Ulasan Ahli Politik Yang Tak Malu Bercakap Soal Maruah


malaysiakini.com
Nor Miswary Ramli
Diterbitkan: Jan 30, 2022 1:05 PM

ULASAN | Ironi sungguh apabila mendengar Muhyiddin Yassin baru-baru ini membangkitkan soal maruah apabila Ketua Bersatu Tebrau Mazlan Bujang bertindak keluar dari parti yang dipimpinnya

Dakwa mantan perdana menteri Langkah Sheraton itu lagi, pengumuman Mazlan tidak akan menjejaskan parti berkenaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Muhyiddin dan orang politik faham bahawa penafian tersebut hanya untuk menyedapkan hati. Muhyiddin sedar pengumuman tersebut sudah tentu akan menjejaskan persiapan Bersatu menghadapi PRN Johor. Dalam hati, dia sendiri tahu.

Tambah malang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang jenis tidak berani menyebut nama tumpang seronok menempelak Muhyiddin apabila secara sinis turut menyindir kenyataan presiden Bersatu tersebut. Kata Zahid mengata pasal maruah pemimpin keluar parti ibarat ‘tepuk air di dulang’.

Masing-masing serba tidak kena sekarang. Baik Umno, Bersatu termasuklah PAS dengan itiknya dan segala jenis haiwan terus-menerus mempersoalkan kesetiaan Umno untuk terus bersama Muafakat Nasional.
Cuma apa yang hendak saya syarahkan ini bukanlah hal-hal untuk menyedapkan hati mereka. Saya cuma mahu bercerita mengenai politik bermaruah yang dipersoalkan oleh Muhyiddin, walhal dia bersama-sama ahli-ahli Parlimen yang lainlah yang 'terpaling' tidak layak untuk bercakap soal maruah.

Sudah menjadi pengetahuan umum “scheme of things” cetusan idea Muhyiddin yang berjaya memalingkan mereka yang menang dan mendapat kuasa melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan kemudiannya secara tidak bermaruah bersepakat merompaknya di tengah jalan, mengkhianati mandat rakyat dan tiba-tiba menjadi kerajaan yang baru dengan dia sebagai perdana menteri.

Politik bermaruah tidak ada pada mana-mana manusia yang kita lihat di Hotel Sheraton Petaling Jaya pada malam itu, termasuklah daripada parti pak lebai sekali pun. Tidak ada.

Pemimpin PH lebih bermaruah dalam berpolitik. Biarpun dizalimi dengan sepak terajang politik Malaysia yang kini tidak lagi mempunyai padang sama rata, pemimpin PH kekal dengan politik bermaruah. Langkah Sheraton boleh menjadi saksi perbandingan antara ahli politik yang bermaruah dan yang tidak.

PH menjadi kerajaan persekutuan dengan memasuki dan memenangi PRU14. Kerajaan yang sah ini kemudiannya dirompak di tengah jalan, dikhianati melalui tipu muslihat dan imbuhan tanpa malu dan segan. “Rompakan” ini diketuai oleh mereka yang hari ini bercakap soal maruah di depan anak-anak bangsa kita yang telah memberi mandat melalui jalan demokrasi dengan peti undi sebagai pintunya.

Tidakkah mereka rasa malu pada diri mereka sendiri?

Biarpun kecewa dan marah dengan pengkhianatan mereka, PH tidak merusuh dan tidak melakukan kerosakan sehingga menjejaskan keindahan demokrasi. Kesabaran PH teruji apabila satu demi satu kerajaan negeri pimpinannya tumbang akibat Langkah Sheraton. Sebaliknya, PH bingkas bangun dan menjadi pembangkang yang lebih bertenaga. Kami biasa menjadi pembangkang dan kembali menjadi pembangkang yang bermaruah bukanlah sesuatu yang sukar.

Namun, apakah yang terjadi selepas itu? Pertukaran perdana Menteri berlaku sekali lagi selepas Umno mengambil alih peranan dengan “mengkhianati” kerajaan yang dianggotai mereka sendiri.
Sejarah menjadi saksi melihat kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang selepas ahli-ahli parlimen Umno menarik sokongan. Siapa yang khianat? Siapa yang tidak bermaruah? Adakah ahli-ahli Parlimen PH?

Malah sehingga rencana ini ditulis, PH masih berpegang teguh dengan perjanjian persefahaman yang ditandatangani bersama kerajaan persekutuan walaupun ada di kalangan ahli-ahli parlimen yang duduk dalam kabinet adalah mereka yang mengkhianati kami. Ahli-ahli Parlimen PH masih bangun berdiri, melawan, membantah keras, berbahas dan berhujah dengan kerajaan di Dewan Rakyat dengan maruah di dada.

Rakyat sedar, bukan PH yang mengkhianati mandat yang mereka berikan. PH menang dan dipilih menjadi wakil mereka. Menjaga maruah kami di mata rakyat jauh lebih utama berbanding di depan mereka yang pernah mengkhianati kami.

Di Johor misalnya, selepas Adun Kempas Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember tahun lalu, kerajaan Johor yang dipimpin Menteri Besar dari Umno, Hasni Mohammad masih lagi boleh mentadbir walaupun hanya dengan satu majoriti. Itu janji pemimpin PH Johor.

Janji ini dibuat bagi mengelakkan berlakunya PRN dan tentunya ia demi kebaikan rakyat Johor juga. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa pemimpin PH Johor adalah ahli politik yang bermaruah.

Pemimpin PH Johor tidak pernah mendesak untuk diadakan PRN. Keutamaan PH Johor adalah rakyatnya yang baru sahaja bertatih mahu bangkit daripada segala derita akibat pandemik Covid-19. PH mahu keselamatan dan kesihatan rakyat diutamakan berbanding pertandingan politik yang melelahkan.

PH sedar bahawa maruah rakyat tidak boleh diinjak-injak hanya untuk memuaskan nafsu ahli politik yang seperti tidak berpenghujung ini.

Mengapa PRN Johor masih diperlukan jika penggal ini hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi menjelang PRU akan datang? Bermaruahkah kita jika masih mahu mengadakan pilihan raya ketika rakyat sedang menderita dengan keadaan ekonomi yang masih turun naik ini?

Menuju pengumuman tarikh PRN Johor yang mungkin akan dibuat selepas Tahun Baru Cina nanti, apa yang boleh saya syorkan kepada Bangsa Johor mungkin tidak begitu penting namun boleh dibuat panduan dalam membuat keputusan.

Bangsa Johor mempunyai harga diri dan maruah untuk dipertahankan dalam PRN kali ini. Bangsa Johor tidak lagi boleh membiarkan ahli-ahli politik yang tamak harta dan rakus kuasa serta menjadikan pengundi sebagai alat untuk memberikan mereka kuasa, supaya kuasa tersebut boleh diagihkan kepada dua-tiga kerat orang yang berada di sekeliling mereka.

Bangsa Johor mempunyai maruah yang tidak boleh diperkotak-katikkan oleh ahli-ahli politik yang tanpa malu dan segan mendakwa mereka pembela bangsa dan agama, sedangkan merekalah yang mensia-siakan dan membazirkan segala-galanya termasuk harta dan khazanah negara, warisan hutan dan masa berharga anak-anak bangsa kita.

Bangsa Johor mempunyai maruah untuk diteriakkan ke telinga ahli-ahli politik yang berbuat sesuka hati, lagak kuasa itu harta mereka dan kita hanya menjadi khadam pemberi kuasa – mahu dipanggil kita datang, mahu dihalau kita pergi.

Pemimpin PH adalah pemimpin yang bermaruah - melawan ketika tegak dan ketika rebah, basah dek luka dan air mata. PH tidak akan sesekali meremehkan maruah rakyat yang ada hak untuk memilih dengan adil dan saksama.

Pemimpin PH bukanlah mereka yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan atau kerajaan dalam kerajaan sehingga menumbangkan lawan dalam diam dan tanpa belas ehsan. Pemimpin PH sama seperti Bangsa Johor, kita mempunyai maruah untuk dijadikan panduan – agar yang bobrok tidak lagi ada kesempatan untuk melakukan tipu daya dan pengkhianatan.

Bangsa Johor yang akan memulakan. Kali ini kita bermula dari selatan. Bangsa Johor akan mengaum sampai ke utara untuk memberi makna sehingga ke Putrajaya – bahawa maruah perlu dipertahan dan dibela agar yang naik memerintah adalah mereka yang memahami derita dan bukanlah mereka yang hanya gila untuk berkuasa.

Nor Miswary Ramli merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Tulisan ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/ulasan-ahli-politik-yang-tak-malu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Ahli Politik Diminta Ambil Ujian Personaliti

Prn Johor Ahli Politik Diminta Ambil Ujian Personaliti

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 179 hits
Sinar HarianHalim berkata ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri Gambar Sinar Harian SHAH ALAM Ahli politik negara termasuk calon Pilihan Raya Negeri Johor digesa mengambil uj...
Kena Hina Sampai Tahap Gaban Pun Nak Melutut Lagi Pada Umno Tak Malu Kah Nak Kuasa Jual Maruah Parti

Kena Hina Sampai Tahap Gaban Pun Nak Melutut Lagi Pada Umno Tak Malu Kah Nak Kuasa Jual Maruah Parti

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 195 hits
JAMZURI ARDANIPresiden Umno kata eloklah Presiden PAS tukar profession dari seorang ahli politik kepada ahli zoologi Sampai macam tu dia hina pun masih dok melutut lagi kat Umno Langsung tak ada harga diri dah
Susi Soal Pesawatnya Diusir Dari Bandara Malinau Tak Ada Unsur Politik

Susi Soal Pesawatnya Diusir Dari Bandara Malinau Tak Ada Unsur Politik

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 120 hits
Mantan Menteri Kelautan dan Perikan itu justru prihatin dan sedih dengan anaknya Nadine yang juga sebagai Sekretaris Perusahaan Susi Air
Umno Cakap Soal Maruah Tapi Masih Julang Pemimpin Bbrmasalah Integriti

Umno Cakap Soal Maruah Tapi Masih Julang Pemimpin Bbrmasalah Integriti

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 208 hits
BANGI Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa UMNO mahu bergerak solo bukan sebab tamak tetapi demi menjaga maruah adalah ironi kerana bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun keladi Presiden Parti BERJASA Ustaz Haji Zamani Ibrahim b...
Boleh Ke Blog Ini Bercakap Politik Dan Produk

Boleh Ke Blog Ini Bercakap Politik Dan Produk

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 188 hits
Apa salahnya DEMOKRASI Apa salahnya cakap politik dan jual barang Apa salahnya cakap politik dan jadi jutawan bukan ikut pintu belakang Apa salahnya berbeza pendapat tentang politik tetapi boleh bersatu hati dalam ekonomi memajukan diri Dan...
Di Gelar Itik Patah Kaki Sekali Zahid Suruh Tukar Profesion Dari Jadi Ahli Politik

Di Gelar Itik Patah Kaki Sekali Zahid Suruh Tukar Profesion Dari Jadi Ahli Politik

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 168 hits
PRN JOHOR Ahmad Zahid Hamidi mempunyai cara tersendiri untuk membalas label yang diberikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas partinya Umno
Eloklah Tukar Profesion Dari Ahli Politik Jadi Zoologi

Eloklah Tukar Profesion Dari Ahli Politik Jadi Zoologi

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 5 2022 11 16 AMPRN JOHOR Ahmad Zahid Hamidi mempunyai cara tersendiri untuk membalas label yang diberikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas partinya Umno Jelas tidak senang dengan gelaran itik patah kaki ...
Adakah Ph Akan Bantu Selamatkan Ismail Soal Puad

Adakah Ph Akan Bantu Selamatkan Ismail Soal Puad

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 135 hits
January 31 2022 Puad Zarkashi mencadangkan supaya Ismail mengadakan PRU untuk membolehkan kerajaan mendapat mandat lebih selesa PETALING JAYA Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan sedia ada tidak akan tumbang walaupun Pe...
Kami Kurang Bercakap Tinggal Dengan Adiknya Jeongyeon Twice Gong Seungyeon Kongsi Kehidupannya Kini

Kami Kurang Bercakap Tinggal Dengan Adiknya Jeongyeon Twice Gong Seungyeon Kongsi Kehidupannya Kini

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 172 hits
Gong Seung yeon baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Cosmopolitan Pada penghujung tahun 2021 Gong Seung yeon telah memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Wanita Baharu Terbaik untuk filem Aloners di Anu...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki