Ujian Pencarian Murid Pintar Ukm1 Genius Pintar 2025


Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 akan bermula pada 10 Mac sehingga 31 Mei 2025.
Apakah Kolej GENIUS@Pintar ? Kolej GENIUS@Pintar, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya.
Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).
Kurikulum Kolej GENIUS@Pintar, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar.
Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.
Kolej GENIUS@Pintar, UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “GENIUS@Pintar Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “GENIUS@Pintar High School Diploma” pada Tahap 2.
Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar, UKM.
Apakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM1? Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun.
Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.
Ia adalah bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.
Bagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat.
Setiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei. Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun. Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my Tatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej GENIUS@Pintar Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3.
Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.
Murid-murid terpilih yang melepasi ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan untuk mengikuti satu program pengayaan (enrichment) yang dipanggil Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) sama ada di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
PPCS yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini menyediakan program dan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberikan pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian dan lawatan sambil belajar. Terdapat lebih daripada 30 aktiviti pengayaan yang ditawarkan. Antara contoh aktiviti pengayaan yang menarik yang ditawarkan adalah kelas Robotik, Crime Scene Investigation, Genetic Engineering, Young Physicist, Fast-Paced Biology, Star Rangers dan pelbagai lagi
Asas kepada pembinaan PPCS adalah untuk menyediakan program dan aktiviti mencabar yang bersesuaian dengan kebolehan kognisi tinggi murid pintar dan berbakat dalam membentuk mereka menjadi modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal pemikir dan pencipta pada masa hadapan.
Bagi murid-murid berumur 11 hingga 12 tahun, mereka akan melalui ujian saringan yang seterusnya dan sekiranya mereka melepasi semua ujian saringan ini, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga (3) buah sekolah seperti berikut:
Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan; Kolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan; dan Akademi Sains Pendang (ASP) di Kedah. Bidang Pengkhususan Ketiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:
Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN)
Pengkhususan bidang Sains Tulen Pengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital Kolej GENIUS Insan (KGI)
Pengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli * Murid juga perlu melalui satu lagi ujian saringan hafazan sebelum ditawarkan ke kolej ini.
Akademi Sains Pendang (ASP)
Pengkhususan bidang Sains Tulen Tarikh Ujian UKM 1 Ujian Saringan Pertama : 10 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025
Baca juga: Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online
Siapa Yang Layak Menduduki Ujian Genius@Pintar? Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.
Murid Islam : 8 tahun / Tahun 2 Murid pelbagai agama / bangsa : 9 – 15 tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3 Kelebihan / Keistimewaan Murid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di tiga (3) buah sekolah ini, akan memperoleh  pendidikan  yang  menyokong  keperluan  kebolehan kognitif mereka yang tinggi, mendapat pengalaman  pendidikan  yang  mencabar  dan  berteknologi  tinggi menerusi kurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid), mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.
Menerusi program pintar dan berbakat ini potensi dan bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum.
Murid juga mempunyai  peluang  untuk  menjalankan  penyelidikan  dengan  bimbingan  daripada pakar bidang/profesor di universiti dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor.
Selain itu, murid juga berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ imersion) dan mempunyai peluang  bersaing  di  peringkat  dunia / antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.
Cara Permohonan Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut: https://ukm1.permatapintar.ukm.my
Maklumat Lanjut Sebarang persoalan atau maklumat lanjut anda boleh semak pada alamat dan butiran berikut:
Telefon +(603) 8921 7503 (General Enquiries) Fax: +(603) 8921 7525 E-mail: [email protected] Alamat*:
Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
*Pejabat dibuka setiap hari Isnin dan Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-ukm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-ukm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 129 hits
Ujian Sumatif Penggal 1 2025 Sekolah Rendah bagi Tahun 1 hingga 6 Persediaan Lengkap untuk Ujian Sumatif 1 2025 Adakah anda seorang guru atau ibu bapa yang ingin membantu murid membuat persediaan terbaik untuk tahun 2025 Kami menyediakan ko...
Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 164 hits
Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour Kalau tak ada menu rare exotic buka Fraser Place la namanya hehe Kalau menu buffet Rmadan kat sini of course The post appeared first on
Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya

Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pencarian top Commentators untuk bulan Februari 2025 masih diteruskan lagi sebagai tanda penghargaan kepada pembaca pembaca blog CCL First sekali terima kasih kepada top ten yang tersenarai ada calon blog...
Umat Islam Di Seluruh Dunia Akan Mula Berpuasa Pada Ahad 2 Mac 2025

Umat Islam Di Seluruh Dunia Akan Mula Berpuasa Pada Ahad 2 Mac 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 122 hits
Umat Islam di seluruh negara bakal memulakan puasa mereka pada Ahad 2 Mac 2025 Berita ini diumumkan oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja dalam satu siaran khas yang dibuat pada hari Jumaat Ini adalah saat yang...
Ramadan Kareem 2025

Ramadan Kareem 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 118 hits
Alhamdulillah bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadan al Mubarak Bulan ini bukan sahaja membawa rahmat dan keampunan tetapi juga peluang untuk memperbaiki diri serta meningkatkan amal ibadah Keistimewaan Bula...
Salam Ramadan 2025

Salam Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi SALAM RAMADAN 2025 Alhamdulillah baru lepas sahur Post ni pun Fiza dah siap siap buat semalam Pagi ni just autopublish je Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi kita dipe...
Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 103 hits
Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN atau e filing Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan bol...
Buffet Ramadan 2025 Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan 2025 Opero Hotel Southkey

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 151 hits
Buffet Ramadan 2025 Opero Hotel Southkey Bufet Ramadan di Opero Hotel seperti biasa menampilkan pelbagai hidangan premium Dari main course sehinggalah semuanya sedap sedap belaka The Ramadan Souk Buffet The post appeared first on
Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 162 hits
Sesi rakaman podcast Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama hos Nizal Mohammad bagi program Cakap Terus di 3plepix Studio Shah Alam Podcast membincangkan isu pembaziran makanan di bulan Ramadan
Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menantu Ibuku

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

10 Tempat Bukber Di Solo Paling Recommended

Roti John Nasi Goreng Ayam Kfc Jdt Vs Buriram

Private Islands And Beach Clubs The Newest Cruise Offerings Are On Dry Land

Hiburan Sangat Kurang Ramai Selesa Beli Online Jauh Berbeza Dengan Tahun Tahun Sebelum Ini Jalan Tar Kini Sepi