Ujiannya Sama Tapi Keperluannya Berbeza Beza


UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ISU BANJIR  masih lagi ada. Masih ada mangsa yang berada di pusat pemindahan mangsa yang disediakan mengikut kawasan masing-masing yang berhadapan dengan masalah banjir ketika ini. Ada kawasan yang sudah surut dan hanya perlu membersihkan kesan banjir ketika ini. Ianya juga bukan hal mudah untuk dilakukan ya. Dalam waktu yang sama masih ada yang terus terperangkap dan memerlukan bantuan dengan kadar paling segera. Nyawa.
Ujiannya sama tapi keperluannya berbeza-beza. COVID19 masih ada. Hati-hati semua ya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini masing-masing harus berkumpul beramai-ramai dalam satu tempat demi menyelamatkan diri dan untuk mendapatkan tempat perlindungan dan kediaman sementara waktu. Waalu mungkin tidak dapat dielak duduk berasak-asak, namun tetap terus berdoa untuk Allah lindungi kita semua.
Kelantan. Terengganu. Pahang. Selangor [Lembah Klang, Shah Alam, Petaling, Hulu Langat]. Perak. Negeri Sembilan. Melaka. Di Pahang ada adik ipar PC. Di lembah Klang ada anak jiran PC. Di Hulu langat ada kawan dulu masa PC kerja. Di Terengganu ada kawan dari zaman sekolah PC. Dari pelbagai negeri dan tempat serta kawasan. Ujiannya sama iaitu banjir tetapi keperluannya berbeza-beza satu dengan yang lain. 

Ada yang memang dahsyat banjirnya sehingga berbaki lebih kurang sejengkal sahaja bumbung rumah yang kelihatan. Ada yang cuma paras lutut air naik dan masuk hari kedua semuanya kembali pulih, air surut yang tinggal hanya lumpur tebal. Ada juga sehingga kini menghadapi masalah banjir termenung. Bila saling berkomunikasi keperluan mereka ini berbeza-beza. Ada yang seratus peratus memerlukan makanan, tempat tinggal dan pakaian juga. Ada juga yang hanya perlukan bantuan untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Dan ada diantara mereka ini cuma minta sentiasa disokong dengan doa dan kata-kata semangat.
Setiap orang memerlukan bantuan yang berbeza-beza ikut keperluannya. Bantuan sentiasa ada, dapat atau tidak berbalik pada yang mengurus dan hujungnya sama ada rezeki atau bukan rezeki mangsa sahaja. Allah itu SENTIASA MELIHAT. Malaikat itu tidak lelah mencatat. Nak bising-bising pun tidak ada gunanya.
Satu sahaja, kalau dilihat pada pandangan mata kasar, ujian banjir ini melibatkan beberapa buah negeri dan kawasan-kawasan tertentu di dalamnya. Namun kalau diperhalusi ianya adalah ujian untuk semua rakyat Malaysia khasnya. Bahaya juga sebenarnya.Mangsa bencana alam. Mangsa media sosial. Setiap hari mata hati perlu lebih besar dan cerewet memilih apa yang mahu dimaklumi sebagai berita. 
Tinta Perdu Cinta ❤UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/12/ujiannya-sama-tapi-keperluannya-berbeza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Semua Sama Hanya Berbeza Status Anggota Polis Kongsi Makanan Dengan Banduan Dipuji Netizen

Kita Semua Sama Hanya Berbeza Status Anggota Polis Kongsi Makanan Dengan Banduan Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 344 hits
Tular di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang anggota polis yang baik hati berkongsi makanannya dengan banduan di penjara ketika makan berdekatan dengan sel tahanan Video itu dikongsikan pengguna TikTok PakPol39 atau nama sebe...
Sabar Ajelah Muka Comel Suci Murni Tapi Perangai Hanya Tuannya Saja Yang Tahu Sinki Pun Boleh Diterbangkan

Sabar Ajelah Muka Comel Suci Murni Tapi Perangai Hanya Tuannya Saja Yang Tahu Sinki Pun Boleh Diterbangkan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 264 hits
WAJAH seekor kucing yang kelihatan sedang bertenggek di atas sebuah sinki yang dikongsikan pemiliknya baru baru ini kelihatan cukup suci dan murni Namun di sebalik wajah comel dan innocent itu tersembunyi 1001 macam kenakalan yang hanya dik...
Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak

Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 206 hits
Fikir Dulu Sebelum Bercakap Niat Baik Tapi Teguran Dengan Cara Mencarut Dilarang Syarak MULUT merupakan salah satu anggota badan yang sangat penting dalam hidup manusia Pada hari kiamat nanti mulut yang mampu bercakap ini akan dikunci oleh ...
Bapa Langgar Bayi Sendiri Sampai Cedera Tapi Tipu Pihak Hospital Kononnya Anak Ditendang Lembu

Bapa Langgar Bayi Sendiri Sampai Cedera Tapi Tipu Pihak Hospital Kononnya Anak Ditendang Lembu

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 327 hits
Percubaan seorang buruh binaan warga Myanmar menipu pihak Hospital Sultanah Bahiyah kononnya bayi perempuannya berusia setahun cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu gagal selepas kantoi ketika memberi keterangan kepada pihak poli...
Umur Dah Cecah 14 Bulan Tapi Berat Badan Masih 8kg Doktor Dedah Rupanya Pemakanan Salah

Umur Dah Cecah 14 Bulan Tapi Berat Badan Masih 8kg Doktor Dedah Rupanya Pemakanan Salah

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 249 hits
Semua orang sayang anak Tiada orang yang tidak sayang anak Ada anak yang patuh ada anak yang agak degil Namun itu tidak mengurangkan rasa sayang kita pada anak Bukan sekali melihat seorang kanak kanak yang datang secara emergency ke klinik ...
Tragedi Yang Menyedihkan Tapi

Tragedi Yang Menyedihkan Tapi

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 258 hits
Tau tak Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di Chi...
B4yi Baru Lahir Dah Ada Gigi Ramai Cakap Bawa Tuah Tapi Doktor Saran Cabut

B4yi Baru Lahir Dah Ada Gigi Ramai Cakap Bawa Tuah Tapi Doktor Saran Cabut

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 357 hits
Gigi natal merupakan gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan Kebiasaanya gigi ini akan dibuang kerana akarnya tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan Keadaan ini sangat jarang berlaku se...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


See Spot Spa Hotels Are Ready To Pamper Your Pup

Hiburan Tengok Dia Ikhlas Minta Maaf Atau Tidak Ellie Suriaty Setuju Bertemu Imran Bard Jadi Penentu Untuk Urusan Saman

Resepi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa Dari Saudari Roha Adrinna

Siapa Nak Idea Lauk Buka Puasa Dan Sahur

Dia Naik Bas Untuk Staf Drama Dedah Park Bogum Adalah Orang Paling Baik Dia Pernah Jumpa

Orang Baik Tak Da Ka Lam Umno