Ujian Akhir Sesi Akademik Format Tarikh Pelaksaaan


Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Pada 28 April 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada tahun tersebut.
Di samping itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 1 Jun 2022 dan memperkenalkan perlaksanaan PBS.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai format peperiksaan baharu yang diperkenalkan oleh KPM ini.
Baca Juga : PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)? Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.
UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.
Murid Yang Terlibat Dengan UASA Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6 Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3 Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan duduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.
Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Islam/Moral Sejarah Sains Geografi Asas Sains Komputer Reka Bentuk dan Teknologi Bahasa Arab Maharat al-Quran Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah Al-Syariah Usul Al-Din Bahasa Cina Bahasa Tambil Bahasa Punjabi Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Semai Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Nota :
Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah. Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah. Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing. Penyediaan Instrumen / Soalan Bagi UASA Untuk makluman, soalan bagi peperiksaan UASA akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.
Pihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.
Penyataan Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading)   Penyataan tahap penguasaan atau grading bagi Ujian Akhir Sesi Akademik tidak diberikan melalui gred atau markah. Sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap.
TP1 : Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
TP2 : Tahu dan faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Tarikh Pelaksanaan Pada Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.
Kemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.
Berdasarkan garis masa yang dikongsikan, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.
Video : Pengenalan UASA Topik: Pengenalan Ujian Akhir Akademik
Guru: Dr. Ibrahim Mohamed Zin
Pentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.
Maklumat Lanjut Untuk ketahui informasi terkini berkaitan UASA, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/uasa-ujian-akhir-sesi-akademik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=uasa-ujian-akhir-sesi-akademik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Format Baharu Ujian Akhir Sesi Akademik Mulai Sesi 2022 2023 Sains

Format Baharu Ujian Akhir Sesi Akademik Mulai Sesi 2022 2023 Sains

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 334 hits
BERLANDASKAN 7 KONSTRUK UTAMA Kemahiran Proses Sains Mencipta Menilai Menganalisis Mengingat Memahami Mengaplikasi TERDAPAT 3 BAHAGIAN UTAMA 1 Kertas sahaja Masa 1 Jam 15 MinitJumlah Markah 50 Markah BAHAGIAN A 10 Soalan Objektif Konstruk M...
Format Ujian Akhir Akademik Matematik Tahun 4 5 6

Format Ujian Akhir Akademik Matematik Tahun 4 5 6

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 715 hits
Format Ujian Akhir Sesi Akademik 2022 2023 Matematik Tahun 4 5 dan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022 2023 bagi ...
Jadual Sesi Persekolahan Bagi Kalendar Akademik 2023 2024

Jadual Sesi Persekolahan Bagi Kalendar Akademik 2023 2024

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 822 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023 2024 bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri kumpulan A manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri kumpulan B Jadual Takwim persekolahan 2023 2024 dike...
Kalendar Akademik Dan Perayaan Sesi 2023 2024

Kalendar Akademik Dan Perayaan Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 452 hits
KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 2024 KUMPULAN A Sekolah sekolah di negeri Johor Kedah Kelantan dan Terengganu KUMPULAN B Sekolah sekolah di negeri Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Wilayah Persekutua...
Semakan Ukkm 2023 Tarikh Masa Tempat Ujian Mrsm

Semakan Ukkm 2023 Tarikh Masa Tempat Ujian Mrsm

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 364 hits
Dengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik Sains dan Bahasa Ingge...
Semakan Egtukar Bagi Sesi Januari 2023

Semakan Egtukar Bagi Sesi Januari 2023

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 351 hits
Semakan keputusan pertukaran antara bahagian antara negeri antara daerah dan dalam daerah kementerian pendidikan malaysia sesi januari 2023 boleh disemak melalui modul e gtukar seperti ketetapan berikut pertukaran antara bahagian antara neg...
Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023 2024

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 649 hits
Maklumat mengenai kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2023 2024 Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini menyatakan tarikh tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal tarikh cuti sek...
Tasyakuran Ngunduh Mantu Jokowi Sesi Pertama Berakhir

Tasyakuran Ngunduh Mantu Jokowi Sesi Pertama Berakhir

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 109 hits
Rangkaian acara pernikahan putra bungsu Presiden Jokowi Kaesang Pangarep dengan Erina Sofia Gudono berlanjut dengan digelarnya resepsi atau tasyakuran walimatul ursy di Pura Mangkunegaran Minggu
Siaran Lansung Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 Dan Keputusan Penuh Pemenang Gv9

Siaran Lansung Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 Dan Keputusan Penuh Pemenang Gv9

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 211 hits
bermula pada 18 September 2022 lalu kini sudah sampai kemuncaknya di pentas Konsert akhir Gegar Vaganza 9 bagi merebut gelaran juara 6 bintang finalis Gegar Vaganza musim 9 2022 yang layak ke pentas Konsert akhir Gegar Vaganza 9 adalah Jacl...
Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Discover Dermasuri S Exfoliating Glove Your Path To Silky Radiant Skin

Top Green Startup Ideas

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia

Choosing The Right Mortar Cement For Reliable Masonry Work

Navigating Intellectual Property Law Protecting Innovations And Creativity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Extends Gains As Fed Signals Rate Hold

Benefits Of Eating Groundnuts Daily

Kalender Hijriyah 1447 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Beli Oleh Oleh Di Ameyoko Street Ueno

Fire Drill Pagi Ni

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi