat kami lihat terutamanya apabila menggunakan aplikasi pihak ketiga. Kemas kini yang diberikan oleh Apple gagal menyelesaikan kejengkelan ini. Dalam kes yang lebih kronik, Chrome akan disegar semula selepas kami membuka aplikasi kamera dan Instagram. Tidak menghairankan sudah kedengaran ura-ura iPhone 12 akan dilengkapi 6GB RAM.
Raja multi-tugas pada telefon pintar masih dipegang oleh Galaxy Note 10+ dan Galaxy Fold kerana kedua-duanya dilengkapi memori 12GB yang tiga kali ganda lebih besar.
BateriKombinasi skrin LCD yang besar yang bateri yang kecil jika dibandingkan dengan peranti mercu setanding memberikan prestasi bateri sebenarnya agak menakjubkan. Selama tempoh ulasan selama dua minggu, pada penggunaan yang berat peranti boleh bertahan sehingga 13 jam dengan SOT selama 7.5 jam sahaja. Hayat penggunaan bateri bertambah ke 22 jam dengan SOT sekitar 9.5 jam pada penggunaan yang lebih sederhana.
iPhone 11 Pro Max yang mempunyai bateri lebih besar mampu memberikan SOT yang hanya sejam lama lebih dan masa penggunaan yang dua jam lebih panjang. iPhone 11 tidak merajai carta bateri tahun ini tetapi adalah di paras yang sama dengan peranti mercu Android lain dengan kapasiti bateri lebih besar. Samsung Galaxy Note 10+ yang dilengkapi bateri 4300 mAh mempunyai hayat penggunaan peranti yang setanding.
Tempoh pengecasan semula adalah sekitar 90 minit jika menggunakan pengecas pantas 18W yang  perlu dibeli secara berasingan. Untuk mengurangkan harga jualan iPhone 11, Apple hanya memberikan pengecas 5W dengan setiap pembelian.
PesaingSebagai peranti mercu terbaik, iPhone 11 sesuai dibandingkan dengan OnePlus 7T dan Samsung Galaxy Note 10 di dalam segmen peranti mercu mampu milik.
Peranti PesaingSamsung Galaxy Note 10OnePlus 7TApple iPhone 116.3″ Dynamic AMOLED QHD+, HDR10+ (401 PPI)6.55″  Fluid AMOLED FHD+, HDR10 (402 PPI)6.1″ LCD Liquid Retina (326 PPI)Exynos 9825
2 X 2.73 GHz Mongoose M4
2 X 2.4 GHz Cortex A75
4 X 1.9 GHz Cortex A55Snapdragon 855+
1 X 2.96 GHz Kryo 485
3 X 2.42 GHz Kryo 485
4 X 1.80 GHz Kryo 485A13 Bionic
2 X 2.65 GHz Lightning
4 X 1.8 GHz Cortex A55Mali-G76 MP12Adreno 640Apple GPU8 Gigabyte8 Gigabyte4 Gigabyte256 Gigabyte UFS 3.0128/256 Gigabyte UFS 3.064/128/256 GigabyteKamera Utama 12+16+12 Megapixel (f/1.5+f/2..1+f/2.2), OIS, PDAF, Zum Optikal 2XKamera Utama 48+16+12 Megapixel (f/1.6+f/2.2+f/2.2), OIS, PDAF, Zum Optikal 3XKamera Utama 12+12 Megapixel, (f/1.8+f/2.4), OIS, Lensa sudut ultra-lebarKamera Hadapan 10-Megapixel f/2.2Kamera Hadapan 16-Megapixel f/2.0Kamera Hadapan 12 Megapixel f/2.2IP68TiadaIP683500 mAh (Berwayar 45W)/Nirwayar 15W)3800 mAh (Berwayar 30W)3110 mAh (Berwayar 18W/Nirwayar Qi)RM 3699RM 2799Dari RM 3399KesimpulanMengapa peranti ini menjadi pilihan majoriti peminat Apple? Pertama sekali kerana ia adalah peranti mercu Apple yang paling mampu milik di pasaran. Ia juga menawarkan kemampuan kamera, bateri dan perisian yang amat baik. Mungkin ada yang mengatakan skrin LCD tidak lagi sesuai untuk peranti mercu 2019. Kami bersetuju dengan kenyataan ini tetapi bagi majoriti pengguna yang tidak pernah menggunakan peranti berskrin OLED, perbezaan keterangan skrin dan sokongan HDR tidak akan dirasai.
Dari pengalaman kami kemampuan kamera dan bateri adalah jauh lebih penting berbanding skrin ataupun audio. Di dalam kategori ini iPhone 11 lulus dengan cemerlang. Selepas fungsi Deep Fusion diberikan menerusi iOS 13.1, gambar yang diambil adalah amat menakjubkan walaupun sekadar menggunakan sensor 12-Megapixel. Pada waktu yang sama iPhone masih merajai kemampuan rakaman video kerana tiada masalah kadar bingkai tidak sekata dan audio yang sekata.
Bateri 3110 mAh iPhone 11 memberikan hayat penggunaan yang setanding dengan Note 10+ yang dilengkapi bateri 4300 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas yang lebih dari memuaskan. Namun begitu Apple agak bakhil kerana enggan memberikan pengecas pantas 18W dengan setiap pembelian.
Dalam dunia yang sempurna semua orang mahukan sebuah Ferrari yang berkuasa lengkap dengan fungsi tambahan kelas mewah. Tetapi di dunia sebenar majoriti pengguna tidak mempunyai akaun bank seperti seorang Bossku. Oleh itu jika Ferrari tidak mampu dimiliki, sebuah Tesla adalah lebih dari mencukupi. Masih lagi mampu memecut sepantas Ferrari  tanpa perlu memaksa anda menggadai tanah pusaka. iPhone 11 Pro ialah Ferrari manakala iPhone 11 ialah sebuah Tesla. Kedua-duanya masih lagi lebih mahal berbanding sebuah MyVi tetapi jika anda mampu membeli Tesla kenapa perlu kekal dengan MyVi?
Apple iPhone 11 dijual di Malaysia pada harga bermula RM3399 sebuah. Kami menyarankan peranti ini kepada mereka yang mahukan kemampuan kamera dan pemproses setanding iPhone 11 Pro Max tanpa perlu membayar RM4899 untuk model paling asas.
KELEBIHANKEKURANGANTelefon pintar dengan pemproses paling berkuasa di pasaran sekarang.Kemasan premium amat selesa di dalam genggaman tangan.Melancarkan aplikasi dengan amat pantas.Kemampuan kamera yang amat baik untuk fotografi dan videografi.Sokongan kemas kini perisian terbaik dalam industri. Kerentanan dan pepijat dibaiki dengan amat pantas.Ketahanan bateri yang baik walaupun berkapasiti kecil.Skrin LCD pada peranti mercu di tahun 2019 tidak boleh dimaafkan.Masih terdapat masalah multi-tugas selepas lima kemas kini diberikan.Pengecas pantas tidak diberikan dengan pembelian.Bonjol kamera yang terlalu besar.Zum digital tidak sebaik zum optikal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/11/ulasan-apple-iphone-11-ini-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Apple Iphone 11

Ulasan Apple Iphone 11

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 236 hits
https ift tt eA8V8J Apple iPhone 11 merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple untuk tahun ini dimana ia hadir dengan sejumlah ciri ciri terbaru sokongan cip pemprosesan berkuasa dan penggunaan dwi kamera dibahagian belakang iPhone 11 ...
Kisah Disebalik Hari Thanksgiving Yang Sedang Tular Di Media Sosial

Kisah Disebalik Hari Thanksgiving Yang Sedang Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 325 hits
Sambutan hari Kesyukuran atau Thanksgiving merupakan hari cuti kebangsaan bagi rakyat Amerika Syarikat dan Kanada Namun begitu perayaan atau sambutan ini tiada kena mengena dengan upacara keagamaan tapi lebih kepada sambutan kebudayaan Peng...
Polri Tindak 3 Polisi Pamer Kemewahan Di Media Sosial

Polri Tindak 3 Polisi Pamer Kemewahan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 205 hits
Argo menyebut penindakan itu dilakukan sebelum Kapolri Jendral Idham Azis mengeluarkan surat telegram yang berisi larangan hidup hedonisme Mereka ditindak berdasarkan Perkab Kapolri Tahun 2017
Revolusi Dan Sejarah Logo Apple Yang Ramai Pengguna Iphone Tak Tahu

Revolusi Dan Sejarah Logo Apple Yang Ramai Pengguna Iphone Tak Tahu

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 752 hits
Apple hanya satu perkataan biasa yang jika sekali dengar apa mungkin nama itu cukup komersial untuk pasaran antarabangsa Boleh dikatakan logo dari Apple ini menerima banyak juga spekulasi yang menyatakan kenapa ia harus apple Sejarah apple ...
Apple Mungkin Akan Lancarkan Model Iphone 2 Kali Setahun Bermula Tahun 2021

Apple Mungkin Akan Lancarkan Model Iphone 2 Kali Setahun Bermula Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 284 hits
Penganalisis J P Morgan menjangkakan Apple bakal membuat strategi baharu bermula tahun 2021 dengan melancarkan model utama 2 kali dalam masa setahun Seperti yang diketahui Apple buat sekian lamanya hanya melancarkan model iPhone sekali saha...
Cara Dapat Duit Dengan Media Sosial

Cara Dapat Duit Dengan Media Sosial

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 319 hits
CN percaya pasti rata rata dikalangan kita ada satu akaun media sosial sama ada facebook atau instagram Ataupun konon konon media social influencer macam CN ni mesti ada kedua dua akaun facebook dan instagram untuk menyebarkan pengaruh dan ...
As Gesa Platform Media Sosial Sekat Akaun Pemimpin Iran

As Gesa Platform Media Sosial Sekat Akaun Pemimpin Iran

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 258 hits
AS gesa platform media sosial sekat akaun pemimpin Iran Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Nov 2019 1 41PM
Kerajaan Bekerja Keras Untuk Membasmi Gejala Buli Siber Di Laman Media Sosial

Kerajaan Bekerja Keras Untuk Membasmi Gejala Buli Siber Di Laman Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 376 hits
Isu pembulian siber di laman laman media sosial semakin menular terutamanya di laman laman media sosial kebelakangan ini dan justeru itu pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dilihat sedang berusaha keras unt...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat