Ujian Hidup Dan Rezeki Kita Berbeza


Assalamualaikum. Hai


Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata


Ujian Hidup
Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah


Ujian kesenangan. Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan. 

Ujian kesusahan. Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil


Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.


Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari


~Credit : image taken from here.~


Ujian Rezeki
Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita. 

Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur


Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku


Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Ujian Allah kepada semua adalah tanda Allah sayang. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan. 

Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik. 


Bisik2 :: Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'. Huhu. T_T


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2011/11/ujian-hidup-dan-rezeki-kita-berbeza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Rezeki Mcdonalds

Bukan Rezeki Mcdonalds

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 394 hits
DAY 70 Hari ketiga SyawalPagi Hujan lebat Sarapan nasi goreng cendawan teh o Ahmad Tea Lemon disulam dengan kuih raya sambil menonton rancangan yang ada di dalam tv Ini pula Dua hari sebelum dan dua hari selepas di sinilah aku untuk keringk...
Rezeki Dapat Makan Durian Sedap Waktu Pkpb

Rezeki Dapat Makan Durian Sedap Waktu Pkpb

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 523 hits
Sedapnya dapat makan durian ketika negara berada dalam ancaman Covid 19 dan juga dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Susah betul nak dapatkan durian waktu PKPB masih dilaksana Alhamdulillah baru baru ini saya dan keluar...
Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 311 hits
Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah Along sudah tu Jangan nyakat adik lagi Kang ada yang menangis Bek bek bek bek Along buat muka mengejek pada adiknya Uwekkk Angah balas dengan menjelirkan lidahnya Bingit r...
Gugur Kali Kedua Selepas Tiga Bulan Almy Nadia Fizz Fairuz Reda Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata Seorang Lagi

Gugur Kali Kedua Selepas Tiga Bulan Almy Nadia Fizz Fairuz Reda Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 309 hits
Selepas mengalami pendarahan tanpa henti tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri Ahad lalu pelakon dan isteri kepada Datuk Fizz Fairuz Datin Almy Nadia disahkan keguguran Dalam satu laporan akhbar tempatan Fizz Fairuz be...
Peluk Anak Bukan Sahaja Boleh Jadikan Anak Bijak Malah Ianya Satu Rezeki Kerapkan Peluk Anak

Peluk Anak Bukan Sahaja Boleh Jadikan Anak Bijak Malah Ianya Satu Rezeki Kerapkan Peluk Anak

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 358 hits
Emosi ibu kadang kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas tugas yang sentiasa menanti Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak kesian anak anak jadi mangsa Emosi anak juga akan tergangu Mak ini lebih bere...
Rezeki Semua Orang Dah Ditetapkan Rezekinya

Rezeki Semua Orang Dah Ditetapkan Rezekinya

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 1095 hits
REZEKI SEMUA ORANG DAH DITETAPKAN REZEKINYA Ada pepatah kata kalau dah rezeki kita memang tak ke mana Haa betullah tu Sebab setiap makhluk Allah di muka bumi ini dah ditetapkan rezekinya masing masing Cuma cepat atau lambat je rezeki tu bak...
Demi Rezeki Halal Kakek Ini Rela Menjadi Badut

Demi Rezeki Halal Kakek Ini Rela Menjadi Badut

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 378 hits
Ketika ekonomi mulai terasa sulit sementara kehidupan harus terus berjalan Seorang kakek yang seharusnya istrahat menikmati masa tuanya masih harus mencari nafkah untuk keluarganya Suwadi yang berusia 74 tahun ini harus mencari nafkah denga...
Hiburan Zul Yahya Perjelas Isu Rezeki Pekerja Seni Tak Berkat

Hiburan Zul Yahya Perjelas Isu Rezeki Pekerja Seni Tak Berkat

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 356 hits
Mengakui segala yang berlaku adalah realiti berdasarkan pengalamannya sendiri Zul Yahya tampil memperjelaskan apa yang disuarakan di media sosial baru baru ini bukan untuk menghina Menurut laporan Harian Metro Zul dikhabarkan langsung tidak...
Runner Terima Upah Berserta Nota Minta Didoakan Rezeki Zuriat Buatnya

Runner Terima Upah Berserta Nota Minta Didoakan Rezeki Zuriat Buatnya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 311 hits
Pandemik Covid 19 yang telah menular di seluruh dunia menyebabkan seluruh negara mengambil langkah berjaga jaga bagi mengekang wabak ini Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula pada 18 Mac lalu menyebabkan ramai yang menggunakan khid...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life