Ulama Yemen Ziarah Pusara Zara Qairina Di Sipitang


Ulama Yemen Ziarah Pusara Zara Qairina Di Sipitang
Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh, sebentar tadi berkongsi beliau mengiringi Syeikh Niyaz Al Adeni, seorang ulama dari Yemen, menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol.
“Petang ini saya berbesar hati mengiringi Syeikh Niyaz Al Adeni, ulama dari Yemen, menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.
Gambar: Abd Rahman Mohd Noh/FB Menurut beliau, ulama berkenaan telah menitipkan doa buat arwah dan berharap agar perjuangannya terus menjadi inspirasi ramai.
“Alhamdulillah, beliau mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin, dan perjuangannya terus menjadi inspirasi buat kita semua.
“Doa ulama adalah tanda kasih dan penghormatan yang tinggi,” katanya.
Tragedi yang merentap hati ramai Kisah tragis yang menimpa Zara Qairina, 13, telah merentap hati seluruh rakyat Malaysia.
Namun, kesedihan itu tidak hanya bergema di tanah air. Siapa sangka, berita duka ini turut mengundang rasa pilu masyarakat dunia yang bahkan tidak mengenalinya secara peribadi.
Untuk rekod, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai.
Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.
Pada 9 Ogos, jenazah Allahyarhamah telah digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I bagi tujuan bedah siasat.
Arwah kemudian dikebumikan semula pada 10 Ogos.
Solidariti dunia di ruang maya Di media sosial, suara solidariti masyarakat dunia berkumandang melalui kempen **#JusticeforZara** yang membanjiri ruang maya.
Hashtag itu kini bukan sahaja trending di Malaysia, malah menjadi laungan bersama di pelbagai negara termasuk **Indonesia, Filipina, Kemboja, Jepun, China** dan lain-lain.
Malah, kisah Zara turut mendapat liputan meluas daripada media serantau serta di peringkat Asia, membuktikan bahawa tragedi ini turut dirasai oleh masyarakat antarabangsa.
Setiap perkongsian, komen, dan doa yang dihantar dari ribuan batu jauhnya adalah tanda bahawa dunia mengambil berat terhadap kejadian yang menimpa arwah.
Dunia kini menanti jawapan, tindakan, dan kepastian agar tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.
Sebagai masyarakat, kita perlu menjadikan insiden ini sebagai pengajaran. Tiada lagi anak harus menjadi mangsa, dan tiada lagi keluarga yang terpaksa meratapi kehilangan insan tersayang.
BACA: Kertas Siasatan Kes Zara Qairina Dirujuk Semula Ke Pejabat Peguam Negara
Sumber: Abd Rahman Mohd Noh/FB
The post Ulama Yemen Ziarah Pusara Zara Qairina Di Sipitang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/17/ulama-yemen-ziarah-pusara-zara-qairina-di-sipitang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 400 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

Bedah Siasat Jasad Zara Qairina Selesai Dikebumi Semula Di Sipitang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 305 hits
KOTA KINABALU Selepas lebih tujuh jam berada di bilik forensik jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 akhirnya dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth pada jam 9 20 malam tadi Van jenazah yang membawa jasad remaja i...
Kisah Zara Qairina Dari Asrama Ke Liang Lahad

Kisah Zara Qairina Dari Asrama Ke Liang Lahad

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 272 hits
Kisah Zara Qairina Monolog Jiwa Kisah Zara Qairina Dari Asrama Ke Liang Lahad 16 17 Julai 2025 SMKA Tun Datu Mustapha Papar Sabah Malam yang sunyi membawa bisik yang tidak berganjak selembar hidup muda terserak di tepi longkang dan pertanya...
Semoga Ada Keadilan Buat Allahyarhamah Zara Qairina

Semoga Ada Keadilan Buat Allahyarhamah Zara Qairina

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum SA mengikuti dan membaca setiap update tentang kes arwah adik Zara sampailah update tentang kuburnya digali semula untuk post mortem kesedihan dan suara semua rakyat Malaysia mahukan keadilan tak kira siapa pesalahnya anak s...
Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

Menahan Diri Keluar Kenyataan Bedah Siasat Peguam Ibu Zara Qairina Pilih Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 288 hits
Pasukan peguam yang mewakili Puan Noraidah Lamat 45 ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan laporan bedah siasat anaknya Keputusan ini dibuat b...
Lagu Justice For Zara Qairina Tular Jadi Suara Solidariti Netizen

Lagu Justice For Zara Qairina Tular Jadi Suara Solidariti Netizen

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 554 hits
KUALA LUMPUR Sebuah lagu rap berjudul Justice For Zara Qairina ciptaan sepenuhnya oleh Norsalim Ali kini menjadi fenomena di media sosial susulan kematian tragis pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limaua...
Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 315 hits
PEKAN Pengusaha sekolah agama dan maahad tahfiz di Pahang dinasihatkan agar lebih prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar khususnya dari aspek keselamatan keselesaan serta disiplin Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ab...
Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

Syukur Task Force Jsj Bukit Aman Satu Daripada 4 Tuntutan Keluarga Zara Qairina Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 268 hits
Demi keadilan untuk arwah Zara Qairina pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat 45 telah mengemukakan empat tuntutan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara Dalam kenyataan media peguam keluarga Allahyarham Shahlan Jufri Rizwandean M Borhan dan Mo...
Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Ultimate Gravy Recipe No Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Pitch Your Startup To Investors

Nasi Goreng Daging Salai

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam