Ujian Air Gula
Macam biasa, selalu jadi pelanggan pertama datang bila temujanji
Pagi ! Live update terus dari Klinik Ibu dan Anak (KKIA). Perkembangan terkini juju sekarang dah nak masuk 16 minggu. Yakni nak genap 4 bulan.
Pilih hari Jumaat 17 Jun 22, untuk jalani ujian MGTT, ujian air gula untuk ibu mengandung.
Baru je sudah ambil sampel ujian air kencing dan sampel ujian darah. Sakit pula kat lengan kiri tu, urat tu manja pagi ni susah nak timbul.
Berat badan? Uishh, baru 4 bulan mengandung, berat dah naik sekilo sebulan. Ooomaigod haha, ya juju sekarang kuat makan. Makan nasi. Pagi nasi, malam nasi.
Entah la, suka sangat makan manis dan pedas. Dulu masa jaga berat boleh je kawal, tapi bila dapat lesen baru ni dia punya nafsu nak makan serbanya, janji halal santap terus.
Bukan apa, kalau juju tak makan setiap 2 ke 3 jam nanti badan mula la tunjuk tanda gelisah sana sini. Bila makan haa baru boleh fokus. Gitu.
Harap masa musim berpantang nanti aku back semula lifestyle dulu, buat IF. Pernah tau sekali tu masa awal-awal mengandung juju nak buat puasa tau, habis badan bisa-bisa, pedih-pedih urat sampai angin sampai ke kepala.
Pening seharian sampai keesokkan harinya pun tak kebah-kebah. Jadi aku stop puasa.
Aku ikut nasihat nurse dan doktor untuk kerap makan. Tapi tu la kesannya buat juju, bila kerap makan dalam kuantiti kecil pun badan mudah naik.
Bertabah lah ya wahai geng ibu-ibu mengandung. Oh ya, keputusan bacaan tekanan darah cun hari ini nurse cakap. Walaupun berat naik sakan, BP cun terasa ok lah sikit rasa tu hahaha.
Ujian air gula aku lalui, rasa oren sunquick pekat dalam kuantiti secawan tinggi yang penuh.
Ya besar sungguh cup cawan kertas tu aku tenung. Bila tengok warna oren lega sikit.
Tapi lepas rasa seteguk, aku terbatuk kecil sebelah nurse haha. Pastu aku terus speed minum tanpa henti. Ya jangan stop nanti gula tu buat kau rasa tak lalu dah nak telan.
Tips aku la, sekali je buat, kau lalui ujian air gula tu dengan sekali minum je. Jangan tarik nafas untuk 2 ke 3 kali minum. Untuk elak muntah.
Sekarang tengah tunggu 2 jam, jam 10 pagi baru mengadap bilik ujian darah tu semula.
Harap ujian darah okey la. Supaya tak ulang kali kedua ujian air gula tu haha tapi tu la risau, berat naik macam apa je. Adududu.
Nanti sambung lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2022/06/ujian-air-gula.html